Sunday, June 28, 2009

..DURIAN..DURIAN..DURIAN..DURIAN..


"KENGKAWAN SEMUA..HARI NI, AKU SENGAJA MASUKKAN PICTURES DURIAN NI KAT DALAM BLOG AKU...APA MOTIFNYA AKU MASUKKAN PICS NI SUME KAN? EHEHEHH KALO DAPAT KEBENARAN, NANTI AKU CERITAKAN KISAH DURIAN DAN 4 ORANG KAKITANGAN AWAM"


"doyan oo doyan..bau mu menusuk ke hidung"


" tangan sape la ni tengah kopek doyan ni?"

" Macam tupai makan doyan"

Saturday, June 27, 2009

JAMUAN KECIL-KECILAN PICC - 26 JUN 2009

26 Jun 2009 - hari Jumaat bersamaan dengan 3 Rejab 1430 H, satu Jamuan Kecil-kecilan PICC telah diadakan secara "suprise" nya sampaikan kebanyakan orang tak tahu sape sebenarnya yang menganjurkan jamuan ini, sape yang sponsor untuk makan minum dan untuk apa jamuan ini diadakan... apa yang kitorang ( warga PICC ) tahu, ada nya memo yang diletakkan di tempat punch card yang menjemput kitorang semua datang jamuan ni.

So, pagi tu mmg sengaja le xbreakfast sbb nak makan free..ehehehhe
janji kata jamuan nak start jam 9.00 pagi tapi nampaknya majlis terbabas sket sebab biasa le warga PICC ni mmg ada msalah dari segi ketepatan masa. So, bile da ramai yang berkumpul di ruang legar pentadbiran, majlis pun dimulakan. Jamuan yang kecil itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada MC Jamuan iaitu PKK PICC - Encik Sofandi yang rasenya jadi bidan terjun untuk jadi MC. Bacaan doa kemudiannya dilafazkan oleh Jihadi, manakala kami yang Muslim mengaminkan doa agar jamuan dan kehidupan kami diberkati oleh Allah SWT.


-- En. Sofandi sedang memulakan majlis dengan kata-kata aluan --


-- Al-Ustaz Jihadi sedang membaca doa manakala yang lain menadah tangan memohon keberkatan.. tapi pelik tengok Pyan, xkan da selesai aminkan doa kut --


MC kemudiannya menjemput TSUB 'C' PK iaitu Encik V.Valluvan untuk memberikan kata2 ucapan dan menyampaikan amanat serta memecahkan rahsia disebalik jamuan yang dianjurkan. Maka, tahulah semua yang majlis ini diadakan bagi meraikan kepulangan En.Vallu ke PICC setelah sebulan berkursus di INTAN Bukit Kiara. Selain daripada itu, jamuan ini juga adalah sebagai tanda menghargai dua ( 2 ) orang bekas pelajar praktikal yang telah tamat latihan iaitu Shikin Ramli dan Farahana Zakaria daripada Politeknik Sabak Bernam serta mengalu-alukan kedatangan dua ( 2 ) orang lagi pelajar praktikal iaitu Fadhli dan Mazturina daripada UiTM Pulau Pinang.


--  Encik Vallu sedang memberikan sepatah dua kata --

Begitu juga dengan kakitangan dan pegawai PICC yang menyambut sambutan hari lahir pada bulan Jun, maka jamuan ini juga sebahagian bagi meraikan mereka. Pegawai dan kakitangan yang menyambut ulangtahun kelahiran ialah Cik Nuurul Akmal, Encik Asrul Shah, Cik Ainol Barieah, serta Encik Jihadi. 


-- Pegawai & Kakitangan PICC yang diraikan --

Oleh sebab jamuan ini jamuan semua dalam satu, maka bagi kakitangan PICC yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2009 pun diraikan iaitu Nurleeana & Sofian, Shatina & Fauzan, Fikri , dan Noor. Kira nya mmg sah le jamuan ini jamuan ALL IN ONE. Mentang-mentanglah PM buat konsep 1Malaysia, sume nye benda dijadikan satu tapi apa2 pun mmg idea yang bagus sebab menjimatkan kos.. Tak semestinya kalau nak meraikan sesuatu, kita kena buat pembaziran kan? Dengan cara ini, amalan berjimat cermat dapat dilihat.


-- Kek yang nampak menarik dan meliurkan --

Makanan telah disediakan oleh Hjh. Maznah Katering iaitu Bihun Goreng beserta Cili Potong, Kuih-Muih, Buah-buahan ( ada anggur..best woo..aku ngan Pian jek yang habiskan ), kemudian ada lah sebiji kek yang nampak menarik ( nampak je menarik... )

Terima kasih daun keladi kepada pihak yang menganjurkan jamuan seperti ini. Terima kasih juga kepada individu yang sponsor dari segi kos untuk jamuan ini. Kalau boleh, tiap bulan buat lah jamuan seperti ini untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja di PICC.


Thursday, June 18, 2009

DUA HATI [FAUZAN DAN SHATINA] PART V














..Foto-foto yang sempat dirakam semasa Majlis Perkahwinan Fauzan + Tina di Rembau..

++ Credit to Shikin Ramli di atas foto yang diberikan ++

DUA HATI [FAUZAN DAN SHATINA] PART IV




















Ini Aishah@Ecah@PT (P/O )..orang Batu Pahat


















Dia ni lak Hasni@tikusz@PKP














Ini resit tol dari UPM 














Ini Fendi@driver@pengapit@PT(P/O)















Ahli-ahli JLG 9260 yang nak gi majlis kawin di Kg. Tiga Nenek..
Tudung purple tu Ain



KAMPUNG TIGA NENEK ---- REMBAU ---- NEGERI SEMBILAN

Selesai je majlis perkahwinan di Butterworth pada 31 Mei 2009, kitorang kembali ke Putrajaya untuk melalui hari-hari yang mendatang ( ayat, xleh blah )..pasangan pengantin masih lagi bercuti sebab nak uruskan majlis di Rembau pulak iaitu majlis bagi belah lelaki...

Seminggu menunggu, akhirnya berlalu la hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat...
Tarikh 06 Jun 2009 yang dinantikan sejak tahun lepas, akhirnya menjelma jugak.. hari itu lah hari bersejarah untuk kali ke-2 nye bagi pasangan pengantin yang rasenye da xde baru.

Aku gerak dengan siap baju melayu ( jadi pengapit lagi )..baju purple ni aku beli khas untuk majlis Fauzan ( hargai lah aku..huhuhu ) di Metro Kajang dengan harga RM +++.++
 ( huhuh xmkn 2 minggu ni ), Ain siap ngn baju purple gak ngn tudung lilit yang beli kat Presint 2, Putrajaya, Aishah ngn baju bunga2 puprle ( la..ikut tema ker? ), Hasni memilih baju kurung pink.. kitorang gerak dari Putrajaya pukul 10.00 pagi..tempat pertemuan seperti biasa 
---- PICC----

Tiba kat highway area2 nak ke Nilai, jammed melanda lagi..rase nye masa gi Penang aritu, jammed gak..apa le malangnye nasib...asyik jammed jerk..
Actually Nisa da inform gak yg jalan jammed tapi kitorang mmg da trprangkap da..xleh nak wat pe la..

" Ish jammed le..sakit kaki ni...kejang lak kaki aku ni..Ain,pinjam kaki ko jap wat tekan cluth"

"Fendi, ko ok x?kitorang ni xreti nak bwk kete ni wlaupun msing2 ada lesen"

"Tgk le lorong sebelah kiri kita ni, kete da bersilih ganti da..kenapa kita masih kat sini gak?"

" Ala, tu dorang tu nak masuk susur keluar tu. Sbb tu le dia gune lorong kiri "

Hurm..kena tempuh gak  jammed ni supaya sampai ke tempat nak dituju.
Setelah redah sume, akhirnya dengan kesabaran, kitorang sampai jugak ke Kampung Tiga Nenek, Rembau, Negeri Sembilan..

Majlis berjalan dengan lancar dengan perarakan pengantin dan paluan kompang dari Kelab Kompang ( ada ker?dulu masa kat skola ada ler.. ), dengan bunga manggar di depan, dengan geng2 rombongan pengantin Puan Tina, wah meriah aku rase.. Mmg rase bangga la sbb aku turut serta ngn perarakan ni..da lama xberarak...aku rase dulu aku berarak masa sambut Maulud Nabi tapi masa tu zaman skola la..wahhahahaha

Terima kasih kepada CC Zaiton, Nisa ngan Shikin Ramli ( naik 1 kete ) yang datang, kemudian En. Yuss + Kak Intan + Afif + Nafisa ( 1 famili ), En. Zaki dan isteri, En. Arof dan keluarga, Pn. Zaiton Bi & keluarga dll yang aku xigt lagi sape yang datang...

Aku cuma mewakili pasangan pengantin sbb pengantin xterkata...terlalu gembira gamaknya tu..
















































Wednesday, June 17, 2009

DUA HATI [FAUZAN DAN TINA] PART III

" Saya nak mkn char kue tiaw"
"Saya nak mkn char kue tiaw"

uits...dari td telinga aku dgr char kuew tiaw.. aku tau da sape nye suara tu yg sbuk melaung2kan char kuew tiaw tu.. xde lain cuma si Wan..

..destinasi yang dituju ----- > Gurney..
aku lebih suke kalo mkn kat Padang Kota Lama tp kena trima hakikat le sbb org mmg tgh rmai gile kt situ..well, biasa le kan, mlm mggu..mlm muda mudi..mlm wat mksiat..mlm tmbah dosa..sume ada le.. mmg sesak gile tmpt tu.
so, kitorang mkn le kt gerai kt Gurney n pekena Pasembor ( asal dpt rase )
pastu pekena Laksa Penang ngn Lai Chi Kang ( yang aku mkn le,org lain tu aku xambik pot pn )

xpenah2 aku mkn smpai peluh cmtu skali..tp sronok le smbil lepak ngn kgkawan, smbil mkn.
bile lagik kan nak merasa suasana camtu kan.. mkn share2 lagi le best..terasa le hubungan kawan2 tu ( uits...ttba lak aku cm emo lak ni )
masa balik, lalu lak Jambatan Pulau Pinang sbb Feri da tutup kedai da..
Ain tido...pastu smpai umh Tina, takut lak dia nak msuk umah sbb tkut kena marah ngn ayah Tina..huhuhu anak dara xelok kuar smpai tgh2 mlm....


++++++++++++++++++++++++++++++

Tiba Detik Yang Dinantikan

Kitorang bangun tido...gi makan Roti Canai kat bawah jambatan ( sronok lak kan mkn kt tmpt trbuka ni )..makan Roti Sardin ( byk lak sardin dia, mmg keje kt kilang sardin ke apa? )

Borak-borak ngn pengantin, cite-cite hal kenegaraan, kenegerian dll. Sume cite terkeluar dari mulut kitorang sambil2 mngunyah makanan ni ( xsopan btol, anak sapa la ni? ) pas makan, lik umh, pastu tido..ahahhaha tu le keje kitorang ni..xde keje, so tido ler.

Tengaharinya tu, masing2 da siap untuk memulakan episod baru lak ni. Aku da siap2 da ngn baju melayu merah hati, cuma xpakai sampin jek.. Fauzan tak siap gik sebab dia nye baju pengantin ada kat butik pengantin.. Ehehehhe Tina lak da dihantar ke butik awal2 pagi sebab dia nak kena solek.. Bile sume da siap, kitorang pun gerakkan kereta menuju ke Butik Pengantin...

Da nak dekat2 sampai tu, leh lak jammed sbb rupenye ari 31 Mei tu hari mengundi ( xtau lak aku, nmpak sgt xambik tau prkmbangan semasa ). Sesi solek mnyolek Fauzan pun bermula, dari t-shirt dan jeans, Fauzan disarungkan dengan baju pengantin ( ala-ala raja la ).. 

"cantik gak baju Fauzan ni..bile la aku nk pakai baju camni kan?" ( aku ckp dlm ati )

" teringat time aku kwin dulu" ( Pian cakap dalam ati )

" Ish...sakit ati tul le bile tgk org pkai baju pgntin ni" ( Wan ckp dlm ati )

" Aduiyai..panasnye la..butik ni xde aircond ke..da peluh2 ni..hbis le nnti ko Fendi..kena le ko lap kan peluh aku...wahahahahahah ( ketawa jahat )" ( Fauzan ckp dlm ati )

" Ensem anak aku pkai bju pengantin ni" (Cik Ramlah ckp dlm ati )

"Kalau aku pakai camni utk kali ke-2 pun best gak ni" ( En. Kamarudin ckp dlm ati )

Bile da selesai, kitorang pun gerak le semula ke Sungai Dua 
( kalau sebut kena ikut loghat utara )

Debar-debar lak aku..uits,aku lak lebih2 pehal lak ni..Macam le aku yang nak kwin..Orang lain kawin, dia lak sibuk debar2..mengalahkan pengantin... dalam diam tu, aku da berangan2 gak time aku kawin nnti ( tp bile tu? )
Rase2 nye cam da nak sampai tapi kenapa le dorang xmasuk2 lagi jalan nak ke rumah Mak Tok Tina ni? hurmmm agaknye ada jalan lain kut. Sebab tu le dorang main pusing-pusing. Oleh sebab cam rase pelik, aku pun kol le Ain ( kol ke SMS? xingt la )..

" Sengaja je kitorang pusing-pusing sbb nak tunggu waktu Zuhur masuk..nak lepaskan waktu Zuhur dulu "

Oic, patut le..tp iye la, kena le hormat waktu Zuhur.. Fauzan ngn Tina mesti da debar2 da tu.. Mesti xsabar tu.. Izat SMS tnye bile nak sampai.. Orang da lama tunggu da ni. Masing-masing xsabar nak tengok pengantin ni ( iye la..majlis kawin mmg le org nak tgk pengantin..tapi lain lak aku..aku cuma pikir nak makan jer )..bile tiba masanya, telah ditentukan Tuhan, kitorang pun tiba kat depan jalan. Sengaja berhenti jauh sket sbb nak berarak..ehehhehe.. Tepat2 kitorang sampai je, azan pun berkumandang. Sambil2 tu, pengikut2 siap2kan barang hantaran & kitorang ni lak siap2kan diri dan siap2kan pengantin..Pengapit kena la glemer dari pengantin..eh silap!!

..PENGANTIN KENA GLEMER DARI PENGAPIT..

" Ok..sume da ok? leh jalan da.."

"weh..jap jap..hantaran xsiap lagi ni..korang ni xsabar2 tul ler"

"pengapit tu payungkan le pengantin..bukan payungkan diri sendiri"

"ish terasa lak aku..aku mmg payungkn diri sndiri pun"

1..2..3... jalan..

Paluan kompang pun bergema ( gune CD  ), langkah diatur satu persatu..senyuman diukir..tangan dipimpin erat & mesra ( utk pengantin jek la, pengapit kena pegang payung ), yang pasti tetamu sume da xsabar nak tgk pengantin ni..
Akhirnya sampai juga le ke jalan masuk rumah..
Pengantin salam mak & ayah, mak & ayah mertua pastu terus menumpu di meja pengantin.
Seperti yang sedia maklum, majlis di belah pengantin perempuan tidak diadakan majlis persandingan. Cuma makan beradab sahaja.. Sesi mengisi perut pun bermula.. Xde benda lain yang nak dipikirkan..cuma makanan yang terhidang di depan je yang jadi tumpuan mata..

Pengantin tengah sibuk ambik gambar..al-maklum lah, photographer berbayar tu.. rugi tau kalo xposing2...perjalanan majlis berjalan lancar dan kemudian, pengantin dibawa naik ke atas rumah untuk sesi bergambar yang seterusnya....


-- Pasangan pengantin di meja makan --

-- Fauzan tahan panas, Ain maintain peace, Tina tgh kol photographer --

DUA HATI [FAUZAN DAN SHATINA] PART II


EPISOD 1




SABDA RASULLULLAH S.A.W
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Perkahwinan mampu mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan. Selain daripada itu, perkahwinan juga mampu mengeratkan hubungan  silaturrahim sesama insan yang mana dua hati disatukan, benih kasih dan sayang dieratkan, rasa cinta dibelai sehingga melahirkan ramai lagi umat Nabi Muhammad SAW di atas muka bumi ini. InsyaAllah..
Setelah dua ( 2 ) bulan menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri ( dorang nikah 14 Mac 2009 ), maka tiba masa pulak majlis persandingan yang diadakan pada 31 Mei 2009 di Sungai Dua, Alor Merah, Butterworth Pulau Pinang  ( belah pengantin wanita ) manakala di belah pengantin lelaki pula dilangsungkan pada 06 Jun 2009 di Kampung Tiga Nenek, Rembau Negeri Sembilan.

Sungai Dua -- Alor Merah--Butterworth--Pulau Pinang

Aduiyaii..bile dapat je kad kawin warna hitam bercorak warna emas, tukang yang mmberi tu mmber aku sendiri ( Fauzan le tu ), aku da cemas le gak sbb aku tau majlis kawin dia kat PP ( belah Tina ), so cam berkira2 jugak le samada nak gi ke x.. lama gak le aku ngan dak2 ni wat discussion ( bkn cam hal ehwal islam tu le ), nak wat kputusan samada nak gi ke x ke PP tu. Kalo xg, cam xsopan la lak kan sbb mmber sndiri. Eheheh so, dengan rase rendah diri, dengan ketulusan hati, lelaki ini membuat keputusan untuk menghadirkan diri sebagai tanda persahabatan dengan pengantin. haa, aku pun da setuju untuk jadi pengapit ( ke pengepit ) pengantin lelaki..

Tarikh 30 Mei 2009 - jadi tarikh keramat sebab hari pilihan untuk menggerakkan diri menuju ke destinasi.. tapi.. sape jek yang pegi? aku sorang je ker yg pegi? sape jadi pengapit pengantin perempuan? aduiyaii..camne ni?

so... dengan seikhlas hati nye, 3 orang jejaka dan sorang gadis remaja ( remaja ker? ) bertolak dari Putrajaya.. dengan menaiki kereta Honda CRV milik YM Raja Muhamad Sufian bin Raja Jamaluddin ( mak aii, penuhnye nama ) dan dipandu oleh beliau juga, ditemani Redzuan ( wan oo wan, pening kepala aku ), aku sendiri dan Cik Ainol, kitorang pun memulakan pemanduan. Terlewat setengah jam dari seperti yg dijanjikan ( sepatutnya kul 8pg, salah siapa eak? ), kami gerak menuju ke tol Jalan Duta. Oleh sbb masing2 lum bersarapan, kitorang singgah kat R&R Sungai Buloh untuk isi perut. 1 je msalah R&R Sungai Buloh ni, tempat dia nmpak mewah,nampak gah tapi msalah kat tmpat duduk..xbyk disediakan tmpt duduk untuk makan. Nak xnk kena tggu orang lain habis makan, baru lah boleh duduk isi perut sendiri.. Banyak outlet fastfood tapi tekak melayu ttp jugak nak mkn sarapan melayu..huhuhu

Sampai je kat Highway Bukit Beruntung, jammed melanda. mak aii, membosankan la plak kalo da jammed ni. nak xnk kena le tempuh jugak keadaan. xkn la nak patah balik plak kan.. sia-sia je perjalananku nanti. apa punca jammed kt hway ni?aduiyaii..cam nk agkat je CRV ni, pikul rmai2.. ha, bile lepas je dari tmpt jammed tu, bru le tau pnca nye disbbkan oleh kemalangan antara motorsikal dan lori.. innalillahiwainnailaihirajiunnn.

perjalanan yang panjang seakan tak terasa sbb aku kt blakang tido je, pastu mengunyah ( mmg da xde keje lain, tu jek la keje nye )..cian kt Pian sbb dia sorang jek yang drive smbil2 ditemani Wan..camne Pian? Bahagia ker berbual ngn Wan? Ha, tagline Wan dari masuk CRV sampai le balik semula ke Putrajaya --- " kita da lewat setengah jam..dah rugi setengah jam kat pulau".. ayat ni seakan satu jampi serapah yang wat kepala aku serabut.. sepanjang perjalanan aku dgr ayat tu...

Tengahari tu, berenti berehat kat Hentian Sungai Perak. Hentian Sungai Perak da jadi Sungai Siput lak kan ( sengal...sape la ngn confident nye kata dia kt Sungai Siput.pastu cakap kt tgh2 orang ramai lak tu ). Aku makan Mi Rebus ( kureeng sket le rase dia ), Ain lak mkn Mee Sup ( kuah cam air kosong letak kiub ayam ), Wan makan Pau ( hasil keluaran ayah Ain - tu yg Wan dakwa la ), Pian lak minum air ngan makan Rocky ( Ain mintak 1 wat pen utk hp dia ).. Agak lama kitorang melekat kt situ sbb nak tggu waktu Zuhur.

Mulakan perjalanan semula sebab perjalanan rase nya masih jauh.. Dalam kereta, asyik bercerita, pastu kunyah2 ( Ain yg ajak aku mkn ), Pian marah kitorang sbb asyik mengunyah      ( cam ayah marah anak ), Wan lak wat hal sendiri - yang dia tau mintak resit time kat Plaza Tol.

At last, sampai gak kat Tol Juru - hasil panduan daripada Fauzan yang slalu kol - nak tau le prkembangan kitorang.. pastu ngn rse xbrsalahnye Fauzan serahkan phone kat Cik Ahmad ( bapak mertuamu ), Cik Ahmad ngn baik atinye bgtau jalan. Aku ngn blur2 nye + keyakinan sket dlm diri, cuba paham kan & imagine jalan. Sampai Tol Juru ( kire da nk smpai le tu ), Pian terus belok kiri.. 


PIANNNNNNNNN....SALAH JALAN !!!!!!!!!

" Pian, kita da salah masuk la agaknye"

" Ko la Fendi, kita da salah da kut"

"Ala..berenti le mn2 tnye orang"

"Ish, camne la ni..ketua rombongan salah jalan"

"Bukan salah aku la, kan aku kata terus jek tadi"

" Kita da lewat setengah jam da ni"

" Ada gak kena pelepuk ngn aku" ( dlm ati )

" Xpe..berenti jap kat Petronas"

" Ha, Ain gi le tnye"

Ain masuk kete trus gelak2... "oooo..Sungai Duo ( Dua ), hang da salah jalan da ni..". Ntah apa le yang digelakkan oleh Sang Ain ni.. Rupenye dia gelakkan loghat orang Penang. Aduiyaii...suke btol ko ea Ain.. Kitorang pun cuba nak kembali ke pangkal jalan sebab da sesat ( tu le, xnk dgr ckp org tua, kn da trsesat).. hasil maklumat dan panduan dari Cik Ahmad, kitorang cari jalan semula. Traffic lite dpn, belok kanan, pastu belok kiri, ikut Alor Star ( uits, nak gi Kedah ker? ), ikut je Highway sampai jumpe jalan..

"ish korang nak tau x, aritu msa aku g Penang ngn  mmber aku, kt sini le aku sesat tp kenapa aku leh sesat lagi?"

Eiii...suara sape la tu yang ttba pecahkan keriuhan suasana.. kire da 2x sesat le ni..aduiyaii, mmg buta jalan tul le budak sorang ni..

at last, sampai jugak kitorang kat rumah Tina ( umh mak tok Tina actually ), smpai2 gi le jmpe famili Tina, pastu makan ( mkn lagi? )..xpe, makan free..mmg best..mcm2 aku mkn smpai xleh terisi lagi da perut aku ni..

Malam Di Pulau Pinang

Izat da janji nak bawak jenjalan kat Pulau Pinang.. walaupun baru jek awal Mei aritu aku da pekena Pasembor kat Padang Kota Lama tu.. huhuhu dari ptg si Wan da sebut2 pasal Char Kuew Tiaw yang PALING BEST kat Penang.. aku xkisah bnda tu sume.. xkira le dia yg terSEDAP ke..terBEST ke.. bnda kalo da leh telan, aku telan je..xberkira le jugak..

Malam tu, lepas Maghrib, kitorang gi teman Fauzan ngn parents dia makan malam..kitorang xmkn sbb nak makan kat pulau. Izat da kol2 da..ha xsabar le tu nk bwk kitorang jnjalan..huhuhu pas mkn je, kitorang gerak trus ke umah Mak Tok Tina ( sbb Ain, Izat & Aida da tggu kat sane ).. Fauzan nak ikut, tp...mn leh..pengantin kena duk umh, jaga mak ayah..nnti hilang lak serinya.. ( perghhh ni pantang larang mn ntah aku ambik ni )..

" Jalan nak ke pulau tu jammed..sbb ada expo."

Suara sumbang sape la tu..sengaja je nak melemahkan semangat kitorang ni kan.. huhuhu tapi mmg jammed le kat round about tu..giler la kereta mmg penuh.. bile lepas je area jammed tu, jalan da lancar semula.. sementara jammed, aku kol le akak aku.. Sengaja aku nak kepoh2kan diri aku.. Sengaja nak jeleskan akak aku.. so, gayut la jap ( cheh cam gayut ngn awex jer kan ). huhuhuhu..

Jalan da kembali lengang lepas kitorang ambik pukul 3 kat roundabout tu.. Best gak PP ni time malam kan ( ala, skali skala dtg leh le ckp cmtu.. ).. Perjalanan diteruskan sampai le ke 1 tol.

" ha ni le tol yang nak msuk jambatan tu..nah duit Pian"

" byk le ko...ni bkn tol msuk jmbtan la..aduiyaii sengal nye budak ni"

Arghhh malu aku..kunun nak tnjuk terer, skali je trsalah la plak.. xpe xpe..aku mmg slalu je trsalah andaian.. Rupenye Izat membelok ke Terminal Feri..ooo nak naik feri menuju ke pulau rupanye..

Best..best...best..feri RM 7.70..da naik harga ker?

" Ntah le..bkn mmg camni ke hrga dia?"

" Aritu aku g cma RM 7.00 jek"

"En. Arof kata da naik RM 0.70 da"
















" Ni datang dari mn ni", kata Pian.
" Saya dari Indon Pak", jawab Ain.
" Camne lak minah Indon ni leh sesat kat sini lak", kata Wan.

















" Jalan la Pian..nape berenti lak?" - Wan ckp.
" Ko mmg nak kena tepuk dahi ke Wan?Xnmpak ker lampu merah tu?"- Pian ckp.
" Korang ni nak kena hantuk kepala ker?Tu kan pagar kena ttp tu..Feri xsmpai lagi le sengal" 
   - Aku cakap.
















-huhuu da nak sampai pulau...yey yey yey-















Mana kepala Aida?

Tuesday, June 16, 2009

DUA HATI [PYAN DAN ANNA]

"Selamat Pengantin Baru"
"Selamat Berbahgia"
"Selamat Ke Anak Cucu"
"Semoga Berkekalan"

Aku xpasti le lagu tu lirik dia betul ke x..aku main hentam ikut suke jari aku nk type jer sebab blog ni aku yang punyer.. bukan "Man Belon" yang punye ok! wakaka apa le pekdahnye aku msukkan nama Man Belon lak ni..ehehehhe

Sepasang lagi member opis aku da nikah, da kawin, da tukar status, da ada tanggungjawab, da berbahagia, da rase nikmat rumahtangga, dan segala-galanya lah yang xleh nak aku gambarkan kat sini..

Sape lak kan yang kawin tu kan? ahaha sape lagi kalo bukan pasangan secocok si Pyan ngn Anna.. sorang selatan tanahair ( da jadi org KL da yer ), sorang lagi orang Rosli Dhobi ( paham ker? org srawak le tu yang ada kamek kitak sinun tu ).. Dorang dinikahkan pada 1 Mei 2009 ( bersamaan Hari Pekerja Sedunia ). Pandai korang pilih tarikh kan? Hari Pekerja jadi hari bersejarah korang la yerk..

Dengar2nye dengan skali lafaz je, Anna sah menjadi hak milik kekal Pyan.. huhuhu Pyan, tak sangka lak ko kawin jugak akhirnye. Bukan ko playboy ker ( upsss terlebey sudah ). Aku doakan le hubungan korang akan kekal hingga ke akhir hayat dan jaga lah hubungan tu dengan sebaik mungkin dan jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah.. Aku rase permulaan cinta dorang ni dari PICC la..hurm, betul ke PICC ni medan mencari jodoh? I think so...

Majlis perkahwinan diadakan di Kg. Sungai Lumut, Kuching Sarawak pada 1 & 2 Mei dan katanya majlis disambut dengan meriah kerana penuh dengan adat masyarakat Sarawak.
Antara teman-teman yang hadir ialah Izat, Aida, Yusli, Nisa, Cik Nuurul, Pn. Kay, Ecah & Tam.
Mintak maaf banyak2 le Pyan sebab ramai daripada kitorang xdpt nk dtg hadirkan diri sebab flight da terlepas ( alasan )..ehehehe faktor masa dan jarak le yang menyebab kan kitorang xdapat nak sama-sama memeriahkan majlis..

So? Lepas ni apa lak perancangan ko?
Dapat anak cepat2, insyaAllah akan bertambah le rezeki ko nanti.
Amiiinnnnnnn.....


"Semoga kekal ke akhir hayat..aminnnn"


Apa yang ko pandang tu Anna?



Hitam & Putih tema majlis


Majlis potong kek


Bagai pinang dibelah-belah


"Menjeling-menjeling kubertentang,mata kita sama memandang", chewah agaknye tu yg Anna tgh ckp kat Pyan



Ni le salah satu adat melayu Sarawak



Pasangan pengantin bersama kawan baik yang bakal jadi ibu & ayah

Saturday, June 13, 2009

DUA HATI [FAUZAN DAN SHATINA]

14 Mac 2009 - Tarikh pernikahan Fauzan ( Pau ) dengan soulmate dia iaitu Shatina ( Tina ).
Majlis pernikahan diadakan secara sederhana di sebuah surau ( xtau nama surau ) di Subang iaitu berhampiran dengan rumah Tina.

Majlis pernikahan yang diadakan selepas waktu asar dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara mara kedua-dua belah pihak yang mana datang dari Rembau, N9 dan Butterworth, Pulau Pinang.
Dengan sekali lafaz sahaja, Tina sah menjadi hak milik Fauzan. Alhamdulillah... bangga gak aku sbb ngn sekali lafaz je tu.. ahahha mesti ko da wat latihan byk2 kan malam sebelum nikah tu kan Fauzan? ehehehhe.. Tahniah sebab da ada tggungjawab dan komitmen utk msa akan dtg.

Staff PICC yang datang meramaikn majlis pun ramai gak. Of course le aku ada, geng2 AV, Cik Nuurul, Puan Kay ( pun dtg? ), Ain, Fikri, En. Zaki dan famili, En. Yuss & famili, En. Arof & famili, geng2 rumah Tina, Nor, Nisa, Faisal, Izat etc.

Terharu le jugak sbb one of my friend da nikah. dah jadi suami orang dah.. kire da kena tinggalkan status bujang untuk selama-lamanya..ehehehhe

apa la yang ko rase bile berdepan ngn kadi ni kan? sure jantung ko cam nak tecabut kan?



rakan-rakan pejabat yang datang memberikan sokongan.. yang baju brown tu ntah bile lagi?



debaran cuba disembunyikan oleh Permaisuri 


Pengantin lelaki cuba menenangkan diri sebelum diijab kabulkan