Sunday, September 27, 2009

AKU HARAP AKU LEBIH KUAT SELEPAS SYAWAL

Aku selalu berdoa pada Allah supaya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi kehidupan aku ini yang aku sendiri tak tahu sampai bila agaknya hayat aku ini. Entah kan lepas ni terus nyawa aku diambil atau aku akan menghadapi masa tua. Kadang2 aku terfikir sejenak, di saat2 sepi.. Apa amal yang dah aku buat sebagai umat Islam dan sebagai hamba Allah? Adakah amalan yang aku buat selama ini mencukupi untuk aku dimasukkan ke dalam Syurga? Adalah amalan yang aku buat selama ini ikhlas dan di terima Allah? Sebelum ini aku kabur.. tak nampak masa depan aku.. Apa perancangan masa depan aku?
Entah..aku pun tak tau..
Yang aku tahu, aku akan hidup lama lagi tanpa aku memikirkan yang nyawa aku bila2 masa saja boleh diambil. Selama ini, aku seakan mengendahkan apa yang diwajibkan oleh Allah pada hambaNya.

Aku lalai..Aku lupa dan aku alpa..
Kadang2 aku teringat dan kadang2 aku terlupa..
Aku cuma mencari kebahagiaan duniawi sedangkan kebahagiaan dan jaminan ukhrawi lebih nikmat..
Hawa nafsu dan  hasutan iblis telah dahulu menguasai aku..

Aku sedar..usia aku bukan tidak berganjak..sebaliknya usia aku akan sentiasa meniti dari satu angka ke satu angka..Tanda nya, aku semakin tua. Sepatutnya, pada usia yang yang dah menginjak 25 tahun, aku dah ada segalanya.. Ada harta, ada cinta dan ada kasih dan sayang untuk aku memberi dan menerima..

Tapi...cuba pandang pada diri aku sendiri..Apa yang aku ada?
Pernahkan aku memberi cinta dan kasih sayang aku pada yang memerlukan?
Aku rasa..tidak..
malah aku menolak rasa itu dan memberikan pada orang yang tidak selayaknya kerana hati aku telah aku kunci rapat pada orang lain sedangkan...
ianya tidak akan kekal..

Tidak kekal dan akan hilang begitu saja..

Allah, Kau bimbing lah aku ke jalan benar..
Tenangkan lah hati aku..Berikan aku hidayah taufiq supaya aku sentiasa di bawah lindungan Mu dan kerahmatan Mu selalu

...AMIN YA RABBIL ALAMIN...

GAMBAR-GAMBAR HARI RAYA AIDILFITRI 2009


" Dengan A'am + Ajiem ( sepupu aku ) kat Skudai, Johor "


" Sepupu lagi = beraya rumah makcik kat Pt. Sulong"


" Akak aku tengah layan nenek =beraya kat umah makcik kat Labis, Johor"


" Jejaka yang macho sangat di pagi raya ~ nak termuntah aku rasa"


" Kazar ~ kat rumah ex @ Tongkang Pechah..kitorang g beraya"


" Bersiap2 nak gi semayang raya~huhuhu kena semayang kat jalan raya"


" Suasana kat JJ Tebrau~malam raya pertama"


" Kereta lepas basuh~ semangat nak lik raya tp ujan kat hiway lak"


" Jalan clear lak masa balik Johor ~ akak aku drive"


" HUhuhu da nak sampai dah ni..tak sabar nya nak raya"

Oleh sebab blog ni aku yang punya, so aku nak masukkan lah pic raya aku untuk tatapan aku sendiri..

AIDILFITRI 2009 ~ MEMBUKA LEMBARAN BARU

"My sedara mara+mak+kak ngah aku yang debab"

"Nenek kesayangan + cucu yang nenek sayang"

"Beraya kat rumah pak cik di Skudai"


"Kereta JLG yang banyak berjasa"



ASSALAMUALAIKUM..

Pejam celik pejam celik rupa2nya dah seminggu dah kita beraya dan aku dah pun kembali ke Putrajaya untuk meneruskan kehidupan sprti biasa, sprtimana hari2 sebelum ini.

Tahun ni, sambutan Aidilfitri agak menyeronokkan walaupun tidak semeriah mana ( sama je tiap tahun ). Aku beraya di Pasir Gudang untuk raya pertama dan balik ke Batu Pahat pada raya ke dua. Itu pun sebab bawak mak aku balik beraya dengan makcik2 ngn pakcik2 aku ( adik beradik mak aku le tu ).. Tak lupa jugak beraya dengan nenek aku yang tinggal satu2 nya nenek aku..

24 September 2009 jugak tahun ke 16 arwah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga dan tarikh tersebut jatuh pada raya ke 5. Nasib baik aku ingat tarikh tu dan semestinya aku sedekahnya bacaan ayat2 suci al-quran buat arwah abah agar roh nya tenteram dan ditempatkan di Syurga..Aminnn..

Nampaknya tahun ni, aku boleh berjalan jauh sikit sebab dah ada kereta lembu bawak aku jenjalan.. Merasa jugak le aku beraya ke Kluang ( umah Kazar ), pegi Bukit Soga BP, Tongkang Pechah, Skudai dll lah tempat lain yang leh aku pegi.. Malam raya siap leh pegi Danga Bay lak tu..Kebetulan terjumpa dengan Mawi wat show free..ahahhaha..Malam raya pertama lak jumpa lagi dia ngn family dia kat Jaya Jusco Tebrau.. Macam nak promote diri jek Mawi ngn Ekin tu..huhuhu..

Dan semestinya, raya tahun ni memberi satu sinaran untuk aku sbb datang sikit keinsafan untuk aku.. Selama ini aku rasa diri aku lemah..sendirian tanpa sokongan sesiapa tapi aku tak nampak yang aku ada keluarga yang besar yang selama ini menyokong aku dari belakang..dan yang pastinya, aku ada tempat mengadu yang semestinya selalu mendengar dan mengetahui iaitu ALLAH SWT.. InsyaAllah, bermulanya Ramadhan dan Syawal tahun ni, aku akan menjaga tingkahlaku, hawa nafsu dan perasaan hati yang kadangkala membuatkan aku tertekan..

Aku kembali ke Putrajaya dengan semangat baru dan aku harap, semangat ini aku berterusan untuk Syawal tahun mendatang..

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN KE 24 ~ ASROL ~ 15 SEPTEMBER 2009

ASROL ~ dah menginjak umur 24 tahun da masa 15 September lepas.. Alhamdulillah, masih bernafas kat atas muka bumi ni dan masih mampu tersenyum menyambut ulangtahun kelahiran dia.


~ besday boy = da 24 tahun ~



~ Mamat ni memang suka menyibuk ~

Kitorang mintak Asrol belanja buka puasa. Dengan senanga hati nya, dia belanja makan kat KFC Alamanda. So, yang join cuma lah aku, Kazar dengan Zila ( x-Kazar ). Memang best le sebab orang belanja makan.. Ambik barrel untuk 12 ketul, kunun2 nya nak agihkan sorang 3 ketul le tu kunun tapi hakikatnya ada yang tak terabis nak makan. Last2 bawak balik umah sambung lak makan untuk bersahur esok pagi lak.. ahahahhahahaha..


~ tinggal tulang je ~

TQ Asrol sebab belanjan.. Pastu Kazar lak belanja kitorang tengok wayang. Tengok cite Dance Flick kat Alamanda. Kesnya bermula bila Zila ajak Kazar tengok wayang, then Kazar lak ajak kitorang tengok wayang lak.. Tu yang best nya. Yang bertambah2 best, wayang tak de orang pun. Hehehehheeheh..


~ tahun depan belanja lagi ea ~

~ tengok wayang..yahuuuu ~

Anyway, aku nak wish sekali lagi " Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke 24 Tahun Untuk My Housemate ~ ASROL SAIRAN "

Wednesday, September 16, 2009

AKU RINDUKAN SAAT DAN KETIKA......



~ Picture ni blur sebab aku snap dari gambar asal..
Apa yang aku nak share kat sini adalah perasaan rindu aku pada saat dan ketika menjadi pelajar Diploma Pemasaran di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ini semua kawan-kawan yang dulu sama-sama mengejar cita-cita, belajar sama-sama, ketawa sama-sama dan menangis sama-sama..

Kadang-kadang bila teringatkan saat-saat manis tu, air mata boleh menitis..
Zaman belajar, takde masalah berat yang timbul. Cuma pikir kan subjek yang nak kena lulus, pikirkan aktiviti bulanan dan yang penting nak lulus dalam exam..

Kawan-kawan semua, masih ke korang ingat saat-saat kita melapor diri pada 29 Mei 2002?
Time tu, aku terlalu skema..budak baik, pakaian pun comot jer..Rindu betol saat tu..
Kita berpisah pun pada 29 Mei 2005. Bulan Mei, bulan pertemuan dan juga bulan perpisahan.
Bagaimana untuk kita tautkan semula ikatan kemesraan seperti dulu?

Dalam kesedihan dan kesayuan, aku tetap kena kuatkan semangat kerana hidup mesti diteruskan.. Aku perlu jelaskan pandangan mata aku untuk aku gapai impian aku yang selama ini aku rencanakan.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan " Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin" untuk kawan-kawan semua..

Aku sayang korang dan yang penting " Akulah Fendi"

APA ADA KAT BAWAH DAN ATAS MEJA AKU?


~ ni kat atas meja aku sebelah kanan = hp murah yang aku beli kat Low Yatt pada 12 September 2009 dengan harga RM +++.++ ~

~ buku hitam tu tersimpan no tepon orang2 penting dalam kerajaan. Buku nota lak untuk catitan penting kalau boss bagi arahan ~

~ koleksi bekas eclipse yang aku kumpul. Aku simpan dan letak kat situ sebab benda tu terlalu special bagi aku..ada kisah tersendiri ~


~ kotak A4 belah kanan tu banyak khazanah berharga..barangan cenderahati majlis-majlis yang ada kat PICC.. kotak sebelah kanan plak tempat letaknya recycle paper.aku tak suka membazir ~


~ plastik dan kotak sandal BATA..tahun ni beli sandal kat BATA je la..save bajet.. Kasut jogging warna coklat aku letak bawah meja jugak..Beg ijau hitam tu berisi barangan masam aku ( bantal busuk ). Sempena bulan Ramadhan ni, untuk tido2, aku bawak le bantal busuk ~


~ nak tak nak kena jugak beli sandal dari BATA.. tak pe lah, insyaAllah berkualiti ~



~ clorets tu beli kat 7-E kat Kuching..3 eclipse tu lak orang punya ~


~ beg oren tu berisi biskut raya. Beli dari member opis jer..Kasut coklat tu kasut ke dua wat pakai kat opis. Beli RM +++.++ kat The Mines, Serdang. Selipar jepun tu lak beli kat The Mines, Serdang gak dengan harga RM ++.++ ~

Monday, September 14, 2009

INI UNTUK MAK !



Inilah pemberian dari aku untuk mak sempena Hari Raya ni.
Ada lagi dua tiga benda yang aku belikan, tapi aku nak masukkan yang ini jer..
Harap-harapnya mak suka dengan apa yang aku beli kan ni..


BERJALAN + CUCI MATA + SHOPPING UNTUK SEKIAN KALINYA..PENAT...

SALAM UNTUK SEMUA..

today is monday..aku cam rase arini aku alami moody monday lak..ehehehhe, rase cam penat, letih, tak larat, xde perasaan nak keje, tension, alami kekacauan jiwa, kecelaruan otak, tekanan perasaan, gila..ha sume aku senaraikan untuk tatapan semua..

Maybe sebab semalam aku ada terima satu berita / cerita yang aku rasa itu lah berita yang paling aku tak nak dengar dalam hidup aku..buat aku sakit hati dan menambahkan "kebencian" aku pada dia..
Aku cuba untuk neutralkan perasaan aku, be profesional and also calm down.. Maybe jugak sebab dah nak tiba musim perayaan ni, so perasaan nak raya ni berkobar2.. Rase nak balik kampung semakin membuak-buak pula rasanya.. Tak sabar nak jumpa mak, adik beradik n sedara mara aku yang lain walaupun aku rasa tahun ni aku tak sediakan duit raya untuk sedara mara semua.. Bajet dah lari la.. Mintak maap yer!!!

Aku nak cerita pasal kisah perjalanan menjelajah masa hari Sabtu lepas ( 12 September 2009 )..
Untuk sekian kalinya, aku, Asrol dan Kazar pergi memenatkan diri jenjalan di bulan puasa. Dari Putrajaya menuju ke The Curve, then bergerak ke Low Yatt, kemudian ke Sungei Wang Plaza, seterusnya ke KLCC, then gerak ke Kampung Baru untuk berbuka puasa, pastu gerak ke Hentian Puduraya untuk beli tiket member seterusnya balik ke Putrajaya semula.. Malam hari lak, kitorang gerak ke Downtown, Cheras untuk mencuci mata lagi..




Kat The Curve kitorang  juz jenjalan sekejap je sebab minggu lepas dah pegi shopping kat Metrojaya. Kali ni plak kitorang tengok-tengok baju kat Brands Outlet.. Baju kat situ memang cantik-cantik dan menarik. Harga pun ok kat situ.. Aku berkenan kat satu kemeja tapi aku terpaksa lupakan baju tu untuk seketika sebab untuk penjimatan aku sendiri jugak.. So, untuk sedapkan hati supaya beli sesuatu, aku beli sepasang baju t berkolar. Sehelai baju kelabu dan sehelai lagi pink kusam. Pink kusam untuk lelaki ea. Jangan salah anggap pulak.



Puas jugak leh meronda keliling The Curve tu sampaikan aku rase penat walaupun aku sebenarnya susah nak penat kalau berjalan shopping. Kitorang singgah kat Metrojaya untuk tengok-tengok apa-apa barang yang menarik perhatian. Rupanya dalam masa seminggu, dorang akan tukar barang-barang. So, Asrol tak dapat nak cari baju yang dia berkenan minggu lepas.

Bila dah rasa puas berjalan dan cuci mata, kitorang pusing-pusing jap then terus je gerak kuar menuju ke area KL lak sebab nak pergi Low Yatt & Sungei Wang Plaza. Pergi Low Yatt sebab nak cari laptop ( member punya ) , then cari handphone.. pergi Sungei Wang Plaza lak nak cari kasut ( tp malangnya xjumpe pun ).


Bila dah petang sket, kitorang gerak pulak ke KLCC. Singgah kat Masjid KLCC untuk solat Asar, berjalan-jalan cuci minda ( kt masjid ), jam da pukul 6.45 petang, kitorang gerak pulak kat Kampung Baru untuk berbuka puasa.. Jalan kat sini jammed masa nak balik.. Actually nak singgah Masjid Jamek Kg. Baru untuk solat Maghrib, tapi kitorang dah terlekat dalam jammed. Kaki dah lenguh tekan clutch & brake tapi terpaksa redahkan jugak.. At last, waktu Maghrib pun terlepas dan kitorang ambik keputusan terus balik. On the way balik, singgah ke Hentian Puduraya untuk beli tiket balik Batu Pahat ( untuk member ).. Jam dah pukul 9.00malam, mata da pedih ( contact lens pakai dari siang )..



Dalam jam 10.00 malam, kitorang selamat sampai rumah..selamat kat Putrajaya. Lepas mandi-mandi dan solat, terus je keluar untuk ke Downtown, Cheras..Niat cuma nak berjalan-jalan je. Asrol lak dia nak tukar seluar yang dia beli minggu lepas.. Sempat lah aku belek-belek baju, seluar tapi tak beli apa-apa pun.. 

Kira dah dua minggu berturut2 kitorang berjalan sakan sampaikan terlajak bangun keesokan harinya.. Dah le tak bangun sahur, solat Subuh pun terlajak jugak..

Tapi, sebenarnya inilah kehidupan yang aku nak kan selama ini. Mengisi masa lapang di hujung minggu dan malam minggu..Hidup diteruskan dan apa-apa pun jadi, Akulah Fendi.


Monday, September 7, 2009

AKTIVITI KAMI PADA 05 SEPTEMBER 2009

" Arghhh..bosan sungguh lah hari cuti kalau x pergi mana2 "
" Baju aku dah basuh malam tadi, lagik pun ni tengah puasa, mesti tak best kalau duk umah jer "
~ itu lah yang aku getuskan dalam hati aku bila terasa amat tensen lepas bersahur pagi 05 September 2009.

" Agak2nya nak pegi mana eak hari ni? Xkan nak jenjalan Alamanda jer..hurm paling koman pun gi The Mines, ha xpun pegi JJ Balakong or JJ Equine Park "
" Kenapa lah tak cuba pegi tempat yang jauh2 sikit. Baru lah best..mencabar sikit rasanya.. "
Hurm, pagi tu, pas aku tengok Hujung Minggu Malaysia TV1, aku terus je kejutkan Kazar.. Aku sengaja pancing dia suh bangun.. Aku cakap le aku nak jalan.. Nak ikut ke tak nak..
Bila aku cakap je aku nak jalan, dengan sepantas kilatnya dia bangun, tinggalkan selimut dia, campak bantal, terus je masuk dalam bilik belakang kejutkan Asrol yang aku rase masih lagi nyenyak dibuai mimpi di pagi bulan Ramadhan..
Tak sangka plak lah dengan sepantas kilatnya jugak, si Asrol ni lompat dari katil dia, then cam caya tak caya je dengan apa yang Kazar cakapkan tu..
" Eii..ingat aku tipu ker? Aku ni kalau dah ajak jalan, betol2 jalan tau.. Bukan setakat jalan kat luar umah tu jer "
Sementara mereka-mereka tu mandi, aku pun belek-belek lah baju apa yang aku nak pakai. Aku plan nak pakai baju kemeja sebab dah biasa sangat aku pakai t-shirt. Kesian plak aku kat baju-baju kemeja aku sebab dah lama aku tak pakai dorang.. Aku capai lah baju kemeja putih kasual aku yang ada corak kat dada sebelah kiri.. Hahah, aku masih ingat lagi, baju tu aku beli kat The Mines.. Rege dia murah je ( tapi Kazar dakwa baju tu cecah seratus ).. Dakwaan dia tu sume salah belaka.. Aku padankan dengan seluar kodroi yang aku beli kat Alamanda setahun yang lepas ( Seluar tu aku beli semata-mata nak pakai gi tengok teater kat IB ).
Sebenarnya aku tak tahu nak ke mana, padahal dah ajak dorang tu jalan.. Aku plan nak ke JJ Klang, tapi aku tak tahu jalan. Kalau main redah je, sure aku akan sesat sebab aku ni memang blur sket kalo dah tersilap jalan. So, akhirnya kitorang decide pegi ke The Curve kat Damansara je. Aku tak pernah lak pegi ke sini. Tapi nafsu aku membuak2 menyebabkan otak aku bersetuju untuk berjalan2 kat sana..Tukang tunjuk jalan semestinya si Kazar. Harapan aku supaya dia tak lah setakat kata tahu jalan tu cuma kat mulut je. Biarlah dia tahu jalan betul2.. Tapi alhamdulillah.. Memang dia tahu jalan pun..
Sampai je kat The Curve, sesi mengenali tempat tu dulu. Ye lah, tak pernah pergi kat tempat tu, so aku cam blur + bangang sket lah tengok persekitaran kat situ. Kalau nak ikutkan hati aku, nak je aku terjah ke IKEA tu..Aku nak tengok perabot2 dan apa2 jugak lah benda yang best yang ada kat situ.. Sesekali aku terverangan jap. Kunun2 aku beli perabot kat IKEA then hiaskan kat rumah aku ~ wei poda chit..tak de maknanya ko nak hias cantik2 kat rumah yang sememangnya dah bersepah tu ha..
Aku bawah Asrol dan Kazar jenjalan dalam bangunan tu dan jalan-jalan tanpa hala tujuan sebab kitorang memang tak tahu nak ke man..Ahahahah, yang kitorang tahu cuma lah berjalan...jalan..jalan.. Jalan-jalan jek la.. Tetiba lak ternampak Metrojaya..Apa lagi, singgah lah kat situ.. Belek-belek...tengok-tengok..pegang-pegang.. Niat nak membeli memang dah membuak-buak dalam hati aku tapi nasib baik le ada malaikat menenangkan aku supaya jangan terlalu mengikut kata hati. Dari tempat Camel Active, kitorang gerak ke Bonia, then pusing ke Crocodile, pastu tengok baju kat Renoma sehinggalah mata aku terpandangkan Valentino Creation kat satu sudut tepi..Eheheheh, bila da ternampak brand ni, aku try le cari baju yang pernah aku beli.. Saje je nak compare kan harga.. Harga asal memang le sama tapi bila tengok harga after promosi.. HUhuhuu tersentap jap jantung aku sebab harga time sales ni lagi murah RM20.00 dari harga yang aku beli..tapi tak apa lah, aku beli baju tu bukan time sales pun. So, tak perlu lah nak menyesal.. Tumpah air mata darah sekalipun, duit tu tak kan balik pada aku..
Asrol dah berkenan kat dua helai baju. Aku tukang bagi pendapat kat dia.. Aku saje je cadangkan apa2 baju yang aku rasa sesuai untuk dia. Sesekali jeles lak aku rase sebab aku tak boleh nak shopping..Tapi tak apa lah, aku niat minggu depan nak shopping denga Mus kat SOGO. Tu pun kalau jadi lah, kalo tak jadi, aku pegi je JJ Balakong dengan kakak aku..Dialah mangsa untuk aku ajak gi shopping kalau bosan2. Kazar tak puashati sebab Asrol dah capai dua baju.. Dia pun belek2 baju then sambar sehelai baju warna kelabu.. Aku tengok baju tu aku cam berkenan lak tapi dia dah sambar dulu. Takkan lah aku nak beli baju yang sama pulak dengan dia kan.
Aku tak kan puas hati kalo jenjalan tapi tak beli apa..Akhirnya, aku beli beg bimbit yang saiz cam beg balik kampung..Serius aku berkenan kat beg tu bila terpandang..Ingatkan harga dia mahal sangat-sangat tapi bila tengok harga..ha? ha? ah! tak kira, aku kena beli jugak sebab aku memang ada plan nak beli beg cam yang aku nampak tu.. Aku ambik beg tu, bawak gi cashier, bayar dan beg tu jadi hak milik aku.. Senang lah sikit aku nak bawak balik kampung atau travel. Tak payah lah aku nak bawak beg besar2 yang menyusahkan aku jer..
Rasa macam masih tak puas berjalan, tapi masalahnya kitorang ni dah habis pusing.. Kalau time bukan bulan puasa, boleh lah lepak2 minum ke, makan ke tapi ni da time berpuasa, terpaksa lah tahan tekak dari kehausan. Haus tetap haus tapi jalan mesti diteruskan..
Kitorang ambik keputusan nak pergi One Utama sebab dah alang-alang dekat je jaraknya tu.
Masuk ke dalam basement parking, nak mencari lot parking punya lah susah. Berpusing-pusing-pusing baru lah jumpa parking. Tu pun kaki aku dah lenguh tekan cluth dan brake..Ikut kan hati, nak je aku berentikan kereta kat tengah2 laluan..ahahaha
Dalam 3 jam jugak lah kitorang pusing-pusing dalam One Utama. Al-maklumlah, ni le first time kitorang jalan kat sini.. Datang dari kampung, semua tempat nak diterokai..sekurang-kurangnya bila orang tanya, boleh lah kitorang "eksyen" sket.. Bila dah betul2 rasa penat, baru lah plan balik.
Dalam kul 4.00 petang kitorang gerak balik ke Putrajaya. Rasanya aku dah boleh drive untuk balik tanpa petunjuk dari sesiapa ni..
Sampai-sampai je kat rumah, Kazar dan Asrol da "pewai".. Ish dorang ni.. tak cool lah.. terus je masuk bilik, dorang landing atas katil, terus zzZZZZzzzz..
Pukul 6.00 petang, aku ajak diorang pergi Bazaar Ramadhan kat Presint 2, depan MOF.
Nasib baik le aku kejutkan dorang, kalau tak sampai ke berbuka tak beli makanan..
Berpusing-pusing jugak lah kitorang kat bazaar tu mencari makanan.. Tak tahu nak beli apa, balik2..pusing2..gerai jual makanan yang sama jer..Cuma rasa jer lah yang berlainan..
Dalam jam 7.00 petang, kitorang balik rumah.. Buat persiapan nak berbuka walaupun hakikatnya aku ni bukan jenis yang beriya sangat nak wat persiapan.. Iya lah, orang tengah diet, semua nak serba sederhana..Hahahhaha..
Lepas je berbuka dan solat maghrib, kitorang lepak2 dalam bilik sendiri.. Aku sebenarnya nak berjalan le lagi malam-malam hari tapi aku segan lak nak ajak dorang.. Nanti kang dorang kata aku ni robot lak. Jenis tak boleh nak duduk diam. Asyik nak berjalan jer kerja nya.. Tapi memang itu lah habit aku.. Tak boleh duduk diam. Aku suka berjalan..
Dengan tak sengaja nya, Raja Pian ajak lepak kat Kajang.. Lepak kat tempat biasa.. Then, Pyan lak call aku nak ajak pergi Downtown, Cheras. Aku memang dah lama nak pegi Downtown, dah lama tak pergi.. Rindu plak nak ke sana..
Kalau dah pegi Downtown tu, memang rambang mata lah..
Macam-macam ada.. aweks pun ramai..
Boleh cuci mata jap malam-malam hari..
Aku dan Asrol bukan main excited berjalan.. Pyan plak jalan dengan family dia..
Kat setiap gerai jeans, aku ngn Asrol akan singgah.. tanya harga, mintak tawar..
tapi sebenarnya kitorang dah aim satu gerai tu.. Jeans dia canti dan murah tapi tak pe lah, kitorang tetap pusing2 jer dulu..
Nampak kasut, singgah jap tengok kasut..Nampak jam, singgah jap tengok jam..Nampak baju, singgah jap tengok baju. Senang cerita, semua tempat lah kitorang singgah.
Akhirnya, aku beli sehelai jeans, Asrol pun beli sehelai jeans. Tu pun beli time hujan dah nak turun.. Nasib baik lah hujan, kalau tak, memang lagi lama lah kitorang kat Downtown tu.. Lama-lama hujan makin lebat..lebat..dan terus lebat..Aku terpaksa lah angkat kaki pergi kereta..
Rupa-rupanya Pyan ngn family dia dah pun gerak awal sebab hujan..
Dalam pukul 3.00 jugak lah kitorang sampai kat rumah. Tapi aku memang puas hati giler sebab dapat habiskan seharian hari aku pergi berjalan-jalan.. Asrol kata minggu depan nak gi Downtown lagi..eheheh boleh aku sediakan duit lebih sikit wat beli apa-apa yang aku berkenan nanti...

Tuesday, September 1, 2009

AKU NAK TERUSKAN IMPIAN DI BULAN RAMADHAN NI

Masa mula-mula nak puasa seminggu lepas, aku memang dah plan nak turunkan berat badan aku ni sampai 10 kg, tapi aku rase angka tu macam terlalu terlebih-lebih lah plak kan.
Aku dah plankan menu makan aku tiap kali aku bersahur dan berbuka puasa. Disamping nak mengurangkan berat badan, aku jugak nak berjimat cermat dari segi kewangan sebab al-maklum lah kan, bila dah nak dekat raya ni, nak fikirkan perbelanjaan raya lagi, perbelanjaan duit raya lagi, perbelanjaan biskut raya dan lain-lain termasuklah baju-baju untuk mak aku. Memang dah jadi kebiasaan aku untuk tiap tahun, aku akan belikan mak aku baju. Iye la, masa aku kecik-kecik dulu, mak lah yang belikan aku baju raya, so bile dah kerja ni, aku lah pulak ambik alih tugas tu belikan mak aku baju untuk raya.

Tapi..kelainan nya pulak tahun ni, aku belikan mak aku blouse je, pastu tudung ngn brouch. Cam tu gak untuk kakak-kakak aku, aku cume belikan brouch je sebab diorang pun of course lah dah beli baju dorang sendiri. Untuk diri aku sendiri plak, aku masih belum beli apa-apa lagi. Mungkin lah nanti 12 September baru nak pegi membeli belah dengan kawan-kawan aku. Tak sabarnya nak shopping raya..Ehehhehehe

Hah! Berbalik pada bab-bab impian di bulan Ramadhan ni kan, aku memang nak turunkan berat badan aku. Aku punye berat sebelum ni dalam 85kg, so memang impian aku nak capaikan sampai 75kg..tak tahu lah boleh capai ke xberat badan ideal camtu.. Rasa-rasanya boleh kut asalkan ada azam yang tinggi. Ahaha sekarang ni, dah seminggu dah berpuasa, aku berjaya turunkan berat badan aku sebanyak 2kg. Harap-harapnye boleh turun lagi..turun lagi..turun lagi dan turun lagi.. kalo si Aizat dengan Bob tu leh turunkan berat badan dia, sure la aku pun boleh jugak..

Ada orang tanye aku, apa yang aku wat smpai leh turun 2kg?
Semua tu sengan saje..yang penting disiplin dan yang paling penting juga, bile berpuasa, selain pikirkan untuk beribadah, kena la pikir kan penjimatan, kesihatan dan juga jangan terlalu tamak memandang makanan.

Untuk bersahur, aku cuma ambik segelas susu Anlene ( untuk tulang disamping susu itupun memang bagus sebab mengandungi kalsium ), pastu makan 5 biji kurma ( ada glukosa, zat besi, sodium, potasium, kalsium, serat ) dan aku amalkan makan sebiji epal. Itulah menu aku untuk bersahur tiap2 hari. Aku ingatkan nak amalkan smpai bila2 tapi entah lah samada aku boleh bertahan ataupun tidak.

Kemudian, untuk berbuka puasa, aku minum air panas ( tak kira la samada teh, sirap, limau ke..yang penting panas )..aku tidak ambil ais sebab aku memang cepat selsema. Menyusahkan pulak bila time puasa, kena selsema lak. Aku jugak tak ambil nasi sebab nasi ni mengandungi karbohidrat yang tinggi. Lagipun, kalo makan nasi waktu dah nak malam, tak banyak tenaga yang kita guna kan untuk bakar semula lemak tu kecuali kalau betol2 buat sembahyang tarawih, sembahyang fardhu ngan sembahyang sunat yang lain tu..
Aku gantikan nasi dengan bihun, kue tiaw or laksa. Memang lah mi tersebut pun mengandungi karbohidrat, tapi sekurang-kurang nya aku tak ambil dalam kuantiti seperti nasi. Tambahan lagi, kalau makan nasi, kena makan dengan lauk pauk yang aku rase menambah2kan lagi selera makan aku..

Aku target, masuk je bulan Syawal, berat aku akan mencapai 75kg. InsyaAllah...
Selain itu, aku tak lupa amalkan sit up untuk membina otot perut dan aku juga mengamalkan melakukan angkat dum bell untuk membina otot lengan selain membakar lemak aku.

Harapan aku agar orang sekeliling akan memberikan sokongan dan dorongan kepada aku untuk meneruskan azam aku ini..

Ramadhan adalah permulaan untuk melakukan perubahan,
Walau apapun " Akulah Fendi "