Monday, October 26, 2009

Aku Kena Pergi Kursus

Yihooooo rase gembira tul sbb tahun ni insyaAllah aku dapat le cukupkan tempoh berkursus selama 7 hari atau lebih sebab aku dapat tawaran kursus di Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN ) Kampus Wilayah Selatan ( IKWAS ).

Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod ini akan aku hadiri selama 4 hari. So, Ahad ( 01 Nov ) nanti aku akan balik ke Batu Pahat menumpang kasih kat umah nenek aku sehari then Isnin nya tu ( 02 Nov ) aku akan bergerak ke Kluang dan bermastautin kat sana selama 3 hari setengah ( sebab hari terakhir tu setengah hari je )..

Tak sabar nya nak drive sendiri gi kursus ( mentang2 lah da tau jalan )..eheheh pastu nak wat claim perjalanan lak..sure dapat lebih dari yang sepatutnya..







Monday, October 12, 2009

AKU, DIA, MEREKA DAN HARI RAYA

tahun ni, aku rase seronok sangat bile dah ada kete lembu sendiri sebab leh aku tunggang dia wat gi jalan beraya.. masa 03 Oktober 2009, aku, anyss ngn oey gi beraya kat negeri sembilan..

seronok nya dapat berkumpul walaupun tak ramai dan paling terharunya bila Oey sanggup turun dari Manjung semata-mata nak join beraya ni.. TQ Oey, ko lah the true frenz dalam hidup aku walaupun kadang kala tindakan ko menaikkan kemarahan aku..

kitorang gerak awal pagi sebab singgah ke rumah Eja kat Serdang. Eja masakkan bihun goreng dengan pisang goreng untuk kitorang. Memang happy sangat dapat jumpa Eja ngan husband dia, Din. Eja pun bakal jadi ibu akhir November ni.. Pas gi umah Eja, aku gerak gi ambil Anyss kat umah dia.. Apa ntah nama tempat Anyss tu, yang aku tau, jumpe signboard AU Keramat then belok kiri. Tu je yang aku tau.. kelam kelibut sket la kan nak cari umah Nyss walaupun kitorang penah gi umah dia sblm ni.

Dari sana kitorang mulakan perjalanan ke PD..singgah lah umah Ija..of course le kan kalo gi PD kena la gi umah dia. wajib... then dari PD, gerak menuju ke Seremban lak kemudian balik semula ke Pasir Panjang..

erkhhh..ulang alik tu dari PD ke Seremban then balik ke PD semula..

Dalam Maghrib tu, kitorang drive ke Melaka pulak. Dalam kesamaran malam tu, Alhamdulillah..berjaya jugak kitorang gi sana dengan selamatnya..



~ Oey da tak sabar nak gerak Melaka da ni..dia kata, kalo da janji nak ke Melaka, kena teruskan jugak perjalanan, xleh nak cancel ~



~ ni le tuan rumahnya..tengah susukan baby Ipan dia ~




~ cik puan Anyss tengah senyum manja. Eh, Nyss pakai baju kurung la ~



~ auntie Nyss main ba ba cak ngn Baby Ipan yang sangat messssraaaa orang ~



~ Oey masih lagi termenung mengenangkan nasib di hari raya ~


~ ni bukan Eye On Malaysia..ni lah Eye On Melaka ~



~ sempat aku snap pic ni dalam Cruise Melaka..nice gilers view time malam ~



~ rumah-rumah orang di persisiran Sungai Melaka..tapi OMG bau air sangat busuk ~



~ cik puan Nyss ngn aku..nak jugak enterpreme kan aku nih ... camera aku, suka ler ~



~ jumpe lak air pancur ni kat tepi sungai .. teringat lak kat Kuching ~



~ kitorang enjoy naik Cruise tapi seat kecik la..kureng selesa ~



~ tengah tunggu Cruise sampai nak ambik kitorang ~

Monday, October 5, 2009

~PERGINYA PAKCIK AKU ~

Jam 2.00 pagi, aku dapat panggilan dari Adah..hurm sangkakan aku dia cuma nak berbual kosong pagi2 buta..so, aku wat layan tak layan jek la..aku abaikan calling tu..then, untuk kali ke dua nya dia call.. aku tak sedap hati, aku jawab dan.......

aku tak suka nak dengar kabar berita camni...

Pakcik aku meninggal dunia kerana semput jam 1.40 pagi pada 01 Oktober 2009 di Klinik Kesihatan Parit Sulong..

Al-Fatihah..

Sungguh2 aku tak sangka sebab masa raya haritu, aku ada jumpe dan beraya kat rumah dia..Dia nampak sihat walaupun pada ketika tu, memang semput dia tengah menyerang. Tapi aku tak sangka benda ni akan berlarutana sehingga lah Allah memanggil pakcik aku pulang kepada asal.

"Sesungguhnya mati itu pasti"

Akan aku pegang statement ni sampai bila2 dan di saat2 terniat untuk buat dosa..

Aku ambik keputusan untuk cuti pada 01 dan 02 Oktober dan balik menziarahi.. Aku tak nak terkilan kali ni sebab sebelum ni, masa makcik aku meninggal, aku tak balik untuk menziarahi. Maka nya aku tak kan melakukan kesilapan untuk sekian kalinya..InsyaAllah..

Sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi..

AL-FATIHAH