Sunday, August 14, 2011

MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN CC ZALWIYAH


Masa nak aktifkan semula penulisan blog, rasa cam every day nak update, tapi bila dah datang rasa malas, nak bukak blog pun dah tak tau macam mana caranya ( propa je tu )

Aku tulis blog bukan untuk di baca oleh semua orang-orang kat luar sana. Sape yang sudi nak baca, sila kan baca..Kalau tak sudi, memang tak ada hal punya lah. Aku bukan selebriti atau pun ahli politik mahupun menteri yang sudah ada pengikut setia yang tak sabar-sabar nak tahu perkembangan terbaru diri diorang. Blog ni aku ibaratkan macam diari.. Tempat untuk aku bercerita & meluahkan apa yang aku rasa.
Okay, stop membebel.

Mulakan cerita.
27 Julai 2011 ( Jumaat ) : Restoran PICC
Satu majlis meraikan persaraan CC Zalwiyah diadakan sebagai menghargai jasa CC berkhidmat dengan kerajaan Malaysia umumnya dan PICC khasnya. Rasa terharu & sedih bila tengok CC Zalwiyah melangkah meninggalkan PICC dan tidak lagi bergelar kakitangan awam.

CC Zalwiyah dah berkhidmat dengan kerajaan Malaysia selama 39 tahun, 6 bulan dan 5 hari. CC Zalwiyah menjangkau usia 58 tahun ( umur untuk bersara wajib ) pada 06 Ogos 2011. Oleh sebab tarikh CC Zalwiyah berpencen jatuh pada bulan Ramadhan, maka nya majlis diadakan seminggu awal.

Majlis yang diadakan ringkas dan penuh bermakna itu dihadiri oleh Warga PICC yang sangat-sangat menghargai jasa dan pengorbanan CC Zalwiyah yang ditempatkan di Unit Kewangan PICC. CC Zalwiyah lah yang jadi orang penting tiap awal bulan, check claim OT setiap staff PICC untuk pastikan semuanya lengkap dan tidak ada kesalahan. ( macam check kertas exam.. )

Tayangan video penghargaan juga disediakan untuk tatapan Warga PICC ( yang penting muka aku ada ) dan cenderahati diserahkan kepada CC Zalwiyah sebagai tanda kenang-kenangan dari kami semua.

GOOD LUCK CC ZALWIYAH SELEPAS BERPENCEN


05 Ogos 2011 ( Jumaat ) : Ruang Legar Unit Pentadbiran


Momen paling ditunggu-tunggu, tapi sayangnya tak semua Warga PICC yang dapat menyaksikan CC Zalwiyah punch out untuk kali terakhir. Walaupun aku terlambat beberapa minit, tapi okay la jugak sebab sempat aku ambik gambar CC Zalwiyah pegang punch card dia di hari terakhir ( sambil feeling-feeling sempat ke aku lalui saat-saat macam ni? )

Pastinya ini masa yang paling menyedihkan tapi CC Zalwiyah mampu menyembunyikan perasaan tu dan menjadikan suasana sentiasa ceria dengan gelak tawa beliau.
Huhhhhhhhhhh... CC Zalwiyah dah pencen, Aishah dah tak ada kawan..
Sepanjang aku kenal CC Zalwiyah, dapat aku simpulkan yang beliau ni seorang yang:
  • ·   Suka bercerita..CC Zalwiyah suka berkongsi pengalaman kerja dengan kami yang masih baru dalam perkhidmatan awam.. Masih ingat lagi masa mula-mula masuk kerja, perkara pertama yang ditekankan ialah “ beli buku Perintah Am & buku yang berkaitan dengan kerajaan”
  •   suka melancong.. punya minat yang sama dengan aku, kitorang suka share cerita pasal tempat-tempat melancong kat dalam Malaysia dan juga luar Malaysia. Dia lah yang banyak bakar semangat aku untuk pergi melancong. Bila dengar CC bercerita pasal tempat-tempat menarik, aku jadi teruja. Terus je tangan ni click www.airasia.com
  • · Seorang yang tegas dalam kerja..CC sangat tegas dalam kerja. Bagi sesetengah orang, pasti akan anggap CC Zalwiyah seorang yang garang, tapi sebenarnya tidak. CC Zalwiyah cuma tegas apabila berurusan dalam hal kerja sebab bagi beliau, tugasan dan amanah kerja tidak boleh dibuat main-main. Aku sangat setuju dengan CC Zalwiyah.. Kerja Itu Satu Amanah dan Ibadah..
  • · Peramah.. bagi sesiapa yang dah kenal dengan CC Zalwiyah, pasti tahu yang CC seorang yang peramah dan mudah mesra. CC suka berjenaka dan suka bergelak tawa..




Kataku : Nak tinggalkan sesuatu yang bermakna bila dah pencen nanti..

Thursday, August 4, 2011

COOL IT OR KULIT

...semalam aku pegi Klinik Annur ( Pakar Kulit ) Bandar Baru Bangi untuk dapatkan rawatan kulit...

...sape-sape yang kenal aku, memang tau la kan apa masalah kulit aku..memang sejak dari lepas baligh lagi memang dah bermasalah dengan jerawat ni. letih nak melayan kepesatan pertumbuhan parasit-parasit nih..

dah macam-macam racun aku letak kat kulit muka, tapi hasilnya?

Tak de hasil..sama jugak. Memang kuat dorang membiak, ntah vitamin apa yang dorang makan aku pun tak tau. Tak pernah nya nak menyurut, makin membiak ada le..

TQ aku bagi kat teman baik aku, Incik Fauzan sebab temankan aku pegi klinik walaupun agak ramai orang yang nak dapatkan rawatan, tambahan lagi bulan puasa, dia tetap maintain. Yang best nya, kitorang siap berkomunikasi via FB lak tu. Al-maklum la, masing-masing guna smartphone ( perlu ke nak sebut kat sini? ).. hahahhaha

Sorang demi sorang patient masuk dalam bilik doktor..doktor..ooo doktor, apsal lah lambat sangat turn saya ni? Penat nak menunggu. Lagipun dah memang sejak azali lagi aku tak suka nak pegi klinik atau pun hospital. Aku tak suka...tak suka..tak suka...

“ Encik Noreffendi..sila masuk”

Aduh full name tu dia sebut.. Nurse comel yang panggil nama..

Masuk je bilik doktor, doktor dah agak dah apa masalah aku. Bagus lah doktor ni, dah memahami masalah pesakit dia sebelum pesakit bukak mulut.

..Pot pet pot pet pot pet..

..bla bla bla bla bla...

Doktor bagi penerangan satu persatu. Aku cuma mengangguk-angguk tanda paham dan bersetuju.. Doktor buat lah apa aje kat kulit muka saya ni asalkan muka saya jadi sehensem artis-artis kat Malaysia ni. Saya dah letih nak berkeadaan macam ni.

“ Kenapa tiba-tiba nak buat rawatan kulit ni? Dah nak kahwin ke?”

Terlantun lak pertanyaan doktor tu pada aku.. Aduh doktor, jangan la cakap macam tu. Jatuh saham saya depan nurse-nurse yang comel tu.

“ Tak la doktor, saya dah tak tahan je dengan keadaan muka saya.. Kahwin lambat lagi..”

Macam tak best je alasan yang aku bagi tu kan?

“ Saya kena ambik darah awak ni. Nak check darah. Nak tengok kalau-kalau darah awak ada masalah..”

Alamak..ambik darah? Depan-depan mata camni ke ambik darah?

Lemah semangat sikit bila doktor kata nak guna jarum yang besar sebab urat aku besar. Ish doktor ni memang suka bergurau kan? Tak kisah la dia nak gurau ke atau memang prosedur dia macam tu, aku tetap bergetar tangan.

“ Saya nak ikat lengan awak ni, sambil tu awak pam pam kan tangan ye”

Sebatang jarum terus menusuk lengan aku.. Best nya....

Darah aku laju disedut ke dalam picagari.. Banyak nya darah aku kena ambik..

Lega rasa nya bila semua dah selesai..

lepas kena ambik darah


“ Okay, awak boleh keluar dan tunggu untuk ambik ubat ye”

Doktor bagi 3 jenis produk a.k.a ubat untuk aku :

v Antibiotik

v Krim sapu

v Pencuci muka

Lagi 2 minggu aku kena datang balik sebab nak tahu keputusan darah dan jugak doktor nak tengok keberkesanan ubat-ubat yang dia bagi.

Harapan aku --- semoga berjaya rawatan aku kali ini..

Bagi sesiapa yang nak cuba-cuba rawatan kulit, boleh lah datang ke Klinik Pakar Kulit Annur seperti butiran kat bawah :

Laman web : www.annur.com.my

Telefon : 03-8925 6120

Alamat : Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

( Berdekatan dengan Outlet Al-Ikhsan Bangi & Hospital Az-Zahrah )


Kataku : Mood mengantuk tahap cipanzi kelaparan

..OMG...TERLAJAK SUDAH..

As-Salam & Selamat Pagi Semua,

Berbaju batik kuning aku arini. Mood pagi ni?

Erkkkk agak down..

Sebab?

Sebab lambat bangun sahur..

Ada masalah ke kalau lambat bangun sahur?

Ada la..aku cuma sempat makan sekeping roti je.

Makan jugak kan?

Memang la..memang makan, tapi macam tak cukup je..

Orang lain tu selamba je tak bangun sahur, dorang ok je!!

Itu dorang, ini aku..perut aku ngan perut dorang xsama la nyah..

Tu je ke alasannya?

Nak dapat keberkatan bersahur di bulan Ramadhan la..jangan banyak tanya boley x?...

Haaa...pagi tadi, bila aku terjaga, aku rasa suasana sangat berbeza.. Suasana yang tak sama dengan suasana subuh waktu aku bangun sahur. Tengok jam...

“ OMG....pukul 5.42 pagi? ”

Melompat beruk aku dari katil.. Terus bergegas ke dapur, capai air kosong dan sekeping roti untuk alas perut. Tiba je telanan terakhir...

“ Allahu Akbar...Allahu Akbar...”

Tolong...tercekik..tak sempat nak minum air dah.

Semoga sahur aku diterima Allah dan semoga aku mampu berpuasa dengan baik untuk hari ini.. InsyaAllah..

Kataku : Apa aku buat malam tadi sampai terbangun lambat eak?

Wednesday, August 3, 2011

PERNAH TAK KITA TERFIKIR?


Pernah tak kita terfikir sejauh mana hayat kita di dunia ini? Mungkin juga korang-korang selalu terfikir dan mungkin juga korang tak nak fikirkan langsung sebab matlamat korang adalah “ selagi belum tua, selagi itu kita xperlu ingat tuhan”. Sangat songsang kalau matlamat hidup korang macam tu. Nampak sangat lah yang korang tu lemah iman. Aku bukan apa, tetiba lak hari ni nak meng “post” isu pasal hayat, pasal umur, pasal kehidupan. Al-maklum lah, bulan Ramadhan ni seharusnya kita isikan dengan ilmu-ilmu agama, tentang hal-hal pahala, tentang amalan-amalan sunat dan paling penting adalah mencari keredhaan Allah. Aku bukan ustaz, apatah lagi ulama’. Aku bukan kedua-duanya. Aku cuma seorang lelaki yang banyak dosa dan sedang cuba mendekatkan diri kepadaNYA. InsyaAllah.

Semalam dan malam sebelumnya, sewaktu di surau, aku pandang kiri dan kanan dan seketika waktu, bebola mata aku terpandang seorang lelaki yang telah lanjut usianya. Dengan khusyuk aku lihat dia menyerahkan dirinya kepada Allah. Dia menunaikan solat sunat dan dibibirnya tak putus-putus melagukan zikir-zikir memuji keindahan Ilahi. Aku cuma memandang dan ZUUPPPPPP terlintas di hati aku..

“ Ya Allah..adakah nanti aku akan merasa mencapai usia macam lelaki itu?”

Aku sekali lagi memandang kiri, kanan, hadapan dan belakang..Tertoleh-toleh kepala aku memerhatikan makhluk Allah yang lain. Adakah mereka juga berfikir seperti yang aku fikirkan? Atau mereka langsung tidak melihat apa yang aku lihat? Fikiran manusia berlainan lah Fendy. Tak semestinya apa yang kita pandang sama dengan apa yang mereka pandang. Ya!! Pandangan mungkin sama, tetapi tafsirannya berlainan. Pasti apabila ditanya, jawapannya pelbagai. Ada A, B, C, D, E...sampai Z.

Orang muda pun boleh meninggal dunia. Bak kata ustaz dalam sesi tazkirahnya malam tadi..

“ Belum tentu esok kita hidup. Entah-entah, keluar saja dari surau ni, tiba-tiba rebah dan terus tidak bernyawa”

Benar ustaz, Allah SWT boleh menarik nyawa manusia bila-bila masa sahaja. Sewaktu tidur, sewaktu makan, sewaktu solat, sewaktu mandi di laut ( lemas di laut ), sewaktu memandu ( kemalangan jalan raya ) dan paling teruk dan memalukan adalah sewaktu melakukan maksiat. Nauzubillah..

Sebelum menuju waktu kematian yang kita langsung tak tahu bila tarikh dan saatnya, elok lah kiranya aku ( menasihati diri sendiri ) bersedia dari segi amalan untuk di bawa ke sana. Cuma, cukup ke amalan untuk di bawa ke sana? Pastinya dosa lebih berat dari pahala. Anak muda zaman sekarang, iman senipis kulit bawang sahaja. Katanya selagi muda, selagi itu kena berjimba-jimba. Dah tua nanti, baru lah nak bentang sejadah, menyerah diri kepadaNYA.

Semoga hati aku sentiasa mengingatiNYA dan perbuatan dan tindakan aku hanya untukNYA. Aku takutkan kematian tapi aku tetap pegang janji bahawa MATI ITU PASTI.

Kataku : Ramadhan membawa sejuta rahmat buat kita..

Tuesday, August 2, 2011

BERBUKA PUASA HARI PERTAMA

Assalamualaikum..Selamat Berpuasa Untuk Hari Ke Dua Ramadhan..

Semoga puasa kita semalam diterima Allah dan amalan-amalan sunat juga diterima oleh Allah dengan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda. Teringat-ingat lagi kata-kata ustaz semalam semasa kat surau.. Katanya " mungkin juga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Adakah kita pasti tahun depan kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan?". Terasa sangat sayu apabila frasa ini bermain-main kat kotak fikiran aku.

InsyaAllah, sama-sama kita memohon dari NYA agar umur kita dipanjangkan dan sempat mengumpul pahala-pahala untuk bekalan di akhirat nanti. Enjoy-enjoy jugak, akhirat jangan lupa. Sentiasa lah juga ingat pada kematian kerana kematian itu pasti.

Sebenarnya untuk Ramadhan 1432 Hijrah ni aku dah plan baeekk punya untuk diri aku sendiri. Aku nak cuba memasak sendiri di rumah tanpa membeli di bazar Ramdhan. Ini juga salah satu langkah untuk aku berjimat cermat sempena nak raya ni. Selain dari itu, boleh la aku tajamkan lagi skill memasak yang sememangnya tumpul sejak dulu lagi.

Semalam aku masak Spagetti Vegetarian ala Kampung.. Sengaja aku bagi nama yang ntah apa-apa ni untuk sedapkan menu. Dah nama Spagetti, pastu leh lah dikampungkan. Hahahah pelik semacam kan? Bahan-bahan dia senang sangat. Cuma tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili hijau. Kemudian tumis bagi naik bau, letak garam sikit, masukkan lobak merah yang dah dipotong cantik ( aku potong halus-halus panjang ). Bila lobak da rasa empuk sikit, aku masukkan spagetti ( yang dah direbus ), gaul-gaul sikit then masukkan tomato dan cili merah yang aku dah potong-potong halus dan kecil-kecil. Tambahkan sedikit air supaya spagetti tak nampak kering kemudian perahkan limau untuk ada rasa masam-masam sikit. Siap dah menu pertama aku yang memang sempoi.

Menu aku kedua pulak " Ikan Rebus Bersama Kentang ". Aku tak tau apa nama ikan yang ada dalam fridge kat dapur tu. Aku nampak macam menarik, so aku pun rebus ikan tu. Hiris-hiriskan halia, bawang merah, cili hijau. Rebuskan ikan, kemudian campakkan semua bahan-bahan tadi. Lepas tu campak sikit garam dan juga beberapa keping asam keping. Masukkan juga kentang yang dah dipotong-potong. Tunggu lah sampai ikan masak.
Menu yang entah apa-apa, tapi bila da waktu berbuka, aku rasa macam sedap gila masakan aku. Maklum lah, perut tengah lapar.. Kalau waktu perut kenyang, memang menu tu aku tak pandang langsung kut. Hahahahahah...

Semalam berbuka dengan 2 menu ni ditambah dengan kurma dan buah betik. Aku cuma minum air kosong saja sebab waktu puasa, badan kita kekurangan air. Oleh itu, untuk menstabilkan semula kandungan air dalam badan, kena lah lebihkan minum air kosong waktu berbuka.

Pagi ni, aku bersahur dengan 2 keping roti bakar beserta sosej dan juga kacang bakar bersos cheese ( ye ke?seingat aku macam ye ). Ala-ala western la konon..

Kataku : Berharap berat akan turun mendadak macam waktu puasa tahun lepas..