Tuesday, September 27, 2011

PAGI-PAGI MOOD DA HILANG

Bangun pagi dengan penuh semangat.. Bersiap-siap nak pergi kerja sambil nyanyi-nyanyi lagu Mulanya Di Sini dari kumpulan Freedom sambil feeling tengah join X-Factor Australia. Walaupun malam tadi balik lambat, tidur lambat tapi tetap boleh bangun awal. Sebelum tidur sempat lagi makan eskrem perisa coklat + vanilla + strawberry. Hambik ko, makin tinggi la kolestrol ko. Lemak dalam badan tu makin membina empayar la jawabnya. Ok, jangan cerita pasal eskrem. Nanti aku terliuar plak.

Pergi kerja dengan jiwa yang membara untuk berkhidmat untuk negara - sungguh propa -.
Tapi sayangnya....secara tiba-tiba kepala sakit. Sakit kat bahagian kening & kepala kiri. Apalah musibah yang Allah turunkan untuk aku ni? Banyak dosa mengata orang kut..Tu yang tetiba sakit tu. Tak pe, aku redha - org beriman mmg mcmtu -.. Tapi tumpuan pada kerja hanya pada tahap 0. Tak boleh nak fokus. Telan panadol 2 bijik.. Masih juga tak reda.

Aduh....sakit tak elok lagi ni..Macam mana nak kerja ni? Mood terus down. Rasa macam nak setat kete terus balik umah kat Presint 5 tu. Dah terbayang-bayang dah bantal dengan tilam yang empuk untuk aku landing..Ok, balik ke alam nyata.

Sakit masih lagi tak menunjukkan tanda-tanda nak elok, so aku telan lagi 2 biji panadol dengan harapan kesakitan ni akan pulih, tapi...sekali lagi aku kalah..sebab sakit kepala masih belum nak reda.. Kesian kat aku kan.. So, aku ambik keputusan untuk fokus kan membaca paper online dan bukak web JPA daripada aku fokus pada kerja.. Hahhaha bukan aku nak lari dari kerja tapi hakikatnya bila aku pandang fail yang tak berapa nak elok rupa kat atas meja ni, kepala aku jadi bertambah-tambah serabut cam benang disimpul-simpul.

Sekian dulu cerita dari aku yang masih dalam kesakitan kepala ni.

Kataku : Baru sakit sikit dah tak tahan..

Saturday, September 24, 2011

..TARIKH INI, 24 SEPTEMBER..IMBAUAN 18 TAHUN YANG LEPAS..


24 September 1993 ( Jumaat )

Waktu itu, aku darjah 3 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Hari Jumaat ( tahun 1993 hari Jumaat hari cuti hujung minggu ). Abah terlantar di pembaringan. Tekebil-kebil mata dia, cuba untuk berborak tapi satu patah suara tidak keluar dari mulut dia. Maklumlah, orang tengah sakit. Strok pulak tu. Mati seluruh badan. Langsung tidak boleh bergerak. Mak sedang berikan makan tengahari untuk abah tapi abah tak nak menjamah makanan. Mungkin sudah kenyang, cuma dia dengan emak je yang tahu. Kami? Anak-anak dia memang langsung tak faham butir patah kata yang cuba dia sampaikan sampaikan ada satu ketika, abah sangat marah sebab kami tidak mengendahkan permintaan dia.

Beberapa minit kemudian, nafas abah bersekat-sekat. Emak bergegas meredakan dan menenangkan abah. Emak sudah agak kelam kabut dan Kak Angah aku pergi mendapatkan abah dan cuba juga menenangkan abah. Emak berlari ke rumah jiran sebelah dan memanggil meminta tolong. Dari jauh aku hanya dapat melihat tanpa ada perasaan. Aku agak kabur pada saat itu, apakah yang sebenarnya terjadi. Hati tidak berdebar, tiada perasaan sedih atau apa-apa jua perasaan waktu itu. Aku terdiam dan buat endah tak endah atas apa yang berlaku sebentar tadi.

Jiran aku sampai bersama Cikgu Ghazali ( juga jiran aku ). Mereka rasa nadi abah, nadi sudah tidak berdenyut. Nafas sudah tidak dihela. Anggota badan sudah terasa sejuk.

“ Dah tak ada...Innalillahiwainnailaihirajiun..”

Mak menunduk dan menitis air mata..Mak suruh kami ambil air sembahyang dan bacakan Yaasin untuk arwah abah. Abang-abang aku dah pergi masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Mak minta aku dan kakak pergi ke rumah pakcik aku untuk maklumkan apa yang jadi. Waktu itu telefon bimbit tidak mampu dimiliki. Dalam perjalanan ke rumah pakcik yang tidak berapa jauh dari rumah kami, kakak aku mengangis teresak-esak. Aku? Masih lagi tiada perasaan. Entah, aku tahu abah dah tiada lagi, tapi kenapa aku seperti patung? Tiada rasa, tiada jiwa?...

Selepas solat Jumaat, ramai yang datang menjenguk rumah kami. Urusan memandikan jenazah, solat jenazah sehingga lah mengebumikan jenazah dilakukan oleh penduduk kampung. Saudara mara dan nenek aku dari Batu Pahat bergegas datang menziarahi.
Perasaan sedih aku tiba-tiba datang. Seolah-olah satu tamparan hebat di muka aku dan seperti ada suara dan perasaan yang datang memberitahu apa yang aku alami sekarang. Air mata mula menderu-deru saat jenazah abah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Ya..baru kini aku ada perasaan..perasaan sedih yang memukul-mukul dada aku.. Allah..Kau telah mengambil insan yang aku sayangi. Aku sempat berteduh di bawah kasih sayang abah hanya untuk tempoh 9 tahun sahaja. Engkau menyayangi dia kerana dia seorang abah yang sangat bertanggungjawab kepada keluarganya.

Tahun-tahun kemudian aku lalui hidup dengan bergelar seorang anak yatim. Emak bekerja siang malam mencari rezeki untuk membesarkan kami 8 beradik. Kini, kasih sayang dan tumpuan aku hanya untuk emak.

24 September 2011 ( Sabtu )

18 tahun sudah abah pergi meninggalkan kami. Sedar tak sedar masa berlari terlalu pantas. Semoga roh abah tenang di SANA bersama orang-orang beriman dan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT selalu. Kami di dunia ini sentiasa mengingati KEHEBATAN Abah sebagai seorang ayah yang KUAT dalam mendewasakan kami.

AL- FATIHAH



Kataku : Dari DIA kita datang dan pada DIA kita kembali

Thursday, September 22, 2011

YE..AKU UPLOAD GAMBAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA JPM

Kalau setakat bercerita panjang pastu tak ada bukti gambar, rasa cam tak meriah je blog kan? Ha, ni dia aku letakkan gambar-gambar Majlis Sambutan Hari Raya JPM. Tengok la gambar-gambar ni puas-puas (bagi yang nak tengok) sampai korang muntah hijau.. Kalau nak lagi baik, korang cuba muntah sampai kuar darah. Aku pernah cuba tapi tak berjaya.

Gerai Negeri Sembilan

Nampak tak bendera negeri Terengganu tu? Props utama dia adalah jala..

Gerai Sabah bha..Negeri Di Bawah Bayu

Gerai Pulau Pinang.. Simple aje kan? Tapi nice la daripada tak ada

Yang ni Bazar Ramadhan..huhuhu ni sebenarnya gerai air dan biskut raya

 Tu dia gerai negeri Kedah..Siap ada papan tanda

 Cantik kan? kan kan kan? Kata lah cantik..pelisss

 Teratak Mahsuri..Kalau Mahsuri nampak, menangis 7 hari 7 malam sebab nama dia diabadikan kat gerai ni


 Gerai Cik Siti Wan Kembang..Dorang tacap-tacap gerai last minute

 Negeri Perak Darul Redzuan.. Yang ala-ala pelamin anganku musnah tu..

 Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah..Adoi buat pondok-pondok macam ni je ke?

 Biru kuning dah sah-sah negeri Perlis Indera Kayangan.. Non ado yang menarik

 Sape-sape yang tak pandai baca jawi, sila tengok tulisan rumi..Kalau dah ada tulisan jawi ni, sure lah negeri Johor ( saya..saya... )

 ..suka..suka..dan sangat suka..terlebih-lebih suka..

 ..Negeri Pahang Darul Makmur..Kalau tak silap gerai ni menang gerai terbaik...

 ...ye..aku nak tumpang bergambar dulu...sila jeles pada saya...

 Gerai Wilayah Persekutuan..Tak tahu apa motip letak gerbang besar-besar macam tu..

 ..PM dah mai...bagi laluan pelizzz..

 PM bersalam dengan kami .. aku ambik gambar, tak sempat nak hulur tangan bersalam

 Ohhh Kedah oohh negeriku..tidakkkkk..saya anak JOHOR...

 Muka orang kebulur...tak sabar nak makan..konon-konon nak mintak simpati..

Jejaka-jejaka single bersama gadis-gadis..opssss sorang tu da jadi mak orang...

 Negeri Sarawak..aku nak kek lapis tapi malangnya tak kesampaian..terus berangan nak terbang ke Kuching

Negeri Selangor mempromosikan masakan jawa...memang best..i like Jawa...

Gambar memang tak cantik sebab guna kamera BB aje.. Nak beli DSLR tak mampu..Tunggu duit jatuh dari langit saje lah.. Gambar-gambar ni kebanyakan aku ambik sebelum majlis bermula, so nampak la serba sedikit dekorasi gerai-gerai yang ada..

Kataku : Sangat suka sebab tahun ni tak perlu jaga gerai..(*-*)

NAK CERITA PASAL JAMUAN RAYA JPM BOLEH?


Semalam dah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 anjuran Jabatan Perdana Menteri bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ). Meriah wokkk..memang meriah. Meriah dengan warga JPM yang sanggup bersesak-sesak untuk sama-sama meraikan majlis dan menikmati juadah yang disediakan di 13 buah gerai mengikut tema negeri.

Seperti catatan aku sebelum ni, aku dah bagi tahu yang Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa ( BIUPA ) digabungkan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah ( BPH ), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ( SPP ) dan Jabatan Perangkaan yang diamanahkan untuk mempromosikan makanan dan budaya masyarakat di negeri Kedah. Macam-macam makanan yang disediakan di gerai negeri Kedah Darul Aman ni. Mengambil lagenda Mahsuri sebagai daya penarik, sebuah pondok beratapkan rumbia / dauh nipah ( aku tak pasti daun apa sebenarnya ) dan jugak props seperti kuali dodol dan juga tampi beserta lampu-lampu, suasana di gerai Kedah nampak agak menarik. Ditambah lagi dengan bendera negeri yang gah digantung di atas pondok. Juga logo 1 Malaysia yang dipasang di dinding.

Gerai-gerai negeri lain pun tak kurang meriahnya. Dengan penari-penari, dengan MC yang dibawa khas untuk memeriahkan gerai dan juga pintu gerbang yang dihias indah. Gerai-gerai memang cantik tapi kesian juga kat tetamu-tetamu yang datang. Lama sangat nak menunggu tetamu VVIP iaitu YBhg. Perdana Menteri. Mungkin dia agak busy kut. Tu yang datang lambat tu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian PM kita melawat gerai-gerai yang disediakan. Berpusu-pusu betul warga JPM nak ambik gambar PM dan semestinya PM sangaaaaaaaaaaaaaaaaaattt mesra dengan anak-anak buahnya. WE LUV U PM !!!!! ( sambil mendepakan tangan & dengan harapan tahun depan dapat bonus banyak lagi ).

Majlis sambutan ni sebenarnya simple saje. Selesai PM meronda melawat kawasan, majlis jamuan dimulakan. Sebenarnya kitorang dah serbu gerai dulu sebelum PM habiskan rondaan ke gerai. Pasti jugak makanan memang cepat habis. Kalau buat bisnes tu, memang SOLD OUT. Sape-sape yang memang tengah kebuloq kan perut tu, kena usaha lebih la meredah lautan WARGA KERAJAAN untuk dapatkan makanan.

Aku ? Hahahha cuma dapat Nasi Ulam ( maap..tak engat dapat kat gerai mana )..yang aku nampak cuma tangan orang hulur makanan aje. Kemudian, kitorang TERPAKSA balik semula ke gerai Kedah untuk dapatkan makanan yang berasaskan pulut. So, dapat lah sambar Pulut Kuning, Pulut Sambal dengan Tapai Pulut. Adoiiiii....pulut-pulut aje yang masuk dalam perut aku. Terus badan rasa sengal-sengal ubi kayu ( cari dalam kamus Dewan, memang tak adooo... ) Aku dah tak sanggup nak meredah cari makanan. Kepala dah sakit..Habis makan, terus kepala ting tong..mata jadi kuyu..kompem..ye..kompen aku punye kolestrol naik mencanak-canak. Memang ada usaha nak membunuh diri dah ni.. Terus tetiba nak berpuasa untuk hari-hari seterusnya..adoiiii...

Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian... Malas nak transfer gambar dalam PC.

Kataku : Saje je nak meriahkan majlis..bukan nak makan sangat pun.



Wednesday, September 21, 2011

YE SAYA SUKA KURSUS

  
Jangan jeles ye kawan-kawan..adik-adik..kakak-kakak..makcik-makcik veteran dan pakcik-pakcik yang tak berapa nak veteren semua. Aku dapat kursus kat Pahang. Aku bukan bangga sebab dapat kursus kat PAHANG tau. Jangan salah paham lak. Aku bangga sebab aku dapat melebih-lebihkan jumlah kursus aku untuk tahun 2011 ni. Saje je nak kalahkan Cik Ecah. Apa dia ingat dia boleh jadi juara tahun ni? No..No..No.. Abang Long akan cuba memintas occay.


Kursus selama 3 hari ni bermula 28 September sampai 30 September 2011 bertempat di? Kat Suria Cherating, Kuantan Pahang la Incik Fendi. Sape yang ada kat Kuantan eak? Pikir-pikir jap. Sambil selam sambil kentut la. Boleh jumpa kawan-kawan lama yang dah terpisah dek masa dan jarak ( ayat awak sungguh skima occay ). Yang aku ingat, kat Kuantan ada Firman & Ija. Tak pastilah dorang nak jumpa aku ke tak nanti ( sambil mata memandang ke lantai ).

Ok Ok.. Niat nak pergi kursus, bukan nak berjejak kasihan. So balik semula pada topik kursus. Kursus ni anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ), bukan senang nak dapat offer kursus dari JPA tau. JPA ni kedeks ( kedekut ) sket. Utamakan anak-anak buah dia aje ( matilah mak kena banned nanti dengan JPA ). Syukur Alhamdulillah sebab kursus ni berkaitan dengan Perkhidmatan. Apa yang aku ingat, kursus ni berkaitan dengan perlantikan, penamatan perkhidmatan, tatatertib dan sewaktu dengannya. Buka semula buku Perintah Am kalau nak dapatkan kepastian.

Aku dengar-dengar jugak ada suara sumbang kata lepas ni kalau pergi kursus yang luar dari Putrajaya, nanti kena buat presentation berkaitan dengan kursu yang dihadiri. Apa punya idea baru lah yang dorang bagi nih. Jeles la tu. Mak occay je kalau nak buat presentation. Tak ada masalah punya. Confidence biar lebih tapi aksi nanti kelam kabut. Haru biru jadinya nanti.

Kataku : Saya suka kursus jauh-jauh sebab nak tengok tempat orang..


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JPM 2011

Musim raya tak habis lagi, so tiap jabatan sibuk menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri.
Jabatan Perdana Menteri pun tak lepaskan peluang untuk anjurkan majlis juga. Of coz la kan, dah tiap tahun buat, tak kan tahun ni nak terlepas peluang macam tu saja. Last year buat kat PICC, tahun ni sekali lagi buat kat tempat yang sama. Al-maklum, sewaan dewan dikecualikan untuk jabatan / kementerian kerajaan. Untung kan?
Semalam orang-orang kerajaan dah sibuk-sibuk datang memenuhkan Dewan Perdana PICC. Dorang set up gerai masing-masing. Macam-macam benda lah idea yang boleh aku tengok. Siap bertukang, macam nak buat rumah. Tahun ni jugak setiap gerai diberi tema. Untuk bahagian aku, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa ( BIUPA ), kitorang bergabung meletups dengan Bahagian Pengurusan Hartanah ( BPH ), Jabatan Perangkaan, dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ( SPP ). So, bercampur-campur lah ahli-ahli nya.

Tu dia..dah macam pelamin anganku musnah. Kalau tak menang memang tak tahu lah kan..

Gerai pasar malam ke apa tu? Kita tunggu dan lihat aje lah ye.


Tu betul-betul raya..siap berlampu lip lap






Tuesday, September 20, 2011

TERUJA TAU..SAMPAI RASA TAK MO TIDO MALAM NI

PENGUMUMAN-PENGUMUMAN

AIR ASIA BUAT PROMOSI GILER-GILER START MALAM NI
TAPI....
MESTI SESAK TIME NAK BOOK
PERCAYALAH..

HAJAT HATI NAK BERJAGA MALAM, TAPI RASA-RASANYA TIDO LAGI BAIK

Kataku : Nak mintak sponsor dari seseorang

JALAN-JALAN BERHARI RAYA


Nak kumpulkan kawan-kawan pegi beraya bukan senang tau. Semua dah ada komitmen masing-masing, so cuma yang ada dalam gambar ni saje lah yang masih dapat pelepasan untuk berhari raya dengan kawan-kawan yang sekepala.
 Lelaki cuma ada dua. Aku dengan Oii je. Incik Luqman tak dapat nak join sebab kena pegi perbarisan Hari Malaysia kat Dataran Merdeka ( betol-betol anak Malaysia ni ). Incik Nippon lak last minite aunty-aunty dia datang beraya kat KL ( menurut SMS dia la )


Walaupun cuma kitorang aje yang ada, tapi tetap happy.
Sambil beraya sambil jumpa kawan-kawan sambil makan kuih raya sambil tengok baby kawan-kawan.
Happy nye boboi rasa... ( TDBMKA )


Ni kat rumah Linda kat Serimas, Nilai.  Baby ke dua tu.








Penat memang penat tapi tetap kena gagahkan diri jugak..

Dari Sepang ke Kampung Jijan ke Kota Serimas ke Sunggala PD terus ke Pasir Panjang

Gambar kat rumah Nija tak ada la pulak sebab kitorang masing-masing sibuk makan laksa yang sedap tu.

Kat rumah Sazlin pun tak ada gambar sebab sibuk makan masakan kampung yang best. Sampai lupa rasa masakan tu, tu yang kena tambah sampai dua tiga kali walaupun perut da kembung.

Habis je beraya, sempat singgah kat PolyMall, PD. Cari pusat karaoke. Tu dia..gambar kat atas tu, depa tengah duk berkaraoke walaupun hari dah lewat malam.

Kataku : Enjoy dulu sementara single ni, kalau dah jadi suami orang, kena duduk rumah  
            jaga anak bini.


Monday, September 19, 2011

PERLU KE TUNJUK-TUNJUKKAN RASA CINTA DALAM FB?

Kebanyakan orang kat Malaysia ni dah kenal apa tu FaceBook or dalam bahasa Melayu nya Muka Buku. Siap ada lagu Cinta Muka Buku, maknanya popular lah FaceBook ni dikalangan kita.
Rakyat Malaysia memang suka bersosial di alam maya okay. Kalau dalam FB bukan main lagi, bersembang macam duk kat Starbuck atau dalam bahasa mudahnya Kedai Kopi ( Starbuck tu kedai kopi kan? cuma kedai kopi moden ).

Hurmmm..aku selalu la jugak belek2 FB kan sebab medium ni je lah yang merapatkan jurang antara aku dengan kawan-kawan yang aku SAYANGI ( sayang ke? )..tapi bila belek punya belek tu, kadang-kadang rasa meluat tengok status-status gedik yang menyanjung-nyanjung kekasih hati. Kasih sayang boleh ditunjukkan, tapi jangan terlebih over ok. Time bercinta bukan main memuja muji pasangan tu, tapi bila dah kawin? Tak ada lah status puji-puji suami or isteri.
Masa bercinta memang la masa yang sangat indah ( ada pengalaman ke? ). Kalau boleh, setiap detik dan setiap saat tu nak diabadikan dalam FB. Biar semua orang tahu yang mereka tu pasangan yang sangat bahagia. Kiranya redah lautan api pun sanggup la walau hakikatnya tidak.

Kalau nak luahkan rasa cinta tu, bagi aku boleh..tapi jangan melebih-lebih boleh?
Bak tagline member aku " Jangan over boleh tak? "

Perasaan cinta tu terlalu privacy lah untuk di"share" di laman muka buku tu.

Kataku : Setia Hanya Pada Dia ( tettttttttttt )

Thursday, September 15, 2011

Bertambah Merumitkan Keadaan

Aku rasa sesi rawatan di Klinik Annur tu bertambah merumitkan aku sebagai pelanggan. Aku tak salahkan pengurusan klinik, tapi aku salahkan diri aku sendiri sebab aku tak suka merumit a.k.a menyusahkan diri aku sendiri untuk buat banyak kerja.

Semalam ( 14.09.2011 ), aku pergi rawatan untuk kali ke 3 di klinik tu. Masa rawatan kedua sebelum ni, doktor da dapat kesan yang kolestrol dalam badan aku sangat tinggi dan doktor mintak aku rujuk pada klinik kerajaan kat Putrajaya ni. Semua dah settle sebab aku dah ambik ubat untuk tempoh 5 bulan. So, next appointment aku untuk ujian kolestrol ni pada Januari 2012.

So, ingatkan dah selesai semua benda ni, cuma nak continue dengan rawatan di Klinik Annur saje. Rupanya semalam, bila datang untuk buat follow up, doktor suruh pulak pergi klinik kerajaan untuk ujian hati. OMG..

Rumit sangat lah.. Agak boring bila banyak benda kena buat.Dalam tempoh sebulan ni, doktor mintak aku pergi buat check up untuk tengok sama ada Vitamin A dan ubat kolestrol yang aku makan tu ada beri kesan atau tak pada hati aku.Aku merungut bukan sebab apa, aku tak suka nak pergi KLINIK.. tak kira lah klinik kerajaan ke klinik swasta ke, sebab servis sangat lah lembap. Lagi-lagi klinik kerajaan. Masa untuk menunggu terlalu lama. Sangat lama. Kalau aku tido waktu tu, memang dah hilang ngantuk aku. Masuk dalam bilik doktor cuma 2-3 minit aje. Sangat membazirkan masa aku.

So, mungkinlah next week aku akan buat susulan kat klinik kerajaan. Harap-harapnya tak ramai lah orang sakit waktu tu..


Kataku : Jagalah kesihatan dari muda..

Tuesday, September 13, 2011

Gelak-Gelak Pagi Selasa


Warga PICC semalam pergi melawat kilang Yakult kt Seremban 2.Balik dari lawatan, masih ada lagi lah sisa-sisa cerita yang nak diceritakan kat kawan-kawan yang tak join..


A : Best tadi gi kilang Yakult tu, dia tunjukkan la power point pasal bakteria baik ni semua.. Dalam satu botol Yakult tu ada 30 billion bakteria baik tau..

B : Ye la tu, dia ada tunjuk tak bakteria tu gerak-gerak dalam air tu?

A : Tak ada lah..kan kalau nak tengok bakteria kena gune MICROSOFT..

B : MICROSOFT eak... ( sambil wat muka tahan gelak )

A : Ye la..MICROSOFT..yang gune untuk tengok bakteria tu..

B : Pembetulan...bukan MICROSOFT ok, tu
MIKROSKOP..

A : Erkkkk...salah cakap..

A cover malu jap..Nasib baik tak ada orang lain masa perbualan tu.



Kataku : Berfikir sebelum cakap.. =_='

Friday, September 9, 2011

Nak Beli Kasut... Nak Beli Kasut...

Jalan-jalan kat Mines Shopping Mall, sebelum raya aritu,
pastu belek-belek kasut kerja kat Walk In tapi kenapalah harganya mahal sangat?
Bajet tak ada la..

Kesian kan aku?

Masuk BATA lak, nampak kasut cantik..
wah nak beli..nak beli..

Harap-harapnya ada lagi lah kasut tu..

Kataku : Nak wat koleksi kasut

Thursday, September 8, 2011

Susahnye Bila Dah Kena Warning Dengan Doktor

Kalau lah aku xgi wat rawatan kat Klinik Annur Bangi tu, sure aku tak tahu apa yang aku tengah alami sekarang. Tu la, jangan ingat tengah muda macam ni tak ada penyakit, so aku cadangkan kepada kawan-kawan muda di luar sana, pergi lah buat pemeriksaan kesihatan okay.

Jangan salah paham ye, sebab aku tak mengalami masalah kesihatan a.k.a mengalami penyakit kronik. Aku cuma mengalami masalah kolestrol aje. Kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan datangnya penyakit-penyakit kronik macam darah tinggi, serangan jantung dan jugak strok.

Ayat doktor paling aku tak boleh lupa..
“ Selagi lemak-lemak ada dalam badan tu, jangan harap la kolestrol nak turun”

Tersentap aku..
Selalu la jugak tengok iklan Quaker Oat yang cabaran mengurangkan kolestrol tu dan jugak iklan susu Omega Plus sebagai satu makanan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Selama ni tak pernah terfikir yang dua jenis makanan akan jadi makanan rugi aku untuk beberapa bulan nih. Nasib badan kan?

Sebenarnya doktor pun agak pelik bila kadar kolestrol dalam darah sangat tinggi tapi bila aku cakap yang arwah bapak meninggal sebab kena serangan strok, doktor buat kesimpulan yang mungkin ini keturunan. So far, adik beradik lain tak ada masalah, cuma aku je yang bermasalah. Memanga anak abah la aku ni.

So, wat masa ni, aku ambik ubat doktor untuk turunkan kadar kolestrol dan dalam masa yang sama juga aku minum susu Omega Plus sambil bersarapan dengan Quaker Oat.
OMG..

Serius nak muntah makan benda alah ni.. Dah biasa kan tekak ni telan bihun pagi-pagi buta.
Nak sihat kena lah berkorban kan?



inilah makanan untuk sarapan..hari-hari macam ni, memang boleh muntah



ini pulak ubat-ubatan..muda-muda dah kena telan ubat..tensen betul la


Kataku : Akan pastikan kadar kolestrol turun sebelum 14 Sept ni.

Wednesday, September 7, 2011

JANGAN JADI SENGAL MACAM AKU


Tadi masa tengah tengok berita TV3, tetiba lak aku teringatkan kes salah paham a.k.a sengal aku masa berbalas-balas BBM dengan sorang member..

Kes ni jadi masa bulan puasa, waktu sibuk-sibuk aku nak berbuka puasa dengan warga opis, time tu lah member aku BBM aku..

Member : Arini buka kat mana?Aku : Buka kat opis sebab ada majlis berbuka puasa dengan warga opis
Member : ooooo...wah best la eak. Mesti makan best kan?
Aku : Aah, seronok jugak. Kat sana dah buka ke?
Member : Dah..
Sesi berBBM berhenti jap sebab dah masuk waktu buka puasa..
Bila aku check BBM, ada lagi BBM masuk.

Member : Dah buka belum?
Aku : Dah..tengah buka..
Member : Buka seluar ke baju?
Aku : Ha? Apa benda merepek ni? Xde kaitan okay. Jangan nak menggatal.
Member : Erkkkk...xpaham ke?
Aku pun dengan rasa marahnya terus xlayan BBM member aku.
Lepas kenyang makan, aku terpikir jap ngn BBM member aku tu. Aku baca semula, then aku gelak sorang-sorang..

Kesian siut kat member aku..rupenya dia nak melawak ngan aku..
Aku yang sengal a.k.a tak paham bahasa lawak ataupun otak aku yang pikirkan benda lain?


Kataku : Rasa bersalah kat member.. Ye, aku tau aku memang sengal..

RABU..OO..RABU

Rabu itu Wednesday

Wednesday is Rabu

Benda yang sama yang diulang-ulang tetapi berlainan bahasa.

Hari ni, rasa macam banyak sket aktiviti kerja untuk aku tapi tu lah, tiap hari bila bangun tidur, hati rasa berat nak bersiap-siap pergi kerja.

BUKAN TAK TAHU BERSYUKUR DENGAN REZEKI KERJA YANG ALLAH DAH BAGI
tapi kan, untuk berjaya dalam hidup, individu tu tak boleh nak berpuas hati dengan apa yang dah dilalui ataupun apa yang dah dicapai..

Orang kaya, kalau dah semakin kaya, dia tak akan puas dengan kekayaan mereka..
Bukan sebab mereka tamak, tapi semakin kaya dan banyak duit, semakin banyak tanggungjawab dia.
Tanggungjawab pada keluarga..mungkin ada anak - anak yang belajar di luar negara dan perlukan perbelanjaan yang besar, maka..kena cari duit lebih dan tak boleh nak berpuas hati dengan pendapatan yang ada.

Kalau orang bekerjaya sebagai pemain bola sepak. Tak kisah la, pemain tempatan cam KFCM ke, Syafiq Rahim ke or laki Rita Rudaini tu, untuk memantapkan diri or skill permainan, dorang tak boleh nak berpuas hati dengan kemahiran yang dorang ada. Setiap hari, dorang cuba tajamkan skill dan cuba cari skills lain yang boleh menggerunkan pihak lawan.

Tak ada siapa yang boleh ubah diri kita kalau bukan diri kita sendiri.

Ingat tu..

Cuma kita sahaja yang kena bijak sama ada nak pilih perubahan yang bagaimana?
Perubahan yang membawa kejayaan dan kemasyuran?
Perubahan yang leh membawa kebinasaan untuk diri sendiri?

Aku membebel tanpa bersuara ni bukan sebab apa..
Kawan-kawan sekerja bersilih ganti, tapi aku tetap jugak kat sini..
Dengan jawatan yang sebegini..
Kadang-kadang tu timbul rasa cemburu yang teramat sangat bila tengok kawan-kawan sekuliah dulu yang dah pegang jawatan yang selayaknya dengan pendidikan..

Dah ada kerjaya yang mantap, siap sambung study PJJ
Duit simpanan dah berkepuk-kepuk
Senang cerita, tak payah nak garu kepala la kalau cerita bab duit ni..

Rezeki masing-masing kan?
Allah dah tentukan rezeki untuk hambaNYA
Tapi...

Jangan leka ye, manusia tetap kena usaha.

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Kalau kita tengok orang yang berjaya sekarang ni pun kebanyakan berasal dari kampung, tidak berpendidikan tinggi sangat tapi asal ada kemahuan, semuanya tidak mustahil.

So..

Apa lagi?

Buat lah kerja...


Kataku : ALLAH akan bukak pintu rezeki seluas-luasnya buat hambaNYA yang bersyukur

Tuesday, September 6, 2011

MOOD CUTI TAK HILANG LAGI

" mana kawan-kawan semua nih? "

Hari ke dua naik keje selepas bercuti hari raya..

Mood bercuti masih menebal lagi.

Nak wat keje pun rasa malas walaupun boss dah bagi kerja..

Event pun tak ada..

Nak beraya pun malas sebab geng sume jauh-jauh..

Duduk melangok aje lah kat office ni..




Kataku : Cuti dah tak banyak, so kena lah kerja

Monday, September 5, 2011

IKLAN BEST KAT BAS

Sehari sebelum aku balik kampung, aku ambik kesempatan meronda-ronda ke Jalan TAR semata- mata nak merasai nikmatnya bersesak-sesak dengan warga Kuala Lumpur yang sibuk membeli belah baju-baju raya. Sambil-sambil berjalan tu, aku beli songkok baru untuk aku melaram pagi-pagi raya.


Time nak gerak balik tu, aku stuck kat jammed..


Then, aku terpandang bas warna merah ni. Mula-mula aku tak perasan iklan apa yang terpampang kat dinding bas tu. Bila terpandangkan sosok tubuh wanita berbaju putih yang nampak cam bergaya ghairah tu, aku cuba la amati betul-betul..




Kereta aku gerak perlahan-lahan sampai le betul-betul dekat dengan bas ni, erkkk tergagam jap bila aku pandang ikaln ni..


Serius lawak + lucah siut iklan ni. Aku ingatkan benda apa lah yang pompuan tu peluk cium. Korang tau apa benda tu? Siap ada pita pengukur lak tu. Then ada lagi 2 benda yang ala-ala hotdog tapi bersaiz pendek.


Baru la aku faham, iklan ni pasal produk apa.






Sengal gile kan? Iklan terang-terang..
Budak-budak kecik mesti ingatkan hotdog kan?
Sesape yang lambat tangkap tu, mesti blur jap bila tengok iklan ni.


Macam-macam cara la pihak pengeluar nak iklankan barang dorang.
Jalan paling senang, cuma iklankan kat dinding bas je. Bas bergerak ke mana-mana sambil bawak mesej produk tapi kalau produk macam ni yang diiklankan?


Aku pun garu kepala.. Tetiba malu sendiri..



Kataku : Suka iklan hohoholick Liza Hanim dengan anak dia..comel..

NIAT HATI MEMANG MURNI, TAPI....TERUS JADI SAKIT HATI



Seminggu selepas raya, aku pegi la jalan-jalan kat shopping mall area Pasir Gudang. Niat hati cuma nak berjalan-jalan sambil beli lah sikit-sikit barang-barang yang berkenan kat hati. Tengah berjalan tu, ternampak la pulak penimbang yang kena masukkan duit 20sen tu.
Hati ni da meronta-ronta nak timbang ni. Konon-kononnya berharap berat badan akan turun. Maklum la, sepanjang seminggu beraya di kampung, aku terpaksa jaga pemakanan hasil dari nasihat doktor.
hahahhaha...
sekali je bila naik kat penimbang, terus muka aku berubah jadi macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Mak aii... naik 4 kg?
Lepas ni memang aku kena diet semula la. Bukan sebab nak dapat body cantik, tapi takut kena marah dengan doktor..
So, lepas ni menu harian aku macam ni je lah..
|
|
|
|



Kataku : Kadar metabolisme rendah sangat kut. Makan terus jadi lemak..nasib badan la..

JALAN BERLUBANG-LUBANG..DAH MACAM KAWAH GUNUNG BERAPI

Semalam aku melalui saat-saat yang agak mencemaskan ( bagi diri aku la, sebab aku tak pernah melalui peristiwa mendebarkan macam ni ). Bunyi macam gempak dan seram kan? Tapi sebenarnya tak lah segempak mana pun.

Cuma nak kongsi cerita sedikit pasal keadaan jalan raya di kawasan Pasir Gudang yang amat mendukacitakan aku dan mungkin juga penduduk-penduduk Pasir Gudang yang sentiasa menggunakan jalan raya sebagai jalan penghubung untuk pergi dan balik kerja.

Keadaan permukaan jalan sangat lah teruk dan huduh. Berlubang-lubang dan jalan dah rosak. Kalau lubang kecik-kecik boleh dimaafkan lagi, tapi...ni dah macam lubang kawah gunung berapi dah. Semalam aku jadi mangsa. Tengah syiok drive sambil layan lagu dan mulut tak henti berceloteh, aku terlanggar lubang. Tapi Alhamdulillah, lubang kecik. Tengok depan, ada lubang yang besar dan aku dapat elak tapi bila benda dah nak jadi, tetap jugak la jadi kan. Dah lepas satu lubang, aku tak dapat nak elakkan satu lagi lubang yang dah tunggu kat depan. Dengan selamba je lah tayar kereta aku termasuk dalam lubang dan keluar lah bunyi..

“Prakkkkk”

Hampir-hampir la jugak aku nak berhentikan kereta kat tengah-tengah jalan raya tu tapi nasib baik la sempat aku berfikiran waras. Kebetulan jugak la beberapa meter kat depan tu ada Stesen Minyak Shell. Aku terus je bagi signal masuk ke stesen minyak dan dengan muka yang sangat resah dan marah, aku check apa-apa yang patut. Alhamdulillah jugak sebab dari segi luaran, kereta tak ada masalah. Tak ada retak or patah. Lega, memang lega tapi aku masih lagi risaukan keadaan kereta tu sebab aku takut kalau apa-apa jadi waktu tengah drive kat lebuh raya.

Aku terfikir lah jugak, bagi aku keadaan jalan raya di kawasan Pasir Gudang memang tak akan berubah selagi lori dan kenderaan berat berulang-alik melalui jalan yang sama. Maklum lah, Pasir Gudang merupakan kawasan perindustrian, so memang jadi lumrah lori-lori akan keluar masuk dan secara tak langsung akan merosakkan permukaan jalan. Seumur hidup aku, rasanya memang tak pernah aku nampak keadaan jalan di Pasir Gudang ni cantik. Setiap masa dan setiap musim, macam tu jugak lah keadaan jalan nya.

Benda-benda macam ni sebenarnya menjadi salah satu punca kepada penyumbangan kemalangan jalan raya. Dengan keadaan jalan yang sentiasa dipenuhi kenderaan, pemandu-pemandu memandu laju dan dalam masa yang sama, kenderaan cuba mengelak dari melanggar lubang.

Aku mohon kepada pihak yang berkuasa tolong lah tengok-tengok kan keadaan jalan di Pasir Gudang tu. Tak kisah lah kalau nak turap berapa kali pun, yang penting jalan raya tu memberi keselesaan kepada para pemandu dan harap-harapnya peristiwa yang jadi pada aku tu, tak akan berulang lagi di masa akan datang. Kalau jadi jugak, memang aku merajuk tak nak balik Pasir Gudang lagi.


Kataku : Lebih suka jalan tanah merah...