Saturday, October 29, 2011

KONVOKESYEN KOLEJ PROFESIONAL MARA 2011

Tadi sudah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA bagi tahun 2011 di Putrajaya. Macam biasa, pusat konvensyen dipenuhi dengan para graduan dari enam buah Kolej Profesional MARA iaitu KPM Beranang, KPM Bandar Melaka, KPM Ayer Molek, KPM Indera Mahkota, KPM Seri Iskandar dan KPM Bandar Penawar. Majlis yang bermula pagi ni berjalan dengan lancarnya sehingga tengahari.












Tahniah kepada para graduan dan tahniah juga kepada ibu bapa para graduan atas kejayaan anak-anak semua.

Kataku : Impian untuk study masih menebal dalam diri

Friday, October 28, 2011

PELUPA ATAU SENGAJA BUAT-BUAT LUPA? DAH TUA...

Mungkin sebab peningkatan umur ataupun terlalu banyak fikir..Aku sendiri tak tahu apa punca sebenar yang menyebabkan aku sekarang ni mudah sangat menjadi lupa.. 

Ok jap...sebenarnya aku lupa apa yang aku nak ceritakan ni..


LATIHAN INDUSTRI..SAPE YANG TENGAH CARI TEMPAT?

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ), Putrajaya menerima pelajar yang ingin menjalankan Latihan Industri. Jadi kepada sesiapa yang berminat, boleh cuba hantar resume dan surat permohonan ke alamat :

Timbalan Setiausaha Bahagian
Seksyen Pengurusan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Dataran Gemilang, Presint 5
62 000 Putrajaya
( u.p.: Encik Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin )

Kelebihan kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Pelancongan, Perniagaan, Kesetiausahaan, Pengurusan Pejabat dan IT.

Elaun sebanyak RM 15.00 sehari untuk tempoh 3 bulan sahaja akan diberikan oleh kerajaan Malaysia.


Untuk mengenali lebih lanjut tentang PICC, klik DI SINI


Kataku : Orang PICC ramah-ramah belaka tapi ada masanya cepat "hoott"

Thursday, October 27, 2011

AKU ATAU DIA YANG SILAP?

Kes jadi masa nak makan tengahari. Lepas ambik lauk, pergi ke cashier untuk bayar. Sambil nak bayar, aku berbual dengan salah sorang staff kat kafe tu, aku keluarkan duit RM 10.00 dan aku serahkan duit tu pada cashier.

" Minum apa bang?"

" Limau suam.." jawab aku..

" Ok, cukup lah RM 5.00.."..kata cashier tu..

Aku jadi blur, seingat aku tadi aku bagi duit RM 10.00, kenapa lak tetiba dia kata cukup RM 5.00?

Aku bagi tau le yang aku serahkan duit RM 10.00 sebab setahu aku, dalam wallet aku memang tinggal RM 11.00. Bila aku dah bagi RM 10.00 tu, memang tinggal RM 1.00 dalam wallet. Siap aku tunjukkan wallet aku yang tinggal RM 1.00 tu.

Mati-mati dia kata aku serahkan RM 5.00 dan aku mati-mati kata aku bagi RM 10.00. Staff yang berbual dengan aku pulak menyampuk, " Abang bagi RM 5.00 tadi "..

Haaa? Tergamam aku..Ish sumpah, sebelum pergi kafe memang aku dah check wallet aku.. Memang tinggal RM 11.00 aje. Sebab tu la aku confident kata aku bagi RM 10.00 dan aku nampak tadi, lepas aku bagi RM 10.00, cashier tu letak dalam peti duit dan dia ambik not RM 5.00. Mungkin, bila dia dah pegang duit RM 5.00 tu, dia ingat duit tu duit yang aku bayar kat dia.. Tapi..bila dah dua orang kata macam tu, aku nak buat macam mana. Mengalah saje lah.. Kalau betul aku bagi RM 5.00, aku tak boleh nak cakap apa lah. Tapi kalau aku memang bagi RM 10.00, haaa aku harap bisnes dia tak akan lama kat tempat tu..( Jahat tak? )

Dengan tak malunya aku bercerita yang duit dalam wallet cuma tinggal RM 11.00..hahahhaha


Kataku : Sebab duit, manusia boleh bergaduh..kan?

Wednesday, October 26, 2011

.: JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS :.


Kengkawan blogger yang sudi baca blog ni, jom la join segmen AZIM RAZAK ni..

Sambil-sambil kita singgah menyinggah blog kawan-kawan kan, sambil lawat melawat dan jadikan blog dorang sebagai rujukan, boleh jugak kita bertukar-tukar pendapat..

Boleh gak kita tambahkan followers dan dapatkan followers setia yang boleh sama-sama bercerita dan bertegur sapa.

Kataku : Suka tengok dan baca blog-blog yang cantik dari penceritaannya..

Tuesday, October 25, 2011

HARD DISK TU NYAWA AKU

Aduh..malang sungguh nasib aku kali ni.. External Hard Disk rosak la plak.. dalam tu penuh dengan gambar-gambar dengan movies..apa la malang nasib kali ni..hurmmm...

Kataku : Sabar Separuh Daripada Iman

Monday, October 24, 2011

AKU DALAM DILEMA..DILEMA..BUAH DELIMA

Aku dalam dilema..

Gedik kan status camtu? Hahhaha dilema sama ada nak submit permohonan sambung study ke tak.. Bila dengar cakap-cakap orang kata buat PJJ ni susah sangat, aku jadi macam down sangat. Rasa macam rendah diri, sebab rasa macam tak mampu nak tempuh kehidupan sebagai seorang yang bekerja dan juga seorang pelajar. Takut-takut kalau tak terkejar kedua-dua benda ni. Nak dapatkan degree, tu memang impian aku..Aku akan cuba dapatkan juga walaupun lewat.

Tak kisah lah kalau orang kata dah terlambat nak study..Bagi aku, itu kata-kata orang yang tebal tahap cemburu dalam diri dia. Aku mencari kepuasan dalam diri. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk, tapi aku nak penuhi hasrat dan keinginan aku. Pedulikan apa orang nak cakap. Orang-orang macam tu, cetek akalnya, tiada kemajuan dalam diri mereka. Tak kisah, kita tinggalkan dahulu orang-orang macam tu.

Dari tadi tunggu nak bayar wang proses online, tapi masih lagi in progress. Ramai sangat ke yang sama-sama online ni? Ish ni lah masalahnya kalau buat kerja last minute, jadi lah macam ni. Dalam slip permohonan, disebut tarikh akhir hantar dokumen pada 04 Disember 2011, tapi aku ada terima SMS lak suruh hantar pada 28 Oktober 2011. Mana satu yang betul ni. Tak apalah, kalau sempat aku hantar. Tawakal aje lah, kalau-kalau sempat diproses kan?


Kataku : Sekejap semangat, sekejap tak semangat..aduhhh mana semangat ni pergi?



JANGKA HAYAT RAKYAT MALAYSIA 75 TAHUN


KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini dijangka mampu mencapai umur 75 tahun bagi lelaki dan 80 tahun bagi wanita menjelang tahun 2020 berdasarkan tahap kesihatan penduduk yang semakin meningkat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, jangka hayat itu jauh lebih baik daripada sekarang di mana lelaki mampu mencapai usia 70 tahun dan wanita 75 tahun.
"Kerajaan mula menyemai betapa penting menjaga tahap kesihatan menerusi kanak-kanak seawal usia di sekolah rendah. Dengan program begini ia diharap mampu mendidik rakyat lebih peka terhadap kesihatan diri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Program Gaya Hidup Sihat serta Sambutan Hari Jantung Sedunia di Komuniti Penduduk Kediaman Penjawat Awam Jalan Duta di sini semalam.
Jelasnya, biarpun kadar kematian pramatang meningkat dari tahun ke tahun akibat penyakit tidak berjangkit tetapi tidak menjejaskan jangka hayat penduduk negara.
"Seramai 11,812 kematian akibat sakit jantung dicatatkan sepanjang tahun lepas melibatkan individu yang berusia kurang 60 tahun," jelasnya.
Rosnah berkata, penduduk negara ini mampu bersama-sama menjalani hidup sihat seperti berhenti merokok, mengamalkan pemakanan seimbang dan menjauhi minuman alkohol bagi memastikan jangka hayat dapat ditingkatkan.
* Petikan dari Kosmo 24 Oktober 2011
Kataku : Banyak-banyak berdoa semoga panjang umur...

Sunday, October 23, 2011

COLORS OF DEEPAVALI



Gambar kat atas tu adalah dua benda yang sangat sinonim dengan Deepavali. Itu tandanya sambutan Deepavali dah nak dekat. Selamat menyambut Deepavali kepada penganut agama Hindu di Malaysia. Sambutan Deepavali diiringi dengan keceriaan iaitu dari segi warna yang pelbagai. Senang cerita penuh dengan warna warni.

Kataku : Kitakan 1 Malaysia...

MENGADA-NGADA





Semalam petang ada orang dengan baik hatinya belanja aku makan kat Ice Room, Bandar Baru Bangi. Bertemakan hijau, suasana restoran agak menarik. Bila dengar je Ice Room, aku bayangkan yang keadaan dalam restoran tu sejuk, tapi rupanya tidak (terlalu tinggi jangkauan aku kan?).

Nama dan gambar orang yang belanja tidak akan dimasukkan langsung sebab dia nak aku rahsiakan dari pengetahuan kawan-kawan (kelas...taraf artis)..Makan benda yang simple-simple je sebab aku baru nak kenal-kenal dengan restoran ni kan. Sebenarnya dah tahu lama kewujudakan Ice Room ni sebab kat Nilai pun dah ada bukak, cuma tak berkesempatan nak singgah dan menikmati makanan kat sini.

Aku makan Spagetti With Chicken Black Pepper, pesan jugak Tropical Fruits Ice Cream (tak sure nama sebetolnya), sekali dengan Apple with Asam Boi..Orang yang belanja tu pulak pesan Cheese Cake, dengan Strawberry Ice Cream dengan Mushroom Soup. 

Rasa makanan dia biasa-biasa je cuma istimewa pada ice cream saje. Boleh dicadangkan tempat ni untuk makan-makan lain kali sebab tempat selesa dan orang tak ramai.

Kataku : Jarang makan kat luar..diet ( katanya.. )


Saturday, October 22, 2011

REAL STEEL

Real Steel best...
Memang best..dan sesungguhnya best..
Jalan cerita yang teratur, tidak berat, tidak membebankan otak untuk berfikir..

Tengok movie ni kat Alamanda dengan Zue..Wayang penuh ok, sampai stuck masa nak keluar..Inilah penangan Real Steel lakonan Hugh Jackman yang ada karisma dalam lakonan..Tapi serius aku masih nampak lagi Wolverine dalam diri dia. Mungkin sebab dia da sinonim dengan watak tu kan? Lupakan yang tu, ni cerita lain dan dia mampu sampaikan watak dia dengan baik.

Kat bawah ni ada ulasan dan sinopsis movie ni dan sinopsis ni bukan hasil tulisan aku ye..Aku tak pandai nak mesinopsiskan movie, nanti lain jadinya..

Filem ini secara keseluruhannya menceritakan pertalian antara seorang bapa dan anak. Charlie lakonan Hugh Jackman, adalah seorang yang peninju berpengalaman tetapi mempunyai sifat ego yang tinggi. Keegoan Charlie tercabar apabila dia dipertanggungjawabkan menjaga anaknya, Max selepas bekas kekasihnya meninggal dunia dan Max diserahkan kepada Charlie.

Max, lakonan Dakota Goyo, berusia 11 tahun merupakan seorang budak yang mahir dalam teknologi namun tidak matang dalam membuat keputusan. Di sini kedua beranak ini terpaksa hidup bersama dan ini menimbulkan ketidakserasian kerana kedua-duanya tidak selesa antara satu sama lain. Di sinilah berlakunya perkembangan watak dan lakonan Dakota Goyo sangat bagus untuk menghidupkan jiwa kanak-kanak Max.

Dari trailernya, dilihat seolah-olah Real Steel akan memfokuskan pada aksi tinju robot semata-mata namun tidak. Banyak perkara yang tersirat dalam filem ini menjadikannya begitu istimewa untuk ditonton. Cuma jalan ceritanya sudah boleh diagak menjadikan filem ini agak klise, (watak hero lemah dan kalah dulu, kemudian akan berkembang dan menjadi hebat lalu menang di penghujung filem).

Menyentuh tentang penggunaan CGI, dengan bajetnya mencecah $110 juta (RM346 juta), agak mengarut kalau dikatakan kesan khasnya tidak mengkagumkan. Dunia tinju underground yang dianjurkan dan dihadiri ketua-ketua kongsi gelap, gangster dan segala jenis umat manusia kegelapan dipaparkan dengan menarik dan mimik muka robot juga tidak keterlaluan, Malah, kita boleh mengenali yang robot ini adalah jahat dan kuat manakala robot ini pula pula lemah dan perlukan bimbingan.

Secara keseluruhan, filem ini sangat bagus untuk tontonan sekeluarga kerana selain aksi dan kekeluargaan, babak humor dan komedi juga dipaparkan dengan kena pada tempatnya menjadikan filem ini penuh pengisian dan adunan pelbagai elemen yang menarik.

Sinopsis :

Mengisahkan pada masa depan di mana sukan tinju diambil alih oleh robot sebagai peninju menggantikan manusia. Charlie Kenton seorang bekas peninju cuba mendapatkan wang dengan sukan tersebut untuk membayar hutangnya kepada lintah darat. Pada masa yang sama, Charlie mendapat perkhabaran yang bekas kekasinya telah mati dan dia perlu ke mahkamah untuk menyelesaikan kes penjagaan anak lelakinya, Max yang tidak ditemui atau diketahui oleh Charlie sendiri.

Charlie terpaksa menjaga Max buat seketika kerana dia ditawarkan wang tunai $100,000 dan dengan wang itu dia membeli robot baru. Namun kerana sifat ego dan kebodohan Charlie sendiri, robot barunya rosak dan tidak mampu dibaiki. Ketika mencari bahan buangan robot di tempat buangan sampah, Charlie dan Max menemui Atom, sejenis robot buangan.

Di sinilah bermulanya konflik antara Max dan Charlie, Max mahukan Atom menjadi robot peninju yang hebat tetapi Charlie tidak bersetuju dengannya. Mampukah Charlie menerima idea anaknya yang masih mentah dalam dunia tinju? Bagaimana mereka dapat menjernihkan hubungan bapa-anak yang sememangnya kusut dari awal? 




Kataku : Sukakan movie yang membawa mesej yang bagus untuk penonton

Friday, October 21, 2011

KONVO DATANG LAGI

Untuk sekian kalinya majlis konvokesyen berlangsung di tempat aku kerja
Bulan Oktober ni memang bulan untuk konvo, jadi memang dah jadi adat setiap tahun

Seronok tengok orang berkonvo ni..Aku teringin jugak nak merasa konvo lagi sekali, tapi tengok la keadaan macam mana kan?
Mungkin 4 tahun lagi impian akan jadi kenyataan..InsyaAllah..

Hari ni majlis raptai konvokesyen dari Universiti Tun Abdul Razak ( UNIRAZAK ) akan berlangsung. Para graduan dah berkumpul ramai-ramai sebelum nak masuk dewan..

Selamat Berkonvo Semua..

Kataku : Tak puas kalau konvo hanya sekali..


Thursday, October 20, 2011

MELAYU SUKA DENGKI

Sinonim sangat kan..bila sebut je pasal dengki, mesti ada ayat " biasalah, orang Melayu..memang suka dengki "
Yang tukang cakap tu pun Melayu jugak dan punyai sikap yang sama..termasuk lah Melayu Jawa + Melayu Bugis ni ( yang tukang taip ni la ).. Aku rasa bangsa lain pun ada je sikap dengki mendengki ni, cuma oleh sebab kita ni Melayu dan lingkungan kita juga Melayu, so kita akan setkan dalam minda yang orang Melayu memang suka dengki..

Eh, tapikan ada asas jugak lah..Sebab kan, bila aku update blog kesayangan aku ni, ada la sorang kawan Melayu yang cakap " ha, asyik nak update blog je..macam bagus la tu kunun blog dia.."
So? Jeles ke weh? Tak sangka orang macam kau jeles tahap gaban kat aku...

Aku suka buat kerja yang aku suka, so tak perlu nak perli ke..kutuk ke..or nak mengata..
Tak berkudis lah kalau asyik nak mengata aku..Ada aku kesah?


Kataku : Dengki tak membawa apa-apa kebaikan pun...



BUMI AKAN PANAS KALAU TIADA POKOK

Program Go Green sudah berlangsung dengan jayanya jam 9.30 pagi semalam. Walaupun cuaca amat panas, tapi program tetap berjalan dengan lancar. Majlis dimulai dengan bacaan doa, kemudian ucapan ringkas daripada big boss. Disusuli dengan taklimat ringkas berkenaan dengan kepentingan penanaman pokok dan seterusnya penyerahan pokok kepada big boss untuk ditanam oleh beliau.


Memang seronok sebab masing-masing sudah ada pokok yang akan dijaga sepanjang berada di sini.. Aku? Hahhaha sure lah ada pokok tapi kongsi empat orang. Kitorang namakan pokok tu dengan nama PA & PT.. Semoga pokok mata kucing tu akan tumbuh dengan sihat dan dapat beri manfaat kepada semua.
















Kataku : Orang landskap kata, kita kena bercakap dengan pokok setiap hari..

Wednesday, October 19, 2011

KULIHAT HIJAU PUTIH


Kataku : Lepas penat tanam pokok, terus  jadi sewel

BISKUT COMEL DALAM BOTOL KACA





Kataku : Mood Kurang Elok

PROGRAM GO GREEN

Pagi ni pihak pengurusan ada buat program Go Green..
Tujuannya untuk memberi sokongan dalam menghijaukan bumi dan ada di antara kakitangan yang akan menanam pokok..

Program akan bermula jam 9.00 pagi dan akan dihadiri oleh beberapa orang media.

Semoga program ini berjalan dengan lancar..

Kataku : Think before print..

Tuesday, October 18, 2011

JOM JOM BLOGLIST ASRIROCK 2011








Jom sertai bloglist asrirayrock 2011

Kalau sape2 sudi, jomlah join segmen
"JOM SERTAI BLOGLIST ASRIROCK 2011"

Tuan blog ni nak buat segmen nak cari Blogger untuk dimasukkan dalam bloglist nyer
Bloglist ni cuma satu bulan sahaja diterbitkan di side bar blognyer ya.....
Kalau korang berminat boleh la join
Tarih Tutup 28/10/2011 (Jumaat 5.00 Petang)
Nak Join-->> klik ASRI ROCK

Kataku : Jom Jom Jom

Monday, October 17, 2011

KERJA OOOO KERJA...

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7 hari dalam seminggu
Bila waktu cuti?
Jawapannya..tiada..
Tiap hari kena kerja..
Cari duit untuk hidup

Kaki tangan badan semua sakit
Hidup mati seolah-olah untuk kerja
Aku suka dengan kerja * pengsan


Kataku : Mak kata  kita kena bersyukur sebab ada kerja..Yee..betul kata mak..

Sunday, October 16, 2011

MEREKA SUKA BOGEL

Tolong jangan salah sangka dengan tajuk di atas dan isi kandungan dalam entry ini. Tiada kaitan dengan bogel-bogel yang telanjang bulat tanpa seurat benang tu. Bogel yang aku maksudkan ni lain. Baca sampai habis, dan kalau rasa masa sekolah dulu Bahasa Melayu SPM dapat A1, anda mesti tahu apa yang aku cuba sampaikan.

Kawan aku ada tanya pasal blog aku ni.. Dia kata kenapa tak ada cerita pasal politik? Aku cuma senyum dan jawab yang politik itu bukan mainan aku.. Aku cuma nak sampaikan kat sini yang aku tak akan masukkan hal-hal politik yang sangat serius untuk dibincangkan. Kenapa? Sebab aku bukan peminat politik dan bagi aku, hanya orang-orang yang arif dan mengikuti perkembangan sahaja yang boleh bercakap pasal politik. Aku mengaku yang aku tak gemar dengan hal politik di negara ini kerana ada masanya ianya langsung tidak adil..

Tambahan lagi, aku tak arif.. Jadi aku tak sanggup sekadar bercerita tetapi tidak faham langsung dengan dunia politik sekarang. Makanya, aku senyap dan tidak menyentuh hal-hal sensitif pasal politik..

Lagi satu, aku cuma akan bercakap hal-hal yang aku tahu. Tak nak dilabel sebagai orang bodoh yang bercerita..Suka bercerita benda yang sebenarnya dia sendiri tak tahu.. Orang-orang macam ni adalah orang yang suka berbogel. Bogel yang aku maksudkan ialah menunjukkan kebodohan mereka dikhalayak ramai. Cuba berlagak pandai dan tahu sedangkan hakikat sebenar dia tidak tahu dan aku bukan dalam kategori ini.

Sekian, terima kasih.

Kataku : Bercakap hanya pada perkara yang penting.. Semakin banyak bercakap, makin banyak berbohong dan fitnah yang keluar.

MEMORI TASIK KENYIR TERENGGANU
































Kataku : NaNaNa Gannu Kiter...