Friday, December 30, 2011

EMOSI TAK STABIL..PERIOD EA?

oh tidak..tak terniat untuk melucah melalui tajuk entry yang entah hape-hape tu..
cuma nak mengutuk diri sendiri saje..lepas berheppy-heppy sangat dengan sambutan Hari Warga PICC, kepenatan melanda bak banjir melanda beberapa negeri kat Malaysia nih. Tu la, org tua dah berpesan..kalau nak berheppy-heppy tu jangan terlalu heppy sangat..nanti tak heppy lak jadinya ( apa aku mengarut lak ni? )

ye la, sehari dan dua hari dan masuk hari ke tiga ni aku rasa kelemahan badan yang teramat sangat dan terbangun lambat setiap pagi tapi masih lagi sempat punch in sebelum jam 7.30 pagi..ajaib kan? ye la, rumah depan office je Jah..confirm la sempat..

bila dah TERbangun lambat, emosi aku mula lah down..mood nak bekerja dah mula menurun ditambah lagi berdepan dengan manusia-manusia yang pelbagai kerenah, bertambah-tambah merundumlah motivasi pagi aku..

cepat-cepat lah sikit masuk tahun 2012 supaya semangat baru akan muncul..

so, kesimpulannya ialah bila akhir tahun, mood makin tak bagus..

sekian, terima kasih.

Kataku : Hari Jumaat penghulu segala hari.

DUA BERADIK AZAB DIRANTAI BAPA



BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.
Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.
Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.
Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.
Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.
Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.
Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.
Sumber : KOSMO
Komen aku :
Ada juga bapa yang sanggup buat anak dia macam ni sekali kan? Kalau ye pun anak tu nakal, jangan lah sampai dikurung di dalam tandas & tak diberi makan. Mereka tu kan manusia jugak, walaupun masih lagi kanak-kanak tapi mereka ada jiwa dan perasaan untuk dilayan seperti kanak-kanak lain. Mungkin jugak bapa kepada kanak-kanak tersebut agak tertekan dengan keadaan yang dialami kerana ditinggalkan oleh isteri dan membuatkan kehidupan mereka agak kelam kabut. Makanya, jalan paling mudah adalah dengan mengurung anak-anak di dalam tandas ketika dia keluar bekerja. Hurmmm...semoga berita ini memberi iktibar kepada kita semua. Kanak-kanak adalah golongan yang harus kita lindungi dan sayangi lebih-lebih lagi kalau ianya lahir dari benih sendiri.
Kataku : Ramai lagi orang yang menginginkan anak tapi masih belum berhasil.

Thursday, December 29, 2011

INSIDEN CEMAS

Berlaku sedikit insiden cemas kat kedai makan Malee tadi. Huh, kelaparan punya pasal, aku ajak la Fauzan teman makan kat Malee Dengkil. Fauzan bujang untuk seminggu, so boleh le ajak dia kuar untuk beberapa hari nih.

Dari kat rumah lagi aku dah terbayangkan nasi goreng dengan tom yam..sampai-sampai kedai terus order barli suam, nasi goreng ikan masin, tomyam campur dengan telur bistik.. i tak makan sorang okay telur bistik tu, kitorang share tapi rasanya aku la makan paling banyak..hahahhaa
berselera pulak la kan makan malam ni..rasanya Bismillah dah baca, makanan lak aku dah kunyah betol-betol, air lak aku minum selepas makan..apa silapnya eak? habis je makanan, terus aku rasa senak yang teramat kat perut..rasa perut macam berangin...sebu..rasa nasi tu tersangkut kat tengah-tengah perut..makanan tak sampai ke tempat yang sepatutnya..

Aku minum air, dengan harapan makanan akan turun..tapi sangkaan aku meleset..terus aku ajak Fauzan pergi bayar & balik cepat-cepat sebelum apa-apa jadi..time nak bayar tu, peluh dah mula keluar kat dahi...pandangan aku macam dah mula kabur..aku ambik kerusi dan duduk..
rasa senak makin menjadi..aku cuba sendawakan diri aku tapi angin tak boleh nak keluar..
sudah................kat otak aku ni cuma terbayangkan yang aku akan pitam kat kedai makan tapi sempat lagi aku terpikir ni..kalau lah aku pitam, memang buat malu diri sendiri..dah le baru habis makan, pitam lak tu..
nampak sangat mengada-ngada nya..confirm orang yang tengah makan tu akan cakap aku ni terlebih makan..ishhh besar kemaluan nanti..

aku cuba tenangkan diri aku dan bayar makanan yang aku dah bayar..Fauzan dah tunggu kat tepi kereta..aku jalan slow-slow dan terus masuk dalam kereta..aku turunkan seat dan baring sambil tekan-tekan perut..reda sedikit tapi masih lagi rasa macam nak pitam..
aku cuba  lagi sendawakan diri aku, keluarlah sikit angin tapi masih belum melegakan..sampai je kat rumah aku masuk bilik dan baring..bagi rehat sekejap kat perut dan sambil-sambil tu aku cuba keluarkan angin..Alhamdulillah....walaupun keluar angin sikit-sikit tapi ia dah beri sedikit keredaan untuk aku..

aku tak pastilah apa punca penyebab jadinya benda macam ni..seumur hidup aku, rasanya ni lah kali pertama aku rasa nak pitam lepas melantak nasi dengan tomyam kat kedai makan..nak kata aku ni kebulur sangat tu tak de lah jugak..sebelum-sebelum ni lagi le banyak aku makan..lagi-lagi time bulan puasa, tapi masih lagi steady.
mungkin Allah nak tunjukkan kepada aku supaya bersederhana dalam pemakanan..InsyaAllah aku cuba ingatkan diri aku sendiri lepas ni..
Tak sanggup aku nak berdepan dengan insiden macam tadi.. sakit tak tertahan..rase perut macam nak meletopppppp..
agaknya macam ni la rupa aku tadi time kat kedai makan kan?


Kataku : Semalam aku kata dah tak nak makan malam lagi..tapi kenapa hari ni aku boleh TERmakan malam eak?

BILA NAK DAPAT DURIAN NI?

semua maklum kan yang sekarang ni durian dengan rambutan berleluasa kat mana-mana..

aku ni nak kata hantu durian tu, tak mungkin la jugak tapi kalau benda dah ada depan mata, memang berbijik-bijik la jugak aku telan..

nak dijadikan cerita, sejak mula musim durian aku memang teringin nak makan tapi bila part nak membeli tu yang aku sangat malas..

bukan malas sebab kedekut duit, malas nak membawak masuk kereta & bawak naik ke rumah.. maklum la kan, rumah atas rumah..nak naik lif lagi..

asalnya aku dah plan dengan member-member yang sama-sama bercuti kat Pangkor tu..kitorang ni kononnya nak makan duit kat tepi jalan je..dah alang-alang kat Perak kan time tu, so ingat nak singgah beli durian & makan kat tepi jalan..

Malangnya kitorang ni kesuntukan masa dan tak berkesempatan nak kenduri durian..angan-angan tinggal angan-angan je lah ye.. so masa gerak balik dari Perak ke KL tu, ada jugak lah gerai-gerai durian tepi jalan.. oleh sebab hujan sepanjang jalan ditambah lagi kitorang nak cepat sampai KL, terpaksa batalkan hasrat hati nak menyinggah..

Bila dah sampai rumah baru lah asyik teringat-ingatkan durian..sampai sekarang masih belum kesampaian nak makan durian.. 

padahal kat Dengkil tu ada je orang jual durian kan..so berbalik la kepada alasan utama aku tadi yang aku malas nak bawak balik rumah..ada je jalan ke dua kan? boleh je kalau nak makan kat situ je..tp rasa-rasanya kalau kat Dengkil tu agak kurang feelnya sebab betul-betul tepi jalan & dekat dengan bus stand.. 

bile la agaknya dapat makan durian ni?....

Kataku : Orang malas memang rugi


TAK ADA

macam ni lah keadaannya kalau akhir-akhir tahun
unit kewangan sibuk kejarkan tarikh akhir untuk hantar semua dokumen kewangan sebab nak tutup akaun
confirm lah dorang tu busy sentiasa

kalau macam kitorang ni?
kalau duduk admin, paling kuat pun sibukkan pengumpulan GCR dan jugak nak carry forward cuti..

apa lagi yang boleh aku buat akhir-akhir tahun ni?
arghhhhh tensen nya..
event pun tarak..

cepat-cepatlah masa berjalan..cepatlah masuk tahun depan..
supaya banyak keje boleh buat..

Kataku : Banyak keje nanti banyak bebel lak..tak de keje pun banyak merungut gak..tak paham sungguh

Wednesday, December 28, 2011

AKU TAK KENAL KAU

Pelik pulak dengan manusia-manusia yang aneh ni kan? Berchatting kat FB, tetiba lak nak bermanja-manja..
Peliss lah..mula-mula tanya dah makan ke belum..Bila jawab belum makan, dia tanya pulak kenapa tak makan? Ermmm bila balas kata malas nak makan, then boleh pulak dia nak suapkan aku makan kalau aku tak nak makan. Siap kata nak masakkan khas dan suap-suapkan kat mulut aku.

Erkkkk...mintak maap..kita kenal cuma kat FB je..tak pernah berjumpa dan tak pernah sama sekali nak berbual mesra.. Tapi berani pulak nak berchatting menggedik macam tu..

Aku bukan jenis manusia yang menggatal macam lelaki lain..

Kataku : Suka wanita manja, bukan gedik

BACK TO SCHOOL LAGI















Kataku : Banyak kenangan masa zaman sekolah

DINNER "BACK TO SCHOOL" 2011

Majlis dah berjalan dengan lancarnya.. Tema Back To School memang mengembalikan nostalgia zaman sekolah kepada seluruh warga PICC. Dengan sporting nya masing-masing datang dengan memakai baju sekolah. Sanggup beli semata-mata untuk menepati tema majlis. Tahniah untuk semua.

gi skola bwk hp..skola siap ada lif..pengawas perpustakaan, budak nakal & budak hi-school Kajang

 budak nerd datang sekolah..nak lintas zebra crossing

 aku macam nak cepuk-cepuk je budak ni..menang best costume..serius nampak mcam budak yg slalu kena buli kat sekolah

 yang ni budak jahat yang rabun..tengok la ada nasi lemak bgkus dengan tray atas meja..sangat mengembalikan nostalgia

apa dah jadi pada CC Ani dengan Pn. Zaiton ni.. nampak macam remaja terlebih usia..

Perjalanan majlis lancar, cuma ada masalah teknikal dari segi AV. Ha..yang tu semua dikendalikan oleh students Sekolah Teknik ( sebab melibatkan AV ).. Terdapat tayangan video mengenai aktiviti warga PICC sepanjang tahun 2011 dan juga tayangan video sekitar aktiviti pagi dan petang.

Tetamu VIP pada malam tadi adalah YBhg. Datuk SUB iaitu Datuk Wan Hamidah dan juga dua orang Timbalan Setiausaha Bahagian iaitu En. Kamis dan juga En. Shaman dari BIUPA. Majlis meriah..macam zaman sekolah. Cuma tak tahu lah tu zaman sekolah tadika atau sekolah rendah atau sekolah menengah.

Majlis bermula dengan ketibaan tetamu VIP..kemudian ada acara menaikkan bendera Malaysia disamping nyanyian lagu Negaraku tanpa iringan muzik. Sangat klasik..macam zaman sekolah pedalaman..Hhahaha sebenarnya ada masalah teknikal. Di saat-saat akhir, muzik tak mau keluar plak. Usai nyanyian lagu Negaraku, sesi membaca ikrar pulak diketuai oleh Shakirin yang konon-konon menjadi Ketua Pelajar Sek Sri PICC.

Pengetua Sekolah Sri PICC ( TSUB PICC ) memulakan ucapan diikuti oleh YBhg Datuk Wan Hamidah yang memuji aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kami. 

Tayangan video pencapaian PICC sepanjang tahun 2011 pula dimainkan sesudah selesai ucapan dan diikuti dengan bacaan doa makan oleh Izat. Bacaan doa makan sangat simple, macam zaman sekolah dulu.

Kami makan di dalam tray yang berisi nasi lemak bungkus dengan potongan buah-buahan kecik-kecik.. Sebijik macam zaman sekolah asrama.

 nasi lemak bungkus dengan tembikai hiris-hiris dalam tray biru

 buku aturcara inspirasi dari buku sekolah

siap bawak buku dengan kamus..kamus tu curi Rithauddin punya..buat props

Sepanjang majlis berlangsung jugak diselitkan beberapa permainan seperti Inilah Kisahku, Teka Kacang, Otak Siapa Berkarat dan Penilaian 360 Darjah. Penilaian 360 Darjah paling meriah sebab pelajar dipanggil ke depan dan perlu membacakan sifir mengikut undian. Pelajar-pelajar yang terpilih ialah Shafrina, Saiful dan juga Rithauddin. Syarat bacaan sifir ialah perlu mengikut lenggok Siti Sifir.. Best...

 segmen Penilaian 360 Darjah..mari membaca sifir

 giliran Saiful membaca sifir

 khusyuk betol menonton

 En. Din termenung tengok dorang baca sifir



kumpulan pelajar wanita yang comel-comel

Acara terakhir pulak ialah penyampaian hadiah bagi acara yang dijalankan pada sesi siang. Nampaknya KUMPULAN PUTEH yang dianggotai oleh aku dah menjuarai Explorace dan jugak Masterchef PICC buat julung-julung kalinya.. Bangga sekejap.. Teamwork itu penting disamping kreativiti dalam memasak. Tempat kedua pula ialah kumpulan MERAH, tempat ketiga pula kumpulan BIRU dan paling corot dalam kelas ialah kumpulan HITAM..Puas hati.

 juara keseluruhan..kumpulan PUTEH

ni lah muka-muka juara...

Anugerah Pelajar Fofulor Lelaki dan Wanita pun turut disediakan..Bagi kategori Wanita, Cik Salmiah dapat gelaran merampas daripada Puan Zaiton yang memegang takhta tahun lepas. Kategori lelaki pula disandang oleh En. Zainuddin yang mengambil gelaran daripada En. Vallu yang memenanginya tahun lepas. 

Best Costume Of The Night Lelaki jatuh kepada Rithauddin yang membawa gaya seorang budak nerd darjah satu manakala Wanita pula dimenangi oleh Puan Zaiton yang membawa gaya pelajar baik Form 3.

Majlis diakhiri dengan tarian Chicken Dance beramai-ramai..Tabik Spring kat semua sebab semua sangat SPORTING....

 pengawas perpustakaan kena buli dengan budak jahat


 backdrop untuk majlis makan malam..cantik kan?

 kerlasss...gi skolah pakai handbag

 kenapa mereka kecik-kecik? aku je yg besar?ooo aku skola menengah

 warga PICC yang sporting

 geng-geng kelas kemahiran hidup..bermain dengan kayu dan perabot

 hati-hati melintas jalan ye adik-adik comel semua

 macam-macam fesyen sekolah keluar

 saya dengan Fateen..dia jadi student dari Japan

 dengan Linda..dia jadi apa eak? tapi kitorang pasangan duet untuk karaoke

 pandu puteri yang tahap DIVA...pakai high heel dengan belt bling-bling..menangis Rosmah Mansor kalau tengok

 aku pun tak tau ni budak-budak sekolah rendah ke menengah

kami malu-malu..al-maklum la student skola kan..

* Tengah kumpulkan gambar dari kengakawan lain.. Nanti nak hupdate lagi dalam blog ini..

Kataku : Panas dari semalam sampai pagi ni..


Monday, December 26, 2011

BAJU SEKOLAH UNTUK AKU

Masuk je kedai baju sekolah, salesgirl tu da pandang aku semacam. Pelik agaknya bila tengok seorang dewasa dengan muka malu-malu kuching masuk kedai dan cari baju sekolah. APA? Baju sekolah? Ye..kamu semua tak silap. Memang mencari baju sekolah pun. Bukan untuk anak-anak, tapi untuk seorang belia yang dah macam bapak budak ni.

Tu lah dia penangan tema Back To School. Tebalkan muka, masuk kedai tanya saiz baju sekolah yang paling besar. Dari atas sampai bawah adik salesgirl tu pandang aku. Hurmmm mungkin dalam otak dia dah cakap aku ni buang tebiat. Haa lantak la, yang penting aku kena dapatkan jugak baju yang aku nak.

Sangat beriya-iya kan? Akhirnya aku tak beli baju sekolah. Aku beli baju kemeja dewasa. warna biru. Boleh lah dikategorikan sebagai baju pengawas sekolah kan. Nasib agak baik hari ni. Alhamdulillah..

Semalam aku baru teringat yang aku ada simpan lencana sekolah dan name tag kain kat dalam album gambar aku. Sangat berjasa album gambar tu.. Tadi aku dah berjaya jahit lencana sekolah dan nametag walaupun jahitannya boleh buat aku menangis.

Tadaaaaaaaaa....inilah hasilnya.. 


Kataku : Kenapa tiba-tiba aku bersemangat ni?





FIREFLY YANG BUAT HAL

Aku yang tak tahu atau memang dah dibuat perubahan? Agak tergamam jugak bila syarikat penerbangan Firefly telefon aku dan maklumkan yang penerbangan ke Langkawi dari KLIA dah tak ada lagi. So, nak tak nak dia bagi pilihan untuk naik dari Subang.

Dia tau tak yang Subang tu jauh dari Putrajaya? Maksud aku, kalau pagi-pagi hari bekerja tu sesak dengan kenderaan. Terus patah semangat aku nak bercuti. Firefly buat spoiled kepada pelanggan-pelanggan dia.

Serik dan memang serik. Memang sumpah aku tak akan book penerbangan Firefly lagi untuk akan datang.

Sebelum ni aku book syarikat penerbangan ni sebab naik kat KLIA je kan. So, menjimatkan masa aku dan kawan-kawan. Kemudahan pun banyak. Tapi bila dah jadi macam ni, pening kepala nak arrange transport nak ke Subang pagi-pagi buta. Nasib baik lah dia bagi flight pukul 10.00 pagi.

Sabar aje lah Fendi ye. Mungkin ada hikmahnya..Moral Of The Story : Jangan naik Firefly lagi..Terima kasih..

hanya mampu tersenyum tengok logo ni

Kataku : Air Asia tetap di hati

Sunday, December 25, 2011

KEPUTUSAN PMR

Tak sempat nak ambik tahu pasal keputusan PMR. Cuma sempat jeling-jeling berita kat TV je. Masa result keluar, aku kat Pangkor. Holiday diutamakan. Tambahan lagi, saudara mara tak ada yang ambik PMR tahun ni, so agak kurang nak fokus lah.

Masa tengok liputan berita tentang keputusan PMR ni, rasa bangga juga tengok adik-adik yang kurang berupaya dan adik-adik yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan masih mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Yang pasti, ibu bapa lah jugak yang paling berbangga dengan keputusan anak-anak mereka.

Teringat zaman-zaman ambik result dulu. Hahhaha result tak seperti yang diharapkan tapi masih boleh dibanggakan.

TAHNIAH buat adik-adik yang dapat result CEMERLANG. Teruskan usaha untuk SPM pulak.

Kataku : Rasa macam dah lama tak ambik exam.

BACK TO SCHOOL

Budak-budak sekolah sibuk nak balik ke sekolah, aku yang dah kerja ni pun sibuk nak balik ke sekolah jugak.. Sekolah akan dibuka pada 27 Disember 2012 dan kelas adalah pada sesi malam. Hahaha

Hurmm..itu semuanya gimik semata-mata.. Seksyen PICC akan menganjurkan Hari Warga PICC dan seharian kami akan melakukan aktiviti riadah dari pagi sampai ke malam. Dah betul-betul macam zaman sekolah.

Aku tak risaukan pasal aktiviti siang, tapi sekarang ni lebih risau untuk majlis makan malam. Temanya Back To School dan kami DIWAJIBKAN memakai pakaian sekolah. Pakaian pejabat TIDAK DIBENARKAN walaupun konon-kononnya jadi CIKGU. Huh..baru berangan nak jadi cikgu untuk malam tu. Tukar plan.. Orang opis ramai yang bersemangat cari baju sekolah ni. Aku tak dapat bayangkan kena pakai baju sekolah dengan saiz badan yang macam ni.

Idea masih belum datang..Tak tau nak pakai baju apa..

Patut ke aku pakai baju putih, kasut putih dan seluar hijau? Tak dapat aku bayangkan betapa kanak-kanaknya aku nanti..Hahahhaha

Masih mencari idea...

Kataku : Kenapalah penganjur pilih tema ni?

Saturday, December 24, 2011

CUTI-CUTI PULAU PANGKOR

Alhamdulillah..percutian terakhir untuk tahun 2011 bagi diri aku sudahpun tamat. Destinasi yang dipilih ialah Pulau Pangkor. Tempat yang biasa orang pergi dan aku pergi bukan pada waktu cuti. Aku pergi 22 Disember ( Khamis ) dan balik pada 23 Disember ( Jumaat ). TERPAKSA korbankan saki baki cuti rehat yang masih ada.

Lima orang yang turut serta dalam percutian ni.. Percutian last minute, Mar yang rancang percutian ni. Al-maklum la, cikgu tak boleh sesuka hati je nak bercuti kan. So waktu cuti sekolah macam ni lah dia ambik kesempatan untuk bercuti-cuti Malaysia.. Diajaknya aku dengan Anyss. Aku ajak la pulak Oii. Mar bawak BF dia, Shidi. So cukup lah lima orang yang meneruskan misi mencari harta karun di Pulau Pangkor.

Dari KL cuma kami berempat. Oii dah sah-sah duduk kat Lumut, so dia jadi tuan rumah.. Tunggu je lah kat rumah tu sementara kami yang lain ni nak sampai. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah dengan dua kereta. Kami bergerak dalam pukul 8.30 pagi dari KL. Sang Persona WTF dan Viva JLG melungsuri jalan kampung menuju ke negeri yang bernama Perak Darul Redzuan.. Masa dan kos minyak dapat dijimatkan bila guna jalan dalam tapi sayangnya permukaan jalan agak kurang elok. Kereta beralun melanggar jalan yang tak rata.

Masa yang diambil selama 3 jam setengah seakan tak terasa sebab terlalu excited nak sampai ke Jeti Lumut sambil mulut tak berhenti bercerita. Dalam pukul 1.00 petang, kami dah sampai ke Lumut dan park kereta di Medan Letak Kereta yang berbumbung selama sehari dan kos untuk sehari ialah RM 8.90. Lebih jimat dan kenderaan berteduh kalau nak dibandingkan dengan parking luar yang mengenakan bayaran RM 20.00 untuk satu hari. Cekik darah kan? Padahal bukan mengambil masa berhari-hari.

Kami terpaksa gerak ke pulau dulu sebab Oii tengah ambik exam. Tambang feri pergi balik cuma RM 10.00 dan aku rasa tu masih lagi murah. Feri dah siap sedia kat jeti tapi terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk bergerak sebab kena tunggu ruang penuh. Oleh sebab hati masih happy nak berholiday, kami berempat masih mampu bersabar dan sempat lagi lah bergambar sebelum memulakan pelayaran ke pulau impian.



muka happy sebab tak sabar nak naik feri


Mar & Shidi

Mar paling cerewet pilih topi..takut-takut kalau jadi cam topi tukang kebun

Anyss ambik topi besar

sempat beli topi ok..barulah namanya pegi pulau kalau dah ada topi









ramai orang kan? masing-masing duduk luar..xmo duk dalam katanya..

perkampungan nelayan Pulau Pangkor..damainya tengok pemandangan macam ni



besar tu tulisan 1 Pangkor

Sepanjang feri bergerak memang tak ada nafsu nak duduk elok-elok kat dalam tu. Kami sanggup berdiri kat luar nak tengok pemandangan laut walaupun orang ramai.

Sampai kat Jeti Pangkor, kitorang ambik teksi ( van kaler pink / kuning ) dengan tambang RM 15.00 untuk ke chalet yang dah ditempah awal oleh Shidi dan Mar. Kami menginap di Budget Beach Resort kat Teluk Nipah. Harga bilik untuk satu malam cuma RM 95.00 sahaja dan bilik selesa cuma tilam tak empuk. Maklumlah, bayar murah dapatlah benda yang murah-murah aje. Chalet dia menarik sebab nampak macam rumah kampung yang ada tangga. Berangan jap macam rumah kat kampung-kampung. Kami yang lelaki ni berjiran dengan omputih ye, jangan jeles. Sempat cuci mata..opssss..


dah sampai...senyum..tak sabar nak terjun laut

dua orang ni laju semacam je..



kalau rasa berminat nak stay kat resort ni, call je nombor yang tertera


Aktiviti petang tu mestilah aktiviti pantai. Menunggu Oii tak sampai-sampai lagi. Segera telefon Oii dan dia maklumkan yang dia masih lagi di Jeti Lumut dan feri akan bergerak dalam jam 4.30 petang. Mintak kebenaran dari dia untuk bergerak memulakan aktiviti dulu dan nasib baik dia okay dan tak kisah. Katanya dia orang tempatan, so nak bersnorkling dan island hopping tu dah benda biasa bagi dia. Dengan kos RM 15.00@RM 20.00 ( lupa ) seorang, kami dibawa ke pulau-pulau yang sangat cantik. Terpegun sekejap tengok tempat-tempat tu. 




misi bermula..mencari mangsa lemas di Pulau Pangkor


Monkey Island..tapi hanjing-hanjing yang tolong jaga sementara monkey rest


batu tu bentuk kepala buaya tengah terdampar

sebelah buaya pulak ada batu menyerupai penyu yang tengah berehat

tempat orang snorkling..aku dah cuak..takut dengan laut




kelas omputih ni..duk tepi pantai sambil main tab..ko ada?


katanya ni pokok cinta sebab tumbuh berdua atas batu..setahun sekali pokok ni akan keluarkan bunga warna merah..huh dah puas berasmara,keluarlah hasil kan?
tokong Buddha kalau tak silap

dugong-dugong puteh banyak terdampar kat tepi pantai sambil pakai bikini

Anyss..jangan terjun dulu..pelissss










Mar dah tak sabar nak bersnorkling, so mintak brother yang bawak boat tu bawak kami ke tempat snorkling. Orang ramai kat tempat tu, tapi dah alang-alang sampai lebih baik jangan melengah-lengahkan masa. Itulah pengalaman pertama aku bersnorkling..Rasa tak yakin pada diri sangat sebab aku tak pandai berenang ok. Hahhaha nasib baik lah Anyss sangat memahami dan dapat bantu aku bersnorkling dengan jayanya. Huh satu pengalaman yang langsung tak boleh nak dilupakan ( macam jakun kan? ).

Ikan tak banyak sangat. Mungkin sebab dah terlalu kenyang diberi makan, so ikan-ikan dan balik rumah ( yang ni aku buat lawak ).. Masih ada lagi sekumpulan ikan yang berenang-renang, dapatlah jugak aku rasa teruja tengok-tengok ikan. Sebenarnya, aku tak mencapai kepuasan tahap maksima sebab aku tak pakai cermin mata. Maklumlah, kena pakai google, macam mana nak bercermin mata pulak. Segalanya kabur, tapi masa dalam air tu, nampak jugak kelibat sekawanan ikan berenang-renang. Dalam laut tu juga banyak mentimun laut. Sangat geli nak pegang, cuma mampu pandang saja.

Tiga orang yang lain tu masih bersemangat nak berendam dalam laut, aku pulak dah naik turun ke darat sebab tak sanggup nak telan air masin yang aku rasa dah sebaldi masuk dalam perut aku ni. Jam 6.15 petang, masing-masing dah kecut duduk berendam dalam air, kami ambik keputusan untuk balik semula ke darat sebab Oii dah tunggu kitorang dengan penuh keghairahan ( patut ke guna ayat ni? ). Terus je kitorang kol brother bot tu tapi keadaan agak cemas sekejap sebab satu google dah missing. Ntah waktu bila hilangnya langsung kami tak sedar. Bila brother bot tu datang, kami informed pada dia, then dengan kecekapan mata dia, dia boleh nampak google tu dalam air. Dah hari-hari hadap air laut kan, sure lah tajam mata dia. Alhamdulillah...nasib kami agak baik.. Segera bot memecut laju balik ke darat.

Sampai ke darat, sambung berendam dalam air masin. Kali ni, Oii join sekali. Cukup lima orang berkubang dalam laut. Sambil selam menyelam, sambil tengok-tengok gelagat pelancong asing dan pelancong lain, sambil bergambar. Semua buat sambil-sambil. Petang tu memang kerja kami merendam saje lah sampai kecut tangan.

Malamnya pulak hujan turun dengan renyai. Kami ambik keputusan untuk makan ikan bakar kat gerai-gerai yang sedia ada. Masa mula keluar bilik, masih lagi rintik-rintik. Lama-lama hujan turun makin lebat dan kami terpaksa berlari kebasahan mencari tempat makan. Orang agak ramai tapi masih ada tempat duduk yang kosong. Perut dah lapar, kami pilih kedai yang agak selesa.

Malam tu, kami makan malam dengan Ikan Siakap 3 Rasa, Ikan Siakap Bakar Garlic, Ikan Pari Bakar, Udang Masak Sambal, Tom Yam Campur, Kailan Ikan Masin dan Sotong Bakar. Huh..terangkat sebab sangat best. Tambahan lagi makan waktu hujan turun. Sambil berbual, sambil makan. Ternampak kelibat pelakon Khairil Anuar dengan family dia yang turut sama bercuti. Harga untuk semua makanan ni dicampur dengan air dan ABC cumalah RM 170.00. Bagi aku harga tu agak murah sebab dalam jangkaan kami, ingatkan akan cecah RM 200.00++. Memang sangat puas hati. Lepas makan, kami masih blur nak buat aktiviti apa. Anyss ajak lepak duduk kat pantai. Kami menapak menuju pantai tapi suasana sangat gelap. Oleh sebab tak ada benda menarik nak dibuat, kami ambik keputusan balik ke bilik semula. Sebelum balik, sempat lagi singgah kedai beli kuih pau untuk bekalan. Hehhehe..











ni semua licin masuk perut kami



ya tuhan..aksi apakah kau buat tu Mar?


aku cuma membelek..tak membeli pun..

AKTIVITI 23 DISEMBER

Awal pagi dah bangun sebab tak nak bazirkan masa yang ada. Selesai solat Subuh, Anyss dengan Mar dah gerakkan kami yang lelaki ni. Nak ke pantai tengok sun rise katanya tapi aku rasa cuaca macam redup dan mendung. Anyss bersemangat dengan sport shoes nya. Nak berjogging rancangnya. Ingatkan dia cuma main-main, rupa-rupanya memang betul-betul dia jogging. Sambil tunggu dia jogging dan sementara berjalan-jalan kat pantai, sempat jugak tengok makcik bagi makan kat hornbill. Depan mata pulak tu.





banyak gile hornbill ni..pagi-pagi dah bangun cari makan..makan free pulak tu




Aktiviti kami pagi Jumaat lebih kepada sesi fotografi ( macam artis okay ). Semua pelusuk tempat kami jelajah semata-mata nak cari angle terbaik kononnya. Padahal bergambar kat tempat yang sama je.


pohon beringin..tegaknya rendang..tempat bermain mambang dan pari..lalalalala






bak kata Anyss " tiada aksi yang salah dalam berposing"




motor kapcai..pasangan ni kata nak gune motor kapcai untuk post wedd dorang

Matahari dah naik. Kami cari tempat untuk bersarapan. Nampak ada beberapa kedai dah bukak. Singgah kat satu kedai ( tak tau nama ) untuk bersarapan. Makanan biasa-biasa, tak ada yang menarik tapi malangnya, harga yang dikenakan sangat tidak berbaloi. Untuk sarapan pagi yang biasa sahaja dah mencecah RM 6.60. Kalau kat kafeteria opis aku, RM 6.60 tu dah boleh makan untuk lunch, kat Pangkor pulak harga macam tu hanya untuk breakfast sahaja. Masa makan, muka masing-masing kelat je sebab tak puas hati dengan harga yang dikenakan. Tapi nak buat macam mana, mungkin makcik tu ingat kita ni datang dari America kut, sebab tu lah di caj harga yang mahal.

Habis makan, kami nak cuba aktiviti air lagi. Pergi tanya brother yang sediakan aktiviti air. Ada permainan water craft dan banana boat. Water Craft cuma RM 20.00 dan Banana Boat RM 15.00 seorang. Aku tak tau sama ada murah atau tak, tapi ikut kata Anyss harga macam tu dah kira murah. Oleh sebab kat Pangkor ni cuma aktiviti tu je yang ada pagi-pagi ni, so kami ambik kata sepakat untuk mencabar diri kami semua dengan aktiviti yang ala-ala extreme ni. Sekali lagi aku nerves sebab ni kali pertama aku bermain dengan sukan air. Banyak kali ditenangkan oleh Oii dengan Anyss. Aktivit kami bermula dengan Water Craft. Tak tau nak terangkan macam mana tapi kami kena duduk atas pelampung tu dan pegang kuat-kuat. Pelampung tu akan ditarik dengan boat dan akan dibuat drift. Senang cite drift atas air. Cuma kekuatan tangan je yang memainkan peranan. Sangat mencabar okay. Akhirnya, aku berjaya juga bertahan dari mula sampai habis, cuma Shidi terpaksa surrender awal dan tercampak dalam air. Hahahaha..

Aktivit kedua ialah Banana Boat. Banana Boat ni sama je macam kat PD tu tapi kami nak main campak-campak dalam air. Dua kali dicampak dalam air. Memang BEST GILER. Campakan kali pertama tu, aku dapat rasa ada satu kaki tendang kepala aku. Kaki tu pastinya kepunyaan Oii. Kali kedua, aku ambik keputusan nak duduk paling belakang dan nampaknya aku terselamat dari ditendang oleh kawan-kawan aku yang ganas dan lupa daratan waktu berada kat air. Lepas dicampak kali kedua, kami kena berenang sendiri naik pantai. Padahal tempat dia campak tu tak lah jauh  mana, tapi sebab aku tak pandai berenang, aku rasa macam lemas kat tengah laut. Sekali lagi aku telan sebaldi air masin. Memang HEAVEN.

Naik je kat pantai, terus berendam lagi kat air. Memang tu jelah aktiviti pantai. Tak kan nak main pondok-pondok pulak kat tepi pantai kan?.. Pukul 11.00 pagi, kami balik ke bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk check out jam 12.00 tengahari. Lepas check out, kami tinggalkan beg kat kaunter dan sewa motor pulak untuk keliling pulau. Tiga biji motor kami sewa. Mar naik dengan Shidi, Oii bawak Anyss, aku pulak naik sendiri. Yelah, dah tentu pergi berlima je.. Sewa untuk sejam cuma RM 10.00 tapi kami agak kekurangan masa sebab sejam tu bukan tempoh yang lama.


aku suka pict ni.

kat menara tinjau



tengok lah ke"comel"an kami..hahahhaha gelak jap

aksi mengunyah..masing-masing lapar




Sempat jugak singgah ke Kota Belanda dan menara tinjau untuk bergambar. Tempat-tempat lain memang tak sempat nak singgah. Terkejar-kejar masa. Perut masing-masing dah lapar. Puas bergambar kat Kota Belanda, kami pulang ke resort dan kembalikan motor yang disewa. 

Rasa puas dapat bercuti.. Sebelum menuju ke Jeti Pangkor untuk balik ke Lumut, sempat lagi kenduri aiskrim roti dengan harga RM 4.00. Macam mahal tapi sebab dah teringin nak makan, kami belilah jugak. Kami ambik teksi untuk ke jeti dan feri dah menunggu untuk balik ke Lumut. Dalam feri, terus pejam mata dan zzzZZZZZZZZzzz... Penat yang teramat sangat.


 sempat lagi makan aiskrim roti ye

penat la tu konon

Aktiviti tak habis kat situ je. Lepas ambik kereta, Mar dengan Shidi check in kat hotel di Lumut ( bilik asing-asing okay ) sebab dorang ada satu malam lagi untuk bercuti. Aku dengan Anyss kena gerak balik KL jugak hari Jumaat. Oii pulak kena balik ke Ipoh. Tapi sebelum masing-masing bawak haluan sendiri, kami sempat makan kat Restoran Chef Noodle House untuk mengisi perut. Waktu ni, hujan turun lebat. Lepas makan, singgah pulak kat V Box kat Setiawan untuk berkaroks. Kalau berkaroks, memang semuanya sempat kan?

Lepas maghrib, aku ngan Anyss gerak ke KL guna jalan yang sama masa pergi. Agak berhati-hati jugak sebab masih lagi hujan. Sepanjang jalan dari Lumut ke KL hujan tak henti-henti. Alhamdulillah jugak sebab Allah selamatkan perjalanan aku dan selamat sampai ke KL dalam jam 12.00 tengah malam.

Kataku : Next percutian ialah Pulau Langkawi...InsyaAllah..