Monday, February 27, 2012

YUSRY & LISA

Semalam dah berlangsungnya Majlis Persandingan Yusry & Lisa Surihani

Tunggu punya tunggu sambil kerja, ingatkan ada le artis-artis superstar yang datang, tapi tak ada la pulak..

Selamat Berbahagia Yusry & Lisa

Gambar kat bawah ni cuma guna BB je, tak mampu nak pakai DSLR







Kataku : Tunang..Nikah..Kahwin

Friday, February 24, 2012

BINGUNG

Bukak..

Macam ada sesuatu nak diceritakan..

Tapi tutup balik...

Tunggu idea datang dengan berpusu-pusu..

Kecewa sebab Lisa Surihani dah nikah..

Kataku : Mula merepek dan tentu pasal bila pagi-pagi dengar orang membebel

Monday, February 20, 2012

KENAPA?

Kenapa ada manusia yang suka bergurau tak kena tempat?


Kenapa ada manusia yang tak serius bila bercakap soal kerja?


Kenapa ada manusia yang ambil remeh perkara yang sebenarnya amat berat?


Kenapa ada manusia yang suka mempermain-mainkan kawan yang sedang dalam kesusahan?


Kenapa ada manusia yang suka tengok orang terkontang kanting buat kerja sorang-sorang?


Kenapa ada manusia yang suka marah-marah ( macam aku ) ?


Kenapa dan kenapa?




Kataku :  Malas nak fikir kenapa aku suka kenapakan yang kenapa..

Sunday, February 19, 2012

TANPA TAJUK

Kadang-kadang rindu itu menyeronokkan

Kadang-kadang rindu itu sangat menyakitkan

Kadang-kadang rindu itu membebankan

Kadang-kadang rindu itu mengkhayalkan

Munculnya ada pada saat dan ketika, tapi aku buang jauh-jauh supaya tak sentiasa mengganggu perjalanan hidup ini

Semoga Allah merahmati hidup mereka yang aku rindui selagi mereka masih bernafas di muka bumi

Al-Fatihah buat mereka yang aku rindui namun telah meninggalkan aku untuk selama-lamanya

InsyaAllah..kita jumpa di Syurga..

Kataku : Biar aku simpan sebagai pemanis


Saturday, February 18, 2012

MEREKA DAH TAMAT

Tamat sudah Latihan Industri untuk 3 orang students UiTM kat PICC ni

Selamat Maju Jaya untuk Akmal, Zahin & Mary

Semoga Berjaya..Jangan lupa contact-contact kakak-kakak dengan abang-abang kat sini ye.

yang dah tamat LI cuma 3 orang je, yang 3 orang lagi saje nak tunjuk muka..lagi-lagi yang baju itam berdiri tuh..ntah apa-apa je..

Kataku : Kek menggemukkan..So jangan makan kek.

Friday, February 17, 2012

BOSANNYA KERJA HARI NIH

Kalau mak aku dengar aku cakap " bosan nak kerja", confirm sebuku novel dia bebel kat aku. Oleh sebab mak tak baca blog ni, so aku boleh type macam ni..

Adoii bosannya nak kerja arini..bosannya...adoiii bosan..

Eh? Kenapa tetiba mood hilang nih?

Ntah eak.. Bangun tido pagi tadi memang mood ke laut. Kat otak cuma bayangkan yang pagi ni adalah pagi Sabtu. Pagi yang boleh golek-golek, guling-guling atas katil lepas Subuh. Nikmatnya dunia.. Tapi malangnya, hari ni masih lagi JUMAAT. Esok baru hari SABTU..

Datang kerja pun penuh dengan kemalasan.. Kaki melangkah, tapi rasa nyawa aku masih tertinggal kat rumah.

I hate this feeling..

Perasaan ni tak boleh ada pada manusia yang bekerja. Setiap orang yang bekerja perlu ada semangat dan motivasi untuk bekerja..

Yesss...dah naik sikit dah semangat tuh..

Tapi...........................

Huhhhh..down semula semangat aku sebab tu semua plastik semata-mata.

Apa nak jadi, jadilah..jam 12.15 tghari nanti rehat, jam 4.30 ptg pulak aku balik rumah..

Habis cerita.

Pantai di Yogjakarta, Indonesia

Pantai kat Kota Kinabalu, Sabah

Pantai kat Pangkor, Perak

Pantai di Miri, Sarawak

Kataku : Entry tak ada kaitan dengan pantai..tapi letak gambar pantai..nampak sangat gian nak picnic kat pantai

Thursday, February 16, 2012

SEGMEN : BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?


Halluuu kengkawan ( ada ke kengakawan? )

Ada nampak gambar brother baju dengan cap merah tu? Kalau dah ada, tu maknanya brother tu ada buat segmen. Nak tau lebih lanjut boleh klik BEN ASHAARI. Tajuk segmen ialah : Ben Ashaari Tanya Kau Berani Kritik Blog Aku Tak? 

KRITIK tau, bukan KUTUK, CACI, MAKI dan yang seangkatan dengannya. Makna KRITIK tu = teguran-teguran manja untuk memperbaiki sesuatu yang tidak sempurna.. camtu lah lebih kurang maknanya..

Kenapa aku nak orang kritik blog aku?

Sebab aku adalah orang baru dalam dunia blog. Bermula hanya untuk suka-suka tapi lama-lama menjadi semakin minat untuk menulis dan meluahkan idea dan perasaan aku kepada papan yang tidak bernyawa ini. 
Jadi, jika tak ada orang yang nak kritik apa kekurangan dan keburukan hasil tulisan aku, aku tak akan tau apa kelemahan aku sebenarnya dan sekiranya situasi ini aku biarkan berterusan, tiada pembaharuan yang bakal aku buat dalam blog ini. Jadilah seperti pepatah " masih di takuk lama ". Bukan dalam kerja sahaja perlu kita lakukan transformasi, di dalam dunia blogging pun kita perlukan transformasi bertepatan sekali dengan peredaran masa.

Selain dari itu, nak tau juga apa yang kawan-kawan suka dan apa yang kawan-kawan tak suka dengan blog ni..hehheh ;-)

Kataku : Bro Ben ni blogger yang hebat.. Dengan blog je dia boleh mengubah diri dia..



CINTA UNTUK PUBLISITI KE?

Kalau nak bercinta tak payah la sampai nak jaja kat media walaupun atas permintaan wartawan.

Cinta baru nak bermula, kalau tiba-tiba terbengkalai kat tengah jalan? Tak ke malu jadinya nanti?

Cukup-cukuplah kisah cinta Shila Amzah & Shaarnaz tu. Aku yang baca ni pun dah naik bosan.

Kataku : Awak bukan popular sangat sampai orang nak tau kisah cinta tu..Sikit-sikit sudahlah..Muak nanti..

MENARA KUALA LUMPUR

Teringat kisah masa darjah 6, tahun 1996.. Habis je UPSR, cikgu buat rombongan ke Kuala Lumpur.. Sekali lagi ditaip.. 

KUALA LUMPUR

Kalau siapa-siapa yang menetap dan membesar kat kawasan Lembah Kelang dan sekitar-sekitarnya, memang tak endah dengan Kuala Lumpur. Tempat permainan dorang je kut tuh. Bagi aku dan kawan-kawan yang duduk jauh di satu perkampungan di Pasir Gudang tu, dengar perkataan Kuala Lumpur je dah macam menggeletis-geletis bontot ni ha.. Teringin sangat nak pergi. Kononnya waktu tu terfikir yang kalau pergi KL ni dah macam pergi London dah. Tempat lain memang langsung tak lekat kat otak. Cuma fikirkan KL..KL..KL..

Nak dipendekkan cerita, salah satu tempat yang akan dilawati tu ialah Menara Kuala Lumpur. Time tu orang sibuk cerita pasal Menara KL ni ha. Sape yang tak nak naik kan. Siap menangis-nangis mintak kesian kat mak tu semata-mata nak pergi KL. Ha, puas pujuk mak..dapat la jugak ikut rombongan..

Akhirnya dapat jugak aku naik Menara KL masa tahun 1996. Bangga betul.. ada gambar masa kat atas menara tu. Bila kenang-kenangkan balik, rasa cam sengal je aku ni. Tak boleh blah bila aku nangis guling-guling depan mak aku. Ish tak senonoh punye anak jantan.

Sedikit info pasal Menara KL ni :

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas, 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik NasionalMuzik FMKL FMTraxx FMAi FMMinnal FMAsyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milik Radio Televisyen MalaysiaNTV7 milik Media Prima Berhad dan TV Alhijrah milik Al Hijrah Media Corporation siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya.

Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina IslamJermanPerancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari EsfahanIran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara.
Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.

* untuk info lebih lanjut - MENARA KUALA LUMPUR

xde keje..gi jenjalan kat Menara KL semata-mata nak ambik gambar ni..
KATAKU : Banyak tempat menarik kat KL yang belum pergi..

TRAFFIC LITE PUNYA PASAL

Tiap kali berhenti kat traffic lite, aku mesti teringatkan satu peristiwa masa kecik-kecik dulu.

Cerita pasal motor, traffic lite berwarna merah dan turun kat traffic lite.

Hanya kawan-kawan tertentu je yang pernah aku ceritakan pasal hal ni. Untuk hari ni, dengan rasa kurang malunya aku nak publish dalam blog yang amatur nih.

Ceritanya macam ni :

Satu malam tu pakcik aku ajak pegi pasar malam. Selalunya pergi pasar malam kat kampung je, so cuma jalan kaki. Yang ni pulak pakcik aku nak ajak pegi pasar malam yang agak jauh dari kampung. Dia kata kena naik motor. 

Macam biasa, aku pakai helmet duduk belakang. Pakcik aku kata pegang pinggang dia kuat-kuat. Takut-takut aku jatuh pulak. Sampai kat traffic lite, pakcik aku berhenti sebab lampu merah.

Aku yang duduk belakang ni macam rasa mamai-mamai pastu rasa macam lama je kat traffic lite tu. Dengan tak semena-mena nya aku pun turun pastu berdiri sebelah motor pakcik aku. Ada sorang pakcik naik motor yang tengah sama-sama berhenti kat traffic lite tu terkejut, terus panggil pakcik aku. Pakcik aku terperanjat tengok aku berdiri sebelah motor.

Terus pakcik aku jerit " kenapa kau turun? "

Aku dalam keadaan blur terus cakap " tak sampai lagi ke? ingatkan dah sampai.."

Masa nak balik tu pakcik aku remind aku supaya jangan turun masa kat traffic lite. Sampai rumah, aku terus kena bahan dengan pakcik aku.

Satu rumah gelakkan aku.. Dah puas gelak, kena kutuk pulak tu..

Hampes...

sebab kau lah aku kena bahan ngn family aku tau

Kataku : Biasalah, nama pun budak-budak..

Wednesday, February 15, 2012

SERBA SALAH JADINYA

Plan nak gi holiday dengan Geng A

Geng B plak tetiba nak ikut

Geng A tak kisah kalau Geng B nak join

Geng C pun tak nak lepas peluang..pun nak ikut sama

Geng B tetiba sentap bila Geng C nak turut serta

Open lah weh..kita pergi holiday bukan nak "menyundal" (sorry..bahasa agak kasar).. so, buat apa nak takut & rasa tak senang?

Aku ok je, semua tu kawan-kawan je kan..

Kataku : Susah kalau ada kawan jenis tak senang dengan kawan yang lain...profesional la weh

4TH PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT BALLOON FIESTA 2012

Wahai warga Putrajaya dan seluruh pelusuk alam...

Dengar ini pengumuman..

4th Putrajaya International Hot Balloon Fiesta 2012 akan berlangsung pada 15 sehingga 18 Mac 2012 bertempat di Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya.

Untuk menikmati pemandangan belon panas dari peserta antarabangsa dan para peserta dari Malaysia, apa kata jom ramai-ramai kita datang untuk memeriahkan dan menambah lagi kesesakan lalu lintas kat Putrajaya ni.

Bukan selalu Putrajaya nak sesak kan, so moh le kita menambahkan bilangan kenderaan pada tarikh tersebut.

Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang tempoh festival adalah :

1.  Hare and Hound Competition

2.  Nite Glow  and Firework Show

3.  Meet and Greet The Balloonist

4.  Helicopter Rides

5.  Aviation Show


Kataku : Datang, jangan tak datang

NYAWA TAK BERHARGA

Dah la gangster, pastu suka-suka pulak nak bunuh-bunuh orang. Ishh kes di Johor Bahru menjadi satu contoh terbaru.

Hanya kerana terlanggar kerusi dengan tidak sengaja, seorang lelaki dibelasah dan dibunuh. Mula-mula lelaki ni dibawak pergi oleh kawan dia untuk meredakan keadaan, tapi boleh pulak lelaki ni datang balik ke kedai tu sebab dompet dia tertinggal.

Ish nyawa manusia ni terlalu murah ke? Senang-senang je nak belasah orang, nak bunuh orang. Gaduh sikit nak bunuh..gaduh sikit je terus bunuh.

Undang-undang negara kita ni terlalu longgar ke sampaikan orang Malaysia ada yang tak takut nak lakukan jenayah macam ni? Rasa-rasanya undang-undang kita dah terbaik dah tu. 

Takut betul dengan keadaan sekarang ni. Benda-benda yang tak jangka. Silap sikit terus gaduh.. Bila dah gaduh main bunuh-bunuh pulak. Tak tahu-lah nak cakap apa lagi.

Mungkin pengaruh drama dan filem pun ada jugak. Kalau dalam drama aksi, bunuh membunuh tu dah macam benda biasa. Benda macam ni kalau dah selalu sangat dipaparkan akan mempengaruhi minda manusia yang tak berapa nak bijak. Kat otak dia confirm akan cakap "ala, membunuh tu perkara biasa".

pinjam sat dari Kosmo

Kataku : Sayangi Nyawa Kita Sebab Kita Bukan Lembu Yang Redha Untuk Dikorbankan

Tuesday, February 14, 2012

BUAT PROMO LAGI KE?

Air Asia buat promo lagi ke?

2 tiket yang dah tempah sebelum ni pun masih belum sampai masa nak terbang, tak  kan nak book lagi?

Mungkin TIDAK untuk kali ini..

Yaaa..tanam dalam diri.. TIDAK untuk yang ini..

Hehehhehehe... :-)


Kataku : ......................................

Monday, February 13, 2012

KATAKAN TIDAK PADA HARI KEKASIH


ISLAM tidak pernah mengiktiraf Hari Kekasih atau Valentine’s Day malah sambutannya adalah perbuatan keji kerana menjurus kepada pelbagai perlakuan dosa termasuk zina.
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, melawat ketika ada di antara mereka yang sakit, membantu ketika ditimpa kesusahan serta menyatukan mereka yang bertelagah.
HARAM…sambutan Hari Kekasih boleh menjerumuskan umat Islam dalam melakukan perkara haram seperti perzinaan.
TEGAS…usaha membanteras umat Islam menyambut Hari Kekasih perlu diperluas bagi mengelak ia menjadi budaya merugikan ummah.
Jika ada umat Islam yang pernah atau bercadang untuk meraikan sambutan Hari Kekasih yang diadakan pada 14 Februari itu, mereka perlu segera bertaubat!
Amat menyedihkan kerana segala maklumat serta seruan Islam berkaitan pengharaman sambutan Hari Kekasih itu sudah diperjelaskan dan disebarkan tetapi mereka tetap ingkar.
Bukti dapat disaksikan apabila terdapat sejumlah daripada mereka dicekup pihak berkuasa kerana memadu asmara di hotel, rumah sewa atau rumah tumpangan.
Biasanya sambutan itu diraikan pasangan dengan penuh unsur maksiat seperti keluar berdua-duaan, berpeleseran sehingga membawa pasangan melakukan hubungan seks.
Perbuatan yang mereka lakukan itu diibaratkan sebagai ‘persembahan’ membuktikan kesetiaan cinta mereka. Tarikh itu dianggap hari ‘meraikan’ kisah cinta mereka dan sudah tentu apa saja kemahuan serta pujuk rayu akan dipenuhi pasangan masing-masing.
Kenapakah anak muda di negara ini terlalu ghairah meraikan hari itu? Barangkali mereka merasakan itu hanya perbuatan bagi mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari berkenaan.
Cukuplah kerana sambutan Hari Kekasih yang dibawa oleh orang Barat itu tanpa disedari boleh merosakkan akidah serta akhlak umat Islam terutamanya golongan remaja.
Meraikan hari tertentu tanpa memeriksa latar belakang perayaan itu pastinya menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Jelas budaya perayaan itu mempunyai unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di Malaysia, larangan menyambut Hari Kekasih selaras dengan fatwa hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak, yang menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.
Islam melarang umatnya terbabit secara langsung dengan sambutan itu atau duduk dalam majlis yang mempersendakan Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” (Surah An-Nisa ayat 140).
Memberikan hadiah bersempena Hari Kekasihmenjadi haram malah mengirim ucapan cinta atau kasih sempena Valentine juga dilarang oleh ulama.
Berdasarkan sejarah, Valentine ialah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.
Dia antara individu yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol.
Sebab itu, ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Sesiapa yang merayakannya seolah-olah mereka gembira dan merestui kekalahan umat Islam di Sepanyol.
Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun. Itu sebabnya umat Islam perlu sensitif dan mengambil berat isu ini supaya ia tidak dijadikan amalan atau jalan untuk cuba meraikannya walau dengan apa cara sekalipun.
Sepatutnya budaya negatif Barat seperti menikmati hiburan dan keseronokan secara berlebih-lebihan itu tidak wajar diikuti. Jangan dibiarkan budaya dan tatacara Islam dipinggirkan dengan mengagung-agungkan budaya ciptaan yang boleh meruntuhkan bangsa dan identiti negara.
Ibu bapa perlu memainkan peranan memantau aktiviti dan hubungan sosial anak-anak dalam memastikan mereka tidak menghadiri sebarang sambutan Hari Kekasih.
Pendapat lain mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.
Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bernama Juno Februata. Pada hari itu, pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak itu secara rawak.
Nama gadis yang dicabut akan menjadi pasangan dan hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.
Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom paling gagah bagi menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Selepas itu, perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu akan memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut menerima pukulan kerana menganggapnya bagi menambah kesuburan mereka.
Justeru, remaja Islam negara ini diharap tidak mengagung-agungkan sambutan Hari Kekasih kerana ia mendorong mereka terjerumus ke lembah maksiat.
Masyarakat Barat mungkin beranggapan dengan cara itu umat Islam boleh dilalaikan dan mereka akan terdorong melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melakukan maksiat dengan pasangan tanpa batasan.
Agenda itu memberi kejayaan besar kepada mereka kerana mampu mengatur umat Islam mengikut acuan mereka. Situasi itu akan mendorong kepada pembentukan akhlak dan peribadi yang buruk kepada generasi muda apabila terdedah dengan perbuatan tidak sihat.
Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah yang benar selagi itulah anasir luar cuba memesongkan hala tuju ummah agar kecundang.
Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Rani Awang Besar berkata, paling dibimbangkan kini ialah kurangnya ketahanan ilmu dan rapuhnya akidah umat Islam sehingga begitu mudah mereka diperdayakan.
“Sambutan Hari Kekasih ini datangnya dari Barat yang mahu merosakkan akidah, fahaman serta budaya umat Islam. Pesan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan itu.”
“Tidak kiralah sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau wanita, mereka perlu sedar supaya tidak mudah terikut-ikut dengan budaya salah yang dibawa dari Barat,” katanya.
Beliau berkata, sebagai umat Islam mereka perlu meletakkan kasih kepada Allah dan Rasul sebagai yang paling utama di samping berhak mengasihi mereka yang hampir seperti ibu bapa.
“Semua pihak perlu bergandingan dalam memperluaskan jaringan dakwah supaya umat Islam lebih faham apa yang mereka lakukan itu perlu diteliti sedalam-dalamnya kerana dibimbangi akan menggugat akidahnya.
“Di Malaysia, alhamdulillah maklumat mengenai sambutan Hari Kekasih ini jelas dan tersebar dengan cukup meluas. Diharapkan umat Islam mengambil serius pengharaman sambutan itu dan ia tidak dijadikan sebahagian daripada budaya kita,” katanya.
Mohamad Rani berkata sebutan ‘Valentine’ cukup indah diungkap namun ia tersingkap misi dan matlamat tersembunyi daripada musuh Islam.
“Musuh Islam sentiasa berusaha untuk memesongkan akidah serta jati diri umat Islam supaya kita menjadi umat yang kacau-bilau. Kembalilah mengamalkan perintah Allah dan memantapkan keimanan kita kepada ajaran Allah s.w.t.
“Untuk memantapkan akidah Islamiah, setiap individu perlu menyalurkan usaha secara berterusan dalam menuntut ilmu dengan menghadiri kelas pengajian dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan,” katanya.
Menurutnya, lekas menuding jari kepada golongan yang melakukan kesilapan juga satu kesalahan kerana kita dituntut untuk terus membimbing mereka dengan menggunakan pendekatan berbeza.
“Untuk menarik minat orang lain menerima apa yang kita sampaikan bukannya dengan cara kekerasan atau hanya tahu menyatakan kesalahan yang mereka lakukan.
“Tetapi semua itu hanya dapat dicapai melalui pendidikan secara berperingkat serta contoh teladan yang ditonjolkan daripada individu yang menyampaikan itu,” katanya.

Artikel ini bukan hasil tulisan aku, diambil untuk dikongsi daripada homefamilysite.com ....
Kataku : Setiap hari itu adalah hari untuk berkasih sayang bersama insan yang halal untuk disayangi terutamnya mak dan keluarga..

YANG DITUNGGU...APC


Untung jadi orang kerajaan..gaji sentiasa je naik, pencen pun ada..perkhidmatan perubatan percuma..cuti bersalin 3 bulan dan cuti tahun pun banyak.

Ada satu lagi yang orang kerajaan tertunggu-tunggu setiap tahun..

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ).

Explain dulu jap..APC ni diberikan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja yang sangat cemerlang pada satu-satu tahun disamping memberikan sumbangan yang lebih kepada jabatan dan  juga kementerian. APC ni jugak diambil kira berdasarkan Penilaian Prestasi Tahunan individu tersebut.

Glamour sekejap sape-sape yang terima APC. Dulu-dulu ganjaran yang diterima lagi-lah banyak..dapat tambahan cuti, dapat hadiah jam special edition, dapat pergerakan gaji melintang lah, menegaklah..huhhhh hidup bagaikan di syorrrga..

Tapi sejak SSM, kelainan pulak dibuat..penerima APC hanya diberikan sekeping sijil dan duit RM 1000.00. Banyak jugak tuh.

Ramai juga terkejar-kejarkan APC. Dengar jugak orang kata kalau dah keje lama tapi tak pernah dapat APC, memang macam tak ada makna. Betul ke?

Bagi aku, pemberian APC zaman sekarang ni macam dah tak telus. Kebanyakan jabatan dan kementerian beri APC berdasarkan seniority. Kalau orang tu dah kerja 10 tahun tapi tak dapat APC lagi, tahun depan confirm nama dia akan dicalonkan. Kiranya menerima atas dasar KESIAN. Hurm..kalau pandai BODEK pun confirm nama dicalonkan..Dapat RM 1000.00 free je.

Orang yang tak pandai bodek dan tak menjadi staff kegemaran boss sure nama dia jauh lagi dari senarai.

Bukan nak kondem, tapi benda dah hakikat betul. Nak cakap macam mana lagi kan? Ada hak bersuara, cubalah gunakan.

Tapi kesian jugak pada penerima APC yang betul-betul terbaik dalam menghasilkan kerja. Sedikit sebanyak terpalit sedikit dengan kata-kata “tu pandai kipas boss la tuh” oleh mulut-mulut orang sekeliling. Eh..kawan-kawan boleh menilai sama ada kita ni pandai buat kerja atau pun tidak.



Kalau dapat APC tu biarlah dipersetujui oleh kawan-kawan sekerja lain. Jangan pulak nanti kawan-kawan buat tak tahu je. Tak nak wish & tak nak pulak kongsi rasa gembira.. Mesti dalam hati terdetik “ tak layak ke aku terima ni?”

Apa-apa pun nak wish TAHNIAH kepad kawan-kawan sekerja yang bakal dapat APC. Jangan pandang serong ea, kawan-kawan aku semua memang layak terima. Persaingan sangat kuat.. Siapa yang bertuah dan usaha lebih, dia lah yang akan terima.

Aku?

Hurmmmmmmmmm....

Tak kan dalam tempoh 2 tahun nak dapat lagi kut?

Bagilah peluang pada kawan-kawan lain.

Kataku : Dah tahu calon-calon APC..