Sunday, March 25, 2012

KEPUASAN YANG TAK PUAS

manusia..
memberi barang-barang mewah dan berjenama..
kalau boleh apa yang terbaru di pasaran, itulah yang nak disambarnya..
keluar yang baru, dikejarnya yang itu
yang lama?
ditinggalkan dan diabaikan..
untuk apa semua itu?
jawapannya adalah untuk kepuasan..
kepuasan manusia tak pernah terhenti..
selagi apa yang dikejar itu bukan sesuatu yang hakiki..

carilah yang hakiki, bukan duniawi..

Kataku :
KasihNYA..kasih yang hakiki

Saturday, March 24, 2012

TUNDUKKAN PANDANGAN

Wardina Safiyyah memulakan forum bagi slot terakhir Bidadari Dunia

" Katakanlah kepada orang-orang mukmin ( kaum lelaki ) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci kepada mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui  apa yang mereka sedang kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita Mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka " ( Surah Annur ayat 30 - 31 )

Inilah ayat yang Wardina terjemahkan dalam forumnya tadi bagi slot terakhir Konvensyen Bidadari Dunia 2012 untuk hari yang pertama. Tajuk forum adalah Fesyen - Yes or No?.

Serius terkesan dengan apa yang diperkatakan. Allah sudah berfirman di dalam Surah Annur sepertimana di atas. Apa yang Allah SWT arahkan ialah tundukkan pandangan kepada kaum lelaki dahulu dan jagalah kemaluan. Kemudian diingatkan untuk kaum wanita pula.

Bak kata Wardina, kita sekarang terlalu sibuk bercakap tentang pemakaian hijab dan menutup aurat, tapi kenapa tak tekankan tentang menundukkan pemandangan dan menjaga kemaluan sedangkan Allah SWT dah tegaskan terlebih dahulu di dalam firmanNYA?

Benarlah fenomena sekarang, wanita bertudung tetapi masih lagi melakukan zina. Wanita bertudung tapi masih lagi melakukan maksiat. Kenapa jadi macam ni? Sebab bagi mereka, Allah hanya inginkan hambaNYA menutup aurat tetapi tidak menitik beratkan untuk menjaga penglihatan yang banyak menjurus kepada dosa-dosa besar.

Fikir-fikirkan dan jom lakukan perubahan.

Kataku :
Banyak kesedaran yang diperoleh bila dihayati

BAIK DIBALAS TAK BAIK

Nak kata cerita ni kelakor, rasa macam tak kelakor

Nak kata cerita seram, tak jugak..memang langsung tak seram

Boleh kata cerita ni ala-ala mini sentap la..( ada ker? )

Berkait dengan pameran pengantin yang sedang berlangsung di PICC, aku ni dengan terujanya ber"FB" dengan sorang member pompuan..Aku labelkan sebagai M je lah. 

Ye lah, wanita kan biasanya sangat teruja dengan pameran-pameran pengantin, pelamin-pelamin, cup cake untuk pengantin, door gift, baju pengantin, mekap, bla..bla..bla..

Aku pun promote pameran ni..

" M, datang la ke PICC..ada pameran pengantin..", kata aku

" So?.. aku lambat lagi nak kawin ni", kata M

" Alah, jalan-jalan..tengok-tengok..cari inspirasi..", balas aku

" Apa kata kalau u je yang pergi ronda-ronda, tengok-tengok, mana tau nak kawin dah kan dalam masa terdekat..kereta dah ada, rumah pun bakal ada..so carilah surirumah pulak. tak kan nak single je kan..", jawab M.

Haaaaaa?????? Tersentap mak noxxxxx...

Aku berniat baik nak promosi, tetiba kena ceramah a.k.a sound check dengan member sendiri..


Kataku :
Betul lah kata Raja Pian, jangan nak buat baik sangat kat orang..


Friday, March 23, 2012

GERBANG CINTA UTUSAN

Pesta Perkahwinan yang diberi nama Gerbang Cinta Utusan sedang berlangsung di PICC bermula 23 sehingga 25 Mac 2012 di Dewan Perdana.

Kalau sesiapa yang berminat nak datang tu, tak perlu risau sesat sebab kalau datang dari lobi, akan nampak gera-gerai daripada Utusan, dan gerai selebihnya berada dalam Dewan PICC.

Tadi berlangsungnya majlis perasmian dan juga persembahan daripada Atilia & Monoloque.

Petang tadi juga, jam 5.30 petang  ada persembahan daripada Farhan AF dan juga ceramah hak-hak isteri dan suami.

Malam nanti bermula 8.30 malam, akan berlangsungnya persembahan muzik dan juga aktiviti daripada penaja.

Esok pula aktiviti perarakan & pertunjukan fesyen dan persembahan artis dari Rosma dan Khai, juga sesi demo solekan dan dandanan.

Pada hari ahad, aturcara yang menarik ialah Lamba Rock Contest dari Zamarul Hisham, pertunjukan fesyen dan persembahan artis dari Haziq AF.


Gerai-gerai yang menyertai pameran ini adalah berkaitan dengan katering yang menawarkan perkhidmatan dan pakej perkahwinan, pakej baju pengantin berserta dengan pelamin, pakej fotografer, perkhidmatan kad kahwin dan juga door gift bagi majlis perkahwinan. Bagi sesiapa yang sudah merancang majlis perkahwinan dan sedang mencari baju-baju kahwin, jangan segan-segan untuk berkunjung ke pameran ini. 

Jom beramai-ramai mengunjungi Pameran Pengantin selama tiga hari ini.












Kataku : 
Tengok pelamin terus rasa takut.

Wednesday, March 21, 2012

TAHNIAH ADIK SEPUPU

Aku tau, adik sepupu aku tak pernah tau kewujudan blog picisan aku nih..
So? dia tak akan baca apa yang aku tulis ni.

Aku nak wish TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!

Dia dah ambik result SPM dia, dapat 5A 3B 2C..
Aku tak tau sekarang ni Kementerian Pelajaran kira macam mana..

Sebelum-sebelum ni masa aku sekolah rendah, akak ngn abang aku dapat SPM ikut pangkat..ada pangkat 1, 2 dengan 3.

Aku siap tanamkan dalam diri nak dapatkan pangkat 1

Turn aku SPM, boleh pula dia ikut gred A1, A2, B3, B4, C5, C6, D7, E8, F9.

Sekarang ni aku dah tak tau langsung..Tapi bila adik sepupu aku cakap dia dapat result ikut A, B, C, jadi maknanya memang ikut ABC la ye?

TAHNIAH sekali lagi untuk dia, susah woo nak dapat 5A tu, nama pun SPM kan?

Moga-moga tercapai impian dia nak masuk matrikulasi.

Kataku : 

Tumpang bangga sebab makcik aku dulu kata dia tak dapat nak belajar tinggi, so dia nak anak dia sambung cita-cita dia..InsyaAllah..


RESULT SPM KELUAR

Result SPM 2011 keluar hari ni kan?

Uish tak sabarnya nak tunggu result..harap-harapnya result cemerlang dan memuaskan hati

Tapi bukan result aku la ye, result adik sepupu aku

Adik beradik semua dah habis study, so tak ada sape-sape yang ambik exam besar-besar..

Aku?

Ha, dah 10 tahun yang lepas ambik result SPM dengan muka yang tak ada perasaan.

Kataku : 

Pilihlah masa depan yang cemerlang..

Tuesday, March 20, 2012

BANGUN PAGI GOSOK GIGI

Pagi-pagi datang kerja

Bukak PC, update FB..update blog

Pegi breakfast..duduk sampai berjam-jam

Balik office gi toilet..Sambil membuang sambil tu jadi naga..berasap mulut

Ambil masa setengah jam

Masuk semula office, buat kerja sikit-sikit sambil baca paper online

Kawan-kawan ajak minum pagi.. aik makan lagi?

Lepak lagi .. ish ish ish

Masuk office, buat kerja sikit lagi

Lunch hour keluar makan, masuk kerja lewat..

Buat kerja, lepas tu lepak minum petang..

Minum petang? Huh..tak patut

Jam 5.00 balik rumah..

Hari-hari rutin macam tu..Ingat majikan bayar gaji untuk makan je ke?

Mana produktiviti? Mana hasilnya?

Cukup bulan dapat duit gaji..

Memang tak patut.

* tak ada kaitan dengan yang hidup dan yang telah meninggal dunia..hanyalah khayalan tingkat tinggi oleh aku


Kataku : 

Hidup inginkan kebahagiaan..hak tuihhh...

LAMBAT KENA TINGGAL

Hadoiii..ni lah malasnya kalau nak bercuti dengan kawan yang macam lalang

Sekejap kata " aku nak pegi..." dengan penuh excited

Ada masa pulak, statement berubah " tengok la dulu..tak tau lagi"

Nak pergi jauh, kena book tiket bagai, dia boleh pulak main tarik tali..

Ikut style aku, sape berdolak dalik memang kena tinggal la jawabnya..

Takde nak layan orang yang buat muka kesian-kesian ni..

* penat woo ari ari hadap pc..

Kataku : 

 Menyeru mood untuk bercuti..cuti lagi? 

Monday, March 19, 2012

USTAZ vs ARTIS

Program Adik-Adikku anjuran TV1 mesti ramai yang tak tau, tapi kalau program Idola Kecil kat TV9 atau Tom Tom Bak kat Astro tu ramai lah orang tahu kan?

Kebiasaan, kalau program ke arah keagamaan memang ramai yang kurang sedar kewujudannya tapi kalau program berbentuk hiburan, promosinya secara besar besaran.

Ok, cukup mukadimah tu. Benda tu balik pada batang hidung aku sendiri.

Ha, semalam dah berlangungnya Final Adik-Adikku kat PICC. Jumpa ramai ustaz-ustaz yang selalu bagi ceramah kat TV. * matilah nama ustaz tak ingat

Yang menjadikan aku kagum dengan ustaz-ustaz ni kan, muka dorang bersih berseri-seri kan? Bersih muka dorang tu lain dari yang lain. Nampak suci je.

Kalau retis-retis tu kita kagum jugak la kan. Tengok muka dorang bersih-bersih juga, tapi berlainan dengan ustaz-ustaz nih.

Senang cerita, kalau tengok muka retis akan berpacul " wow..bersih nya muka dia"

Tapi kalau pandang ustaz, akan terpacul " Subnahallah..bersihnya muka dia, suci, bersinar-sinar, indah berseri, nampak baik-baik bla bla bla "

So, buat pilihan..Nak jadi retis ke nak jadi ustaz?


dapat komik upin ipin..baca sebelum tido..

Kataku : 

Ada pameran kraf kat Pusat Kraf Jalan Conlay

Sunday, March 18, 2012

CUCI THE MUSICAL LAST KOPEK

Pagi semalam dapat pergi tengok belon panas, petangnya pulak sempat berkejar ke Istana Budaya ( IB ) Kuala Lumpur untuk tengok show Cuci The Musical Last Kopek yang diarahkan oleh Harith Iskandar.

Hari ni, 18 Mac 2012 adalah hari terakhir pementasan dan show terakhir adalah jam 8.30 malam ni. 

Aku beli tiket pun last minute sebab nak sangat tengok teater ni. Dua musim sebelum ni terlepas peluang, so untuk musim ke tiga, aku ambik peluang yang ada.

Show semalam pukul 3.00 petang, kena datang awal sebab nak ambik tiket yang dah book online. 

Pementasan semalam full house. Hebat betul penangan Cuci Musical ni. Pelakon-pelakon pun hebat-hebat. Afdlin Shauki ( Fairil ), Hans ( Khai ), Nabil ( C'Tan ) dan Awie ( Jojo ) adalah pelakon utama. Dibantu oleh Vanida Imran ( CJ ), Dina ( Farah ), Harun Salim Bachik ( Tan Sri ), Douglas Lim ( Wira ) dan Reefa ( Pencerita / Rappers / Posmen ).

Jalan cerita sama macam dalam filem ( rasanye kut sebab tak ingat sangat ), tapi bila dah namanya teater, mesti lagi gempak sebab semuanya live depan mata.

Persembahan yang sangat hebat..mantap..kelakar gileeeeeeeerrr..memang tak kering gusi dengan lawak dorang..lagu-lagu pun sedap..Antara komen-komen aku pasal teater ni :

* Nyanyian Awie memang power, Afdlin pun boleh menyanyi dengan baik, Hans dan Vanida punya suara yang ok, Nabil punya nyanyian boleh polish lagi..

* Lakonan antara semua pelakon sangat seimbang. Bila part lawak, memang lawak habis, bila part sedih, dapat rasa kesedihan. Tapi aku tak pasti sama ada sengaja dirancang atau pun tak, bila part C'Tan marah Jojo dan Khai sebab dorang berdua terlalu mengikut telunjuk Fairil, emosi marah dan sedih dah terkesan, tapi penghujung tu Nabil ( C'Tan ) matikan emosi dengan lawak dia yang agak meleret.

* Kelakor gile part team Cuci-cuci battle dengan Syarikat Wira. Dorang battle ala-ala Showdown, Syarikat Wira menari hiphop, tapi Cuci-cuci menari tarian Wonder Girl..

* Kewujudan Dina kurang memberi kesan tapi boleh dikatakan sebagai penyeri kepada teater ini dengan watak dia sebagai Farah yang agak kepoh. Nyanyian Dina masa pakai rambut alfro dan baju liplap tu memang suberb.. Tengah-tengah lagu tu, dorang ber"shuffle"..Gerek betol..Siap kuar lagu "everyday I'm Shuffeling"..

* Kemunculan Harun Salim Bachik jugak memberi impak yang besar sebagai Tan Sri dan juga ayah kepada CJ. Dengan loghat Jawa yang pekat dan juga Tan Sri yang tunggang langgang Bahasa Inggerisnya. Ada satu part tu memang kelakar bilamana Tan Sri cakap " saya nak pegi saman cikgu Bahasa Inggeris saya "..

* Ada unsur-unsur lucah bila pelawak-pelawak ni bergabung..Hahhaha mungkin penonton Malaysia tak ambik kisah dengan perkara ini termasuklah aku sendiri. Perkataan nenen, pisang , bra , nyonyot nenen. Perkataan-perkataan ini membawa maksud "kedua" di dalam dialog dorang.

* Set teater kemas dan cantik..Perabot-perabot yang cantik dan ceria. Latarbelakang bandaraya dan bangunan KL menyerikan lagi persembahan.

* Lagu-lagu di dalam teater menarik..Muzik adalah dibawah pimpinan Acis. Tahniah kepada Acis..

* Douglas Lim membawa watak Wira dengan baik. Lawak jugak mamat nih.

* Penari-penari cum pelakon tambahan adalah dari Azwa Dancer..Tarian dorang best..

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsikan pasal teater ni, tapi cuma tu je yang aku ingat. Show ni memang hebat..Mengikut kata-kata Afdlin selepas show tamat, tiada lagi pementasan Cuci-Cuci untuk masa akan datang. Begitu jugak dengan filem. Tiada kesinambungan yang akan dibuat.




Kataku : 

Harga tiket teater mahal tapi berbaloi

BELON DI TENGAH PANAS 2012

Hari ni hari terakhir bagi Festival Belon Panas Antarabangsa 2012 di Presint 2, Putrajaya.

Aku sempat tengok jugak semalam. Gagah jugak pergi awal pagi. Duduk Putrajaya, kalau tak ambil kesempatan memang rugilah kan. Awal-awal pagi pun orang dah ramai. Masing-masing dengan kamera dan datang secara berkumpulan. Musim cuti sekolah, ibu bapa bawak anak-anak berjalan.

Seronok pulak tengok belon-belon panas yang ada. Lepak sekejap je untuk ambil gambar sebab jualan-jualan kat gerai tu kurang menarik perhatian.

Banyak belon yang dah terbang, nak ambik gambar belon-belon yang dah terbang memang tak sempat. Belon dah merata-rata. Banyak juga kereta dah berhenti tepi jalan sebab belon dah terbang rendah. Menarik sangat.









* gambar-gambar ni diedit sedikit supaya nampak lebih ceria

Kataku : 

Kalau tiap minggu ada acara kat Putrajaya, memang sesak je la jawabnya








Thursday, March 15, 2012

OOOHHH YEAHHHH

Aku paling tak suka kalau kena korbankan sesuatu yang aku dah rancang lama. Chehhhh ayat tu macam nak kena penampor je kan? 

Aku bukan nak korbankan jiwa dan raga pun, tapi cuma korbankan rancangan percutian aku bulan Mei nanti. Ikut perancangan asal, awal Mei aku nak travel ke Hatyai naik train. Maybe ambik tarikh 03 - 06 Mei nanti. 

Kemudian, 24-26 Mei pulak aku dah beli tiket untuk terbang ke Borneo sebab nak habiskan masa untuk diri aku sendiri sempena ulangtahun kelahiran aku.

Awal Jun pulak my sis punya wedding. Mak dah warning awal-awal suruh balik seminggu awal untuk tolong-tolong apa yang patut. Adushhh baru je nak skip dari rewang-merewang ni semua.

Yang menjadi masalahnya ialah....aku tak boleh ambik cuti banyak kali dalam satu bulan. Nak pegi Hatyai tu kena ambik satu hari cuti. Percutian ke Borneo tu pula kena ambik dua hari cuti. Mak pulak suruh balik awal untuk majlis kahwin, dah kena ambik tiga hari cuti. Aikkk...banyaknya lak aii nak kena ambik cuti kan? Ingat gomen bayar gaji tu untuk bercuti je ke?

So, jalan penyelesaiannya? Hahhaha aku kena korbankan salah satu. Tak kan lah nak korbankan yang majlis kahwin akak aku tu kan? Nampak sangat derhaka kat mak ngan akak. Confirm majlis kahwin aku nanti dorang pulaukan aku. Lagipun, aku kan ada agenda tersendiri nak mintak sesuatu dari akak aku. So, kena lah buat baik. 

Nak kena korbankan masa ke Hatyai? Erkkk tak boleh jugak sebab bulan Mei sahaja lah yang sesuai dan ada kekosongan untuk aku. Lagipun member aku lepas bulan Mei dia dah busy dengan kelas dia. Maklum lah, orang keje sambil study kan?

Korbankan percutian ke Borneo? Erkkk..Hurmmm..Arkkk..Orkkk..macam-macam bunyi keluar. Mungkin iye..

Sebabnya?

Sebab aku dah 2 kali ke Borneo tu. Percutian kali ni cuma untuk suka-suka isi masa lapang je.

Tak rugi tiket ke?

( Sambil pandang ke lantai )

Rugilah jugak..Sangat rugi. Walaupun harga tak sampai seratus pun tapi...duit tetap duit kan?

Keputusan dah dibuat tapi oleh sebab keputusan dan masalah hanya untuk diri aku, aku ada hak untuk ubah perancangan aku.

Hehehheheehe..;-)

floating market Hatyai..nak gi sini..gambar ehsan atok google

xpe, next time aku datang lagi ea?

demi untuk majlis kahwin, aku sanggup berkorban ( poyos )..ni rembat dari google jugak..

Kataku : 

Sangat suka main-mainkan emosi sendiri

PESTA KAHWIN & BIDADARI DUNIA

Wah!!! Dua minggu lagi PICC akan kembali sesak dengan dua majlis yang dianjurkan serentak.

* Ekspo Gerbang Cinta yang akan diadakan pada 23 - 25 Mac 2012 di Dewan Perdana

* Konvensyen Bidadari Dunia pada 24 - 25 Mac 2012 di Dewan Plenari

Bagi mereka yang berminat dan merancang untuk mencari wedding planner or apa-apa yang berkaitan dengan perkahwinan, bolehlah terjah ke Dewan Perdana. Pelbagai acara yang akan diadakan..

Untuk kaum hawa muslimah yang inginkan sesuatu untuk makanan jiwa, bolehlah hadir ke Konvensyen Bidadari Dunia yang diadakan di Dewan Plenari.. Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut, boleh klik BIDADARI DUNIA.



Kataku : 

Bekerjalah lebih masa nanti

BELON PANAS




Tolong !! Tolong !!

Belon panas dah menyerang Putrajaya pagi-pagi nih..

Jom beramai-ramai terjah Presint 2 untuk sama-sama menyaksikan belon panas dari 15 sehingga 18 Mac 2012.

Kataku : 

Belon warna warni menceriakan pagi yang suram

Wednesday, March 14, 2012

03-2036 6555

Semalam petang masa baru sampai rumah, dapat panggilan dari nombor 03-2036 6555.

Aku rasa macam tak sedap hati je nak  jawab panggilan ni, tapi oleh sebab panggilan ni mengganggu deria pendengaran aku, so aku jawab lah jugak.

" Hello..boleh bercakap dengan Encik ******** ( Nama penuh aku dia sebut )"

" Ya..saya bercakap.."

" Saya buat panggilan dari Bank Simpanan Nasional dan ingin...."

Tak habis dia cakap, terus aku jawab,

" OOhh dari BSN, saya tak berminat langsung nak tahu apa benda yang u nak cakap..terima kasih.."

Lepas tu, bertalu-talu panggilan dia buat tapi aku tak jawab dan aku cancelkan panggilan dia. Bila dah tak paham bahasa tu, terus aku matikan telefon..

Bukan nak menyombong, tapi aku rasa tu semua sibuk nak promote pasal insurans.

Pagi ni, aku search kat internet pasal nombor nih, ooo rupa-rupanya betul sangkaan aku. Ada dalam satu blog tu dia kata nombor tu call dan kata dari CIMB. Hurmmm entah lah.


Yang penting lepas ni aku tak mau jawab panggilan yang entah dari mana-mana. Kalau ye pun, tak payah la nak call maghrib-maghrib kan? Macam dah tak ada waktu siang je.

Kataku : Deria rasa dah hilang..