Wednesday, May 30, 2012

DAH NAK JADI, NAK BUAT CAMNE KAN..

Kaki aku masih belum elok sepenuhnya, yang terbaru bila betis makin kerap jadi kejang..
Bertambah sakit lah kaki aku ni..

Aku ambik cuti seminggu dari 28 Mei sampai 1 Jun. Bukan sebab nak layan kaki yang sakit tapi ada majlis kenduri kahwin kat kampung.

Gerak dari Putrajaya ke Pasir Gudang hari Isnin, sempat singgah ke Batu Pahat untuk ambik nenek dulu.

Aku tak boleh nak drive sebab kaki tak boleh nak bengkok, so sepanjang jalan tu memang kakak aku je yang drive tapi kena tahan telinga dengan mulut dia.. Ada je yang tak kena, pantang ada lori, dibebelkan lori tu..nampak motor, dibebelnya motor tu..aku cuma tahan telinga je lah. Biasalah, wanita kalau memandu memang macam tu la jadinya.

Tapi malang tetap tak berbau..Dah masuk kawasan taman perumahan, kereta main redah  je lubang..Dua lubang pulak tu yang diredahnya.

Masa lubang pertama, aku dah dengar bunyi macam tayar dah lembik..aku dah agak mesti tayar pecah ni..tapi teruskan jugak jalan sebab rumah da dekat.

Aku cuma diamkan je lah..hurmmm benda nak jadi, jadilah..

Pergi antar bengkel, rim pulak katanya dah bengkok. Nak kena ketuk bagai, nak kena tukar tayar, total dalam RM 300..

Huh duit kalau time tengah ada, time tu jugak lah macam-macam benda akan jadi.

Redha saje lah..

So lepas ni kena lebih berhati-hati. Jangan asal boleh redah, main redah je..

kesian tayar tu terkulai & duit pun melayang

Kataku:
Pengalaman dan  pengajaran

Sunday, May 27, 2012

DAH 28 TAHUN DAH

Tanggal 25 Mei 2012, umur aku dah cecah 28 tahun. Aku terbuka untuk beritahu umur yang sebenar, tak perlu nak berahsia sangat lah kan.. Umur hanyalah angka, buat apa nak takut dengan angka kan?

Ucapan Alhamdulillah kepada Allah SWT atas kurniaan umur dan semoga aku menjadi hambaNYA yang lebih baik dari sebelum-sebelum ini.

Terima kasih kepada mak aku yang dah bersusah payah mengandungkan aku selama 9 bulan dan juga kepada arwah abah yang berkongsi kasih sayang dengan mak sehingga adanya aku dan 7 adik beradik yang lain.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish birthday dan juga sambutan hari lahir seminggu awal. Terima kasih untuk semua.

Juga kepada Raja Sufian yang belanja Domino's masa birthday aku. TQ..


Kataku :
2 tahun lagi nak menginjak 3series..wahhhh

Thursday, May 24, 2012

ASET RUMAH

Membuat pelaburan dengan membeli rumah bukan satu benda yang mudah bagi orang-orang yang bergaji kecik macam aku ni. Tambahan lagi dah kerja 6 tahun tapi masih tak ada aset yang nak dibanggakan.

Sampai saat ni pun aku masih tak percaya yang tadi pagi aku dah pegi ambik kunci rumah yang akan jadi hak milik aku sendiri walaupun berhutang dengan pinjaman kerajaan.

Tempoh masa kelulusan untuk pinjaman perumahan sangat-sangat singkat. Dalam masa sehari sahaja permohonan dah diluluskan. Terima kasih staff Penbendaharaan. Jasamu dikenang.

Nak membeli rumah bukan senang. Pertama sekali sebab ini merupakan pelaburan jangka masa panjang. Kalau bayaran sehingga 25-30 tahun, lama tu tapi akan jadi satu kepuasan untuk diri kita sendiri.

Keduanya takut berlaku kesilapan memilih. Maklum-lah, bila dah beli rumah nak jugak persekitaran yang bagus, kalau tersilap pilih lokasi, kehidupan pun dah jadi tak tenang.

Ketiganya ialah orang nak beli rumah perlu ada duit yang cukup untuk bayaran beberapa perkara. Dalam kes aku ni, Alhamdulillah aku agak beringat-ingat nak simpan duit walau hakikatnya selama ni aku terlalu boros. Kos keseluruhan yang aku dah habiskan sebanyak RM 2,700.00 untuk kos guaman dan beberapa kos lain. Sebenarnya tak banyak mana pun kos tu tapi yelah..nama pun duit kan? Bukan senang nak cari duit.

Bila dah dapat kunci rumah, perlu pula buat persiapan untuk memasang grill, untuk wiring, kabinet dapur, beli lampu dan kipas dan beberapa benda lain untuk pengubahsuaian. Ada lagi duit simpanan saki baki yang ada ni, haaa cukup ke tidak agaknya.

Aritu dah buat baik kat mak, akak dengan abang. Mintak derma kat dorang sorang sikit. Nampak-lah hint kononnya macam dapat sponsor tapi tak tahulah..Kena cari duit lebih jugak ni.

Sebelum duit rumah dipotong, better aku siapkan rumah awal-awal. Nanti kalau duit pinjaman dah potong ditambah dengan potongan kuarters aku duduk sekarang ni, memang agak menganiaya diri aku sendiri.




Kataku :
Rumahku Syurgaku

TAK ADA REZEKI

Dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan?

Sepatutnya pagi ni aku buat persiapan terakhir untuk bercuti ke Kuching dan flight aku pukul 12.55 tengah hari nanti. 

Tapi pagi ni aku siap-siap pergi kerja dan bekerja la jugak hari ini.

Tak apa lah, cuti tu bila-bila masa boleh pergi kan? 

Untuk sambutan Hari Belia Negara 2012 pun aku tak dapat nak join apa-apa aktiviti, so boleh tengok dari jauh aje lah. InsyaAllah kalau panjang umur, tahun depan boleh join lagi.


Kataku :
Bertimpa-timpa datang

Tuesday, May 22, 2012

KE PHUKET LAH KITA

Agak tidak teruja dengan promosi yang dibuat oleh Air Asia minggu lepas walaupun banyak tempat menarik yang ditawarkan harga rendah.

Tak pasti kenapa nafsu untuk melancong dah agak berkurangan sejak kebelakangan ni.

Mungkin sebab hasil dari kesan sakit kaki yang masih belum elok, hingga aku rasa cuma nak duduk rumah sahaja.

Ataupun disebabkan pengalaman tahun ni yang mana aku terpaksa cancel-kan 2 percutian ke Hatyai dan Kuching. Macam aku pernah sebut-sebut sebelum ni, Allah dah tentukan semuanya. Semua ada hikmah.

Tapi....dalam tidak-tidak tu, ter-book jugak tiket dari Phuket ke Kuala Lumpur. Kitorang plan nak naik train dari KL - Phuket, so masa balik tu baru naik flight.

Ni semua gara-gara pengaruh kawan-kawan. Tapi ada cerita yang tak berapa nak best pasal percutian ni.

Masa nak book tiket, tak boleh nak book sekali ramai sebab harga tambang jadi mahal, so nak tak nak kena book sorang-sorang. So, kitorang dah plan nak naik pukul berapa dan nombor flight semua. Nak naik flight pukul 9.15 malam.

Yang bestnya, aku sorang je yang lepas dapat tiket yang dirancang, member yang lagi 4 orang langsung tak lepas. So, buat keputusan dorang ambik flight awal dari aku. Berhempas pulas la dorang nak ambik flight pukul 7.10 malam. Anyss sorang je yang lepas. Yang lagi 3 orang tak lepas. Hah...cuba punya cuba, tak berjaya.

So? Apa jadi dengan percutian kitorang.

At last, yang lagi 3 nak cuba book lain kali. Mana lah tau ada promosi lagi kan. Kalau dah betul-betul tak ada, mereka bertiga terpaksa balik naik train jugak dan akulah orang terakhir yang akan meninggalkan bumi Phuket sebab flight aku yang paling last.

Malas nak fikir pasal benda ni, tunggu je lah tahun depan. Sebab ni cerita pasal tahun depan. Apa yang penting ni, nak elokkan semula kaki yang tak berapa nak elok ni ha..hahhaha..



Kataku :
Macam tak best je nak gi Thai

Friday, May 18, 2012

RAHSIA PERSONALITI MELALUI GAYA CUTI

Artikel ini diambil dari Buletin Rakan Pembimbing dan nak dikongsikan bersama :-

Setiap keputusan yang kita buat ada kaitan dengan "archetypes" diri kita termasuklah cara gaya pemilihan tempat percutian. Mungkin maklumat ini dapat membantu anda mengenali diri sendiri dan orang tersayang.

PULAU

Keindahan dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang agak banyak untuk merelealisasikan percutian ini, itu bukanlah halangan utama. Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak.

Dari segi personaliti :

Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu sebegini. Selain daripada itu, mereka juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairan sekiranya orang ini agak sensitif dan mudah tersinggung.

BANDAR-BANDAR BESAR

Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian seperti ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak ekslusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar begini memiliki serba serbi kelengkapan dan kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memberikan perjalanan yang lancar kepada percutian.

Dari segi personaliti :

Dikatakan memiliki sifat yakin diri dan mereka tergolong dalam katergori individu optimis. Kadangkala agak keras kepala dan adakalanya sukar menerima pendapat dan pandangan orang lain. Selain itu, soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah meneluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Pendek kata, orangnya sangat boros.

TAMAN TEMA

Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak. Tapi tidak kurang juga ada segelintir orang dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini.

Dari segi personaliti :

Mereka terdiri dari golongan yang ramai kawan. Mereka gemar menghabiskan masa di luar bersama-sama dengan kawan-kawan. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

KOTA BERSEJARAH

Ia merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tidak hairan ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingati pengorbanan para pejuang dahulu kala dalam mempertahankan negara tercinta.

Dari segi personaliti :

Umumnya mereka mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar ditafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan diri, mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar dan bersandal. Mereka ini umpama seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

GUNUNG GANANG

Mendaki gunung, berekspidisi dan menghabiskan masa di kawasan hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama-sama dengan kawan-kawan dalam menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gungun yang menjadi target utama berjaya.

Dari segi personaliti :

Mereka tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah dan kafe-kafe mewah bersama kawan-kawan. Bagi mereka, sikap sebegini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna bagi mereka. Mereka lebih berfikiran terbuka dan bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka bukan individu yang membosankan.

Kataku :
Tak kisah, mana-mana pun aku on je kalau nak bercuti

Thursday, May 17, 2012

DRAMA PAGI

Jadi manusia tu, jangan suka nak mengadu domba. Kalau nak mengadu pun, cari orang yang betul-betul dan dah lama jadi tempat mengadu. Tersilap adu, lain jadinya.

Berlaku drama yang tak berapa nak swasta pagi Khamis nih. Tujuan aku bercerita bukan untuk membuka pekung, tapi biar jadi pengajaran untuk semua. Jangan suka mengadu-adu dan memburukkan orang lain, sedangkan diri sendiri tak sempurna.

Selama bekerja 6 tahun ni, inilah pertama kalinya bertekak dengan orang yang lebih tua dan semuanya hal kerja. Aku tak pasti sama ada aku yang tak profesional dan terlalu ikutkan emosi atau sebaliknya. Kesnya macam ni :

Si A cerita dengan si B kata aku ni tak boleh diminta tolong sikit. Aku dapat tau hal ni dan entah macam mana datang keberanian aku tanya dengan A. Si A berubah muka dan keluarlah kata-kata yang tak sedap didengar oleh halwa telinga aku yang muda ni.

Aku pun tak boleh nak berdiam diri dan tercetus jugak kata-kata yang masih ada adab sopannya. Aku luahkan apa yang aku tak puas ati dan akhirnya kitorang berdiam sendiri.

Cuba korang nilaikan sendiri point-point penting yang keluar dari mulut dia dan juga mulut aku :-

Yang keluar dari mulut A:-

* untung saya cerita pada B, kalau saya cerita dengan Boss lagi padan muka awak

- yang ni aku rasa satu ugutan yang boleh menaikkan lagi darah aku.

* biar semua orang tahu perangai buruk awak. awak tu bukan baik sangat pun

- apa kejadah dia nak kata aku berperangai buruk? dek sebab aku tak tolong dia buat kerja? selama ni dia cuti aku tolong buat kerja dia, aku pernah selamatkan dia dari kena marah dengan sorang pegawai, yang tu dia tak pernah ingat pulak kan?

* tu balasan Tuhan pada awak..kurang ajar

- nak kaitkan apa yang jadi pada aku dengan balasan Tuhan tu kenapa pulak? baru hari ni aku bertekak dengan kau, kau boleh nak buat tuduhan macam tu.

* nanti awak akan terima balasan bila awak dah tua nanti

- mendoakan benda-benda yang entah apa-apa pada aku pulak? nasib baik aku masih bersabar, kalau aku doakan keburukan dia pulak tadi confirm meleleh air mata darah..

* seumur hidup saya keje, tak pernah kerja dengan orang bisu macam awak

- ahhaha dia fed up sebab aku tak nak berbual dengan dia.. helloooo aku bukan jenis mulut tempayan  macam kau yang suka bercerita hal orang lain..

Yang keluar dari mulut aku :

* kenapa nak cerita hal buruk saya kat orang? selama ni saya tak ada pun nak merungut hal A kat orang lain..

* memang saya tak puas ati.. saya MC seminggu, balik-balik keje je dengan kertas A4 dah habis, tak ada usaha nak mintak tolong ambik

* kalau rasa nak cerita dengan Boss, pergi lah cerita, saya tak ada masalah pun..

* A tu dah nak pencen..pencen je la terus..tak yah nak susahkan orang..

Tulah antara yang aku boleh ingat dan percayalah, aku memang tak maki-maki dia. Aku tak doakan benda buruk pada dia dan aku masih jaga batas kesopansantunan aku. Tapi dia boleh nak marah-marah aku macam tu.

Hahaha..ko tengok lah nanti. Kalau berani, kau buat lah aduan kat Boss, nanti semua benda aku bongkar pasal benda buruk kau.

Kataku :
Tak akan mengalah kalau aku tak buat salah

Wednesday, May 16, 2012

HADIAH DARI BLOG JEMARI SURI

Dah terima hadiah dari blog JEMARI SURI


Terima kasih kak JS


Suka sangat-sangat dengan hadiah ni..saya akan simpan buat koleksi dan memenuhkan laci souvenior saya nih.


Entry ni memang lambat dibuat sebab terpaksa memeramkan diri dek berpunca dari sakit kaki.


Nak tau kenapa aku suka jengah blog Jemari Suri? Ni sebab-sebab nya :-


* Blog yang santai dan simple, masuk je dalam blog ni, tak akan timbul pemandangan yang serabut

* Blog JS suka buat entry berkaitan tempat makan yang best-best berserta dengan gambar-gambar yang cantik

*Blog JS banyak cerita pasal tempat-tempat melancong yang best dan menjeleskan aku dan tempat yang paling aku nak pergi berpunca dari kejelesan ni ialah Bukit Tinggi, Pahang. Walaupun JS kata kat situ tak ada yang menarik sangat, tapi aku tetap nak jugak pergi.

* Kak JS tetap layan komen-komen pengomen yang komen kat entry dia

* Kak JS akan bagi hadiah untuk pengomen terpilih macam aku..hahhahah








Kataku :
Mengeratkan silaturrahim

Monday, May 14, 2012

SEMUANYA HANCUR

Entry sebelum ni aku ada sibuk bercerita pasal Pertandingan Bola Tampar, pasal wedding member kat Kajang, pasal nak pergi I-City dan paling penting adalah berkaitan dengan Wedding Awal-Scha di PICC.

Antara banyak-banyak benda yang dirancang tu, cuma bola tampar je yang sempat aku join, yang lain-lain tu hancussss dan semuanya berpunca dari bola tampar jugak.

Kaki aku terseliuh a.k.a terkehel dan terpeleot.. dan berpunca daripada itu jugak, member dari Perak terpaksa mematah-balikkan perjalanan dia yang dah sampai kat Rawang sebab aku tak boleh nak berjalan.


Sakit..denyut-denyut..rasa macam patah je kaki ni, tapi Alhamdulillah doktor kata terseliuh biasa je. Ikut sejarah terseliuh ni, kaki kanan aku pernah terseliuh dalam tempoh 3-4 bulan yang lepas. Mungkin sebab 2x terseliuhnya, maka bengkak makin teruk dan lambat sangat nak susut. Dah cukup seminggu barulah bengkak reda sikit demi sikit.


Tiap malam tak lelap tidur sebab kaki rasa sengal-sengal dan tak boleh nak kena sejuk sangat.


I-City? - memang taklah dengan kaki yang tak boleh jalan..


Wedding kat Kajang? - pun memang tak jugak sebab tak kuasa nak berjalan macam siput


Wedding Awal-Scha? - dah hilang keterujaan dek melayan kaki yang sakit..terima kasih je lah.


Semua ada hikmahnya..time-time sakit ni tu je lah yang dapat aku fikirkan untuk sedapkan hati ni..hahahha


Keputusan bola tampar?


Tak payah tanya sebelum masing-masing kena penampar..hehhehehe


* dah macam kaki apa ntah 


Kataku :
Sekali sekala sakit, ok pe...

Friday, May 4, 2012

USAHA UNTUK MEMBODEK

Kalau sebelum ni, ayat untuk motivasi ialah :

" siapa berusaha, dia akan berjaya "

Sekarang ni, pegang pulak kata-kata ini :

" siapa pandai bodek, dia berjaya "


Kataku :
Tak pandai nak bodek membodek ni

Thursday, May 3, 2012

MALAM INI DAN HARI ESOK DAN SIANG LUSA

Sengaja aku buat-buat lupa tarikh hari ni, esok, lusa dan tulat..

Sepatutnya malam ni aku bertolak ke Hatyai naik train dan esok jam 10.00 pagi aku sampai kat Thailand dan boleh berheppy-heppy dengan kengkawan.

Tapi...kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan semuanya.

Lepas kes bom mengebom kat Hatyai, segala perancangan di-cancel-kan dan esok, lusa dan tulat aku tetap berada kat bumi Malaysia dan menikmati kehidupan dalam keadaan yang aman damai.

Alhamdulillah, nampaknya walaupun tak jadi nak ber-holiday, aku ada aktiviti lain hujung minggu ni. 

Sabtu ni ada volley ball tournament anjuran Kelab Sukan Bukit Perdana, jadi pemain simpanan je lah. Tak nak over-over main ( mmg tak terer pun, so jgn nak prasan ), malam tu pulak InsyaAllah nak ke I-City sebab kawan dari Perak datang.

Ahadnya, gerak ke Kajang ( macam jauh je kan? ) untuk wedding kawan.

Malam tu, majlis kahwin Awal-Scha pulak.. Berfikir-fikir sama ada nak ada kat tempat kejadian ataupun tak..hehhehe

* matilah..boleh main ke tak Sabtu nanti ni..

* prewedd aku nanti pun nak buat macam ni ( pengsan )

Kataku :
Berangan je la