Wednesday, June 27, 2012

KAU TANGGUNG, KAU BUAT SEMUANYA

Tiba giliran untuk meluahkan rasa bengang dalam blog ni. Tak boleh nak luah dalam FB da sebab nanti ramai orang baca. Kalau luah kat blog, cuma orang-orang tertentu je yang tahu.

Kelulusan tanggung kerja yang pernah aku cerita sebelum ni masih belum diterima. Last week dapat panggilan dari Sumber Manusia tanyakan status permohonan aku ni. Eiii dah apply dalam sistem kan? So tak kan benda tu jadi masalah aku pulak?

Rasanya dah nak cukup 28 hari ( sebagai syarat tanggung kerja ) dah ni. Minggu depan cukup 28 hari aku tanggung kerja dan boleh la apply cuti untuk rehatkan diri ( hahha tak puas-puas cuti Sabtu Ahad ke? )..

Yang kes tu aku tak heran la, InsyaAllah akan dilulus dan diperakukan nanti. Cuma agak rasa bengang dengan orang-orang ( 1,2 orang ) yang sama-sama bekerja dengan aku.

Tau la, aku tanggung kerja,jangan la pulak semua benda nak dicampakkan atas meja aku sedangkan benda tu boleh dibuat sendiri.


Jangan jadikan alasan tanggung kerja tu sebagai cara untuk memberi beban pada diri aku..


Kita sama-sama cari rezeki dalam pejabat ni kan, berat sama-sama kita pikul..ringan sama-sama kita jinjing..


Kalau semua benda berat aku kena pikul, haishhh terus rasa nak berenti kerja la jawabnya..


tanggung kerja tak ada kaitan dengan pejantan tanggung ni..

Kataku :
Mengajar lembu lebih senang

Tuesday, June 26, 2012

IKEA

Bertambah-tambah sakit kaki aku melayan member yang datang dari Perak ni.. Tujuan dia ke KL sebab ada kursus seminggu anjuran bank tempat dia  kerja, dah alang-alang turun area sini, dia singgah la tidor bermalam kat rumah aku.

Aku dah agak, kalau dia ke KL, benda yang dia cari-cari mesti meatball IKEA. Suka sangat dia makan benda alah tu. Sedap sangat la kut, tapi aku lebih suka Kek Almond Chocolate dari meatball tu.

So, gerak dari Putrajaya awal sikit sebab nak jalan-jalan dalam IKEA.

Bila dah masuk dalam IKEA tu, of course lah pusing-pusing merata. Walaupun tak ghairah nak tengok-tengok apa yang ada, tapi dalam masa yang sama tetap jugak feeling-feeling tengok hiasan-hiasan dan interior design yang dipamerkan.

Paling berkenan pada ruangan dapur. Tapi tengok harga, cecah RM6K - 7K..memang tak mampoo la aku jawabnya.. mampoo berangan je lah..

Benda-benda lain tak teruja sangat sebab nampak biasa-biasa je.

Tapi aku dah aim jugak beberapa benda untuk dibeli buat tambahan kat rumah. Contohnya cermin muka untuk tandas, para kaca untuk tandas dengan penyangkut baju kat tandas.

Next time time nak beli kena ajak akak aku ni. Biar dia teruja, pastu boleh aku mintak dia sponsor aku..Hhahahahha..

 kalau ada dapur macam ni, confirm mak aku 24 jam memasak

 tema green apple..cantik gak..rasa nak makan dinding tu

yang ni biasa-biasa je..aku pun boleh buat sendiri..( konon...)

makan meatball sambil hadap the curve..gambar meatball tak ada sebab dah masuk dalam perut..

Kataku :
Bukan minat pun sebenarnya

Monday, June 25, 2012

NILAI 3 LAH PULAK

Mengisi masa cuti dengan melancong ke Nilai 3..

Kelas..melancong tu..macam naik flight je kan?

Niat asal untuk survey-survey lampu je, ajak sekali Zue sebab dia nak cari karpet.

Dari rumah dah tanam dalam hati " memang nak survey je, tak nak beli"

Sampai je sana, tengok harga berpatutan, at last beli jugak 4 bijik lampu untuk bilik.

Satu lampu RM 50.00, so tak nak lepaskan peluang sebelum stok kehabisan. Lampu murah je,  jenis plastik. Memang akan cepat kuning bila dah lama pakai, tapi untuk keselamatan dan keselesaan diri aku yang tak pandai jaga harta benda, so beli yang plastik je lah.

Lampu-lampu lain dengan kipas tu next time je lah beli. Duit tak adoooo..

Zue dapat jugak beli karpet yang diimpi-impikan ( motip buat ayat mcm ni? )....hehhe

 karpet ni cantik tapi rege dia RM 700.00

 karpet-karpet ni jadi pilihan akak aku tapi belum beli lagi

 brother Pakistan tu tunjuk satu-satu corak tapi tak beli jugak

 welcome to this kedai..masuk-masuk..jgn malu

 pilih kak, jangan tak pilih..murah je

 kiri or kanan? kanan or kiri? arghhhh pening kepala..aku lak yang over

menuju pulak ke kedai lampu tapi tak sempat ambik gambar..kedai sempit sangat

Kataku :
Masuk rumah pakai duit...semuanya duit...

Thursday, June 21, 2012

GRILL RUMAH

Semalam TERPAKSA mintak kebenaran boss untuk keluar sebab ada urusan peribadi, padahal pagi semalam ada Mesyuarat MBJ. Kena bebel jugak la dengan boss.

Bulan ni sangat serabut. Pikir pasal rumah, pasal kerja. Aduh..nasib badan..

Tukang grill rumah da telefon kata nak pasang grill. Tak boleh nak tangguh-tangguh sebab dia ada tempahan kat tempat lain pulak.

Bergegas keluar dan kena tunggu tukang grill pasang grill untuk keseluruhan rumah. Kalau nak balik dulu, then patah balik memang membuang masa dan minyak je kan. So, ambik keputusan tunggu je.

Timbul lak beberapa masalah bila nak pasang grill tu sebab ada sebahagian tempat yang grill tak boleh masuk dengan sempurna sebab permukaan dinding yang tak rata. Tu yang makan masa tu, untuk tingkap-tingkap, sangat senang nak pasang.

 sesi memasang grill kat master bedroom

 tu dia...pemandangan dari bilik ke 3..leh main mata dengan jiran sebelah..

 pemandangan dari master bedroom..hadap pokok dan rumah teres..

sesi pasang grill kat pintu masuk..yang ni ada masalah sebab dinding tak rata..

palang balkoni dibukak sebab nak pasang grill kekal..untuk keselamatan kanak-kanak..( planning masa depan..keh3..)

bak kata abang aku " ni rumah ke lokap?"..

 pemandangan dari tempat sidai baju

tetiba rasa suka kat grill rumah atas tu..macam mana?

jadi serabut bila semua da pasang grill..

Bila dah siap pasang keseluruhan, rasa macam tak puas hati pulak pada grill untuk balkoni dengan pintu masuk.. Sebenarnya silap diri sendiri jugak sebab tak explain betul dengan tukang grill tu..

Tengah terpikir macam mana nak tutup kekurangan yang ada ni..

Upah keseluruhan ni pun dah cecah 2k..tu belum lagi nak ambik yang wrought iron yang bunga-bunga bagai tu..mahunya cecah 5k nanti.

Kataku :
Pikirkan untuk wiring pulak


Tuesday, June 12, 2012

ORANG KETIGA

Dah lama nak masukkan entry ni, tapi tak berkesempatan.

Masa duk MC lelama kat umah tu, ada lah tengok Selamat Pagi 1 Malaysia ( SP1M ) TV1..

Kelas ko…tengok TV kerajaan..

Dalam segmen motivasi tu, ada isu bertajuk “ Berdepan Orang Ketiga”

Ni kira fokus pada lelaki yang sudah berkahwin dan suka pasang orang kedua tak kira lah sebagai kekasih yang nak dijadikan isteri ataupun sekadar suka-suka untuk mengisi kesunyian.

Pakar motivasi yang dijemput adalah Dr. Tengku Asmadi. So, Doktor ada berikan 5 sebab kenapa terjadinya perkara seperti ini :

1.      Fitrah Lelaki

-         Dah menjadi fitrah yang lelaki normal dan berperasaan akan memandang wanita yang cantik, bergaya dan bergetah. So, tak salah sebab ianya dah jadi satu kebiasaan.

2.      Jumlah Wanita Lebih Ramai

-         Menjadi tanggungjawab lelaki untuk menyelamatkan wanita-wanita yang lebih ramai daripada kaum lelaki. Terimalah hakikat yang ada wanita yang terpaksa berkongsi kasih sesama mereka.

3.      Isteri Tak Cukup Menjaga Suami

-         Ada sesetengah isteri yang masih belum sempurna dalam menjaga suami mereka. Masa mula-mula kahwin mungkin semua keadaan sempurna, tapi makin hari makin teruk. Isteri tak nak berhias untuk suami, tak nak berwangi-wangian untuk suami dan tak nak melawa untuk suami.

4.      Wanita Mengambil Kesempatan

-         Ada juga wanita yang mengambil kesempatan atas lelaki yang ada rupa, ada harta. Pada permulaan mungkin untuk suka-suka dan untuk kepentingan diri sendiri, tapi lama kelamaan timbul perasaan sayang dan cinta.

5.      Lelaki Berkahwin Lebih “Hot”

-        Katanya lelaki yang sudah berkahwin kelihatan lebih hot dan lebih pandai melayan  wanita. Sebab tu ramai wanita single yang mencari suami orang untuk dijadikan pasangan.




Kataku :
Dah tu lelaki single ni sape yang nak?

Monday, June 11, 2012

TANGGUH DAN TANGGUNG

Ada satu petang tu, boss jumpa aku dan dia tanyakan pasal kerja-kerja SESEORANG yang dah pencen tu..

Boss tanyakan pasal kerja-kerja yang ada..

Dalam duk bercakap tu, boss agak tergagap-gagap nak ingatkan sesuatu..

Aku pun sambung cakap …“ kerja-kerja TERTANGGUH”

Tetiba boss terdiam dan kata “ ha, boleh la jugak awak TANGGUNG kerja, nak dapat pengganti yang baru entah bila kan..nanti proses lah ye”

Erkkk boss, aku kata TANGGUH, bukan TANGGUNG..

Malu sendiri pulak sebab aku rasa boss macam salah paham..

Aku cakap TANGGUH la, bukan TANGGUNG..

Mesti boss ingat aku offer diri nak TANGGUNG kerja..

Tapi okay lah jugak..ada income sikit-sikit.. Sejak sakit ni, dah tak larat nak OT..

Kehkehkeh..

Kataku :
Boss yang bagi kan? Bukan aku yang mintak


Tuesday, June 5, 2012

AKHIRNYA...

Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT sebab orang yang pernah aku bertekak tu dah pencen pada 01 Jun 2012 dan sejak semalam dan hari-hari seterusnya aku dah tak perlu nak pandang muka dia lagi. Lega rasanya..hahahah

Tapi, ada sesuatu yang dia tinggalkan untuk aku..

Kerja yang tertangguh..hahahha tak apalah..benda senang je untuk diselesaikan..

Tak kisah pun nak buat kerja-kerja tu sebab aku dah tak perlu nak kerja dengan dia lagi..

Kataku :
Bangun tido rasa semangat nak gi kerja