Friday, August 31, 2012

KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 55 TAHUN

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 55 TAHUN

..JANJI DITEPATI..

ni pun baru balik dari sama-sama meraikan sambutan kemerdekaan kat Dataran Merdeka

Pagi - pagi dah naik bas yang jabatan sediakan, pastu bas park kat Masjid Negara, kitorang kena jalan kaki ke Dataran Merdeka.. Tak jauh sangat pun

Jagalah keamanan dan kemerdekaan negara..

Merdekakan diri, merdekakan minda dan merdekakan diri dari hawa nafsu



Kataku :
Mula-mula kena paksa, lama-lama jadi suka..hehhehe

Wednesday, August 29, 2012

RUMAH TAMAN SCIENTEX

Balik raya hari tu, sempat tengok-tengok rumah yang kakak aku beli. Pemaju janji siap akhir tahun ni, kemudian dapat info yang terpaksa ditangguhkan ke tahun 2013 tapi akhirnya rumah tu siap jugak dalam tahun ni.

Bagus pemaju kat Taman Scientex, Pasir Gudang ni. 

Niat asal dulu kan nak beli rumah kat sini jugak, tapi lepas pikir banyak kali, aku decided beli rumah kat Salak Tinggi je.


 memula tunjukkan nama jalan dulu.. Jalan Murai 3, jangan mulut bising macam murai sudah lah


ni deretan rumah-rumah berharga RM 80k..


tengah jalan-jalan, kena tahan dengan pakcik guard..nasib baik pakcik guard tu baik, borak-borak dengan dia


tingkat atas ada 3 bilik..walaupun tak besar tapi sekurang-kurangnya bakal menjadi aset untuk kakak aku


teruja tengok rumah ni, tapi harga? oooo tak mampoooo

Kataku :
Asyik-asyik cite pasal rumah je kan?

BERAYA TANPA ISTERI DAN ANAK-ANAK

Cerita ni bukan untuk memburukkan darah daging sendiri, tapi sekadar untuk berkongsi dan mungkin boleh jadi pengajaran untuk diri aku dan juga pembaca-pembaca semua * perasan..ada pembaca ker?

apa perasaan kan bila sambut raya tanpa anak-anak dan isteri walau hakikatnya anak-anak dan isteri masih ada.. tu lah yang jadi pada pakcik aku bila mana isteri dan anak-anak dah tak nak beraya dengan suami dan ayah dorang sendiri tapi nasib baik dorang masih berhubung melalui telefon..

aku mengaku yang kesalahan memang berpunca dari pihak pakcik aku bila mana dia tinggalkan anak isteri selama 6 tahun tanpa kabar berita tapi selepas 6 tahun dia muncul balik dengan alasan yang dia berikan, nampaknya pihak belah sana tak nak terima apa juga alasan yang keluar dari mulut pakcik aku..

sedih tengok keadaan dia tapi pakcik aku cuba untuk sembunyikan perasaan dia..dalam masa yang sama, dia bercerita pasal anak-anak dia a.k.a sepupu-sepupu aku..

mungkin, terpalit rasa kesal dalam hati dia dan perasaan sedih berselubung dalam diri dia bila tengok kami yang lain happy-happy dengan family sendiri, namun tidak bagi diri dia sendiri.. nak jumpa dengan anak-anak pun kena sembunyi-sembunyi..

pernah kena halau dengan mak mertua bila pakcik aku datang rumah sebab nak mintak maaf.. macam drama tv pulak kan? tapi itulah hakikat hidup..

aku tak pasti sampai bila pakcik aku akan bertahan dan aku harap makcik aku dan sepupu-sepupu aku akan kembali terbukak hati untuk terima pakcik aku semula dan seterusnya akan bersama-sama meraikan hari raya bersama-sama..

Jadi, kita yang ada keluarga yang sempurna ni jangan lah sesekali nak mulakan sesuatu masalah. Jangan cari penyakit yang boleh memporak perandakan institusi kekeluargaan. Impaknya sangat besar pada anak-anak lebih-lebih lagi pada emosi dorang.


Kataku :
Kalau tak mampu, jangan kawin banyak..ok xde kaitan

Tuesday, August 28, 2012

CERITA PASAL RAYA

Tak terlambat untuk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Macam mana dengan raya? Hurmmm biasa-biasa aje, macam tahun-tahun yang sebelum ni. Tunggu dah kawin, dah ada wife, ada mak bapak mertua, ada anak-anak, ha time tu mungkin berubah suasana raya.

Tahun ni balik Batu Pahat, then dah nak hujung-hujung cuti tu baru balik ke Pasir Gudang.

Aktiviti hari raya macam biasa, pergi ziarah rumah pakcik makcik dan yang paling penting kena bagi duit raya..arhhh  yang ni memang tak best * kedekut kan?

Yang menariknya, aku dapat duit raya dari abang sepupu. Bak kata adik sepupu aku, mungkin abang sepupu aku rabun kut, tak dapat beza orang yang da kerja dengan budak-budak skolah. Ok, fine..tu ayat jeles dari adik sepupu aku..




sesi menyibuk-nyibuk rebus ketupat..orang lelaki kena jaga ketupat kata nenek aku


ketupat yang dah masak kena gantung, bagi kering..tugas aku jugak la main gantung-gantung


yang ni untuk bagi makan tetamu


tahun ni masak tak banyak, so tak payah le nak hadap ketupat berhari-hari..dapat la makan KFC


tahun ni macam tak ghairah tengok makanan


mangkuk tingkat sangat nostalgia ok..klasik wooo

Kataku :
Gambar beraya tak ada sebab kamera tak charge, so battery kong

Wednesday, August 15, 2012

DEKO RAYA MERDEKA DI PEJABAT

Agak lambat nak masukkan gambar deko raya kat opis

Hasil titik peluh dan persiapan oleh ArtDin Design

Temanya ialah kemeriahan Kedai Kain Jakel * yg ni aku tipu

Aku tengok dah macam kedai kain kat Nilai je, tu yang aku bagi tema macam tu








Kataku :
Kat mana-mana pun hiasan serba ringkas

Tuesday, August 14, 2012

KABINET DAPUR

Nak mencari kontraktor untuk buat kabinet dapur pun makan masa yang lama. Sebagai pelanggan, kita mesti nak kan perkhidmatan yang baik, harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan material yang digunakan.

Dekat sebulan jugak lah aku buat survey untuk cari kabinet dapur.

Tak cukup survey kat internet dan blog-blog, aku redah ke Bandar Baru Bangi untuk cari mana-mana outlet yang boleh buat kabinet kitchen.

Akhirnya dua pilihan aku ialah Sam Cabinet dan jugak Welco Cabinet.. Harga dan material yang ditawarkan sama je, tapi entah kenapa aku pilih Sam Cabinet..Mungkin sebab cara dia yang menyerahkan pilihan kepada aku tanpa meletakkan syarat..

24 Julai lepas Sam dengan kuncu-kuncu dia datang untuk pasang kabinet yang bahagian bawah..aku pilih ABS Melamine..sebab bajet aku cuma layak untuk yang jenis macam ni je..

Dalam masa sejam je dorang da siap pasang dan apa yang boleh aku katakan, aku sangat puas hati dengan kekemasan pemasangan..

01 Ogos pulak, dia datang sekali lagi untuk pasang batu bahagian atas..aku ambik jenis Solid Surface, cadang nak ambik granit tapi aku ulang sekali lagi yang ni je-lah bajet yang aku ada untuk kabinet dapur ni..hahahaha

Niat hati memang nak pasang kabinet yang lagi cantik dan mahal tapi...kena jugak ingat..ukur baju di badan sendiri. Kalau dah ini je yang aku mampu, tak kan aku nak berlebih-lebih pulak kan?

Yang keduanya, dapur aku kecik..kalau pasang banyak-banyak nanti jadi sempit pulak dapur..karang ada jugak kuar paper ada orang mati lemas kat dapur umah time tengah masak..keh2..

Yang ketiganya, aku suka masak yang simple-simple je..so agak sesuai la dengan taraf dapur bujang..




 Kalau ada yang tengah mencari kabinet dapur, boleh try pergi kat alamat bawah ni:-

Sam Home Cabinet
Sam * 016-687 9687
No. 41 Jalan Seksyen 1/27, Taman Industri Kajang Utama

Showroom : No.37-1-1A Tingkat 1 Jalan Medan PB2 43650 Bandar Baru Bangi

Showroom : PT 12944 Jalan BBN 1/7D, Putra Indah, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan


Welco Kitchen
www.welcokitchen.com ( banyak cawangan ) 

Kataku :
Sekadar berkongsi, bukan niat nak menunjuk  


Monday, August 13, 2012

CASHIER YANG SLOW

Sabtu lepas kan aku pegi Mid Valley jalan-jalan, so singgah kat Reject Shop. Bila dah berkenan kat sehelai dua baju, so aku pegi beratur nak bayar..

Kedudukan aku macam gambar kat bawah ni :-


* Aku ambik line kiri sebab kat kaunter bayaran cuma ada sorang je yang tengah bayar

* Kat depan aku ada stroller, then datang lah dua orang husband & wife yang non-muslim berdiri depan aku

* Oleh sebab ada stroller, so aku ingatkan dia memang dah letak tanda yang dia tengah queue

* Bila orang yang kat kaunter tu dah habis bayar, dia terus tolak stroller tu.. Maksudnya orang depan aku nih memang potong barisan aku

* Oleh sebab tahap kesabaran yang tinggi, aku diamkan je..biarkan dia bayar dulu..Lagipun baju dia pegang tak banyak pun.

* Datang member aku, dia beratur kat line sebelah kanan dan depan dia ada 3 orang lagi..dah sampai turn member aku, yang aku pulak masih lagi beratur..

* Oleh sebab sakit ati punya pasal, aku pun cakap kat member " lembap gile line aku nih, ko yang baru queue pun dah sampai turn, aku ni dari tadi beratur..entah apa punya tempat"..member aku pun menyampuk " berbual tak habis-habis, macam mana nak cepat.."

* Rupanya masa kitorang bercakap tu, supervisor lalu..terus je dia suruh aku beratur kat line sebelah kanan selepas member aku bayar..maksudnya aku dah potong barisan gak..

Aku pun tak tahu sebenarnya yang buat line tu lembap sebab apa...Yang aku perasan, cashier & customer saling berbual..Aishhh nak beramah mesra pun, tangan kenalah jalan jugak..

So, lepas ni kalau ada benda-benda tak puas ati kat mana-mana kedai, sound je setepek..Biar padan muka..Kita ni dah datang membeli, kena bagi servis yang bagus..Tak berharap nak dapat layanan macam raja, tapi at least respect la..

Kataku :
Besar kuasa customer kan?

Monday, August 6, 2012

LAMA PENDAM

Lumrah dalam bekerja kan, ada masa rasa happy sangat waktu bekerja dan ada masa pulak rasa sangat-sangat stress dengan keadaan persekitan kerja.

Kerja adalah kerja..tak ada yang salahnya pada kerja kerana kerja punca rezeki.. Dengan bekerja, kita dapat gaji.

Tapi entah-lah..terlalu banyak aku pendam dalam kerja...

Duduk kat Unit Pentadbiran & Sumber Manusia ni kena banyak uruskan perkhidmatan staff lain. Yang menjadi masalah bila masing-masing buat perangai..Kalau dari unit lain tu, lain cerita..ni dari unit sendiri..

Aku tak paham kenapa unit yang kecik tapi punya perjawatan yang ramai..


Senang cerita, kerja tak ada tapi orang yang bekerja tu ramai..


Bila dah sedap dengan keadaan tak ada kerja, macam-macam hal yang timbul..


Kad berpunch tapi orang tak ada kat opis.....seminggu sekali WAJIB MC or cuti... nampak batang idung waktu pagi, pastu hilang then petang baru nampak semula..


Ada jugak yang tak nak mengaku kerja sendiri..sibuk-kan kerja orang lain..


Aku pun bukan sempurna, tapi tanggungjawab pentadbiran ni sangat besar.. penat dah mulut ni berkongsi masalah dengan pegawai atasan, tapi masalah yang berlaku tetap sama. Tindakan? hurmmm macam tak ada..


Akhirnya kerja aku kena buat sendiri.. Pada tahap ni, aku memang terpaksa merungut..


Sebab aku dah penat...gile punya penat..


Mintak tolong buat kerja, dibagi alasan pulak..aku bukan jenis memaksa sebab aku tau jawatan aku ni cuma kuli saje..


Cuma aku sedar sekarang ni aku jadi kuli pada semua orang, yang gred atasan of course memang aku ni tahap kuli dorang.. dengan yang gred bawah pun sama..balik-balik diarahkan semula kerja pada aku..


Cakap lebih nanti kata sombong, jalankan tanggungjawab nanti dikatakan busybody..


Nak buat macam mana lagi? Orang unit lain duk bertanya pada aku..pegawai-pegawai tanya pada aku..semua yang dihala kat aku..tak kan asyik nak cover salah orang lain je?


Sampai tahap nak hentak kepala kat dinding ni ha...


STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS !!!!!!!!




Kataku :
Beranikan diri jumpa boss untuk submit surat tukar..aishhhh

Sunday, August 5, 2012

LAGU RAYA..YEY...

Lagu-lagu raya dah kuar kat radio, menambahkan semangat untuk menyambut hari raya bersama family kat kampung. Tahun ni beraya kat umah nenek kat Batu Pahat dulu sebab mak dengan adik beradik lain balik rumah nenek jugak. Lepas tu baru balik ke Pasir Gudang pulak untuk jumpa dengan kawan-kawan sekolah yang lain.

Dalam dengar-dengar lagu raya tu, jangan lupa pulak dengan amalan-amalan di bulan Ramadhan..takut-takut jadi malas nak bertarawikh pulak kan?

Hari cuti hujung minggu lepas, aku seharian layankan lagu-lagu raya. Seronok kut lagu-lagu raya ni sebab malar segar, tambahan lagi dengar setahun sekali je.

Apa lagu raya kesukaan aku?

Aku paling suka lagu Satu Hari Di Hari Raya nyanyian Dato’ M. Nasir dan lagu Dendang Perantau daripada Tan Sri P. Ramlee. Percaya tak, dulu masa aku belum baligh, aku tak suka gile kat dua lagu ni. Aku tak tau apa puncanya, bagi aku macam dua lagu ni entah apa-apa. Bongok jugak aku time tu kan? Time tu aku suka lagu yang ada sebut pasal kuih raya, sebut pasal makanan, pasal mercun macam lagu Allahyarhamah Saloma..Keh..keh..keh

Tapi…lepas aku baligh dan berakal ( motip? ), aku ternanti-nantikan dua buah lagu ni bila menjelangnya hari raya.


Puncanya?

Aku pun tak tau..tapi aku suka gile sebab mungkin aku dah paham apa yang nak disampaikan dalam lagu ni. Siap jadi lagu peberet lak tu..



Tu yang membezakan hari raya di zaman kanak-kanak dah juga selepas dewasa. Kalau zaman kanak-kanak, asyik pikirkan pergi beraya, dapat duit raya dan dapat makan kuih raya yang sedap-sedap. Bila dah dewasa, erti hari raya dah berbeza. Hari raya untuk bertemu sanak saudara, bermaaf-maafan, bersedekah dengan bagi duit raya kat budak-budak dan juga menggembirakan mak di pagi raya.. * arghh tetiba rasa sedih ni..

 Kataku :
Jom layankan lagu raya

Friday, August 3, 2012

MENIPU UNTUK MENGEMIS

Tengok berita malam tadi dan baca paper harini, ada cerita pasal dua beradik berbangsa Cina yang menyamar sebagai Muslim mengemis di bazar Ramadhan dan mendapat kutipan RM 300.00 sehari.

Sehari boleh dapat sebanyak tu, cuba bayangkan kalau dia mengemis untuk 30 hari Ramadhan? Mau tak RM 9000.00? Senang-senang je peroleh duit dengan cara menipu orang ramai.

Inilah yang dikatakan mengambil kesempatan atas kebaikan orang. Dia tahu yang masyarakat Malaysia ni akan jadi sangat pemurah apabila menjelangnya bulan Ramadhan.

Menderma itu memang digalakkan dalam Islam tapi yang mengutip derma atau yang meminta tu kenalah jujur, dia mengutip derma atas tujuan apa?

Kalau atas tujuan malas bekerja walaupun lengkap serba serbi dari segi anggota badan dan juga kesihatan, kenapa nak mengemis?! Kenapa tak nak usaha sendiri?!

Kepada orang-orang luar sana, kalau betul niat nak menderma dengan ikhlas, banyak badan-badan kebajikan, rumah-rumah anak yatim dan juga rumah orang-orang tua yang memerlukan bantuan. Begitu jugak dengan jiran-jiran kita yang serba kekurangan hidupnya.

Kalau kita terlalu baik dengan menghulurkan bantuan kepada pengemis-pengemis jalanan ni, dorang jadi semakin lemak, semakin malas dan saban hari pasti akan bertambah-tambah bilangan orang yang datang meminta sedekah di tempat-tempat umum.

 pakai jubah, pakai tudung pastu mengaku Islam & mintak sedekah

Kataku :
Rezeki Allah bertebaran luas di atas muka bumi

Wednesday, August 1, 2012

OH! MY ENGLISH

Menunggu masa untuk hadirkan diri gi kursus

Kursus apa?

Kursus OH! MY ENGLISH

Mati-la nak kena speaking-speaking bulan puasa ni

Tergeliat lidah..confirm


Kataku :
English la sangat kan..