Monday, September 24, 2012

DAH 6 TAHUN

Apa yang 6 tahun tu?

Anak aku dah umur 6 tahun dah kut, haha mati lah..bini pun tak ado.

Yang betulnya, dah 6 tahun keje gomen ni. Tarikh 21 September 2006, aku lapor diri kat Auditorium Jabatan Perdana Menteri, dah tarikh 21 September 2012 aku sambut anniversary la plak..hahha

Untuk tahun ke-enam ni, aku dah hantar surat pertukaran kepada Ketua Jabatan.

Moga diluluskan dan kalau boleh, cepat-cepat bertukar..

Kataku :
6 tahun tu lama ke sekejap je?

Thursday, September 20, 2012

DARI PUTRAJAYA KE HATYAI, THAILAND - PART 3


Awal pagi kitorang dah bangun, nak teroka bandar Hatyai lagi katanya. Pergi cari sarapan pagi kat Salma Restaurant. Makan nasi lemak, macam kat Malaysia tak ada nasi lemak kan? Kalau dah lidah melayu, tetap jugak nak masakan melayu.

Pagi tu hujan turun renyai-renyai, terbantut sikit perancangan nak berjalan. Nama pun berjalan kan? So jalan kaki je meredah bandar Hatyai. Member ajak pergi Songkhla, tapi rasa macam tak sempat, so habiskan masa pagi dengan pergi ke Pasar Pagi – Morning Market ( sebenarnya tak tau nama, tapi member aku suka hati je bagi nama Pasar Pagi ).. Ok, Pasar Pagi pun Pasar Pagi lah, yang penting aku nak cari benda menarik kat sini untuk mak aku.

Jalan punya jalan, berkenan kat kain batik. Beli dua helai, sehelai kaler susu, sehelai kaler biru. Asal ada je lah, aku tak bijak nak pilih mana-mana yang best. Sambil-sambil tu cari jugak pulut mangga. Kelassss…kalah ibu mengandung kut, ada jumpa satu gerai tapi perempuan yang jual tu tahap pompuan pelacur kut. Giler kerek je cara cakap dia, cara menjual macam nak bergaduh. Ada aku kesah? Tak ingin kut aku beli kat kedai ko.







Pusing pusing sampai sakit kaki, akhirnya tak ada apa yang berkenan kat hati, so balik semula ke tengah-tengah bandar dan cari souvenior mana yang ada.




 akhirnya, pulut mangga dengan pulut durian dalam tangan..berani bawak durian balik hotel..hahahha

muka jambans lepas puas makan durian

hasil rembatan di Hatyai..semua murah-murah ajo..baik aku shopping kat Msia..

Jam 12.00 tengah hari kitorang check out dan terus gi massage. Buat foot massage je, yang lain-lain tak bernafsu lagi nak mintak diurut. Hahahhaha..Dengan harga 250 bath untuk sejam, rasanya agak berbaloi. Sakit seyh bila kena urut, sampai aku terpikir yang aku tak nak kena urut lagi..Menurut kata tukang urut tu, mungkin sebab otot dan urat aku memang dah sakit, so bila dia tekan sikit je, aku dah rasa sakit yang teramat sangat. Terima kasih sebab buat aku macam nak terkencing masa kena urut, then bila aku cakap sakit, dia boleh gelak-gelak pulak kan? Good job betul minah Thai ni..

Oleh sebab masa banyak lagi sementara nak tunggu pukul 4.00 petang, kitorang meronda-ronda lagi sambil jalan kaki. Chehhhh lecak ketiak aku, tapi ada aku kesah ke?Banyak lagi tempat yang kitorang tak explore rupanya, mungkin lain kali kut akan aku explore, untuk kunjungan yang akan datang. Mungkin…..

Kitorang beli tiket balik Arau on the spot, banyak je tiket kosong. Harga tiket dari Hatyai terus ke Arau RM 9.00 seorang. Memang murah kalau dibandingkan dengan tiket dari Arau ke Hatyai. Faktor negara mungkin yang meletakkan harga macam tu.







Percutian berakhir dengan ucapan babai Hatyai..tak tahulah akan datang lagi ke tak..Mungkin juga akan ke Bangkok pula, tengok perbezaan antara dua bandar.

Kataku :
Saya senyum bila saya suka

DARI PUTRAJAYA KE HATYAI, THAILAND - PART 2


Selesai makan, kitorang terus menuju ke Floating Market a.k.a Pasar Terapung atau lebih dikenali dengan Klonghae Market. Kena naik tuk-tuk dan pergi dan balik dicaj 500 bath bersamaan RM 50.00 duit Malaysia untuk satu tuk-tuk. Pemandu tuk-tuk akan tunggu kita selama kita duk cari makan kat floating market nih. Dah banyak kali aku baca berkaitan dengan floating market ni tapi oleh sebab ini pengalaman pertama aku, keterujaan agak tinggi.

Bila sampai je kat destinasi, aku dah nampak deretan gerai-gerai makan kat tepi jalan menuju ke floating market. Tapi apa yang aku tau, deretan gerai tu menjual makanan tak halal sebab ada jual serangga goreng. Bau memang sedap, tapi bila dah tengok dekat, boleh keluar muntah hijau kut.

 menuju ke floating market..banyak gerai tak halal

 ramai orang sebab kat bawah tu ada artis thai buat lawatan & rakaman untuk program TV

ada bran? nak makan serangga bagai ni semua?

Serius jatuh tahap keterujaan aku bila tengok floating market tu. Gile tak menarik, mungkin sebab faktor cuaca atau atas sebab lain, tu aku tak tau. Dengan persekitaran yang tak menarik, air sungai kotor dan banyak anjing liar berkeliaran. Tolong la, ni tempat makan kut, kenapa lah banyak sangat anjing-anjing kurap berkeliaran sampai mengundang rasa tak selesa.







Dalam rasa tak selesa tu, sempat jugak aku menjengah tiap-tiap sampan yang jual makanan. Kebanyakan penjual faham dan boleh berbahasa melayu, so tak jadi masalah pun. Member aku cakap, tak banyak penjual yang jual sebab masa dia datang sebelum ni, banyak pilihan makanan.



Ok aku tertarik dengan bekas minuman yang dijual. Aku beli air kelapa dan mintak pasu bentuk ikan tengah ternganga. Harganya 25 bath bersamaan RM 2.50. Mahal pada pasu je ( eh betul ke guna perkataan pasu?)..Sebenarnya, member aku dah suruh beli yang bekas buluh, tapi entah macam mana tangan aku tertunjuk kat pasu ikan tu..hahha tak apalah, yang penting rasa air tu tetap sama.


 manusia buruk lantak..makan sambil berjalan, pastu kiri kanan ada bahan makan..anak sape lah ni

 member aku takde perasaan lagi..dah biasa katanya..kerek seyh..hahahha

aku suruh member aku buangkan bekas ni..konon macam tak sanggup nak buang sendiri..memang boleh bawak balik tapi dah jadi satu kerja pulakkan nak bawah menatang ni balik Msia..






Dah puas melantak, kitorang gi jalan-jalan kat gerai bahagian atas pulak. Entah apa nama tempat ni aku tak tau. Tapi tempat ni jual macam-macam makanan jugak. Ada ayam goreng, jagung rebus, cup corn, sosej goreng, lauk pauk dan jugak baju-baju dengan cenderahati. Buah-buahan pun ada jugak. Cuma oleh sebab aku dah bajet-bajetkan duit, so tak ada lah nak bershopping bagai sangat kan?





Akhirnya tertarik dengan gerai jual jagung ni. Menarik seyh jagung kaler purple..ada jugak kaler putih dengan purple tapi kitorang tetap tertarik dengan jagung kaler kuning. Mampu nak makan jagung kaler purple? Tak mampu aku..hahahha..Cuma beli cup corn..gile sedap cup corn ni, Entah apa bahan-bahan yang akak tu masukkan pun aku tak tau..hahahha rasa lemak, rasa masin, rasa susu, rasa manis jagung semua sebati. Marbellos..



cup corn yang sedap..masih terbayang2 lagi kesedapannya


 jalan agak becak sebab musim hujan

pose nak mengada-ngada..jambans mamat nih


Dah agak puas berjalan, kitorang balik semula ke hotel. Kononnya macam dah kenyang tapi nak jugak cari pulut mangga dengan pulut durian malam nanti. Planning memang macam bagus tapi………

Haaa…ni cerita belah malam..Kitorang sampai hotel dalam pukul 7.00 malam. Oleh sebab dah penat berjalan, ahli rombongan ni tertido sampai pukul 4.00 pagi.

So? Mana pulut mangga dengan pulut durian ko? Yang adooo, makan dalam mimpi je.

Pukul 4.00 pagi aku terjaga, terus rasa macam mak kucing hilang anak.. Giler tak meroyan? Planning asal dah lari, makcik jual pulut mangga dah tutup kedai agaknya..

Sambung tido dengan hati kecewa.

Kataku :
Kah3..sampai mimpi makan..

DARI PUTRAJAYA KE HATYAI, THAILAND - PART 1


Impian nak menjejakkan kaki ke Hatyai akhirnya terlaksana juga. TQ untuk kawan aku, Oii for this trip planning.

Niat asal nak naik train dari KL Sentral terus ke Hatyai, tapi dibatalkan dan aku ambik keputusan untuk naik bas dari Putrajaya Sentral dan turun di Lumut sebab Oii tunggu kat sana. Dari Lumut, kitorang gerak naik kereta terus ke Arau,Perlis.
Aku naik bas dari Putrajaya jam 8.50 malam hari Khamis (13 September) dan sampai kat Lumut jam 1.00 pagi. Perjalanan ke Arau mengambil masa lebih kurang dalam 4-5 jam termasuk berhenti di R&R Gurun. Wow..satu pengalaman yang menarik bila dapat travel malam-malam buta memandu menuju ke utara. Mengantuk tu tetap mengantuk tapi sepanjang jalan macam-macam cerita keluar supaya mata tak terlelap.

Kitorang sampai ke Stesen KTM Arau tepat-tepat masuknya waktu Subuh hari Jumaat (14 September) dan masjid pun berhampiran sangat dengan Stesen KTM Arau, memang sangat memudahkan.


Sebenarnya, kitorang nak drive terus ke Hatyai tapi oleh sebab masing-masing nakkan pengalaman naik train, so kitorang park kereta kat Stesen Arau dan sambung ambik train menuju ke Hatyai. Tapi, kena berhenti kat border Malaysia-Thailand..kat mana lagi kalau bukan kat Padang Besar kan? Last aku sampai sini dulu masa 7 tahun yang lepas. Dah tak ingat langsung keadaan tempat nih.

Beli tiket dari Arau ke Padang Besar atas train je dengan harga RM 6.00 seorang. Dari Padang Besar ke Hatyai pulak beli kat kaunter tiket Stesen KTM Padang Besar dengan harga RM 13.00 seorang. Jenuh kena tunggu kat stesen ni, of course la kena check Imigresen Malaysia & Thailand, pastu kena tunggu lebih kurang 2 jam kut sebab train nak kena tukar kepala, kena bukak koc. Penantian satu penyeksaan ok. Dengan keadaan stesen yang under construction, pastu persekitaran yang tak menarik. Aish…memang tobat. Mungkin inilah pertama dan terakhir kali aku naik train kalau nak ke Thailand.

 pemandangan dari atas train dari Arau menuju ke Padang Besar.

 tiket beli atas train sahaja..orang tak ramai, so tak jadi masalah

Oleh sebab semangat berkobar-kobar walaupun mata dah jadi mata panda, kitorang tunggu dengan penuh sabar * kononnya..ikut ati memang aku mengamuk kat tempat awam tuh. Dari Padang Besar ke Hatyai tak lama. Aku pun tak sedar berapa lama perjalanan sebab aku tido dengan nyenyak gile. Penat plus mengantok kut tunggu lama macam orang bodo kat Stesen Padang Besar tuh.

 tiket dari Padang Besar ke Hatyai..yang ni kena beli kat kaunter Stesen KTMB

train yang ni nak pergi ke Bangkok..eh tetiba terpikir, gi Bangkok best gak kan?

kepala train is coming...maknanya perjalanan dah nak mula


Sampai kat Stesen Hatyai, aku macam blur..maklumlah, first time datang ke Thailand, tambah-tambah lagi baru bangun dari tidor. Macam mimpi je rasa..tapi keadaan stesen memang daif.. Syukur lah dengan keadaan kat Malaysia.. Ohh tetiba rasa bangga jadi rakyat Malaysia.

Kehadiran kitorang yang baru turun dari train tu disambut dengan pelawaan dari pemandu-pemandu tuk-tuk. Aku teruja bila tengok bangunan dan pemandangan di depan Hatyai Station. Bangunan biasa-biasa je, tapi dengan tulisan Thailand merata-rata termasuk di signboard, kat papan-papan kedai & jalan raya buat aku rasa macam baru keluar dari kepompong. Jakun giler kut..


So, kitorang jalan kaki nak pergi Hotel Central Hatyai. Oii dah 2 kali pergi Hatyai, so aku follow dia je lah.. At last, kitorang lost..hahhaha so terpaksa tahan tuk-tuk untuk pergi ke hotel.. Hotel tu rupanya dekat je dengan Hatyai Station cuma kitorang tak dapat cari je. Harga hotel untuk 1 malam cuma RM 80.00 . Murah  kan? Kat KL boleh ke dapat harga macam ni? Hotel boleh dikategorikan 3 bintang tapi ok lah. Keadaan dalam bilik yang selesa. Orang Malaysia kebanyakan suka stay kat Lee Garden Plaza Hotel ataupun Grand Plaza Hotel, tak pun Pink Hotel. Ketiga-tiga hotel ni memang betol-betol kat tengah-tengah bandar dan dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong. Tapi kitorang sengaja cari hotel yang agak jauh supaya dapat tengok-tengok tempat persekitaran dan pemandangan bandar Hatyai.

 bilik penginapan..selesa jugak walaupun tilam tak empuk
walau tak empuk, tetap nyenyak tido

 layankan cerita thailand..tv Msia yang ada pun cuma ntv7 je. baik xyah tengok tv


 pemandangan luar hotel..bangunan je lah, dah namapun tengah bandar kan?



Masuk bilik, terus berehat.. Hujan pulak turun lebat. Memang musim hujan, tak boleh nak buat apa lah. Petangnya kitorang kuar jalan tengok-tengok bandar Hatyai. Keterujaan aku mulai hilang pulak bilamana komunikasi menjadi satu masalah antara pelancong dan jugak orang tempatan. Ni yang paling aku tak suka, mood merudum jatuh. Rasa macam nak pack barang balik Malaysia je rasa. Nak berbahasa Inggeris pun dorang tak boleh, apatah lagi nak berbahasa Melayu. Yang aku plak memang sah-sah tak boleh berbahasa Thailand. Giler…anak Jawa + Bugis nak berbahasa Thai?

Tempat tujuan kitorang cuma shopping mall je. Nak tengok baju-baju, nak compare harga dengan kat Malaysia. Baju-baju, kasut, seluar & semua-semua yang berkaitan memang cantik-cantik tapi harga tetap sama macam duit Malaysia. So, aku tak bercadang nak beli apa-apa baju kat shopping mall tapi akhirnya terbeli jugak sehelai baju kat Lee Garden Plaza dengan harga 2990 bath. Setakat baju T-shirt tapi sengaja beli sebagai kenang-kenangan balik Malaysia nanti.

 orang tinggi macam aku tak leh naik tuk-tuk..kepala cecah bumbung..gilor

 member aku buat muka tak tau je naik tuk-tuk..dah biasa katanya



















Tempat lunch kitorang plak kat Hamid Restaurant, berhampiran je dengan Lee Garden Plaza. Tak berani nak singgah mana-mana kedai makan yang lain. Takut tak halal je, sepanjang jalan tu bila lalu kedai makan, nampak lah jugak kepala babi duk digantung-gantung.. Ishhh hilang selera nak makan.. Geli pun ada. Harga makanan kat Hamid Restaurant ni sama macam kat Malaysia tapi aku rasa macam mahal sikit. Rasa masakan pun sama je macam masakan Kelantan kat Malaysia. Tak ada beza.






Kataku :
Sila baca part-2 ( motip? nak suh orang baca? )