Monday, October 29, 2012

JIRAN TAK MEMBANTU

Rentetan dari cerita tersekat akibat tertinggal kunci dalam rumah, ada sesuatu yang aku belajar dari pengalaman tu. Belajar berkaitan dengan semangat kejiranan. Baru duduk situ tak sampai sebulan, so masih belum kenal-kenal sangat jiran yang ada. Tambahan lagi, kuar rumah sebelum matahari naik, balik rumah pulak waktu matahari dah terbenam..

Masa kitorang dalam kecemasan tu, ada sorang jiran pompuan lalu, dia duduk tingkat atas. Aku mintak tolong dari dia dan tanya sama ada kunci yang dia guna sama dengan kunci grill aku. Grill aku ni boleh guna mana-mana kunci.Hahha..kantoi..

Dia sekali lalu dan cakap " mintak maaf, kunci saya jenis macam ni.. tak dapat nak tolong"..

Terus dia blah macam tu je.. 

Macam tu je dia bagi reaksi, takde langsung nak tunjuk tanda prihatin ke atau bersimpati.

Takpe, hari ni hari malang aku, nanti waktu hari malang dia datang, dia akan tahu langit tu tinggi ke rendah..

******************************

Bila dah selesai semuanya, waktu aku tukar tombol pintu, datang seorang lelaki dan bagi salam. Dia tanya-tanya apa yang jadi sebab nampak lain macam dengan grill rumah dan tombol pintu.

Nampak sangat keprihatinan yang dia tunjukkan lelaki tu.. Walaupun tak membantu, tapi sekurang-kurangnya tunjukkan sikap ambil berat pada jiran-jiran..

Aku pun harap dan tanamkan dalam diri supaya tak sombong dengan jiran-jiran yang ada..InsyaAllah..

Kataku :
Akak aku da aim pompuan tu..jangan nak poyo sangat..ko duduk rumah murah je kut

KURSUS TEMPAT SENDIRI

Last week ada kursus dua hari..kursus kat tempat sendiri je, so ke'excited'an tu agak kurang..cuma nak cukupkan kursus 7 hari setahun, layankan aje-lah.

Kursus berjalan dengan lancar, cuma bilangan peserta yang tak mencukupi dan peserta-peserta yang sedia ada pulak ada komitmen kerja dan perlu keluar masuk kelas. Inilah bahananya kalau berkursus kat tempat sendiri.
Kursus yang aku attend ni namanya Kursus Pengurusan Pejabat dan Kemahiran Komunikasi Efektif, dijalankan selama dua hari bermula 23 Oktober sehinggalah 24 Oktober..
Mana-mana kursus pun kalau asyik mendengar tanpa ada aktiviti, ianya akan menjadi bosan dan mengantuk. Nasib baik jugak-lah kursus ni ada sesi pembentangan, sesi menari ( menari macam kayu kut ) dan dua tiga aktiviti lain.
 permulaan kursus, buat name tag..nama saya Fendy...

nama grup aku Papaya..kena lukis papaya..eh ni lukisan aku tau..macam budak sekolah tadika

nama-nama ahli kumpulan Papaya
suasana dalam kelas...khusyuk tengok tayangan video
 tayangn video berkaitan dengan customer service
 nota yang diberikan oleh penceramah..ngantukkkkkk...
Dan yang paling penting, grup Papaya menang best presentation bersama-sama dengan grup Manggis.. kumpulan Tembikai pulak menang best participation..grup dorang sporting menari dan jugak kehadiran sentiasa penuh..
 ni lah hadiah hasil kemenangan Papaya..nak buat apa eak dengan benda ni?
 gaya bakal YB berucap..wakil Salak Tinggi
Kataku :
Cukup kursus untuk tahun 2012 

Sunday, October 28, 2012

DUGAAN RAYA HAJI

Punya semangat nak jenjalan musim raya, tetiba pulak jadik benda yang tak diinginkan. Bukan pasal eksiden ke apa ke, tapi pasal kes tertinggal kunci dalam rumah. Ni semua sebab tak sabar sangat nak keluar rumah kan, kononnya nak ke SOGO dan Jalan TAR, terus hilang mood.

Nak cerita pun macam menyakitkan ati sendiri  je, tapi cerita sikit-sikit je lah..

Aku tertinggal kunci kereta dan kunci rumah, mak ngan akak pulak dah keluar tapi grill tak dibukak lagi. So, kitorang terkunci antara pintu kayu dan pintu grill. Kat ruang letak kasut tu. Ada paham?

Lebih kurang 2 jam jugak terperangkap.. Mintak tolong kengkawan, sorang kawan bagi nombor telefon locksmith , tapi malangnya tak berjawab. So jalan penyelesaian terakhir adalah dengan menelefon bomba.. Hahhahaha..entah..tak tau betul ke tak tindakan kitorang tapi masa bomba datang tu, dia kata dah biasa kes-kes macam ni. Maknanye, bukan tindakan luar biasa lah yang kitorang buat ni kan? Heheheh..

 pintu oohh pintu, kenapa susah sangat nak bukak..

 muka sakit hati sebab terkurung..apalah perasaan banduan-banduan yang kena kurung tu kan?

akak aku suruh ambik gambar dia,dalam saat kecemasan sempat lagi dia nak bergambar

 abang-abang bomba yang dah berjaya meranapkan grill rumah aku..

Pengajaran untuk aku kalau jadi lagi perkara-perkara kecemasan macam ni :-

* Jangan panik, bertenang dan fikir cara terbaik untuk selesaikan masalah

* Telefon kawan-kawan dan minta bantuan.. mana tahu kawan-kawan boleh bagi nombor telefon tukang kunci

* Minta tolong jiran-jiran.. jerit ke, ketuk grill ke, panggil nama ke..dalam kes aku, jiran-jiran balik kampung..so, tak boleh nak mintak bantuan

* Telefon locksmith..tapi berkos jugak lah kan, pintu tak kopak, grill tak patah..

* Susah-susah sangat, telefon je bomba macam aku buat ni..pedulik apa, tu je lah jalan penyelesaiaannya..hahhaha

 
 Lepas ni, akan aku pastikan :-

* Sebelum keluar rumah,  letak kunci dalam poket seluar

* Bukak grill dahulu sebelum tutup pintu kayu

* Jangan keluar semua sekali, keluar seorang demi seorang dan pastikan pintu dibukak

* Simpan kunci spare kat mana-mana celah yang kita je tahu.. ( kena rahsiakan )


 Kataku :
Anggap je macam mimpi dan jadikan pengajaran untuk masa depan

Wednesday, October 24, 2012

POLIGAMI?LAYAK KE?

Lama nak bersharing pasal isu berpoligami tapi nampaknya tak berkesempatan sangat. Permulaan nak bercerita ni berpunca dari kes seorang pemanggil di HotFM yang nak mewujudkan Hari Poligami yang mana cadangannya, nak adakan satu hari yang sang suami boleh menikah lagi satu tanpa persetujuan dari isteri pertama.. Huishhh...Hasil dari panggilan dan cadangan yang tak seberapa nak bagus nih, ramai wanita-wanita yang membuat komen balas yang pedas-pedas.. Marah betol kaum wanita tu semua, MADU tu kan MANIS, kenapa pulak nak marah-marah? Hahhahaha...ok, mati aku kena pancung dengan kaum wanita kat luar tu semua.

Punca kedua pulak yang membuatkan aku nak menulis tentang isu poligami ni pulak bilamana kerajaan Pulau Pinang membenarkan supaya tak perlukan tandatangan isteri pertama untuk berkahwin kedua dan ketiga dan seterusnya..Woowww melompat riang kaum suami kat luar sana dan kaum isteri masih dengan sikap marah dorang sambil mengasah parang panjang.. Gerun tak gerun?

Aku meletakkan diri aku di tengah-tengah. Bukan letakkan aku sebagai khunsa ye, tapi sebagai seorang yang berfikiran neutral dan tidak memihak kepada mana-mana gender...mampooo??

Bagi lelaki yang dah berkahwin dan bernafsu serta masih menggatal, dia akan cari wanita lain untuk dijadikan gf dan bakal isteri kedua. Bagi dorang, dorang nak jaga martabat wanita yang semakin ramai dan membela nasib supaya tak menjadi andartu. Kelas kan alasan macam tu?

Alasan lain, mesti lah katanya nak ikut Rasullullah SAW.. Rasullullah berkahwin ramai sebab membela nasib janda-janda yang kematian suami dalam medan perang dan perkahwinan tu bukan berlandaskan nafsu.. Tolong ingat benda tu semua, baca semula sejarah dan sirah nabawiyah ye!!

Aku tak menolak poligami sebab Allah pun membenarkan perkara ini tapi si suami perlu INGAT dan CERMIN DIRI. Boleh tak membahagiakan kedua-dua isteri? Comfirm tak boleh..Dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. PERCAYALAH.. Si isteri pertama akan merana sebab Si Suami akan melebih-lebihkan pucuk muda. Benda masih bergetah, mesti lebih disayangkan?

Lepas tu mesti timbul isu cemburu. Isteri tua pasti cemburu dengan kelebihan prihatin yang diberikan oleh suami kepada isteri muda.. Setuju tak? Lepas cemburu, mula-lah timbul macam-macam cerita. Bila isteri muda dapat rumah besar, isteri tua nak juga..Kalau isteri muda dapat kereta Merc, isteri tua pun nak jugak. Pembahagian kasih sayang dan harta perlu sama rata.. Mampu nak buat macam tu? Semua kena berlaku adil dan tak menyakitkan hati mana-mana pihak.. Eh..nak tanya lah, kita ni sebagai manusia biasa ni boleh ke berlaku adil dari segi semua benda? Mungkin dari segi harta, boleh la..itupun bagi mereka YANG MAMPU DAN BERHARTA...kalau kerja pun setakat makan gaji, pastu mintak duit isteri buat isi minyak kereta, pergi mati-lah kalau nak berlaku adil kan?Memang tak boleh la jawabnya.

Kalau dari segi kasih sayang dan nafkah, boleh ke?? Benda ni semua secara dalaman.. Boleh berlaku adil ke untuk membahagi kasih sayang? Tak boleh..banyak sangat orang untuk diberi kasih sayang.. Belum masuk anak-anak lagi.. Mampu ke nak buat semua tu?

Tolong tepuk dada tanya selera..

Sang isteri muda dan isteri tua akan sentiasa bersaing untuk mendapat perhatian dari sang suami..saling cemburu mencemburui dan dengki mendengki. Ada kes sampai isteri muda datang serang isteri tua..siap datang rumah, pecahkan pasu-pasu bunga dan maki hamun isteri tua. Eh..ko RAMPAS laki orang, kau pulak nak datang serang-serang? Isteri tua relaks je, isteri muda pulak lebih-lebih??

Banyak dah kes-kes jadi depan mata ni.. Perempuan TAK BOLEH berkongsi suami dengan orang lain.. Sebab sikap cemburu yang menebal dalam diri dorang. Perempuan yang jadi isteri kedua boleh senyum bangga tapi TAK MUSTAHIL kalau suami akan cari yang ketiga dan yang kedua pasti menangis dan rasakan semula apa yang isteri pertama pernah rasa..

kebahagiaan dorang ni semulajadi ke atau diedit oleh media massa?

Kataku :
Eh tetiba pulak menangkan kaum wanita kan?

SEMUA LAST MINUTE

Aku tak paham dengan perangai / sikap / tabiat SESETENGAH pegawai kerajaan yang suka bagi arahan atau kerja last minute. Kalau memang benda-benda yang betul-betul last minute yang nak disiapkan tu, memang boleh terima. Ni benda-benda yang dia dah tau lama, pastu sengaja nak lengah-lengahkan. Bila dah nak sampai dateline, mula menggelabah BABI bagi arahan suruh siapkan tu, siapkan ni. Ingat best ke buat benda last minute??

MACAM SHIALLLLLL...

Ni kes pasal bagi e-mel pukul 8.00 malam bagi arahan berkaitan dengan satu kerja (xleh dimention kerja tu). Macam pundek, padahal dia dah tau lama kan pasal benda ni & boleh bagi e-mel awal-awal dan aku boleh siapkan apa yang dia nak awal-awal. Dah le hari ni berkursus lagi..Memang aku tinggalkan bodoh macam tu je lah kerja kau bagi nih.

Cara kerja aku bukan kerja last minute, so mintak hormat sikit lah. Awak tu PEGAWAI, kalau orang perlekeh jawatan awak, tau pulak hangin.. Tapi kerja tak macam PEGAWAI.. memang tak layak nak bagi contoh yang baik pun pada anak buah.

Sekian, terima kasih.

ko masuk dalam kotak ni, ko bungkus diri sendiri

Kataku :
Benda-benda macam ni lah yang boleh hilangkan mood

Sunday, October 21, 2012

BATALKAN PERCUTIAN

Macam nak tampar diri sendiri je nih..
Gaya macam orang banyak duit je ye, suka-suka nak book tiket flight pastu tak jadi pergi..
Burn macam tu je tiket...

Tahun depan, tekad...
Jangan nak book tiket pandai2 sendiri..tahun 2012 dah 2 pengalaman jadi macam tu.

First, bulan May lepas..
Dah cantik book tiket gi Kuching, tetiba pulak tak jadi pegi..tapi masa tu ada jugak alasan kukuh..Kaki bengkak, masih tak elok sepenuhnya..
Pihak juri terima alasan tu, boleh dimaapkan..

Kali kedua..
15 Oktober - 18 Oktober 2012 sepatutnya aku kat Jakarta dan bersenang lenang dengan kawan-kawan kat Indonesia..
Kawan kat sana dah siap buat tempahan bilik hotel bagai, haaa last minute pulak ada masalah kewangan..Biasalah kan, time dah kumpul duit untuk benda lain, jadi pulak benda lain.. Nak tak nak, kena utamakan benda yang penting lah..

Alahai nasib..sengaja cari susah..

Nak kata bengang tu, tak la jugak.. tapi nyesal lah jugak dek ke"tamak"kan diri sendiri..


Kataku :
Memang tak pernah belajar dari kesilapan lepas

Saturday, October 20, 2012

DUA HATI [NIPPON DAN PASANGAN]

Sorang lagi kawan aku dah jadi suami orang.. Tahniah Nippon..tu nama timang-timangan dia masa zaman study dulu. First time jumpa dia masa kat Poly, kitorang dah cop dia budak bandar. Dengan dressing bagai, nampak sangat dia ni orang Kay Ell. 

Tu cerita 7 tahun lepas, sekarang ni tak sangka pulak dia dah kahwin dulu sebelum aku.. Ah tetiba plak kan? Dah sampai seru, kahwin lah terus.

Wedding Nippon berlangsung kat Dewan Centrum Setiawangsa. Tak susah pun nak cari dewan ni tapi masalah untuk park kereta sebab kawasan agak sempit.

Macam biasa, sampai-sampai je terus aku terjah ke meja kawan-kawan yang lain. Ni yang best bila majlis kahwin, dah jadi macam reunion plak. Bukan nak tengok pengantin, tapi sibuk borak dengan kawan-kawan. Majlis diadakan besar-besaran sebab majlis bersekali dengan adik Nippon. Kiranya ada 2 pengantin lah ni.

Ceria je muka pengantin bila nampak kitorang datang..cheh padahal memang dia happy sebab dia dah kahwin.. Ahhh celoteh banyak pun tak guna, jom layan gambar....

 bunga ni jugak yg glemer..kitorang? kabur je kt blakang tu


 waktu ni aku jadi mangsa kutukan..yelah, muka aku ensem tapi aku pekak..hahahha

 dpr'ians with bride and groom..never ending friendship

 puan nieja, puan mar dan cik anyss..she's single but not available


 write your wish on the block..aku lupe la apa wish aku pd pengantin..


she's my bestfriend..tempat bercerita..hehhe tapi ktorang msh tau batas masing2..

pengantin diabaikan, tetamu diutamakan..

kita gado ke anyss?why aksi kita macam tu skali?

Kataku :
Sekali lagi nak cakap " aku sayang kawan poli aku..true friends forever...."

DUA HATI [MAJLIS RESEPSI KAWAN POLI PD]

Hobi aku memang suka pergi majlis kahwin kawan-kawan. Eh, boleh dijadikan hobi ke? Entah la, kalau dah kerap sangat pergi, kira dah boleh jadi hobi lah tu kan?

Orang dah jemput, wajib lah datang. Makan bukan free pun, hulur-hulur jugak (eh..mati-lah duk ungkit-ungkit pulak) .

Terlepas nak masukkan cerita pergi wedding kat Bahau, Negeri Sembilan dengan kat Bukit Mertajam, Penang.

Mula dengan yang kat Bahau dulu. Majlis kahwin Masrudin dengan Aryati. Dua-dua ni kawan sekelas masa kat Politeknik Port Dickson dulu. Percintaan dorang ni dalam diam je, tapi aku kan perisik, senang je aku dapat hidu percintaan.. Ala kalau setakat bagi-bagi hint kat facebook tu, senang je aku dapat tangkap kisah cinta.

Masrudin sekarang kerja kat JPA sebagai Pen. Pegawai Tadbir, Aryati pulak cikgu sekolah. Gomen bertemu gomen lah ni. Amboi-amboi dorang, masa kat Poli bercinta dengan orang lain, nikah pulak dengan orang lain.

Masa pergi majlis ni, aku gerak dari Putrajaya dengan Oii dan jugak Anyss.. Tu lah kawan-kawan yang masih single kan, berkepit tiga orang je lah kitorang ni. Nak cari rumah pengantin tak susah pun, tapi macam biasa-lah, jauh kut rasa perjalanan nak masuk ke Bahau tu.

Layankan gambar dulu...

alahai Mr.Luq..apakah yg cuba ko lakukan tu?

ahhhh..macam tak match je bju bunge2 dengan suar kaler coklat..

pengantin main belon..romantik la tuh konon * mood jeles

gambar pengantin letak bawah-bawah..hahah sorry..

Second wedding kepunyaan Marliza & Fazli.. Anak mami punya wedding, meriah kut. Marliza ni kawan masa kat Poli jugak. Tengok betapa setia dan sayangnye aku pada kawan-kawan, aku sanggup datang jauh-jauh tau.

Majlis kahwin aku nanti, jangan tak datang pulak ye..


hanya peta kad kahwin yang jadi penunjuk arah kitorang..tak sesat pun..

 kitorang datang...abaikan perut aku, aku tak pregnant..wanita tengah2 tu yg pregnant

 jangan lebey2 tau..kalau nak lebey, tggu malam 

 gojes kan pengantin? macam retis...ah retis la sangat kan..

 pose lagi...kasi perabis kodak..

moga kekal ke akhir hayat sahabat..Allah selamatkan kamu..

Kataku :
Lepas ni entry pasal kawin lagik

Saturday, October 13, 2012

LAMA TAK BUKAK BLOG

Stress jugak sebab tak dapat nak berblogwalking
tak dapat nak terjah2 blog kawan lain..
 
ni semua gara-gara banyak sangat benda yang kena block kat opis..
 
berokband aku plak ntah ke mna aku campak sejak pindah umah..arghh PC aku pun entah ke mana aku letak pun aku lupa..
 
Ni pun curi-curi ( dosa wooo ) guna orang punye tenet..
 
 
Kataku :
 
Harap-harap semuanya akan berakhir dan ubahlah sikap dan perangai..pikir masa depan..

Wednesday, October 3, 2012

JAUH SANGAT RUMAH

Dengan rasminya aku dah pindah rumah.. selamat tinggal presint 5 dan hellooo Bandar Baru Salak Tinggi

Perasaan?

Sedih...

Sebab?

Sebab rumah jauh kut..

Kalau sebelum ni, sekelip mata je dah sampai rumah, kali ni...berkelipkelipkelipkelipkelipkelip mata pun tak sampai-sampai lagi rumah.

Tapi tak apa...bak kata mak aku..jauh-jauh pun rumah sendiri..puas hati..

Iyelah mak....

Kalau nak memulakan sesuatu yang baru memang agak payah sebab dah selesa dengan benda yang lama.. Tapi, kalau tak mencuba, sampai bile-bila pun macam tu jugak kan?

Kataku :
Dah jadi wargatempat Salak Tinggi..hahaha