Monday, December 31, 2012

PASAR SATOK TINGGAL KENANGAN

Bermula selepas 1 petang semalam, Pasar Minggu Satok tinggal menjadi kenangan bila dipindahkan ke Medan Niaga Satok, Kubah Ria.

Aku menulis macam la aku orang Sarawak kan? tapi sebagai pelancong luar, best kut bila pergi Pasar Minggu Satok tu. Macam-macam ada, dari makanan sampailah cenderahati. Banyak benda menarik yang boleh didapati kat Pasar Minggu Satok.

So, lepas ni kalau ke Kuching, memang tak akan merasai hingar bingar dan kesesakan Pasar Minggu Satok dah dah jadi satu trademark bagi bandaraya Kuching sejak dari tahun 1983.

Ingat lagi memori gi Kuching, bangun pagi-pagi semata-mata nak cari Pasar Minggu Satok..

 gambar ihsan Kosmo

Kataku :
Tetap nak cari yang lama

Saturday, December 29, 2012

TAK MINAT DAN TAK SUKA TAPI TERPAKSA

Dalam hidup kita ni banyak pilihan, tapi ada masanya kita tak diberi hak untuk memilih..dan itulah yang terjadi pada diri aku.

Masuk ni, dah dua kali aku dijadikan sebagai kambing hitam untuk keselesaan dan kesenangan orang lain dan aku redha.. 

Jalan penyelesaiannya, tunggu masa dan peluang untuk aku blah dari neraka dunia ni.. Oppsss terlalu bodoh aku sebab menyamakan tempat ni dengan neraka. Sesungguhnya neraka Allah itu terlalu azab dan sangat-sangat menakutkan sedangkan ini adalah tempat aku mencari rezeki.

Selepas 17 Disember 2012, setiap hari aku datang kerja macam dah tak ada matlamat..macam dah tak nampak apa tujuan aku bekerja.. Aku stress dengan sekeliling, tapi ada sesiapa yang tahu? Tak ada sape yang tahu..Aku luahkan dengan perbuatan yang tak aku sengajakan.

Kalau hati kita tak ikhlas, tindakan dan perbuatan kita juga jadi tak ikhlas.. Mencuba untuk menjadi ikhlas memang menampakkan kehipokritan dalam diri, dan kadangkala aku menjadi terlalu "palsu" dan "berpura-pura"..

Kataku :
Satu itu One and One is Satu

Thursday, December 27, 2012

SEKITAR MASQUARADE + COLOR BLOCKING 2012 PART II

 tak ada idea nak menulis..biarkan gambar bercerita dengan sendirinya

























Kataku :
Separa happy je malam tadi

SEKITAR MASQUARADE + COLOR BLOCKING DINNER 2012

Gambar-gambar Dinner PICC 2012 bertemakan Masquarade + Color Blocking

 Hasnorhisham

 Redzuan dan Encik Arof

 Encik Arof dan Fauzan

 Masquarade's Men..
Encik Asrul, Encik VVV dan Encik Nik

 Anna & Encik Yohaniz

Encik Aziz dan Fatin

 Geng Games

 Jihadi

Nissa Karim

 Cik Sally dengan Nissa Karim

 The Divas Divos Faisal

 Couple Blocking.. Anna & Pyan

 Puan Kamariah Sapie

 Hasnorhisham dan Fatin

 Preggy Woman.. Diyana Zakaria

 Hasnorhisham & Hakimi Gonzales

 Hasnorhisham dan Cik Sally

 Two Hot Man..Keh2..

 The Girls

 The Man..Kumpulan Two Direction..

 The Logistic's Team

 The Ninja's With Masquarade Women

 Cer teka sape yang tak bercolor blocking?

 Berlawan perut.. Diyana Zakaria & Aishah

 The Gediks

Sempoi je Puan Aisyah kan?

Kataku :
Tak mampu bercerita, tengok gambar je lah

Thursday, December 20, 2012

PERCUTIAN TANPA SEBAB-MIRI SARAWAK

Bercuti tanpa perancangan.. bercuti sebab suka-suka.. itulah aku..

Aku ke Miri Sarawak dari hari Sabtu sampai hari Selasa.. Sebab apa ke Miri? Untuk suka-suka, berjalan, mengisi masa lapang, menghabiskan masa untuk diri sendiri dan tujuan utama untuk menunaikan hajat naik flight bagi tahun 2012.

Tujuan terakhir tu memang kenyataan.. Tahun 2012 ni aku dah cancel kan dua percutian yang perlu naik flight, so aku ambik keputusan beli tiket flight untuk ke destinasi yang aku sendiri tak putuskan lagi waktu tu.

Masa belek-belek tiket online, aku putuskan untuk ke Miri.. kenapa aku ke Miri? sebab Miri menyimpan memori dan mengembalikan semula kenangan aku. 

Memang tak pernah dalam sejarah hidup aku habiskan duit untuk bercuti suka-suka, tapi eksperimen aku kali ni sangat menjadi dan mungkin akan ada yang kedua dan ketiga dan seterusnya bagi destinasi-destinasi percutian yang lain.

Percutian yang santai, percutian tiada jadual, tidak mengejar masa, menghabiskan masa di bilik hotel, keluar hotel ikut suka hati dan paling penting aku habiskan masa untuk diri aku dan lupakan seketika PUTRAJAYA dan KERJA.. sangat sempoi...

Dan sekarang ni aku masih rindukan suasana Miri.. mencari buah dabai di pasar dan menghabiskan sedikit masa di pantai esplanade. Rasa macam tak nak balik semula ke semenanjung dan sekarang ni aku dah kembali bekerja sediakala.

Walaupun Miri sebuah bandar yang biasa-biasa saje ( bg pendapat aku, tapi boleh dicadangkan sebagai tempat percutian untuk suka-suka )..Senang cari makanan halal dan shopping mall pun ada walaupun tak sebesar mana.

 Lepak Old Town LCCT sementara nak tunggu boarding

 ini pun nak masuk dalam blog ke? eh mesti-lah..

 kasut ni selesa..tak sia-sia beli murah kat ZARA kan..

 bapak besar rumah orang Sarawak ni..berangan jap kalau-kalau rumah ni jadi milik aku

 memang suka kat pantai nih..siap request kat member suruh bawak sini sebab nak snap pict pantai..pantai ni ada kenangan dulu-dulu

hahhaha...gi jauh-jauh, then temankan member cuci kereta..QMP dah bersih

 hambik ko...kena saman sebab tak bayar parking..keh2

 dalaman kereta bersepah..maklumlah,,DJ radio punya kereta..busy sangat-sangat kan..

Untuk entry percutian ni memang tak adalah aku tunjukkan tempat-tempat menarik kat Miri ni sebab aku tak pergi pun tempat-tempat tu semua..dah pernah pergi masa tahun 2008 dulu..berbalik pada niat asal aku ke sana..untuk suka-suka aje..

Kataku :
Tak dapat imagine kalau aku nih jutawan..mau keliling dunia tiap minggu