Monday, February 25, 2013

BR1M 2.0

Happy gituh bile dapat SMS suh gi pejabat UMNO kat Presint 15 untuk collect surat kelulusan BR1M.

beratur dari sebelah showroom Nissan tu sampai ke level 3..gigih tak kitorang?

Sepatutnya kena ambik vaucer 23 Feb kat Dewan Serbaguna kat Presint 11, tapi aku ambik langkah bijak untuk postpone ambik kat situ. Aku pergi tadi kat Perbadanan Putrajaya dan cashkan kat Maybank Cyberjaya.

Mudah kan? Tak payah nak tunggu lama dengar ceramah..eh ceramah ke? what ever la..kire sedara mara dengan ceramah jugak la tu kan? Dengar orang cakap-cakap pasal BR1M bagai.



Terima kasih kerajaan Malaysia sebab bagi bantuan RM 250.00 ni untuk orang-orang macam kitorang nih.

Aku tak sentuh lagi duit tu. Plan untuk simpan-simpan saat-saat terdesak nanti.

Guna duit untuk enjoy? Akan dipikirkan kemudian..

org akan cakap "ala stakat RM250.00 je" tp bg aku, nilai tu besar wei..bole buat beli kasut..

Kataku :
Mata duitan? Zaman sekarang memang kena macam tu lah..

Wednesday, February 20, 2013

JADI STUDENT DAH SEKARANG

16 Februari - dengan penuh kemalasan bangun tido, siap-siap dan terus drive ke Shah Alam.
Tak pernah-pernah aku sampai kat UiTM tu ha, tiba2 hari ni dengan kuasa Tuhan, aku sampai dengan selamat tanpa sesat barat.

Terror tak aku? hahhaha

Sampai2 je orang dah beratur panjang, dah macam beli tiket nak tengok bola..Gigih jugak la aku beratur sambil mencarut dalam hati sebab marahkan diri sendiri yang bangun lambat dan gerak lambat.

Aku sampai dalam pukul 9.00 pagi dan urusan semua selesai dalam pukul 2.00 petang.

Pukul 3.00 petang ada sesi ramah mesra..owhh mesra lah sangat kan??

Aku dengan dua orang member ( kenal masa daftar..terus declare member kan? ) buat dajal.. Tidor dalam surau waktu taklimat mula..keh2..sempat jugak la dengar taklimat dalam waktu2 terakhir tu.

Semua settle tanpa ada masalah.. Risau jugak sebab ada orang lain yang katanya ada masalah dari segi pendaftaran.

Dengan rasminya aku dah jadi pelajar kembali selepas 7 tahun membujang..eh motip??

Doa aku semoga Allah sentiasa bersama aku untuk berjuang hadap buku dan nota2 yang boleh pecahkan kepala otak.

Gambar masa proses pendaftaran aku tak ambik.. Gile ko, orang tengah kelam kelibut pegang dokumen bagai, mana sempat nak snap kehingarbingaran pendaftaran.

 vaucer buku 1 Malaysia..terasa diri macam muda remaja bila dapat vaucer buku ni

paper bag dan juga id card. bole dpt diskaun kalau gi karoks nih..

bangganye ada id card..4 tahun nak pakai ni

Kataku :
Boleh ke aku??

Wednesday, February 13, 2013

URUSAN PENYERAHAN KUNCI KUARTERS

Selesai dah semua urusan berkaitan dengan kuarters. Selagi tak settle dan tak serahkan kunci kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), selagi tu rasa tak boleh nak tidur malam..katanya lah kan..hakikatnya tidak sama sekali.

Urusan sangat senang, bagi mereka2 penjawat awam yang masih belum tahu tu, meh la aku terangkan serba sedikit prosedur penyerahan kunci dan rumah kepada tuan rumah ( BPH ). Tak perlu nak pening2kan kepala-lah..semuanya mudah,semudah a,b,c..

Mula2, pastikan bila tarikh sebenar korang nak kuar rumah..Ambil satu tarikh dan make sure korang dah kosongkan rumah, dah kemas rumah elok2, dah cuci bagi bersih rumah tu dan tak tinggalkan bau2an yang tidak menyenangkan.

Kemudian, bukak website BPH dan akan keluar yang macam nih :



Nampak tak kat belah kanan tu ada ruang e-temujanji, so klik kat situ dan akan keluar maklumat atau panduan atau arahan dan prosedur keluar rumah.

Paling penting, kena tutup akaun TNB dan SYABAS, kemudian pilih tarikh temujanji. Tarikh temujanji mestilah tujuh (7) hari dari tarikh permohonan. Bila dah confirm tarikh temujanji, apa yang perlu dibuat ialah tunggu hari temujanji dan perlu berada di hadapan rumah pada tarikh dan masa yang telah dipilih. Jangan lewat..sekiranya lewat 15 minit selepas waktu temujanji, kita perlu buat temujanji yang lain.. Masa itu emas dan jangan bazirkan masa orang lain ok.

Masa temujanji tu, perlu bawak kunci asal dan juga kunci pendua. Perlu serahkan kepada pegawai BPH tu. Jangan  mengada-ngada nak simpan kunci pendua, tak ada pekdahnya. Kemudian, perlu serahkan surat akuan penutupan akaun TNB dan juga SYABAS. Borang atau sijil akaun keluar rumah perlu diisi pada waktu itu jugak.

Selesai sudah urusan penyerahan kunci.

Selepas kunci diserahkan, kita kena pergi pejabat BPH untuk hantar dokumen bagi pembayaran balik deposit rumah. Aku bayar deposit dulu dalam RM 300.00. Besar jugak lah nilai tu. Boleh buat tambah-tambah untuk holiday kat Phuket nanti kan. Penyerahan dokumen ni bila-bila masa je boleh pergi. Bukanlah maksudnya lepas serah kunci rumah, terus kena pegi pejabat BPH kan. Kalau semua dokumen dah lengkap, tak jadi masalah.

Dokumen yang perlu disediakan ialah resit asal bayaran deposit, slip akaun bank, salinan sijil masuk rumah, salinan sijil keluar rumah, salinan resit bayaran sewa kuarters di BPH, salinan resit bukti pembayaran tunggakan sewaan dan salinan slip gaji bulan pertama gaji dipotong, slip gaji bulan kedua dan slip gaji bulan terkini.




Pergi ke BPH, Jabatan Perdana Menteri tingkat 7 dan terus ke kaunter. Isi satu borang permohonan pemulangan deposit dan bila dah selesai, boleh balik. Tunggu saje duit deposit masuk dalam akaun. Tak tau bape lama..Hehehhe

Tu lah serba sedikit prosedur keluar rumah kuarters bagi penjawat awam. Sangat mudah, tak perlu tunggu lama.

Mungkin ada benda-benda kecik yang aku tertinggal, kalau rasa tak faham, boleh terus hubungi BPH untuk pertanyaan lanjut.

Sekarang aku dah tak ada kaitan dengan kuarters dan aku lepaskan kuarters dengan perasaan yang lega..Keh3..

Kataku :
Lepas ni nak buat claim pindah rumah pulak



Wednesday, February 6, 2013

ADA ORANG SENTAP

Ada orang sentap dengan entry aku berkaitan dengan perkhidmatan klinik kesihatan kerajaan. Aku pun tak hingin nak approve komen dia, tapi dalam komen tu ada dia sebut kata macam benda kecik macam tu pun nak komplen-komplen, memang keje or prosedur kerja doktor macam tu dsbnya lah..

Mungkin dia doktor, mungkin dia nurse atau yang berkaitan dengannya atau jugak dia kerja dengan Kementerian Kesihatan Msia.

Nak dimaklumkan yang aku pun kerja dengan kerajaan, so ada masalah ke kalau aku nak komplen dengan perkhidmatan klinik yang memang sama je kat semua tempat. Aku rakyat Malaysia dan aku ada hak untuk bersuara dan cara aku bersuara melalui medium blog ni.. Ada aku kesah ke??

Dia kata memang benda tu biasa, prosedur biasa..dan aku pun boleh cakap yang perkhidmatan klinik kerajaan memang tahap biasa-biasa saje. So what?? Kerajaan sibuk nak transformasi bagai, so sila-lah transformkan perkhidmatan di klinik kerajaan.

Banyak benda buruk yang aku nampak kat klinik kerajaan yang aku tak sebutkan dalam tu dan aku nak sebutkan di sini.

Aku pernah pergi Klinik Kesihatan di Johor Bahru dan dengan selambanya seorang nurse marahkan seorang makcik India yang terkial-kial bertanyakan soalan di kaunter.. Kalau rasa tak nak kerja yang berhadapan dengan orang ramai, berhenti kerja je lah.. Jangan nak biadap sangat..

Masa aku buat medical check up untuk masuk jawatan kerajaan, seorang nurse dengan muka sombongnya menjawab pertanyaan aku dengan sangat kurang ajar.. Tak kira kau tu senior ke apa ke, tapi sebagai orang kerajaan, sila bersopan santun..Bukan bercakap dengan kurang ajar..

Dan lagi satu, kalau rasa nak komen kat blog aku, sila komen yang membina dan tegur dengan cara yang elok.. Dapat lagi komen macam tu, aku akan approve tapi aku sertakan caci maki aku untuk pengomen..

Kataku :
Selagi tak komplen, selagi tu servis tahap jamban