Wednesday, March 27, 2013

PHUKET TRIP - 5 (LAST)


Sabtu – 23 Mac 2013 – Hari terakhir berada di Pulau Phuket.. Bangun pagi dengan keadaan sangat malas sebab penat dengan aktiviti hari sebelum2 nya.. member dah desak2 suruh bangun..tak nak bazirkan masa percutian yang ada katanya.

Memang hairan bin ajaib..selalunya kalau pegi holiday, aku yang bangun awal dan semangat setinggi tinggi yang boleh, tapi untuk holiday kali ni, aku jadi pemalas semalas malasnya..hahahha

Aktiviti pagi cumalah jalan2 kat pantai..tak sah kalau pegi pulau tapi tak pegi pantai..ofcoz gi Patong Beach..aku datang memang sebab nak tengok pantai..
Pantai macam biasa la kan..pasir putih, air laut cantik..kaler biru..ada mat saleh dengan minah saleh berjemur..ada yang wat aktiviti laut cam jet ski sume..yang berjogging pun ada..dan..aktiviti sama macam aku..jalan kaki..

Sambil2 ambik gambar, sambil bakarkan kulit..memang aku nak kan sunburn..biar makin hitam kulit aku yang sedia hitam nih..huhu..hambik ko, balik Msia memang hitam terbakar terus muka aku..padan muka berkuasa kuda untuk aku.

Dah berjalan perut lak lapar, so singgah breakfast kat satu gerai tepi pantai..kitorang ambik set western breakfast..haa sambil makan tu sambil la bercerita sambil mengata sambil bergossip..macam2 hal kitorang gosipkan..dari hal diri sendiri sampai la hal orang lain sampai hal sukan sampai hal negara..hebat tak hebat kitorang??huhuhu..

Ada satu tahap tu, member aku nak mengata pasal member dia kat Msia..yang bestnya siap bisik2 kat aku..dengan selamber je aku sound dia “ko nak ckp bisik2 apsal lak?..kita kat Phuket la..tengok keliling sume orang putih..”...

Time tu macam lawak gile..time tu la, bila skarang aku cerita rasa macam dah tak lawak dah pun kan?huhuhu..

Takde aktiviti sangat la siang ni sebab nak kena balik hotel siap2 kemas barang..






Kataku :
Aktiviti banyak yang lama so masa macam habis banyak..ada lagi tempat best yang kitorang tak pergi

PHUKET TRIP - 4

Aktiviti malam adalah tengok show FantaSea..nak dijadikan cerita, sepatutnya van FantaSea akan ambik kat hotel pukul 5.00 petang tapi..oleh sebab aktiviti kitorang lambat habis, so tertinggal van..yang ni memang kita maklum sebab agen dah bagitau..

Nasib baik agen ni sangat membantu, dia sediakan kereta dan dia hantar naik kereta sendiri tapi bayar sket la..bayar pun bayar la, asalkan dapat tengok show.. Harga tiket masuk adalah 1900bath termasuk sekali dengan buffet dinner. So, tak payah pikir nak makan kat mana.. dah siap semuanya.

Sampai kat FantaSea dalam pukul 8.00 mlm, terus bagi kod nombor kat kaunter untuk dapatkan tiket..so, penjaga kaunter akan mintak kita isi form sket..isi nama dan jugak nama hotel then tiket akan dikeluarkan..dia tanya juga negara asal sebab kat tiket nanti dia akan print dalam bahasa Malaysia.. teruja, sangat international..

Bergambar2 dulu kat luar sebab bila dah masuk dalam auditorium tu, kamera dan juga perakam2 sume tak boleh bawak masuk..

Kitorang terjah gi dinner dulu..masuk kawasan tu macam blur jap sebab tak tau kedudukan restoran..bila cari, jumpa jugak akhirnya..tak susah nak cari pun sebenarnya.. dari jauh dah nampak restoran dan jugak bangunan show tu..teruja sangat2 sebab memang mengagumkan aku sebagai pelancong luar..

Nak masuk dalam restoran kena tunjuk tiket dulu, then dia akan tanya sama ada muslim or not..so, dia akan tulis nombor meja kat tiket dan dibenarkan masuk..ada area untuk makanan halal..so, jangan risau..





Makanan biasa2 macam kat hotel biasa..tak ada yang special tapi puas hati makan sebab berbaloi dengan bayaran dengan ruang makan yang selesa dan paling penting tak sesak..


Habis makan terus gerak tinjau2 keadaan kat luar..kawasan gelap dan bermandikan cahaya lampu sahaja..pencahayaan sangat menarik dan membuatkan kawasan tu sangat sempurna pada mata aku.




Nak tau show apa yang dipersembahkan?

Hahaha..hasil dari pengalaman kawan2 yang pernah pegi, dorang kata memang rugi kalau ter"miss" show ni..


Masuk dalam hall, kena cari tempat duduk dulu dan ada petugas yang akan membantu..so jangan risau kalau tak jumpa seat..


Bila show bermula.......


Pentas besar..props perfect..rasa macam dalam hutan..


Persembahan tarian bermula..ala2 persembahan pengenalan..mempamerkan budaya negara Thailand dengan liuk lentok dan gemalainya.. tergamam kejap..gittuh..


aku dah tak ingat dah turutan persembahan, tapi ada persembahan silap mata yang amat best dan kelakar, ada persembahan akrobatik dalam gelap..yang ni memang aku tak janga..bila hall dipadamkan lampu, aku memang nampak ada benda bercahaya tergantung kat atas..aku ingatkan lampu ke hapa ke..rupanya penari2 akrobatik tu dah standby tergantung kat atas dengan baju bercahaya..seronok dan...dua jari jempol aku bg kat show dorang..


Dalam persembahan seterusnya ada kuar gajah..pastu ada terbang2..terbang pakai tali la kan, bukan terbang betul.. pastu ada satu show tu macam musim tuai padi, ada la props sawah padi bagai sume..ada couple ni duk nyanyi2 dalam bahasa siam, pastu ada kerbau kuar jalan berderet2 dari kanan pentas ke kiri pentas..ingatkan habis kat situ, tetiba pulak ada sekumpulan ayam berlari dalam barisan..bijak betul la ayam tu..tak cukup dengan ayam, kuar kambing pulak...


Paling terperanjat, kuar burung merpati terbang ikut barisan dan tak ada seekor pun yang tersasar..waktu tu memang audiens bertepuk tangan..kagum dengan haiwan2 tu semua, dan kredit pada trainers haiwan tu..hahhahah..memang best..


Persembahan lain tu, macam biasa...ada tarian..lakonan sikit..yang menjadikannya international tu bila mana dari segi props, lighting, gerak tari..persembahan gajah..of coz la gajah diketengahkan sebab tu simbol negara dorang..


So, kalau nak rasa sendiri kehebatan persembahan tu, datang sendiri ye..bayaran tiket memang la agak mahal tapi berbaloi jugak..sekali sekala tengok persembahan di negara orang, tak rugi kan? then terpikir jugak, Malaysia..bila nak buat persembahan or pusat kebudayaan yang hebat macam ni??..bukan nak memburukkan tapi kalau setakat Kampung Budaya Sarawak tu, memang jauh punggung dari pinggangku ini..


Show habis dalam pukul 11.00 malam dan van dah tunggu kat luar.. waktu balik ni, kena tengok tiket..tengok kat zon mana kita kena tunggu van..macam kitorang yang duduk kat Patong Beach ni kena tunggu kat Zon 1... bagus kan? siap datang ambik dan hantar balik..macam ni lah yang kita nak sebab tak perlu risau nak balik macam mana.. berbaloi2 dengan apa yang dah dilaburkan..


Sampai hotel, tak berakhir kat situ..ada tempat lain yang kitorang tuju..tempat mana tu?hahha rahsiaaaaa....





Kataku :
Van tersalah hantar balik sebab salah hotel...aku dah nampak hotel kitorang tapi aku senyap je..motip kan aku?

Tuesday, March 26, 2013

PHUKET TRIP - 3


Jumaat – 22 Mac 2013 – Dah masuk hari ketiga kat Phuket ni.. untuk hari ketiga, memang aktiviti penuh dari pagi sampai malam..

Dah book trip untuk gi tengok2 island sehari sebelum.. aku ambik yang pakej 1000bath.. pakej James Bond Island, Phang Nga Bay, Monkey Cave, Panyee Island dan jugak Sarasin Bridge.. mula2 aku salah paham jugak..ingatkan sama je pakej2 tu semua..rupanya lain2..

Ada pakej Phi Phi Island, Maya Island dan Khai Island ( 3 in 1 ).. kiranya ni untuk pantai2 je semua.. aku nak ambik yang ni tapi member tak nak.. sedih *sambil kaki kuis2 kat pasir..

Pakej lagi satu plak pegi Panak Island, Hong Island, James Bond Island dan jugak Mangrove Lagoon. Yang ni naik feri pastu akan naik longtail boat untuk pergi ke James Bond Island.. yang ni pun best jugak kut sebab boleh lunch kat atas feri..fefeeling Titanic gituh..

Oleh sebab kitorang dah pilih pakej yang pertama tu kan, so takyah la nak bawak towel ke, swimming trunk ke, baju basahan or apa2 benda yang lain..pakej kitorang ni lebih santai, makanya jam 10.00 pagi dah kena terpacak depan hotel. Satu van sampai dan ambik kitorang. Masuk2 je dalam van, dah penuh dengan mat saleh..kitorang je yang lidah belacan ok, yang lain2 tu lidah cheese katanya. Dari Patong Beach menuju ke Monkey Cave dulu untuk melawat kawan2 lama yang dah terpisah lama.. masa yang diambik memang lama..sempat aku tidor sambil mimpi.. Nasib baik van dalam good condition dan econ pun baeeekkk punya, so takde masalah..

Kat sini ada gua dan dalam gua tu ada patung Buddha..see, aku ni asyik melawat patung Buddha je la kan? Cuma teruja dengan keindahan cave tu je..lekak lekuk cave tu memang cantik..kejadian Allah memang cantik..monyet2 kat luar cave tu pulak jenis tak garang tapi aku tak bawak makanan, so lain kali je la aku bg makanan ye wahai monyet2 sekalian..



Pastu teruskan perjalanan untuk naik longtail boat menuju ke Panyee Island..Panyee Island ni sebuah pulau yang menempatkan perkampungan Muslim dan kitorang akan berhenti untuk lunch..berderet restoran atas laut dan travel agent ni dah book awal2 restoran mana yang nak berhenti.. tempat makan dah tersedia dan kitorang dihidangkan dengan makanan Thailand.. best sangat bila makan atas laut, dengan angin kuat..pemandangan cantik..

Belakang restoran tu, ada kedai2 jual cenderahati oleh penduduk..macam2 jenis ada..makanan, pakaian, fridge magnet, key chain dan jugak hasil laut..best..rasa macam kat kampung2..




Dah puas makan, teruskan perjalanan semula menuju ke destinasi yang lain.. tempat seterusnya ialah Phang Nga Bay. Kat sini ada aktiviti kayak..kitorang tak ambik pakej kayak ni.. so, duduk la atas jeti sambil tengok orang berkayak sambil2 lagi bergambar..sakan la aku bergambar..dah masa diperuntukkan sejam, apa lagi aku nak buat kat atas jeti ni kan? Atas jeti tu boleh minum2..FOC je minum..memang dah disediakan..ala sebenarnya dah sekali caj dalam pakej tu..




James Bond Island…tempat terakhir bagi sesi penjelajahan atas air yang kitorang singgah..ni yang paling glemer..kenapa tempat ni dipanggil James Bond Island? Sebab ada salah satu siri James Bond tu buat penggambaran kat sini..sebagai kenangan, lekat nama James Bond sampai bila2..seriously tempat ni cantik ok.. memang kejadian Allah tu semua cantik..teruja sangat2 sampai tak mampu nak type nih..hahhaha kalo nak tengok cantik tak cantik, kena pergi sendiri..tengok dan alami sendiri.. bak kata aku pada member aku “ kecantikan tempat ni tak terakam dalam kamera..semua masuk mata, simpan dalam otak..” gituhh terrer tak aku berfalsafah?



Aku dah excausted time nih..dari pagi sampai petang..duduk dalam boat, panjat boat naik tebing..kena panas terik..layan minah saleh berbual…arghhh penat sangat..habis aktiviti bergambar kat James Bond Island, kitorang balik ke daratan.. eh tak lupe daratan ok, kembali jugak ke pangkal jalan.. aktiviti tak habis kat situ..dah le malam nak kena tengok show FantaSea, aktiviti petang masih ada satu..tempat last ni takde lah best sangat.. Menuju ke Sarasin Bridge iaitu jambatan yang menghubungkan antara Phuket dan Phang Nga ( kalau tak silap ).. asalnya jambatan ni adalah jambatan utama yang jadi penghubung, tapi kerajaan Thailand dah siapkan jalanraya baru sebagai penghubung..kalau kat Msia ni macam Penang lah..ada jambatan yang menghubung antara pulau dan juga tanah besar.. so, Sarasin Bridge ni dibuka untuk pejalan kaki bersiar-siar  ambik angin petang.



Akhirnya tamat jugak sesi jelajah siang..masa untuk balik ke hotel dan bersiap2 untuk aktiviti malam pulak..

Kataku :
Suka naik bot dan sukakan laut..


PHUKET TRIP - 2

Khamis – 21 Mac 2013 – Bangun pagi, sebenarnya masih blur dan tak bincang nak bergerak ke mana.. senarai tempat yang aku dah listkan, aku tertinggal kat Malaysia.. bagus sangat aku ni kan? Sebulan prepare, last2 tertinggal dan aku lupa tempat2 tu semua.



Akhirnya kitorang rancang pegi ronda-ronda Phuket.. tahan teksi dan tanya harga.. Driver teksi buat pakej.. 5 jam berjalan keliling Phuket dengan harga 800bath. Dia bawak mana-mana tempat yang kita nak..siap ada catalog lagi tuh, so pilih je la mana yang rasa best.. yang kurangnya bila driver teksi tak boleh berbahasa Inggeris.. cuma sikit2 je yang dia paham.

Tempat pertama kitorang singgah – Big Buddha Temple.. patung Buddha color putih yang besar.. gi tengok tempat ni sebab nak tau apa istimewanya tempat ni, bukan niat lain pun.. tempat ni takde apa yang menarik pun.. just taking picture, ronda2 pastu gerak tempat lain.



On the way tu, driver singgah kat satu kedai cenderahati.. berhenti sekejap je kat sini sebab tempat tu macam tak menarik sangat.. tak banyak barang souveniors yang ada..yang ada pun banyak patung2 agama dorang.. memang tak la kalau aku nak beli pulak kan? So kitorang tinggalkan tempat tu dengan tangan kosong..padan muka tuan kedai, sape suruh jual benda tak best..

Seterusnya gerak ke Chalong Wat.. kuil Buddha jugak.. senibina cantik..aku suka tengok senibina yang ada..galak betul aku ambik gambar.. kat sini, dorang akan bakar mercun dalam tempayan besar (suka ati je tulis tempayan..tengok gambar kat bawah)..mungkin ada sebab2 dia bakar mercun dalam tu, tapi aku malas nak ambik tau..kalau aku tanya pun bukan dorang paham aku cakap apa. Kat bahagian belakang kawasan ni ada gerai jual souveniors tapi aku tak tengok pulak harga mahal ke murah..aku cuma jalan2 tengok dari jauh.



Waktu ni dah panas sangat.. tengah hari dah pun waktu tu.. kitorang mintak driver hantar ke tempat jual gajus..ada banyak tempat or kilang gajus ni tapi dia bawak yang kat sini.. layankan je lah..aku nak request lebih2 pun bukan aku tau..dah sah2 list tertinggal kan..memang macam nak tampar muka sendiri selaju mungkin. Kat kedai gajus ni, kita boleh rasa.. dia jual gajus berperisa..macam2 ada, ada rasa salty, butter, chocolate, sambal..sume ada lah..so, ambik kesempatan rasa semua la, dah sah2 orang bagi free untuk rasa kan? Last2 aku beli dua je..merasa bukan main, beli cuma dua..ala mahal la gajus ni.. kat Malaysia pun ada, so takyah la aku beriya sangat nak berat2 bawak balik benda alah ni kan? Sebagai syarat sudah..


Settle kat kedai gajus ni, member aku mintak hantar kat mana2 kedai yang ada jual seluar dengan baju.. driver hantar kat satu outlet.. murah2 je baju dengan seluar kat sini.. outlet ni sebelah dengan Phuket Square..aku tak tau apa nama tempat tu..haahaha… member sambar sehelai seluar dengan beg..ambik masa sejam jugak kitorang pusing2 dalam ni..aku dapat capai sehelai jersi bola negara Thailand..tu pun beli sebab ada orang mintak carikan..



Puas berjalan dan masa pun dah suntuk.. tempoh 5 jam tu dah nak habis dah.. so last destination kitorang adalah shopping mall..mintak driver hantar kat Jungceylon..macam2 ada jual kat dalam ni, kitorang pegi terjah money changer dulu..nak kena tukar duit lagi..tak cukup duit woooo..ntah ke mana ntah habisnya duit tu..

Cari makan tengah hari kat sini jugak..kat food court bawah.. ada kedai muslim..akak yang masak tu pakai tudung, dan dia masak secara open..nampak lah dia masak apa..so, jangan risau pulak nak cari kedai makan halal kat sini..cari je akak ni, mesti jumpa..huhuhu.. makan nasi goreng sepinggan 120bath seorang. Kira mahal la jugak tapi mencari yang halal itu wajib..wehehhehe.. Lepas dah topup energy, sambung jalan2 dalam mall pulak..dalam ni tak beli apa sebab sama macam Malaysia je..



Petangnya, kitorang balik hotel untuk berehat. Penat sangat, dah tua dah kan? So sedar2lah diri sikit. Mandi-mandi dulu sebab malam nak ke FantaSea tengok show.. Pukul 5.30 petang dah nak kena kumpul sebelum van ambik tapi malangnya……hari Khamis FantaSea tutup lah… sia-sia sangat petang tu..beriya sangat balik nak bersiap, tengok2 show takde malam tu.. meroyan jap..



Oleh sebab aktiviti dah cancel, malam tu kitorang berjalan lagi untuk isi masa malam yang tersisa..gituh kan..ye lah, dah kecewa, tu yang ayat macam kecewa sikit. Tak tau nak buat apa, last2 pergi massage.. harga lebih kurang sama je tiap2 tempat massage tu, so takyah nak survey sangat la kan.. wat membazir tenaga & peluh je..baik simpan peluh tu esok2.. kitorang ambik full body massage, saje nak relaks kan diri..kalau kat Msia memang tak ado lah nak massage2 bagai kan..



Lepas massage, masa untuk berjimba2..malam masih muda kan…

 Kataku :
Memang layak Phuket tu kena Tsunami..aktiviti malam sgt2 tak bermoral

PHUKET TRIP - 1

Rabu – 20 Mac 2013 – aku kuar awal dari opis dalam pukul 4.00 petang sebab nak gerak ke LCCT, Sepang. Partner holiday aku dah tunggu kat lobi opis dari waktu lunch hour. Nasib ko la kan, datang awal sangat. Mintak tolong Raja Pian hantar ke LCCT.

Flight aku pukul 6.10 petang, masa yang terluang tu kitorang isi dengan duduk melepak kat Oldtown sambil berchitchatting..chit chat je, takde gossip-gossip bagai.

Tepat jam 6.10 petang, penerbangan bermula dan masa untuk ucapkan selamat tinggal Malaysia..

Dalam jam 7.30 malam ( waktu Msia ), flight mendarat kat Phuket International Airport.. Keterujaan makin melampau-lampau, tak sabar nak jumpa aweks Siam.

Sawadikap..ucapan untuk diri sendiri je.

Melepasi Imigresen dan aku kutip pamplet2 yang ada…pengalaman pertama menjejakkan dua tapak kaki kat bumi yang pernah dilanda Tsunami, agak risau.

Abang teksi dah tunggu..aku dah book awal2  driver untuk pick up kat airport dan sebenarnya bukan driver teksi yang tunggu.. rupanya driver tu kerja kat hotel yang kitorang menginap. Dengan bayaran 680bath, kitorang dilayan baik, naik kereta Mitsubishi lagi..perjalanan dari Airport ke Patong Beach ambil masa dalam sejam ke sejam setengah..eh! lebih kurang macam tu lah sebab aku rasa macam lama sangat nak sampai hotel. Dalam suasana malam, tak nampak apa yang ada kat kiri dan kanan jalan.. Layan perasaan sendiri sebab penat.

Sampai hotel kat Nanai Road.. Ambik hotel bajet dengan harga 2050bath bagi 3 hari 3 malam.. Nama hotel Hi-QC.. kat Nanai Road banyak hotel2 bajet, pilih je yang mana suka dan perlu diingatkan yang Nanai Road bukan dekat dengan pantai ye.. Kalau nak ke pantai kena jalan kaki dalam 15 minit.. Naik tuk tuk pun boleh, naik teksi motor pun boleh atau nak sewa motor sendiri.. skuter macam2 jenis tapi kitorang tak jadi sewa motor kat sana sebab nak jadi macam mat saleh sambil jaga kesihatan ( katanya )..so jalan kaki sambil basahkan ketiak je la kitorang.. Kalau sewa motor, charge 250bath untuk sehari ( 24 jam ). Kat area Bangla Road pun banyak hotel, kat Patong Beach lagi la banyak. Kalau rasa nak hotel yang berbintang, boleh cari kat Patong Beach.

Lepak bilik kejap, then mandi2 terus putuskan kuar cari makan.. kat sepanjang jalan ada je kedai2 makan, ada bar dan coffee house. Nak cari makan kena hati2, takut2 terkena kedai yang non halal.. ternampak satu kedai berlogokan halal, kitorang berhenti singgah.. Redha dan tawakal dengan tahap kehalalan tu..

Harga makanan agak mahal, maklum lah kawasan pelancongan, memang la lubuk duit kan.. dua orang makan dicaj 600bath++.. dua nasi goreng, dua juice ngan semangkuk tom yam campur.. rasa makanan?? Better lagi kedai2 Kelantan kat Malaysia ni.. tak sedap dan tak boleh masuk dek tekak, tapi oleh sebab kebulur tahap gaban, telankan jugak. Jangan merungut depan makanan kan? Keliling kitorang penuh dengan mat saleh yang tak cukup kain baju.. so, takde hal kalau nak mengutuk2 dorang pun kan?


Lepas makan, kitorang survey2 tempat.. menghala ke Bangla Road.. Bangla Road tak sesuai langsung untuk kanak2 ye.. maksiat semua tu..hahhahah..sape2 yang pernah pegi tu, sure-lah tau kan apa yang ada kat situ.. tak nak cite panjang2 walau  hakikatnya kenyang mencuci mata..opsss… member nak gi survey kedai jahit untuk buat baju kemeja dengan suar..memang kat sini murah2, macam kat Indonesia jugak.. akhirnya dapat aim kedai yang dia nak dan dah dapat jenis kain yang dia berkenan.

Dah puas berjalan, balik hotel semula untuk berehat dan tido…

Kataku :
Lepas ni tobat taknak ambil flight petang or malam





Monday, March 25, 2013

PHUKET ; KESIMPULAN

Percutian ke Phuket dah berakhir dengan selamat..Alhamdulillah dapat balik semula ke Malaysia..satu kesimpulan yang dapat aku katakan pasal Phuket..tempat maksiat yang sentiasa panas..giler panas..mengalahkan panas Malaysia..

nak buat kesimpulan dulu sebelum bercerita...hahhahh

Phuket cuma tempat hiburan semata-mata..tempat untuk enjoy dan menghabiskan masa dan sepanjang aku ada kat Phuket,kelibat orang melayu Malaysia sangat kurang..boleh dikatakan cuma 3,4 orang je..yang lain-lain tu mat saleh je yang ramai..

Phuket syurga maksiat...hahha bole ke aku tafsirkan macam tu? penuh dengan kelab dan bar serta show-show tak senonoh..

Shopping? sekadar souveniors tu bole la..untuk lain-lain tu, agak kurang..barang2 yang dah ada kat Malaysia je..

Makanan? bergantung pada tempat jugak..di Patong Beach tak sukar nak cari kedai makan halal..ada tu ada tapi tahap kehalalan tu tak sure sama ada 100% halal atau halal pada logo sahaja.. tawakal dan yakin je dengan apa yang ada..

Aktiviti banyak boleh dilakukan kat Phuket..paling utama of course aktiviti laut.. island hopping, canoe, snorkling, jemur tepi pantai dan jugak aktiviti-aktiviti pantai lain..

Selain tu, wajib buat adalah massage..macam-macam jenis massage yang ditawarkan..bagi yang hidup penuh kesosialan  dan kesialan, boleh lepak-lepak kat kelab sambil tengok aksi pole dance...ish buat rosak iman jeh..

Banyak lagi aktiviti...dari segi kebudayaan, boleh tengok show Fantasea yang ohsem..stage besar...tarian yang cantik dan..........nanti aku cerita pasal Fantasea..sangat kagum dengan tempat nih.. Malaysia bila nak ada ?

Untuk entry seterusnya akan aku ceritakan secara lanjut aktiviti kat sana..

Chowww dulu..siapkan keje..


Kataku :
Balik Malaysia je, terus kena gi kelas..penat wooo

Monday, March 18, 2013

FLIGHT ATTENDANT

Mendengar cerita kerja seorang kawan yang jadi Flight Attendant (FA) syarikat airline, buat aku kesian kat dia.

Aku yang bagi galakan kat dia suruh cuba pergi interview dan akhirnya berjaya-lah jugak. Kena kursus 2 or 3 bulan kat akademi penerbangan tu, then kalau lulus exam barulah layak bergelar FA.

Mula-mula dia tak yakin, tapi bila dah dapat galakan ngn dorongan, dia jadi yakin dan bila dah masuk dalam bidang kerja sebenar, dia jadi agak menyesal.. menyesal sikit je la, bukan menyesal banyak.

Tak indah rupanya kerja jadi FA ni.. kita tengok macam senang je kan? layan penumpang, jaga keselamatan penumpang, pastu offer nak makan apa.. rupanya disebalik kerja-kerja tu semua, dorang kena berkorban.

Dah le kerja atas awan, sehari kena buat dua penerbangan tempat yang berlainan.

Bangun tido jam 2 , 3 pagi untuk bersiap pergi kerja.. balik kerja malam..

Masa untuk diri sendiri pun takde, tapi nak tak nak kena maintain cantik..maintain ensem je depan orang..

Bila dah dengar cerita sebenar, baru rasa macam simpati sangat.. nak berhenti kerja pun tak boleh sebab kena habiskan masa 2 tahun dulu..hahhaha

Kalau nak berhenti sangat, adalah denda yang kena bayar.. banyak jugak denda tu..

 curi dari google

curik dalam google

Kataku :
Jangan tengok pada luaran sahaja

Friday, March 15, 2013

KELEDEK GORENG & SAMBAL KICAP



marbeles gile dapat makan keledek goreng dengan sambal kicap

sampaikan masa beli tu, auntie cashier tanya

" eh makan dengan sambal kicap?? kenapa? "

dengan bangganya aku jawab

" saya orang Johor..orang Johor memang macam benda2 goreng ni dengan sambal kicap"

bila dah pekena tu, rasa macam besttt giler...

sambal kicap tu pun sedap..pedas2 manis..

Kataku :
Masih ingat asal usul


Saturday, March 9, 2013

PERSIAPAN AWAL - PHUKET TUNGGU AKU

Aku tak nak buat persiapan akhir-akhir masa supaya kepala aku tak serabut nak pikir benda-benda remeh sebelum bergerak ke negara gajah putih.. destinasi aku nanti adalah Phuket Island dan tagline percutian kali ni " phuket..tunggu aku..."

Ntah apa yang disuruh tunggu pun aku tak tau..abaikan je lah..

Persiapan? Hotel dah siap book semua dan aku ambik hotel kat Patong Beach.. Kenapa pilih Patong Beach? sebab hasil dari survey-an aku, ramai pelancong akan "berumah tangga" kat pantai ni berbanding dengan pantai-pantai lain.

Ni pengalaman pertama aku ke Phuket, so redah je lah.. aku bukan pandai pun tempat-tempat orang ni. Dah sampai sana baru tau macam mana keadaan tempat tu.. boleh belajar dari pengalaman untuk percutian kedua ketiga dan seterusnya.

Aku pun dah senaraikan tempat-tempat yang nak gi kat sana.. opcos la nak gi massage kat sana kan..eh massage yang halal ye, bukan yang haram.. 

Cuma yang mendukacitakan aku bila dari 5 orang yang mula2 nak pegi, cuma 2 orang je yang confirm.. 3 orang lagi tu cancel last minute.. tak kisah lah, hal korang sendiri nak pegi or tak.. yang penting aku nak enjoy diri aku sendiri.. ada aku kesah dengan diri korang??

Dan ada kebaikan juga kalau pegi dalam kelompok yang kecik sebab pergerakan akan lebih cepat dan tak yah nak tunggu2 kawan-kawan siap.. pastu kalau ramai2 sangat, banyak kepala yang nak kena ikut.. yang tu memang aku tak suka.. prinsip aku dalam berholiday ni "kita redah selagi boleh redah..dah alang2 berjalan,  jalan sampai pitam"

Easy kan kalau gi holiday dengan aku? one more thing, aku ni tak cerewet.. 

Hahhahaha...dan kalau ada idea2 best yang tetiba terpacul kat kepala hotak tu, aku akan follow je, xde banyak potpetpotpet..

Percutian ni pun aku bajet2 jugak.. Tak nak melampau2 sangat berhabis duit.. Pembaziran sungguh sebab Phuket cuma sekadar pantai untuk melepaskan masalah..



map ni hasil curian aku dari google

Kataku :
Target ke Bali pulak..tapi tahun depan la..


Monday, March 4, 2013

SKYVIEW@11, JABATAN PEGUAM NEGARA

Sapa sangka kat bangunan Jabatan Peguam Negara, Presint 4, Putrajaya ada sebuah restoran di bawah kendalian Marriot Hotel? Orang2 Putrajaya sendiri tau ke tak agaknya? Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tau setakat suam2 kuku je kan?

Aku tau pun dari member opis yang dah tukar profesion jadi food hunter..keh2...

Aku dah cuba makan kat sini dan makanan dia ok2 je.. takde sedap mana dan takde lah teruk mana..taraf hotel macam tu je kan? Ada menu yang sedap dan ada menu yang so-so saje.

Restoran ni kat tingkat 11 bangunan Jabatan Peguam, kalau nak pegi, just pergi kat lobi dan naik lif je. Tempat taklah besar mana tapi selesa dan bersih.







Kitorang makan pasta je, sebab menu tak banyak sangat.. Gambar pun tak banyak sempat nak snap sebab fokus pada makanan, tambah2 lagi segan nak ambik gambar.. heheh

Kataku :
TQ pada yang belanja ye