Wednesday, July 31, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TAN SRI KSN & PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA


Hari Isnin lepas ada majlis berbuka puasa bersama Tan Sri KSN dan jugak Presiden Perbadanan Putrajaya. Tetamu jemputan pulak KSU-KSU dari semua kementerian dan jabatan.

Aku bertugas jadi tukang jaga makan je lah kan..dah sah2 duduk unit F&B.. redha je lah..hari2 menghadap makanan.

Majlis berjalan lancar walaupun ada sedikit perubahan last minute. Kesian kat katerer sebab kena rombak balik setting meja untuk VVIP.

Dan aku pulak cuma pantau dorang setkan meja-meja tu je lah..huhu

Majlis bermula dengan tazkirah dan diikuti dengan berbuka puasa. Kemudian tetamu pegi solat maghrib dan sambung makan malam pulak. Masuk waktu Isyak, dorang solat dan diteruskan dengan solat sunat tarawih. Lepas tarawih ada pulak moreh.

Aku tak ambik “pot” sangat lah pasal event ni sebab ada cerita disebalik majlis ini.


 
Kataku :
Anak kera disusukan, anak sendiri mampus kelaparan
 

Tuesday, July 30, 2013

PUSAT KITAR SEMULA KOMUNITI PRESINT 9 PUTRAJAYA



Masa duk mengemas-ngemas baju-baju yang ada dalam kotak (sejak pindah, malas nak memunggah baju), terpikir jugak nak dermakan baju-baju dengan seluar-seluar yang masih boleh pakai ni kat mana-mana pusat kebajikan. Tapi bila dipikir-pikirkan balik, mana nak cari pusat kebajikan tu kan. Setakat berapa helai je (banyak helai jugak sebenarnya).

Akhirnya google punya google, jumpalah cerita pasal Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9, Putrajaya. Sebenarnya dah pernah terbaca kat blog Jemarisuri pasal pusat nih. So, bila dah diasing-asingkan baju yang nak didermakan, aku pun hantar. Kedudukannya di flat hijau Presint 9 (orang Putrajaya mesti tau)..

Sebenarnya pusat kitar semula ni menyediakan perkhidmatan menerima barang-barang recycle. Recycle yang boleh mendatangkan duit seperti kertas, tin, botol dll. Jugak recycle atas dasar kebajikan iaitu dengan mendermakan pakaian terpakai. So, takde duit yang akan diberikan. Pakaian tersebut akan dirapikan semula dan akan dijual. Hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan. Secara tak langsung, InsyaAllah dapat jugak pahala untuk kita kan?

 4 beg kesemuanya

 sini lah tempatnya

Kataku :
Sangat mudah kan?

Monday, July 29, 2013

PERUBAHAN DINDING A107 (MYHOME)


Nak raya ni kan, rumah pun nak kena cantik jugak.. So, sesi men”touch up” dinding umah pun bermula. Dengan warna grey yang dah separuh aku cat kat dinding rumah, ditambah lagi dengan aura dari wallpaper yang dah setahun aku book tapi baru dipasang semalam. Actually bukan salah orang tu, aku sendiri yang memang mintak pasang lambat-lambat sebab nak cat rumah dulu.

Wallpaper aku ambik dari Only One M Decor. Kalau minat, cuba bukak website onlyonemdecor.com dan tengok-tengoklah jenis-jenis wallpaper yang menarik dalam tu.

Sebenarnya sesi mengecat tak habis lagi. Ruang makan masih belum cat sebab cat untuk tempat tu masih belum beli. Kat area tu aku nak ambik warna macam merah bata. InsyaAllah dalam minggu sebelum raya ni aku cuba settlekan. So, lepas raya (lepas balik kampung), rumah dah nampak lain. Hehehe..


Kataku :
Pikirkan perabot tambahan..duit..duit..mana kau duit?


Tuesday, July 16, 2013

BAYARAN BALIK PTPTN DAN DISKAUN


Saya sudah, anda bila lagi?? Eh..nak cerita pasal PTPTN ni ha. Kalau keluar iklan PTPTN yang suruh bayaq utang tu kan, mesti akak aku akan pandang aku dan gelak-gelak. Eleh..mentang-mentang lah dia wat pinjaman MARA, pastu dah settle bayaq, boleh la dia gelak-gelakkan aku. Aku memang hati kering, buat tak tau je.

Sampailah satu masa tu, aku rasa aku kena bayaq jugak PTPTN tu sebab aku taknak dibelenggu dengan hutang piutang yang tak habis-habis. Tambah-tambah lagi aku tak nak kena black list untuk ke luar negara (ni yang paling penting..kau mampu??)

So kalau sape-sape yang dah ada simpanan dan nak bayaq habis, ada diskaun yang diberikan oleh PTPTN. 20% potongan diberikan. Macam aku ni, pinjam masa study dulu dalam RM 15k, so dapat diskaun aku kena bayaq dalam RM 12k. Erkkkk banyak nye nak kena bayaq. Habis lah duit aku..boleh minang anak dara orang tu..

Korang boleh pergi ke mana-mana pusat PTPTN dan mintak penyata. Kalau kat Putrajaya ni, boleh pergi kat Kementerian Pendidikan Malaysia kat Presint 5 dan pergi kat kaunter yang disediakan. Isi form dan cetakan penyata akan dibuat dalam masa 10 – 15 minit.

Kemudian, korang boleh buat bayaran secara cek, bank draf dan seangkatan dengannya. Nanti kena isi borang lagi, kemudian resit akan diberikan. Kemudian, pegawai di kaunter tu akan bagitau yang dorang akan emelkan pada kita surat pelepasan pembayaran pinjaman PTPTN melalui emel atau pun ambik sendiri. 

Dan....selesai..senangkan??

 ni penyata dari PTPTN. amaun yang kita kena bayar

 selepas buat pembayaran, PTPTN akan bagi slip macam ni

  resit rasmi pembayaran


Kataku :
Kembali menabung untuk masa depan..

Monday, July 15, 2013

SOFA SECOND

Ada tak sape-sape tengah mencari set sofa yang second hand? Aku nak let go set sofa sebab nak cari yang L-Shape punya. Ruang tamu jadi sempit pulak bile sofa 3 + 2 ni dah menghuni kat situ.

Kalau berminat boleh whatsapp or sms pada nombor ni : 019-660 6294.

Sofa ni bukan leather ye, ni PVC. Pakai dah 3 tahun tapi masih lagi dalam keadaan baik. Cuma ada calar-calar sikit masa pindah rumah aritu. Lori kena cari sendiri. Harga akan diberitahu secara personal.. Hehhehe gittuh la plak kan?

Aku dah iklankan kat mudah.my dan ada respon belum ada buyer yang serius nak beli. Kalau minat boleh tengok-tengok dulu, kalau puas hati dengan harga dan condition, so boleh angkut. Takde masalah...




  
Kataku :
Misi mengecat rumah akan bermula

BUFFET RAMADHAN PICC 2013



Sempena bulan Ramadhan ni, ramai jugak yang mencari info pasal buffet Ramadhan. Kat PICC masih lagi teruskan Buffet Ramadhan dan sekali lagi Eden Catering mendapat mandat untuk menyediakan makanan. Dengan tema Ikan Air Tawar, harap-harap pengunjung berpuas hati dengan penyediaan makanan yang disediakan.

Kat bawah ni aku attachkan pamplet, segala maklumat ada dalam tu. Kalau nak buat tempahan, nombor telefon dan emel semua ada. Tinggal call sahaja.

Aku masih belum berkesempatan nak berbuka puasa kat Buffet Ramadhan Eden, cuma tengok-tengok dari luar je.


Kataku :
Tengah plan dengan member nak buka sama-sama