Tuesday, October 29, 2013

YOGJAKARTA BERHATI NYAMAN - BHG. 2


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera Untuk Semua
Hari kedua di bumi Yogjakarta berhati nyaman. Kenapa aku asyik sebut “Yogjakarta berhati nyaman”? Tu sebenarnya tagline penduduk kat sana dan memang orang-orang Yogjakarta berhati baik dan murah dengan sapaan dan senyuman.
Siang di sana agak cepat kalau nak dibandingkan dengan Malaysia tapi aku tetap jugak tak bangun awal. Hehehhe.. sengaja memalaskan diri dalam mood bercuti dan Mas Ichan tak menghalang aku untuk terus tidur. Lupa pulak nak bagitau kan yang sepanjang 3 hari kat sana, aku cuma tinggal di rumah Mas Ichan. Kebetulan pulak dia memang tinggal berdua bersama dengan pembantu rumah dia. So, tak ada masalah untuk aku tumpang rumah dia yang sangat selesa bagi diri aku. Dengan suasana kampung dan pokok-pokok, sangat mendamaikan. Memang rasa malas nak pulang ke Malaysia.





Bila aku mandi dan bersiap, Wahyu dah sampai dan menunggu aku. Kitorang bergerak untuk ambil Mas Tintung di saloon tempat dia bekerja dan meneruskan perjalanan ke tempat makan. Aku dah lapar sangat dek sebab perjalanan yang agak jauh. Dalam masa yang sama aku seronok sebab dapat tengok kawasan-kawasan yang menarik. Sawah pagi, kebun, rumah-rumah kampung, kedai-kedai dan jugak anak-anak bermain di jalanan.
Untuk hari kedua ni, kitorang bersarapan agak jauh semata-mata nak makan soto yang sedap. Mintak maaf jugak sebab gambar soto tak diambil sebab terlalu khayal makan dan berborak. Sedar-sedar makanan dah habis.




Tengah hari nya pula aku ke Outlet Biru ( OB ). Kalau nak beli t-shirt, seluar malah kasut, boleh datang ke OB. Harga murah, pilihan banyak dan barangan terbaru. Selesai belanja, gerak ke butik Sang Raga milik Mas Ichan.





Walau pun tak banyak tempat yang aku pergi tapi masih tetap rasa penat. Faktor usia mungkin.. Hahhaha.. atau mungkin jugak aku dah setkan dalam otak yang percutian kali ini adalah untuk bersantai, jadi badan aku cepat merasa malas dan penat. Dalam pukul 3.00 petang, kitorang balik ke rumah dan rehat. Terasa aku dilayan macam putera. Sampai-sampai je rumah, terus baring dan tidur sebab malam nanti ada aktiviti lain yang akan menyusul.

Malamnya kitorang keluar untuk lepak-lepak di Balcony Cafe sambil tonton live band. Dalam pukul 12.00 malam, aktiviti malam pun bermula.. Tetttttt...




 Kataku :
Terima kasih untuk semua


Monday, October 28, 2013

YOGJAKARTA BERHATI NYAMAN - BHG. 1

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera Untuk Semua

Aku bukan kaya, apatah lagi hendak berlagak kaya. Ya, aku tau bila aku bercerita yang aku bercuti sekali lagi ke Kota Yogjakarta selepas pulang bercuti dari Korea ( bulan September ), orang akan kata aku sengaja menghabiskan duit, membazir dan membuang masa pergi ke negara orang.
Bercakap lah sepuasmu kalau itu yang menjadi kesukaanmu. Aku kenal dan tahu siapa diri aku, apa tujuan aku dan kenapa aku buat macam tu.
Lupakan drama sebabak tu, let’s continue dengan sedikit pengalaman aku bercuti santai di Yogjakarta yang berhati nyaman. Pertama sekali aku nyatakan kat sini yang percutian aku ni bukan untuk bercuti dengan tujuan melihat negara dan tempat-tempat menarik di sana. Tujuan aku bercuti adalah untuk bersantai, menenangkan diri di sana dan paling penting berjumpa dengan kawan-kawan yang dah setahun tak aku jumpa. Rindu...ya ada perasaan rindu aku pada mereka.
Untuk pengetahuan semua juga, ini kali kedua aku terbang ke Yogjakarta. Jadi, aku dah puas jelajah daerah di sana. Tiadalah kunjungan ke candi-candi, ke pasar-pasar atau muzium-muzium sejarah untuk percutian kali ini. So, jangan mengharapkan gambar-gambar seperti itu. Tempat-tempat tu semua dah aku abadikan masa percutian pada tahun 2010 (kalau tak silap).
Flight dari LCCT pukul 3.15 petang waktu Malaysia. Aku ambik half day, pagi tu kerja, tengah hari gerak ke LCCT. Sampai di Lapangan Terbang Adisucipto pukul 5.00 waktu Indonesia. Sesiapa yang dah pernah pergi ke Yogjakarta mesti tau kan betapa kecik nya epot daerah ni. Masa beratur untuk lepaskan Imigresen pun kena bersesak-sesak. Sabar aje lah.
ciptaan Allah itu sangat sempurna.. SUBHANALLAH
Mas Ichan dan Wahyu dah tunggu aku dengan penuh keterujaan. Haha TQ sebab datang jemput. Dari epot ambik Mas Tintung pulak untuk menuju ke destinasi di Jalan Malioboro untuk satu majlis di Mirota Batik mall dan majlis tu jugak mendapat tajaan pakaian daripada butik Mas Ichan. Sebab tu kitorang datang untuk majlis tu. Kebetulan MC untuk majlis tu kawan-kawan kitorang jugak.
menunggu waktu pengumuman pemenang
Majlis habis pukul 11.00 malam. Aku dah penat sangat. Singgah makan gudeg kat lesehan. Best sangat. Gambar tak snap sebab dah malam, bateri hp pun dan nak mati.
Kataku :
Susah sangat nak dapat wifi kat sana.. mati kutu aku..

Friday, October 25, 2013

ASSALAMUALAIKUM SEMUA


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera Untuk Semua

Blog ni dah macam tak terusik dah.. takde entry terbaru.. semua sebab tuan blog yang malas nak mengupdate cerita terbaru.. * cakap sendiri2 “ ada orang nak tau cite pasal ko ke?”

Ok..kalau tak nak tau xpe lah..biar aku syok sendiri menulis cerita pasal diri aku dan apa yang aku nak tulis dan terlintas dalam kepala otak aku.

Sikit-sikit lah masukkan cerita dalam blog ni walaupun tahap kemalasan masih menebal.

Tapi untuk arini tak sempat la nak menaip sebab petang ni nak terbang lagi..

Terbang ke mana? Tunggu je lah entry akan datang.

Bulan lepas dah terbang ke Korea, hari ni terbang dekat2 je.

Bubye Malaysia..
 
Kataku :
Tak salah terbang dan puaskan diri sendiri