Tuesday, December 17, 2013

SAAT UCAPKAN SELAMAT TINGGAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah tiga minggu duduk kat pejabat baru, dah tak kerja kat PICC sebab PICC sudah diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya dan diuruskan oleh PICC Sdn. Bhd. Kiranya dah private 100%.

Di"offer" untuk dipinjamkan selama dua tahun dengan kenaikan tiga tangga gaji, oleh sebab ada alasan sendiri, aku tak setuju untuk dipinjamkan. Aku jugak di"offer" oleh PICC Sdn. Bhd untuk berkhidmat dengan mereka dengan tawaran gaji yang jauh lebih hebat dari gaji sekarang, tapi aku tak buta dengan duit walaupun hakikatnya aku perlukan duit untuk hidup. Bukan senang nak bergelar penjawat awam, tak kan aku nak sia-siakan apa yang dah aku terima sekarang ni.

Sekarang ni PICC tinggal kenangan untuk aku. Sekali sekala ada jugak aku datang PICC, jengah kawan-kawan yang masih berkhidmat di sana untuk tempoh dua tahun. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Tujuh tahun aku di PICC, tak akan senang-senang aku nak lupakan tempat yang banyak mengajar aku pasal kerja, pasal berdikari, pasal persahabatan dan pasal kematangan.

Aku tak akan mention agensi aku sekarang sebab tempat ni agak membosankan.

 Punch card terakhir En. Zaki di PICC. Yang lain-lain tu mengiringi pemergian je..
pemergian?erkkk

 Ini kek perpisahan untuk aku & Yohaniz. Yang pakai tie tu Yohaniz sbb dia officer. Yang silang panggung tu opcos aku la kan.

Akhirnya.. kitorang berlima punch out untuk terakhir kali di PICC.. 
Selamat tinggal PICC. Sampai jumpa lagi..


Kataku :
Ye..aku pernah jatuh depan Dewan B, PICC. Memang aku kenang sampai akhir nyawa.

MEMANJAT BUKIT BROGA

Asyik dengar cerita orang lain Bukit Broga je kan, aku pun nak naik jugak. Mana aci kan, asyik orang lain ulang-ulang naik. Konon2, macam kuat stamina nak naik tapi bila dah naik rasa macam nak mati.

Pegi bertiga, orang kata cantik kalau naik time subuh-subuh hari tapi kitorang naik waktu petang hari. Petang tak petang sangat. Pukul 4 mulakan memanjat. Matahari masih panas memancar, perit kulit ni. Dah asal usulnya aku gelap kan, so takde masalah untuk aku.

Cuma yang tak tahan tu bila bab-bab mendaki. Stamina aku masih belum cukup kuat sebab dah lama tak berjogging. Hambik ko... Termengah-mengah nafas aku. Kaki pulak dah macam nak kejang.

Dua kali berhenti sebab aku dah tak tahan. Nampak kan punca dari sape yang buat perjalanan kitorang jadi lambat? Dah mestinya dari aku sendiri.

Kitorang tak naik sampai puncak sangat sebab aku tak larat. Daripada aku mati kat atas bukit tu, baik aku surrender awal-awal.

Tapi apa-apa pun pe"manjatan" tu merupakan satu pengalaman yang menarik. Hari tu macam dah janji kata tu pertama dan terakhir naik Bukit Broga, tapi bila pikirkan cabaran dan bestnya daki bukit, aku rasa akan naik juga untuk masa akan datang. Cuma aku akan pastikan stamina akan kuat!!!!



Kataku:
Tiap minggu kena penuhkan aktiviti



Monday, December 16, 2013

KOMEN LAH..TAK KISAH PUN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Aku dapat lagi komen tak membina dari seseorang pasal entry aku mengenai servis di klinik kerajaan. Nak aku explain lagi ke? Itu adalah pandangan aku sebagai pesakit dan aku meletakkan diri aku sebagai orang awam yang menggunakan perkhidmatan di klinik kerajaan.

Ok, mungkin ada kesilapan dalam mengomen pasal sistem kerja atau konsep kerja yang diguna pakai oleh KKM, so aku boleh terima kalau orang nak komen dan betulkan kesilapan. Komen dengan cara yang baik dan betulkan keadaan yang kebanyakan orang awam macam aku ni mungkin tak paham.

Nak aku sebutkan lagi dan berkali-kali untuk sekian kalinya. Aku ada hak untuk bersuara, dan sebagai salah satu kementerian di bawah sistem pentadbiran kerajaan Malaysia, sepatutnya orang-orang di dalamnya tak perlu nak melenting sangat. Kalau orang-orang yang di dalam tak buat seperti yang kami dakwa, orang-orang tu tak akan melenting semacam.

Aku rasa bukan aku seorang je yang bercakap mengenai kelemahan perkhidmatan yang diberikan, memang ramai lagi yang bercakap. So, terima kenyataan dan cuba ubah mentaliti dan cara kerja.

Ambil contoh kes di PICC bila seorang P&P di salah satu kementerian komplen pasal larangan merokok di PICC yang mana sepatutnya bangunan kerajaan (ketika itu) adalah kawasan larangan merokok, tetapi masih ada lagi pengunjung PICC yang merokok di dalam bangunan. Pihak PICC dan orang-orang di dalam tu tak melenting sangat pun. Benda betul, apa nak dikisahkan. Cari penyelesaian, dan kes selesai. 

Aku tak kisah kalau orang-orang di dalam KKM nak marah dengan aduan aku tu. Korang pun ada hak nak pertahankan cara kerja korang kan. Mungkin jugak orang-orang di dalam kementerian tu memang yang "terbaik" sampai tak boleh nak dikomplen.

Kataku :
Biarkan biawak melintas  jalan