Monday, May 26, 2014

SAKIT GIGI PART 2


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…


Ni adalah sambungan kepada cerita Sakit Gigi Part 1


Rupa-rupanya pain killer yang doktor bekalkan tu tak beri kesan sangat pun. Aku alami sakit gigi yang sangat melampau. Tak tahulah apa punca kesakitan yang aku alami. Aku bukan dentist.. So nak pandai-pandai buat kesimpulan tentang punca sakit gigi ni, memang tak pandai lah.


Mestilah korang pernah alami jugak kan kesakitan yang maha sakit ni?


Sumpah memang tak nak lagi rasa sakit gigi ni. Waktu-waktu sakit ni lah pikir macam-macam pasal penjagaan gigi. Pikir nak lebihkan minum susu lah, pikir nak sentiasa buat rawatan gigi lah, pikir nak sentiasa berus gigi lah. Aish macam-macam woo yang terlintas kat pikiran.


Oleh sebab kesakitan ni dah tak boleh ditanggung dan sakit tu tak perlu nak disimpan-simpan. Makanya, aku pergi ke Klinik Gigi Ria kat Dengkil. Gigih gi cabut gigi habaq hang!!!


Alhamdulillah aku pilih klinik gigi swasta yang betul. Dengan layanan yang baik oleh doktor dan staff, serta bayaran berbaloi. RM90.00 untuk sebatang gigi. Eh berbaloi ke?? Tak kisah lah, yang penting gigi dah cabut dan sakit dah tak ada. Syukur pada Allah sebab berikan keberanian untuk menyerah diri pada sang dentist supaya gigi aku dicabut. Hehehhe…


Kalau sape-sape nak dapatkan khidmat dentist kat Klinik Gigi Ria ni, alamatnya adalah : No. 3A Tingkat 1, Jalan Deluxe, Pusat Perdagangan Deluxe, 43800 Dengkil, Sepang Selangor. Boleh telefon dulu untuk buat sebarang pertanyaan atau temujanji. Nombor nya : 03-8768 0091. Bagi yang tak tahu, klinik ni dekat dengan Bank BSN. Satu building.


Kat sini aku share apa yang perlu kita lakukan selepas cabut gigi :-


1.       Sentiasalah menukar kapas yang dibekalkan oleh dentist untuk menahan darah yang keluar dari luka cabut gigi tu. Pada permulaan, darah memang akan banyak keluar.


2.       Jangan gatal-gatal lidah or tangan nak kuit-kuit or cuit-cuit kat tempat luka cabut gigi tu. Mungkin sebab taknak ganggu proses penyembuhan luka dan tak nak sebarkan bakteria kut.


3.       Minum air sejuk untuk mempercepatkan pembekuan darah. Better minum ais dan aiskrim. Hehhe yang ni memang aku suka.


4.       Lepas bius tu dah kurang, kita akan alami denyut-denyut kesan dari luka cabut gigi tu, so rajin-rajin lah makan pil tahan sakit yang doktor bekalkan tu. Mahal tau pil tu,so cepat-cepatlah habiskan. Nak cepat baik ke tak nak??


5.       Jangan makan atau minum bahan makanan yang panas-panas. Ishhh jangan jangan jangan. Luka tu tak baik lagi, so nanti ia boleh membuatkan bekas luka tu kembali terluka dan mencairkan semula bekas luka tu. Berdarah semula nanti, sape nak jawab?


6.       Kumur-kumur mulut dengan air garam. Tak sakit pun. Aku cuci lepas 4 jam cabut gigi dan darah dah stop. 


7.       Sentiasa berwaspada dan pastikan luka cabut gigi tu dah betul-betul ok sebelum kita nak makan or mengunyah. Aku masih tak berani nak kunyah kat tempat yang cabut tu. Trauma lagi lah!!!



Tu je sedikit perkara yang boleh aku kongsikan. Tu pun hasil penjelasan dentist. Eh dentist tu cakap macam keretapi. Laju sangat, tapi boleh lah tangkap sikit-sikit.

 ruang menunggu kat klinik.. ada kawasan untuk kanak-kanak

 itulah gigi yang dah dicabut..takde rosak apa2 pun tapi nak buat macam mana, tamatlah riwayat gigiku..

Kataku:
Dah hilang kesakitan












Monday, May 19, 2014

SAKIT GIGI PART 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Gabra plak bila tiba-tiba alami gigi pecah. Gigi geraham sebelah bawah kiri. Tengah sedap duk tengok tv, tetiba rasa macam ada batu dalam mulut. Bila tengok, eh ada serpihan gigi. Ajaibnya.. Aku ni mengunyah batu ke apa ni?

Aku pergi klinik gigi kerajaan dan Alhamdulillah, doktor kata tak perlu cabut, just tampal je sebab gigi masih elok dan masih boleh diselamatkan. Seminggu lepas tampalan, gigi tu pecah balik. Mungkin sebab tampalan tu tak kuat.

Sebenarnya hasil dari gigi pecah ni tak beri kesan sakit pada aku, cuma rasa tak selesa bila makan sebab ada makanan terselit kat celah-celah gigi tu.

Nak dijadikan cerita, kes gigi pecah tak selesai, datang pulak bala lagi satu bila gigi hujung bahagian atas sebelah kanan alami rasa sakit. Mula-mula rasa ok je, tapi lama-lama sakit tu melarat sampai tak boleh nak tidur malam. Ok, kalau dah sakit, jangan kita simpan-simpan. 

Oleh sebab ada 2 benda yang perlu aku buat untuk gigi ni, so aku pergi semula ke klinik kerajaan untuk buat rawatan dan Alhamdulillah, tak perlu nak buat appointment, hari tu jugak doktor tampal semula gigi yang pecah. Dan kali ni lebih kukuh. Untuk gigi yang sakit belah kanan tu, doktor kata gigi masih kuat, gigi tak goyang, gusi ok, gigi tak rosak. Tapi kenapa sakit? Musykil jugak lah kan.. 

Tapi aku cakap dengan doktor yang aku tak nak cabut sebab gigi masih dalam keadaan elok. Doktor cuma cuci dan bagi ubat tahan sakit dan ubat kumur. Konon-konon dengan harapan gigi akan ok lah kan?

Malangnya apa yang aku harapkan tu tak menjadi kenyataan langsung...

Sakit!!!!!!Dan masih lagi sakit!!!



Kataku:
Adakah aku bertahan??

Thursday, May 15, 2014

INSTITUT PERAKAUAN NEGARA (IPN) SABAK BERNAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Yang bergelar penjawat awam tu, dah start berkursus ke belom? Aku baru je 2 hari berkursus. Kalau nak ikutkan, kena kursus 7 hari dalam setahun. Dah masuk tahun ke lapan  kerja ni, rasa malas pulak nak berkursus.

Yang jabatan ni pun satu, bukan nak organize kursus untuk staff. Disuruhnya kita cari sendiri kursus yang ada. Yang kita ni pulak, bukan tak nak cari, tapi malas. 

Nak cite lah ni yang aritu aku pergi berkursus kat Institut Perakaunan Negara (IPN) kat Sungai Lang, Sabak Bernam. Dekat-dekat dengan Politeknik Sabak Bernam. Dapat imagine kan macam mana cara nak ke sana? Masuk kampung keluar kampung baru sampai destinasi.

Aku kursus Asas Pengurusan Kewangan selama 2 hari. Dari 06 smpai 07 Mei 2014 tapi 05 Mei tu hari untuk perjalanan ke kursus.

Kalau sesapa yang masih belum pernah berkursus di IPN dan berminat nak kursus, boleh apply kursus kat web site dia. Kalau duduk di Putrajaya dan malas nak drive, boleh naik bas yang disediakan. Kita kena tunggu di Putrajaya Sentral. Segala urusan tu nanti akan diberitahu oleh urusetia. Jangan risau ok.

Bilik penginapan pun disediakan. Kiranya IPN ni macam INTAN la jugak. Sebuah pusat latihan untuk penjawat awam, mestilah menjaga kebajikan penjawat awam. Kalau servis ala kadar, memang kena komplen je nanti. Penjawat awam kan cerewet. Hahah..


Tembok yang greet Selamat Datang ke Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam
 

Itu adalah asrama untuk lelaki. Nama bloknya Suria. Nampak tak suria tengah memancarkan sinar tu??

Bas hantar betul-betul kat pejabat asrama, so kita ni kena lah check in dulu. Nanti masa kat kaunter pejabat asrama tu setiap seorang akan diberikan tuala untuk kegunaan sepanjang kursus. Tu tandanya kita dah check in lah kan. Setiap bilik kena share dua orang.


Bilik besar dan selesa. Siap ada peti sejuk satu pintu.. Tapi oleh sebab aku tak bawak bekalan makanan, so peti sejuk tu sekadar buat hiasan dalam bilik aje lah.

Orang bujang memang macam ni lah keadaan biliknya. Nampak tak kesepahan yang kitorang buat??

Yang ni aku nak tunjukkan keadaan atau rekaletak perabot dalam bilik tu. Ada meja tv, ada tv dan ada astro tapi channel tak semua yang ada. Ko nak kursus ke nak tengok tv?
 

Muslim jangan risau sebab ditunjukkan arah kiblat

Iron dan iron board pun ada. Cuma Ironman je takde!!
 

Sejadah disediakan jugak. Setiap bilik ada dua sejadah. Nak suruh berjemaah mungkin.


kat IPN ni disediakan ruang mendobi guna mesin tapi malangnya, mesin ni masih dalam penyelenggaraan. So, tak jadilah nak cuci baju..




 ini kunci bilik asrama. Nombor bilik aku 107, sama macam nombor rumah aku

Ruang bilik kuliah aku takde plak ambik gambar sebab berkejar-kejar nak gi kelas. Harus lah semangat nak menimba ilmu. Hehhe.. teringat zaman-zaman masa study kat poli dulu.

Kat IPN ni disediakan alatan dan ruang untuk rekreasi. Kita boleh berbasikal keliling IPN, boleh gym, boleh main badminton, futsal, bola sepak, volleyball, pinpong, berkayak, memanah. Banyak lah jugak tapi bergantung kepada tuah masa gi kursus tu. Masa aku kursus, banyak equipments yang masih dalam penyelenggaraan. So, aktiviti aku cuma berbasikal tiap petang.

Hasil dari berbasikal selama dua petang adalah sakit pungkuk habaq hang. Tapi seronok lah jugak sebab dah lama tak berbasikal. Last berbasikal masa join aktiviti PICC kut. Tu pun dah zaman bila punya cerita tu kan.


barisan basikal yang rosak. Menunggu masa untuk dibaiki tapi entah bila dibaiki pun aku tak tau



 berangan macam off road.. lalu tepi pantai.. best!!!


abadikan lah sehelai gambar depan pintu gerbang IPN ni


bangunan pentadbiran IPN



Cerita di dalam kelas tu macam sama je lah kursus-kursus yang lain. Hanya ada sesi pembelajaran tapi untuk kursus kali ni, aku tak ada rasa mengantuk pulak walaupun ada kelas petang. Mungkin sebab sesi tak membosankan kut dan aku terlalu fokus untuk belajar (nampak tak skema nak mati kat situ?).

Modul-modul yang kitorang belajar sepanjang kursus : Pengenalan Pengurusan Kewangan & Belanjawan Negara, Pengurusan Perolehan Kerajaan, Pengurusan Terimaan Hasil Kerajaan, Pengurusan Perbelanjaan & Bayaran, Pengurusan Aset & Stor dan jugak Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan.





 Sambil-sambil dengar lecturer bercakap, sempat snap gambar-gambar. Ni tandanya takde keje..

Aku cadangkan kepada sesiapa yang nak berkursus, boleh lah pilih IPN sebagai salah satu lokasi sebab tempat dia tenang, sunyi, mendamaikan dan persekitaran menarik. Dari mula di offer kursus, sampai habis kursus, kita akan dapat layanan yang baik.

Kataku:
Nak kursus mana plak lepas ni?







Monday, May 12, 2014

INSTAGRAM : FERDZ_EFFENDI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sejak dah pakai smartphone ni kan, memang kerap sangat lah aku melayan Instagram. Sekarang ni gambar-gambar dah sangat jarang nak upload dalam Facebook. Sejak kena sound dengan seseorang sebab aku upload gambar-gambar holiday, so aku stop lah letak kat FB tu. Sekarang ni keterujaan pada IG je lah.

Keterujaan tu takde lah sampai keterlaluan. Biasa-biasa je. Tapi gambar-gambar holiday akan aku masukkan dalam IG je. Senang, cuma orang-orang tertentu je yang boleh tengok. Kalau rasa-rasa nak follow, boleh lah follow. Tu pun kalau sudi. Nanti aku follow balik korang ye!!!

IG aku : ferdz_effendi 


Kataku:
IG untuk suka-suka aje