Thursday, June 26, 2014

SUMBANGAN DI RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH, OLAK LEMPIT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Golongan yang kurang berkemampuan jangan kita abaikan. Tambahan lagi dah nak dekat bulan Ramadhan ni, cuba bukak hati untuk dekat dengan kumpulan yang kurang dari segi wang ringgit dan juga kasih sayang.

Atas dasar itu juga, Bahagian Khidmat Pengurusan jabatan aku ada buat program amal untuk disumbangkan kepada Rumah Amal Asnaf Al- Barakh di Olak Lempit, Banting Selangor.

Aku dilantik untuk terajui program ni tapi oleh sebab aku masih malu-malu dengan orang-orang kat jabatan ni, so aku buat ala kadar je. Sekurang-kurangnya ada sedikit amalan yang aku buat. InsyaAllah, hanya harapkan balasan dari Allah SWT.

Antara barangan yang dapat dikumpulkan adalah pakaian terpakai. Ada yang dermakan baju, seluar dan jugak tudung yang masih cantik dan elok. Kemudian, kitorang ada buat kutipan duit untuk beli barangan runcit. Dapat lah jugak beli sedikit barang-barang dapur macam beras, gula, susu, minyak dan jugak biskut-biskut untuk rumah amal tu.

Plan asal nak pergi hantar barang-barang pada 21 Jun, tapi oleh sebab 21 Jun tu ada aktiviti lain, so terpaksa pergi hantar pada 20 Jun. Hari bekerja dan tak semua orang nak pergi sebab komitmen pada kerja. Ketua Bahagian bagi kebenaran untuk guna kereta jabatan. Jadi, bila dah sumbat dengan barang-barang, cuma 3 orang je yang boleh pergi. Sorang driver dan 2 orang penumpang. Alhamdulillah, nasib baik dapat kerjasama yang baik dari 2 orang kawan ni.

Alamat rumah amal ni : Lot 11537, Jln Sepakat, Taman Cenderawasih, Kg Olak Lempit, 42700 Kuala Langat. Banting, Selangor. ( Belakang Shell). 

Nak ke rumah amal ni senang je. Ikut jalan Dengkil dan menghala ke Bukit Changgang,  jalan terus sampai nampak Petronas dan terus lagi sampai nampak Shell. Sebelum Shell tu ada simpang ke Taman Cenderawasih, masuk situ dan ikut signboard yang ada.

Kalau nak datang beri sumbangan boleh telefon dulu Puan Norjia - 017-2967860.

Anak-anak kat sini  ada 45 orang. Terdiri dari anak-anak yatim, yatim piatu dan juga muallaf.

 papan tanda perasmian Rumah Amal Asnaf Al-Barakah. Dirasmikan pada 24 September 2011

 

 tempat wuduk surau lama. Sekarang ni tengah dalam pembinaan surau yang baharu


 ruang makan anak-anak rumah amal

 pejabat pentadbiran dan pusat sumber. Perabot-perabot nya pun agak usang..



keadaan biliknya pun agak daif. Tilam usang, ada katil yang dah nak patah. cadar pun takde.
 hasil sumbangan yang mampu kami berikan. Semoga Allah SWT murahkan lagi rezeki kami dan boleh memberi kepada mereka yang memerlukan

 musolla (surau) yang baharu sedang dalam pembinaan. Menurut Puan Norjia, kerja-kerja terberhenti seketika sebab barang-barang belum beli.. Ya Allah!!! terkesan kat hati ni dengan keadaan di rumah ni


Perasaan bila memasuki rumah amal ni, terasa sayu sangat sebab keadaan rumah yang berada di belakang kawasan taman perumahan. Keadaan bilik yang tidak sempurna. Ada kipas yang rosak, katil yang dah nak patah, tilam yang dah uzur, pakaian anak-anak yang lusuh dan keadaan sekeliling yang bagi aku agak tidak selesa.

Aku merayu kepada orang-orang di luar sana, mana-mana syarikat dan badan-badan kebajikan, sama-sama lah kita buka mata dan menderma semampu yang mana kita ada. Semoga Allah SWT memberi ganjaran berlipat kali ganda kepada kita nanti. Aminnn!!!!!

 ini pulak gambar dengan sebahagian dari anak-anak rumah amal. Sebahagian lagi sekolah pagi..

Kataku :
Semoga anak-anak itu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

Friday, June 13, 2014

DUA HATI [SELESAI SUDAH MEREKA]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Mereka dah bernikah, anda bila lagi? Ececeh..soklan untuk diri sendiri yang rasa-rasanya tak boleh nak aku jawab. Jodoh pertemuan semua Allah tentukan. Klise sangat jawapan.

31 Mei - majlis resepsi Azizi & pasangan di Air Hitam, Batu Pahat. Aku tak dapat datang sebab... entah.. aku pun tak tau sebab apa aku tak datang majlis dia. Yang pastinya aku dah pergi masa kat belah perempuan. Majlis perempuan buat kat Ipoh. So, takde lah rasa bersalah kalau tak pergi yang belah lelaki kan??

 gambo-gambo ehsan dari grup whatsapp

07 Jun - Majlis perkahwinan Shazlin dan pasangan kat Kg. Sungai Raya, Pasir Panjang Port Dickson. Yang ni aku pergi tapi sayangnya tak sempat nak bergambar dengan pengantin sebab aku kena balik Salak Tinggi secepat mungkin. Sempat lagi meronda PD, jenguk rumah sewa lama masa study kat Poli PD dan tengok pantai. Ish kena plan bercuti kat PD nih.


Ucapan aku untuk mereka, "selamat berbahagia bersama pasangan masing-masing dan semoga Allah SWT merahmati rumahtangga yang dibina"..Amin!!!

Kataku :
Lepas ni ada bulan September, Oktober, November..

REPAIR JAM TANGAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Nak share sikit pasal jam tangan aku yang retak cerminnya sebab kecuaian aku sendiri. Kisahnya dah setahun yang lalu tapi baru hari ni terniat nak bercerita. Bila balik kerja, bergegas sangat nak salin baju, so masa buka jam tu terjatuh ke lantai. Cerminnya retak dan jarum jam tak bergerak. So, aku rasa sangat geram pada diri sendiri dan aku rasa mungkin dalaman jam tu rosak.

Warranty untuk jam tu pun dah tak valid, so kena repair sendiri dan kuarkan duit poket sendiri.

Aku dah pergi satu kedai kat The Mines untuk survey caj untuk repair. Kata orang kedai tu, jam kena tinggalkan sebab dorang akan hantar ke service centre dan caj bayaran akan dimaklumkan berdasarkan kerosakan. Aku dah pikir mesti lah mahal kalau dah hantar ke service centre tu kan. Risik-risik jugak harga, mungkin dalam seratus lebih. Hurmm... So, aku cakap nanti aku hantar dan bawak balik jam tu dengan perasaan hampa.

One day tu, aku terniat nak hantar jam ni kat kedai biasa-biasa. So, aku pergi lah Pertama Complex dan tunjukkan jam kat tokey kedai tu. Dia kata caj untuk tukar cermin cuma RM60.00 dan tukar bateri sekali sebab bateri dah rosak sebab jatuh.

Lega rasa nya. Maknanya takde lah mahal mana kan nak repair cermin tu. 

Aku memang sayang sangat kat jam ni sebab aku dapat masa lucky draw masa family day jabatan lama. Sayang kut sebab tu satu kenangan untuk diri aku. Kebetulan pula, aku dah pasang niat nak beli jam baru. Tak sangka masa family day tu aku dapat jam. Sangat berbaloi-baloi ..



Moral of the story is kalau nak repair jam dan dalam bajet, cuba-cuba lah pergi ke kedai jam yang biasa-biasa tu. Pasti dorang boleh buat punya. Jangan ragu-ragu..

Kataku :
Tak nak tambah koleksi jam dah

Tuesday, June 3, 2014

RUMAH AKU : CAT DI RUANG MAKAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Rumah aku tak habis lagi mengecatnya. Semua kena buat sendiri, tu yang melengah-lengahkan kerja tu.

Untuk ruang tamu dan ruang makan dah siap cat. Ruang tamu aku ambik warna kelabu. Ruang makan pulak aku memang dah niat lama nak cat warna merah sebab wallpaper dah warna merah. Kalau ambik warna lain nanti lari tema pulak.

Senang cite nya, last week settle lah sesi mengecat untuk 2 ruangan tu.. Sebenarnya dari last month aku da mula cat ruang makan, tapi oleh sebab hasilnya berbelak-belak atau tak rata, so aku berhenti cat. Bila aku tanya-tanya orang yang mahir pasal cat mengecat, dan tanya kawan-kawan yang ada pengalaman, dorang cakap kena cat 2 or 3 lapis. Barulah warna nya sekata.

Dan dengan penuh semangatnya aku buat 2 lapisan. Eh..sebenarnya banyak lapisan jugak aku buat supaya dinding tu dalam keadaan warna yang sekata. Hasilnya memuaskan hati tapi...... dengan warna merah tu, ruang makan tu jadi gelap. Tetiba pulak jadi tak puas hati. Acaner tu??


Kat bahagian atas hasil cat pun masih belum memuaskan hati. Masih nampak berbelak-belak. Kena touch up lagi. Aku sangat berjaga-jaga sebab taknak terkena kat siling. Aku pun masih tertanya-tanya macam mana nak cat supaya cantik je sempadan antara siling dan dinding.


Macam ni lah rupa ruang makan rumah aku. Niat asal nak pasang cermin besar seluas-luas dinding tu, tapi bila survey harga, hurmmm macam rugi pulak. Sayang duit sebab aku nak buat wardrobe untuk bilik. Konon-konon bila letak cermin, boleh menampakkan ruang yang lebih luas untuk rumah. So, aku ada dua plan. Plan A - nak letak frame kalimah Allah, Muhammad & ayat Kursi dengan warna frame yang kontra dengan warna dinding. Aku ada nampak frame warna hitam putih. Plan B - nak beli cermin IKEA yang petak-petak 30cm x 30cm dan tampal dengan gigihnya kat dinding tu. Tapi rasa macam nak pilih Plan A sebab kat rumah masih belum ada apa-apa ayat Al-Quran.

 

Rumah ni masih belum sempurna. Warna pintu pun akan ditukar. Sangat tak padan bila warna merah berganding dengan warna light brown macam tu. Warna grey pun macam tak berdiri sama megah dengan light brown. So, penyelesaiannya, mungkin pintu-pintu itu akan aku warna kan dengan pearl white untuk menaikkan serinya. 
 

Bila tengok bahagian siling tu, rasa nya perlu ada plaster siling lah. Yang tu harga tak survey lagi. Tapi aku pun heran, kenapa aku tak buat masa sebelum masuk rumah dulu.

Eh berbalik pada cerita cat mengecat tu kan, cat aku beli kat kedai hardware kat Bangi. Mana-mana tempat pun ada kedai hardware kan. Aku ambik Nippon Paint tapi tak ingat jenis yang mana satu. Untuk warna kelabu tu, aku beli 5 liter. Harga dalam RM 90++. Cukup-cukup untuk ruang tamu dengan kawasan beranda. Untuk warna merah ni pun aku beli yang 5 liter, tapi guna cuma setengah bekas tu je. Kira guna 2.5 liter. Misi seterusnya nak cat bilik ke 2 dan ke 3 pulak. Kakak aku nak warna hijau lumut. Layankan je lah..Untuk bilik aku, aku nak buat special. Hehehe..tu cat lambat-lambat sket ar..

Kataku:
Bila tengok rumah sendiri, ada je yang rasa tak puas hati nya

Monday, June 2, 2014

HAPPY 3OTH NOREFFENDI !!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Yeay!!! Dah 30 tahun dah umur aku.. My birthday 25 May yang lepas.

Terima kasih kepada yang berikan ucapan. Terima kasih kepada yang berikan hadiah & kad ucapan.. dah tua-tua ni segan pulak kan nak meraikan hari lahir..

26 May ada sesi potong kek kat opis. Alah, meraikan besday untuk unit kitorang je.


Malamnya pulak member aku ajak lepak dan belanja karoks kat Red Box, IOI Puchong. Dari petang sampai tengah malam tu. Memang betol-betol macam artis lah..Menyanyi tak ingat dunia.. Kan lebih baik duduk rumah sambil doa selamat (carut diri sendiri).


27 May nya Oii datang KL sebab nak berkursus dan belanja makan. Sempena besday katanya. 


 30 May pulak Raja Pian belanja kat Oldtown. Pun sempena besday.


Eh tak lupa jugak pada Faisal yang belanja makan kat Buffet PICC dan Puan Zaiton yang belanja aiskrim.

Terima kasih kawan-kawan. Terharu sungguh...




Kataku:
Memasuki fasa baru dalam hidup..Apakah cerita hidup aku nanti??