Tuesday, September 30, 2014

CERITA SEPTEMBER

Assalamualaikum...

30 September 2014 - hari terakhir untuk bulan September bagi tahun 2014.  Ayat yang sama akan aku gunakan "cepatnya masa berjalan". Ada tak ayat lain yang boleh kita gunakan selain dari ayat tu?

Sebenarnya bulan September ni tersimpan cerita dalam hidup aku dan orang yang rapat dengan aku iaitu adik beradik dan sedara mara.

17 September 2014 - Birthday akak aku yang ke 36 tahun. Angah, semoga Allah panjangkan umur kau dan bahagia dengan keluarga kau.

Angah dengan anak buah aku Safiyya Imani..bila kau nak tambah anak?

21 September 2014 - 8 tahun dah berkhidmat dalam sektor awam dan bergelar Pembantu Tadbir. Rezeki masih belum ada untuk ke skim yang lain. Allah sebaik-baik perancang. Kalau tahun lepas, aku ke Korea sempena anniversary ni. Untuk tahun ni cuma duduk rumah je.

24 September 2014 - 21 tahun arwah abah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk abah. Saat arwah abah menghembuskan nafas terakhir adalah hari Jumaat di waktu umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat.

26 September 2014 - Birthday abang sulung yang ke 37 tahun. Bila lah kau nak berdua kan? Semoga Allah SWT temukan kau dengan wanita yang baik-baik untuk dijadikan isteri.

ini abang sulung aku..jangan lah dia tau aku curik gambor dia dari facebook

26 September 2014 - Hari lahir pakcik aku yang ke 50++. Pak Hassan.. Ok, tak ingat umur dia yang ke berapa.

27 September 2014 - Hari lahir pakcik aku jugak yang ke 50++. Birthday Pak Amat.

30 September 2014 - Birthday sepupu aku. Anak kepada Pak Amat aku. Semoga panjang umur Shafiq. Semoga jadi anak yang baik dan menyenangkan parents kau.

dulu masa dia kecik aku rapat gile dengan dia..dah besar panjang ni lama tak jumpa

Kataku:
Setiap manusia ada ceritanya yang sendiri..itulah namanya kehidupan




Monday, September 29, 2014

DOBI CLEAN PRO BBST

Assalamualaikum...

Aku baru berjinak-jinak nak gunakan perkhidmatan mendobi Clean Pro. Baru bukak kat Taman Seroja, BBST. Oleh sebab nak cepat basuh dan malas nak menjemur-jemur, makanya aku basuh lah gune dobi layan diri ni.

Konsepnya memang sama je kat mana-mana. Boleh pilih mesin yang bape kilo dan masukkan duit dan mesin tu pun berputaq dengan sendirinya.

Sambil-sambil menunggu tu boleh lah lepak-lepak makan cekelat. Tapi kena bawak sendiri dari rumah.



price list..ikot la berapa banyak baju yang kau bawak..


Ni kan first time aku nak guna benda alah ni, so terkial-kial la jugak.. Siap baca cara guna semua kan. Then ada sorang akak ni explain cara guna nya. Baik sungguh hati akak dan cara akak explain tu memang nampak sangat akak tu tiap-tiap hari mendobi kat sini..

Nota kaki:
Baju yang tebal-tebal je lah basuh kat Clean Pro.

Thursday, September 25, 2014

DUA HATI [OII DAN PASANGAN]

Assalamualaikum...

Berjaya jugak aku drive ke Ipoh sendirian walaupun si pengantin risau benor kalau aku sesat. Zaman teknologi ni macam-macam ada. Dah tengok kat Google Map jalan-jalan yang nak kena lalu. So Alhamdulillah selamat sampai tempat yang nak dituju. Bila dah masuk Ipoh tu, aku gune WAZE pulak untuk ke dewan majlis.

Majlis resepsi kat Manjoi. Tak ingat nama dewannya tapi bersebelahan MYDIN Manjoi.

Selamat Pengantin Baru Nash & Ina. Tak sempat nak bagi hadiah kawin.. 



azizi & wife dan pengantin


luqman sefamili dan pengantin


shida & husband dan pengantin lelaki


kitorang semua dengan pengantin..ok2 aku mengaku aku sorang je yang single..

Nota kaki :
Aku nak pergi Teluk Intan pulak lepas ni.. Aritu pegi tapi ujan lebat sangat.. tak menikmati suasana Teluk Intan

Thursday, September 18, 2014

KESAH KE KALAU RUMAH PENJAWAT AWAM DICONTENG AH LONG?

Assalamualaikum...




Kebanyakan orang dah tau kan pasal kes rumah penjawat awam di Putrajaya yang diconteng macam gambar kat atas tu. 

Kes jadi kat kuarters Presint 5. Ni lah kuarters yang aku duduk sebelum ni. Maksud aku bukan rumah yang ni lah, tapi fasa ni lah yang aku duduk.

Kalau betul lah penjawat awam ni berhutang dengan Ah Long, memang cari nahas je kan dia?
Tapi tak pasti lah pulak kalau dia ni ada kaitan dengan peminjam, bila peminjam dah lari, Ah Long kejar waris-waris dia pulak. Maapkan aku kalau aku silap.

Memang aku akui, kalau kita berada dalam kedudukan kumpulan sokongan gred 17 ke bawah, pendapatan tu agak cukup-cukup makan je. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku, tapi itulah hakikatnya. Bagi yang pandai berjimat dan membeli ala kadar disamping takde tanggungan yang banyak, mungkin pendapatan mencukupi. Kalau kes sebaliknya, macam ni lah jadinya.

Lagi satu kan, kebanyakan penjawat awam ni terlalu berani buat loan dengan bank. Yang peliknya gaji bersih tinggal RM400.00 je sebulan. Adoiii!! nak makan apa tu nanti?

Kalau ada kerja sampingan dikira ok lah tu. Kalau yang takde side income, tak kan nak kerah duit bini jugak?

Kena beringat-ingat jugak lah. Jangan sampai bankrup hidup tu dek dikelilingi hutang.

Nota kaki:
Sentiasa beringat sebab dah pernah tersilap pilih langkah

DUA HATI [IZZAIDA DAN PASANGAN]

Assalamualaikum...

13 Sept - bila orang dah menjemput ke majlis kahwin dan ada kelapangan, memang tak lepaskan peluang. Majlis di Segamat, Johor. Walaupun aku ni orang Johor, tapi haram jadah tak tau sangat tempat-tempat kat Johor tu.

Bergerak dari Nilai dalam jam 9.00 pagi. Oleh sebab cuti sekolah baru mula, so jalan agak banyak kenderaan tapi masih lagi terkawal. Sepatutnya nak konvoi reramai dan jumpa kat RnR Seremban, tapi batang hidung masing-masing pun tak nampak. Yang dilaporkan cuma "on the way".. "on the way" sangat la kan, so kena tinggal.

Dari arah utara ni, kena kuar tol Tangkak - Segamat - Muar.

Nak ke rumah pengantin, kena melalui jalan yang dalam kerja-kerja membesarkan jalan. 

Sampai umah pengantin pukul 12.00 tengah hari.

Lauk pauk pengantin sangat best.

Jumpa pengantin sekejap je. Tu pun melalui tingkat je aku jenguk. Tak sempat nak bergambar dengan pengantin dan tak tunggu majlis bersanding.


pengantin pompuannya yang ini. 
pengantin lelakinya tak sempat nak ambik gambar

the girls with the bride..kami datang semata-mata nak makan nasi pengantin.



kek pengantin disediakan oleh JaiNoriah Bakery

Macam biasa nak bagi ucapan kat pengantin. Ucapan yang sama jugak "semoga berbahagia kekal hingga ke Jannah"..

Nota kaki:
20hb majlis kawin kat Ipoh







Wednesday, September 17, 2014

HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Hari Malaysia!!!

Terima kasih sebab beri cuti untuk sambutan Hari Malaysia..

Penubuhan Malaysia adalah pada 16 September 1963 yang mana tanah semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura disatukan membentuk negara Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura terpaksa keluar dari Malaysia dan membentuk sebuah republik.

Alhamdulillah..walaupun macam-macam perkara jadi kat negara kita, tapi Malaysia masih aman dan sama-sama kita berdoa semoga Allah sentiasa melindungi negara kita.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Hari Malaysia, boleh klik SINI.



Nota Kaki :
masa zaman sekolah, cuma tau pasal kemerdekaan je




Thursday, September 11, 2014

JEMPUTAN KAWIN

Assalamualaikum...

Yihaaa dapat 3 jemputan kahwin. 2 jemputan untuk bulan September dan 1 jemputan untuk bulan Oktober.

Kau tau apa perasaan aku bila dapat kad jemputan ni? Rasa nak koyak2kan je kad jemputan tu sbb aku masih belum kawin2 walaupun umur dah kertu.

Hahahha..just joking lah.

Takde rasa apa pun. Rasa heppy sebab kawan-kawan dah jumpa pasangan yang sesuai dan bakal menamatkan zaman bujang.

Jemputan pada 13 September ni kat Segamat Johor. Kad kawin kaler gold lambang kemewahan. Pandai tak aku mentafsirkan warna?




Jemputan kedua pulak 20 September kat Ipoh Perak. My BFF punya wedding ni. Potong kepala lah kalau tak pegi majlis ni.


Dan yang ketiga 04 Oktober kat Melaka. Majlis si budak polis. Kecik-kecik lagi dah pandai nak kawin kau ye.


Yeay!!!! Dapat minum air sirap pengantin..

InsyaAllah kalau takde aral melintang, aku sampai lah kat majlis dorang.


Nota kaki:
Seronok tengok kad jemputan, ringkas je

Wednesday, September 10, 2014

MANA MOOD KERJA AKU?

Assalamualaikum..

Minggu ni xde mood langsung nak kerja. Kenapa lah mood ni perangai macam roller coaster? Ada masa membuak2 semangat nak gi kerja, ada masa macam jahaman  je mood tu.

Arini dah ari Rabu, nak bangun gi kerja tu rasa macam ada batu atas badan. Malas nak mati rasanya.

Cepat2lah masa berlalu, cepat2lah hari Jumaat, Sabtu, Ahad. Aku dah bosan kerja kat sini. 

Nota kaki:
Hadap PC terpejam mata


Monday, September 8, 2014

RUMAH AKU : KIPAS DINDING

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita pasal pasang kipas dinding kat bilik kedua & bilik ke 3. Cerita asalnya memang plan nak pasang kipas dinding untuk kedua-dua bilik ni, tapi oleh sebab bajet asyik lari ke tempat lain, benda ni hold lah dulu. Setelah setahun, baru dilaksanakan. Tu pun cuma cakap-cakap kat kawan aku si Raja Pian. Dia suggest mintak tolong kawan dia buat wiring semua. Ha macam ngantuk disorang bantal busuk, terus on.

Konon-konon nak survey harga kipas kat merata-rata tempat, tapi oleh sebab kekangan masa plus aku memang malas nak merayap, aku cuma dapat survey 2 tempat je. Satu tu kat kedai letrik kat Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dan satu lagi kat Giant Nilai. Harga kedua-dua tempat ni memang nampak beza. Dan pemenang hasil survey aku adalah kedai letrik kat Taman Seroja.

So, bahan-bahan untuk memasang kipas adalah :


Kipas dinding berjenama Panasonic yang dibeli pada jam 10.00 malam dalam keadaan kelam kabut.


Bahan seterusnya adalah casing yang warna putih tu untuk sembunyikan wayar yang akan berselirat. Jangan percaya pada gambar ni sebab ni saki baki yang tinggal. Aku beli 6 meter dan ada baki 3 meter lagi. Baki 3 meter tu Raja Pian beli dari aku. Yess takyah bazir.

Pastu wayar untuk sambungkan aliran letrik (xtau nak buat ayat apa). Baik beli yang warna kelabu ni terus sebab dalam tu dah ada 3 wayar utama yang ada wayar bumi, langit dan laut. Eh salah2, wayar hidup, neutral dan bumi. 

Kemudian, bahan-bahan lain adalah kotak plug dan juga plug. Ini takde dalam gambar, tapi boleh imagine sendiri kan macam mana bentuknya. Beli lah jugak paku dinding dll.

Projek ni jugak termasuk dengan merepair lampu depan toilet yang meletup masa buat open house tahun lepas. Sebelum ni dah cuba tukar mentol dan starter, tapi tak berjaya jugak. Maknanya memang terbakar isi dalam dia tu. Lagi satu, aku mintak tengokkan plug point kat dua-dua bilik tu yang tak berfungsi. Masa masuk rumah dulu, elok je function, kemudian tetiba je dia rosak.


Dah siap untuk bilik kedua. Dalam buat wiring ni, kita ada dua pilihan sama ada nak tebuk dinding dan tanam kabel wayar dalam dinding tapi jadi banyak kerja lah pulak kan? Kosnya pun akan lebih tinggi disamping akan merosakkan struktur dinding tu sendiri sebab bila dah tebuk, kena tampal balik. Tambahan lagi, kalau wayar dalam dinding ni menyusahkan sikit bila berlaku kerosakan. Bila kita guna casing macam ni, kos nya lebih rendah tapi nampak lah benda alah tu tertampal kat dinding. So, apa pilihan kau?


dah tergantung kipas kat bilik ke tiga

Dinding-dinding yang suci murni tu akan aku contengkan dengan cat warna hijau lumut yang masih belum dibeli.

Untuk keseluruhannya, duit yang dah dikeluarkan untuk projek ini adalah :-

Kipas Dinding
- RM 160.00 x 2 biji = RM 320.00

Casing / Cover Wayar (guna cuma 3 batang)
- RM 2.00 semeter x 6 batang = RM 12.00

Wayar Kelabu
- RM 3.00 semeter x 8 meter = RM 24.00

Kotak Plug
- RM 2.00 x 2 biji = RM 6.00

Plug Point (guna cuma 2 biji sahaja)
- RM 4.80 x 4 biji = RM 19.20

Lampu kalimantang pendek 
(utk repair lampu asal yang terbakar)
- RM 13.00 x 1 biji = RM 13.00

Paku untuk batu
- RM 1.00 sepeket

Upah
- RM 110.00

Total : RM 502.20

Berpuas hati sebab aku buat ni untuk jangka masa panjang. Rumah sendiri tu, mesti lah nak buat yang terbaik.

Plan seterusnya adalah nak mengecat kedua-dua bilik tu pulak. Kalau pemalas macam aku, confirm setahun akan datang baru buat. Okbai!!

Nota kaki :
Sempat singgah kedai perabot tengok lemari 8 kaki


Thursday, September 4, 2014

CERITA PASAL TAKDE

Assalamualaikum..


Lama sungguh tak menconteng kat wall blog yang lusuh lagi buruk ni. Takde idea nak diceritakan, apatah lagi nak mengabadikan cerita pasal diri ini. Langsung takde benda menarik yang nak ditaip.

Cerita pasal raya pun takde..cite pasal merdeka pun takde..

Nota kaki :
Diam kalau takde benda yang nak diceritakan..