Friday, October 31, 2014

MIRI : HARI PERTAMA 25 OKTOBER 2014

Assalamualaikum...

Flight ke Miri jam 4.05 petang, so aku gerak dari rumah jam 1.00 petang. Aku park motor kat ERL Salak Tinggi dan oleh sebab parking yang sebenar tengah renovate, so kena park kat area kelapa sawit tu. Caj dikenakan RM1.00 untuk sekali masuk.

Sangat senang sekarang ni bila semua penerbangan low cost dah beroperasi kat KLIA2, public transport pun senang nak akses.



Oleh sebab masih ada masa lagi yang nak diisi, maka aku melantak isi perot yang kelaparan kat Food Court Quizinn. Aras 2 kalau tak silap.

menu lunch aku hanyalah bihun soup dengan mineral water..harga keseluruhannya? RM13.70

Jom lah jenguk-jenguk jap kawasan check in KLIA2. Kalau nak ke kaunter check in  kena naik aras 3. Jangan lalai sangat kat shopping mall bawah tu. Nanti terlepas flight pulak.












Sampai kat Airport Miri on time. Pukul 6.20 petang sampai sana dan dah magrib.

Kat airport dah ada orang tunggu, so first tempat yang kitorang pergi adalah Pasar Malam Saberkas sebab nak mencari kek lapis yang orang mintak belikan.






kat pasar ni ada jual majalah terpakai, masih elok lagi. 

Oleh sebab dah malam, takde aktiviti yang nak dilakukan. Jadi, aktiviti terakhir aku adalah mencari laksa sarawak sebelum balik hotel dan tido.

kalau dah dapat makan laksa sarawak, rasa macam dalam heaven..member siap tanya "cukup ke 1 mangkuk?".

Nota kaki:
Hari ke2 yang sangat mendukacitakan

MIRI : PENDAHULUAN & HOTEL

Assalamualaikum...

Selesai sudah short vacation aku ke Miri, Sarawak pada 25 hingga 27 Oktober 2014 dan percutian kali ini sangat-sangat lari dari apa yang telah aku rancangkan. Kita sebagai manusia, mana boleh lawan kuasa Allah SWT. Maybe gak tarikh yang aku pilih ni sangat-sangat tidak sesuai dengan keadaan cuaca.

Plan asal - aku akan ke negara Brunei melalui Miri dan habiskan masa satu hari di sana.

Masalah timbul - berkaitan dengan pasport dan keadaan kereta yang tak mengizinkan.

Plan B - oleh sebab tak jadi ke Brunei, plan nak explore Gua Niah.

Masalah yang timbul - cuaca tidak mengizinkan.

Aku listkan perbelanjaan sepanjang 2Malam 2Hari di sana.


Perbelanjaan Wajib :-



PERBELANJAAN
Tambang ERL Salak Tinggi – KLIA2
RM   3.20
Tambang Kapal Terbang Air Asia
RM 220.00
Hotel 2M 2H
RM 200.00
Minyak Kereta
RM  40.00
Teksi Dari Bandar Miri Ke Airport
RM  30.00
Tambang ERL KLIA2 – Salak Tinggi
RM   3.20
JUMLAH
RM 496.40










Tiket Air Asia aku beli dari bulan Julai 2014, waktu tu takde promosi sangat, sebab tu harga dia masih tinggi (bagi diri aku). Hotel pulak aku stay kat Miri Hotel. Alamatnya seperti di bawah :-

Miri Hotel Sarawak
No. 47, Brooke Road, P.O Box 138
98007 Miri, Sarawak Malaysia
Tel : 085421212
Faks : 085412002
Emel : mirihotel@gmail.com

Miri Hotel Sarawak ni boleh dikategorikan hotel bajet dan hotel ni hotel lama. Keadaan dalamannya biasa-biasa dan bilik selesa. Cuma tv masih lagi tv yang gemok tu. Dari segi tekanan air, memang sangat ok. Boleh mandi manda dengan happy!!! Tapi wifi kat hotel ni sangat teruk.

Hotel ni pun strategik. Kat opposite hotel ada food court melayu. Nama food court tu Taman Seroja Food Court. So senang kalau nak mencari makanan. Nak ke shopping mall pun senang. Dekat dengan Imperial Mall dan Bintang Mall. Hotel ni jugak berdekatan dengan Miri Handicraft. Kalau nak mencari cenderahati memang sangat mudah.

Keadaan bilik hotel macam kat bawah ni :-

 Queen size bed..boleh golek-golek, meniarap, terlentang, kuak kupu-kupu

bilik dah bersepah sebab masuk-masuk bilik, terus campak barang-barang

 ini toilet..toilet agak besar..selesa nak bermandi manda sejam ke 2 jam ke

 arah kiblat pun ada ditunjukkan.. Alhamdulillah

kau takyah tanya motip aku letak gambar lantai ni. aku suka dengan corak kayu kayan yang macam ni.kalau buat kat umah pun cara gak kan?

Aku memang cari hotel yang murah-murah je kalau gi bercuti sebab aku bukan habiskan masa kat bilik. Kalau duduk dorm pun masih kita ok lagi.

Nota kaki:
Cerita yang lebih tragis akan menyusul

Thursday, October 23, 2014

SABAR MENUNGGU 25 OKTOBER

Assalamualaikum...

Tak sabar nak menunggu Sabtu ni. Nak terbang dan bercuti!!!

Kepuasan bercuti akan tercapai bila bercuti naik kapal terbang..


Penat otak bekerja, so tunggu masa nak merehatkan diri.





Cuti dekat-dekat aje, tapi kena bawak pasport.

Nota Kaki:
Macam nak beli kamera la..tp duit plak xde





Tuesday, October 21, 2014

HAPPY DIWALI 2014

Assalamualaikum...


Happy Diwali !!!

Inilah keunikan Malaysia, kita ada macam-macam perayaan. Bagi yang tak sambut tu, boleh lah ambik kesempatan untuk rehat kat rumah.





hiasan kolam tu kat Mid Valley. Meriah sangat hiasan sempena Deepavali.

Nota kaki :
Tak sabar tunggu Sabtu ni

Tuesday, October 14, 2014

BATIK LUKIS

Assalamualaikum...



Beli dah lama tapi tak berkesempatan nak hantar kain ni ke tailor. Kain batik jenis cotton bercorak compang camping.

Nak buat baju batik untuk kerja.

Kain ni beli kat Central Market. Kalau rasa puas hati bila dah jadi baju, mungkin akan beli lagi untuk corak dah warna yang lain pulak.

Nota kaki:
Dah lama nya tak beli baju kerja!!!!!

THROWBACK SINGAPORE - MERLION PARK

Assalamualaikum..

Yang ni entry ke dua throwback Singapore. Melompat-lompat di Merlion Park.












Monday, October 13, 2014

THROWBACK SINGAPORE - USS

Assalamualaikum...

Buang tebiat sikit kali ni sebab nak buat throwback percutian ke Singapore. Tak sempat nak cerita, so kita buat throwback  je lah ye.

Jom layan gambar ..





sementara tunggu van sampai, snap gambar kenangan dulu..
geng-geng yang join bercuti di Singapore



tempat wajib bergambar kalau sampai ke USS



























Nota kaki:
Harga minyak naik, harga barang pun mesti naik