Thursday, November 27, 2014

KENAPA MENARA CONDONG TU CONDONG?

Assalamualaikum..


Kalau kau tanya aku kenapa Menara Condong tu condong, aku pun tak tau nak bagi jawapan. Mungkin sebab struktur pembinaannya yang buat bangunan tu condong. Nak tau lebih lanjut, kau google je lah. Malas nak layan.

Memang dah lama aku nak ke Menara Condong yang terletak kat Teluk Intan ni. Bulan Sept lepas dah sampai ke sini tapi hujan lebat. So, balik dari Lumut Ahad lepas, aku ambik kesempatan singgah ke sini.

Alhamdulillah..cuaca sangat berpihak pada aku. Cerah dan panas..Macam orang gila keterujaan aku. Macam orang bangang pun ada jugak sebab rasa tak nak turun dari menara.




Tiada bayaran yang dikenakan untuk naik ke menara. FOC tapi tolong jaga kebersihan kat dalam.










Dalam menara ni diletakkan maklumat berkaitan dengan menara dan juga peristiwa-peristiwa atau sejarah di bandar Teluk Intan.

View kat dalam menara :










kita boleh tengok bangunan-bangunan yang ada sekeliling Menara Condong tapi punya banyak view, aku cuma tertarik kat deretan kedai makan ni je..maknanya?? 

 sebelum balik ambik gambar depan menara..eh abaikan lah perut yg gelembung tu. keh3

member suh pose konon-konon tengah tahan menara tu..aku pun mula la beraksi..tetiba je dia cakap dah takyah..buat malu je orang tengok..lorr!!!

Lepas puas bergambor macam foreigner berkulit gelap kat Menara Condong, aku menapak sikit ke tepi jalan sebab nak ambik gambar Balai Polis lama.. Eh..berseni ok Balai Polis tu walaupun dah ditinggalkan bersemak samun.

 macam bangunan angker tak?? tapi aku suka..


Last sekali nak tampal jugak gambar selfie selpot ala-ala gambar pasport. Konon-konon macam happy sebab keinginan nak ke Menara Condong dah tercapai.. yahooooo!!!!!!



Nota kaki:
Ujung minggu ni jadi tourist guide untuk member yang datang dari Indonesia..can't wait to see u and your family..


BREAKFAST DI MUARA KAMPUNG SITIAWAN, PERAK

Assalamualaikum...

Ahad lepas berkesempatan ke Perak sebab pegi wedding sorang kawan opis. Dari KL gerak berdua dengan member dan dia memang orang Perak, so dia ajak singgah breakfast kat muara ni. Katanya tempat ni memang glemer.

Kalau hari bekerja, ramai orang datang breakfast. Hujung minggu lagi ramai, kena tunggu turn nak duduk.

Sambil makan, sambil melayan pemandangan muara. Best!!! mengembalikan kenangan zaman budak-budak dulu sebab masa kecik memang pernah duduk kat kawasan yang macam ni.

tu kedai makannya, kat tepi-tepi tu ada jual kuih, ada otak-otak, jagung dan jugak orang jual ikan yang fresh dari laut.



pemandangan alam..semuanya semula jadi

matahari naik..sambil makan sambil disimbah cahaya matahari pagi..terbaik dari langit

 memulakan pagi dengan teh tarik di pagi Ahad.. nikmat weiiii..dalam plastik tu pulut panggang..makan panas-panas..nikmat berdouble-double

 otak-otak pun aku beli..pagi2 perut lapar..mana cukup makan 1 menu je kan??

roti kosong sorang 2 keping..masih tak cukup..

Masa nak gerak balik tu, sempat beli nasi lemak bungkus. Harga RM1.20 buat bekal makan kat Lumut nanti.. Hheee

Nota kaki:
Sambung makan

Tuesday, November 25, 2014

KO HYANG KOREAN COUNTRY DELIGHTS

Assalamualaikum...

Banyak sangat melayan cerita Korea, mengidam terus nak makan makanan korea. Tapi bukan aku lah. Akak aku yang teringin nak merasa sangat. Aku cuma temankan aje. Adik yang soleh memang gini perangai nya.

Restoran ni terletak di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Kau boleh je klik kat SINI untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan lokasi dan juga menu yang ada. Maklumlah, makanan Korea, nak menyebutnya kena lembutkan lidah dulu.





Menu yang kami order Bi Bim Bab, Goon Man Du dan jugak Kimci Rice. Gambar kat bawah ni pun dah start makan baru nak snap. 


Nak explain lebih pasal makanan tu, aku takde kepakaran. Tapi rasa nya masih sama dengan apa yang pernah aku makan masa ke Korea tahun lepas.




Nota kaki:
Makanan Korea bukan kegemaran aku..okbai


IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Assalamualaikum..

Oleh sebab hari Sabtu lepas tak ada apa nak buat kat rumah, akak aku dengan baik hati nya ajak aku pegi IOI City Mall, Putrajaya. Mall yang bakal jadi pesaing pada Alamanda yang tak berapa nak happening tu.

Pegi sana saje nak tengok tempat baru dan tengok apa yang menariknya kat situ. 

Senarai kedai yang ada di IOI City Mall, boleh rujuk SINI .


Ada juga kedai-kedai yang masih belum bukak dan masih dalam proses penyusunan barang-barang.


ini aku ambik dari google. tak sempat nak ambik gambor aritu

Antara kedai-kedai yang ada - H&M, Cotton On (belum buka), Uniqlo (akan dibuka pada 28 Nov ni jam 10.00 am), Parkson, Brand Oulet, PADINI Concept Store dan banyak lagi. Boleh tengok sendiri kat link yang dah dibagi. Tempat makan pun banyak pilihan. Macam-macam ada. Tesco pun ada. So, kalau nak shopping barang dapur boleh ke sini.




kalau sape2 yang minat nak ber"ice-scating", boleh cuba di sini.

Kat sini ada HOME PRO. Kalau kau jenis yang suka mencari barang-barang kelengkapan rumah macam cermin ke, lemari ke, sofa ke, boleh datang sini. Tak payah jauh-jauh nak ke IKEA tu. Sini pun barangan dia cantik-cantik. Aku dah aim barang-barang yang aku nak. 

Kat bawah ni sebahagian gambar-gambar yang sempat snap. Teruja....


 beli bakul banyak2, boleh sumbat anak buah aku kat dalam tu

 design macam ni bukan pilihan untuk rumah aku




balik kerja kalau berendam dalam tub macam ni, alangkah nikmatnya dunia.. memang aku tak beli lah.. harga pun belas ribu..

Tak puas meronda mall tu sebab orang ramai. Nak lunch pun banyak tempat makan yang full.

Mall ni besar kut, kaki aku pun dah lenguh. Lain kali boleh pergi lagi.

Nota kaki:
Mall baru kat Cyberjaya masih belum aku jejak

Friday, November 21, 2014

FORMULA E PUTRAJAYA ePRIX 2014

Assalamualaikum...

Korang tau apa tu Formula E? Kalau tau, korang memang hebat sebab aku baru tau apa tu perlumbaan Formula E. Batak dan sangat sebab tak ambik tau hal dunia permotoran.

Tapi kalau rajin nak tau, boleh klik kat FORMULA E. Kenderaan yang berlumba tu semua guna 100% kuasa elektrik.

Esok (22 November) di Putrajaya akan berlangsungnya perlumbaan Formula E kat Presint 2. Kalau rasa tak tau kat mana Presint 2 tu, korang try cari Perbadanan Putrajaya..Palace Of Justice.. MOF.. kat area-area Pasar Malam Putrajaya.

Event kalau dah berlangsung kat Putrajaya, sure akan sesak dan banyak jalan ditutup. Aku dapat jugak sekeping ticket free yang harga RM50.00. Kemudian ada kawan-kawan yang bagi tiket kat aku. So total dapat lah 6 keping tiket. Aku tak boleh nak pergi pun.. Eh..yang sebenarnya tak minat nak pergi. So sedekahkan kat sape2 yang nak pergi je.




Sabtu siang tu nak kena tido banyak-banyak sebab malam nak drive ke Perak.


Nota kaki :
Tiket dibagi free je..Tak laku ke jualan tiket??

Wednesday, November 19, 2014

WESTERN FOOD DI IMPIAN KAFE, BB NILAI

Assalamualaikum...


Last two weeks ada ke Giant Nilai. Singgah makan kat Impian Cafe.

Menu yang disediakan adalah makanan melayu dan jugak western food.

Restorannya bersih dan bercirikan Islamik. Lagu yang dibukak pun sume berunsurkan keislaman.


Aku tak try masakan melayu tapi tengok kat buku menu tu, ada menu-menu yang not available. 

Dari segi rasa makanan yang aku order, aku bagi 5/10 saje sebab ada kurang sana dan sini.

Aku review tempat-tempat makan ni mengikut tekak aku. Maaf kalau ada yang tak setuju dengan pendapat aku.

Nota kaki:
Bila nak diet kalau gi jalan kawan asyik cakap tempat ni makan best, tempat tu makan best..


Monday, November 17, 2014

BURGER BAKAR ABG BURN TASIK PERMAISURI

Assalamualaikum...


Semalam pegi rumah member kat Bandar Tasik Permaisuri, pastu member ajak try Burger Bakar Abg Burn.

Dah lama wujudnya burger-burger bakar ni tapi aku tak pernah try. Bila dah ada orang ajak, aku on je lah.



Kitorang order beef cheese, beef special & jugak curly cheese dan 2 air tin. Aku bagi 7/10 untuk burger yang aku order.

Burger bakar Abang Burn ni banyak tempat jajahan dia. Kat Bangi ada, kat Nilai ada, kat Johor pun ada 2 tempat.

Korang mesti dah pernah cuba kan??

Nota kaki:
Aku suka makan tapi bukan seorang yang food hunter


Friday, November 7, 2014

BIRTHDAY SUPRISE UNTUK BOSS KEWANGAN BAH.2

Assalamualaikum...


Akhirnya menjadi jugak lah birthday suprise untuk boss kitorang.

Bila boss masuk je opis terus masing-masing mulakan strategi.. Masuk dalam bilik meeting (tempat untuk sambutan birthday), pastu buat-buat macam ada masalah besar yang timbul.. Sorang pegi panggil boss untuk sama-sama selesaikan masalah.

Bila boss bukak pintu je terus jerit SUPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan kamu"
"Allah selamatkan kamu"

Happy 29th Birthday Boss!!! May Allah bless u and ease everything in your life!!

 the jejakas kat unit kewangan



ms. boss potong kek

Nota kaki:
Jangan campuraduk hal peribadi dengan hal kerja

Thursday, November 6, 2014

BIRTHDAY SUPRISE UNTUK BOSS KEWANGAN BAH. 1

Assalamualaikum...

Wah konon2nya nak buat birthday suprise untuk boss kewangan kitorang, tapi macam tak menjadi je.


Rancangan asal nak buat pagi, sekali je boss SMS bagitau dia ada hal pagi ni. So dia masuk lambat sikit.

Akhirnya kitorang yang kena suprise dengan boss.


Alahai, letih tunggu dalam bilik meeting nak nyanyi lagu birthday tapi orang yang nak diraikan takde pulak.


Bergambor lah dulu...



 happy birthday..geng-geng pompuan yang deko2 hiasan ni

card birthday yang besar..khas untuk miss boss

macam ada party pulak kan..berbelon2..tema nya hijau pink..




menu untuk hari ni adalah western food..pepagi makan western uolls.. ada mushroom soup (xnampak dlm gambo), spagetti (terlindung), bread with garlic (betol ke aku type ni), sandwich dll.. pagi2 minum tropicana twister.. omputih sangat!!!

Nota kaki:
Ada part II.. suprise menjadi akhirnya