Friday, December 19, 2014

TAMAN TASIK TERATAI YANG SENDU

Assalamualaikum...


Petang-petang kalau ada kelapangan aku akan jogging di Taman Awam Taman Tasik Teratai kat Bandar Baru Salak Tinggi.

Menyedihkan sebab keadaan taman yang terbiar dan tak diselenggara dengan baik oleh pihak majlis perbandaran.


Tengok lah sendiri betapa tak terjaganya taman ni..



 playground yang berlecak dan macam fungsi tak fungsi je


 sampah dan bekas makanan yang dibuang dan bersepah-sepah di luar tong sampah. mana perginya sikap cintakan alam sekitar dan cintakan kebersihan oleh masyarakat Malaysia?

 trek larian yang dah pecah-pecah..nak berlari pun kena berjaga-jaga selalu

trek laluan yang berlumut..stress kalau jogging kat sini..mau nya tergolek nanti..

Ke mana perginya pemantauan dari pihak yang berkuasa? Ini merupakan taman awam untuk orang awam. Kalau dibiarkan macam ni, tak mustahil satu hari nanti ia akan jadi taman yang sendu, tak bernyawa dan akhirnya tiada siapa berselera nak ke sini lagi.

Nota kaki:
Mana lagi tempat sesuai nak beriadah kat BB Salak Tinggi ni?

Tuesday, December 16, 2014

THE YARD BOUTIQUE HOTEL, BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR

Assalamualaikum...

Kali ni nak tunjukkan satu lagi Boutique Hotel di Kuala Lumpur. Namanya The Yard Kuala Lumpur. Lokasinya di Jalan Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang. Bagi yang tak tahu, pasti tak perasan dengan kewujudan hotel ni.

Menawarkan hanya 11 buah bilik, kedudukannya di antara bangunan-bangunan dan bersebelahan dengan kawasan parkir yang mana dari luar tak nampak apa keistimewaan yang ada di sini.

Tapi once kaki dah melangkah masuk, akan wujud sedikit rasa kekaguman di hati. Kawasannya tidak besar, terhad. Namun dengan minimanya kawasan, pengurusan hotel mampu memberikan keselesaan kepada penghuni.


ruangan lepak-lepak..waktu ni hujan baru reda. so nampak daun-daun bersepah. nampak tak pokok besar tu? i imagine kalau ada akak ponti bergayut tengah malam kat situ..hahhaha

remang remang senja lepak kat sini sambil menyedut sebatang dua curut..sangat mendamaikan sambil melayan wifi free.. eh saya tak smoking ya..jangan salah paham..tu orang lain yang punya.

 lantai dia simen biasa je, tapi benda tu nampak berseni sebenarnya

nampak tak tingkap kayu tu?? kampung style kan?tapi tak bukak pun tingkap tu..gile kau, orang luar nampak lah apa kita buat dalam bilik nanti..

 the jambans.. selesa...

 the shower..selesa..pressure air kuat..

the sink & peti ais

Untuk backpacker tu boleh lah stay sini kalau nak. Untuk berfamili, not suggested. Anak-anak tak selesa pulak nanti. Klik THE YARD KUALA LUMPUR untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Nota kaki:
Konon2 nak celebrate New Year kt KL, tp tak jadi jugak sbb tak sanggup nak sesak2  jammed.

MASIH BELUM ADA REZEKI

Assalamualaikum...

Pagi-pagi dah dapat whatsapp dari member suh check result interview KP27 aritu.


Debar-debar jugak dan dah dapat agak apa keputusannya..


Ok...tak berjaya pun.


Masih belum ada rezeki, InsyaAllah next time mungkin.


Next step is tunggu lagi setahun, then buat surat tukar jabatan. 



Nota kaki:
Dah malas nak berharap dipanggil interview

Monday, December 15, 2014

KEEP CALM DISEMBER

Assalamualaikum...

Dah bulan Disember dah rupanya. Cheh buat-buat macam terkejut plak kan? Padahal memang hari-hari menghadap kalendar tengok tarikh.

Kalau duduk bahagian kewangan / akaun, bulan Disember ni jadi agak sibuk. Sibuk sebab nak kejarkan tarikh akhir penutupan akaun. Sibuk sangat ke? Keh3. Sibuk biasa-biasa je lah.

Terkejar-kejar untuk mengejar pemulangan invois dan jugak LO. Sebenarnya part kitorang ni ok2 je. Takde lah mendesak sangat pun, cuma takut ada payment yang tak sempat bayar before due date tu. So far masih ok lagi. OT pun ada untuk bulan Disember ni untuk kitorang settlekan kerja-kerja last minute. So ambik la kesempaan ni untuk kumpulkan jam. Nanti boleh buat cuti gantian. Dapat sehari pun dah kira ok dah tu. Berharga tau kalau dapat cuti sehari.

Lupa nak bagitau, 2 Disember lepas dan cukup setahun aku kat pejabat baru. 


Perasaan kat pejabat ni?


Hurmmm.. krek krek krek (bunyi cengkerik)...


Aku masih merindukan pejabat lama.


Takde jawapan yang nak aku bagi kalau ditanya pasal pejabat ni. Pergi kerja, balik kerja.


Kalau di pejabat lama, perasaan nak pergi kerja membuak2. Jam 5.00 petang pulak, sape2 yang balik sharp, menjadi satu kepelikan sebab kitorang dah biasa balik lewat malam untuk habiskan kerja dan uruskan event-event.


Tapi dah sah2lah core business antara dua pejabat ni sangat-sangat kontra, nak compare pun macam tak adil.


Stop story about this.


Continue with next story...


Harapan untuk pengakhiran Disember ni sangat-sangat tinggi. Aku sentiasa berdoa supaya bila masuknya tahun baru, akan ada perubahan baru dalam hidup aku.


Aku pun dah listkan apa yang ingin aku nak capai sehingga umur aku 35 tahun. Long term planning habaq hang. Keh3!!


26 Disember ni sambung cuti, nak balik kampung. I miss my kampung!!!



Nota kaki:
Lambat pulak nak habiskan bulan Disember ni

THE MAJESTIC KUALA LUMPUR

Assalamualaikum...

The Majestic Kuala Lumpur -  terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Sebuah hotel butik yang mampu menyajikan penginapan yang sangat selesa. Terletak di tengah kota dan dikelilingi dengan pemandangan kota. Berkesempatan stay di hotel ini merupakan satu pengalaman bermakna untuk aku.

Nampak tak kejakunan kat situ??

Eh mesti lah jakun, kita datang dari pelusuk kampung, dapat pulak stay kat hotel yang cantik macam ni. Jakun berdouble-double jadinya.

Untuk tempahan dan butiran lanjut boleh rujuk di MAJESTIC KUALA LUMPUR. Segala maklumat boleh didapati di situ.

Jom layan gambar, yang ni bilik Deluxe :









the lobby of Majestic Hotel..receptionistnya sangat membantu dan friendly

 depan CCTV aku ambik gambar

i'm gonna swing from the chandelier, from the chandelier...feeling2 menyanyi kat lobi

berdekatan dengan Masjid Negara dan bangunan-bangunan lama

this is Kuala Lumpur..pesatnya membangun

Nota kaki:
Bila ntah nak check in kat sini lagi..kumpul duit banyak2 dulu 

Friday, December 12, 2014

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Assalamualaikum...

Tahniah pasukan Harimau Malaya atas kejayaan mara ke final Piala AFF Suzuki 2014.

Malaysia akan bertemu dengan pasukan Thailand pada aksi final nanti.

Harap2nya Malaysia dapat kekalkan rentak permainan yang baik sekaligus membawa pulang piala. Make Malaysia proud!!!!

hasil curian dari kosmo

Nota Kaki:
Coach tau kan sape yang bagus main & sape yang tak bagus??

Wednesday, December 10, 2014

KOCIK KITCHEN BABA NYONYA RESTAURANT

Assalamualaikum..

Tak habis lagi cerita pasal Melaka. Kali ni nak cerita pasal restoran Baba Nyonya yang kitorang singgah untuk lunch. Sebenarnya tak plan pun nak lunch makanan Baba Nyonya, secara kebetulan lalu dan ternampak cendol yang menarik perhatian kitorang.

Ternyata persinggahan kitorang di Restoran Kocik Kitchen sangat-sangat berbaloi.


Restoran ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pelbagai menu yang disajikan, tapi apa yang paling penting adalah layanan yang diberikan oleh pemilik kedai.


Makan di sini, tak terasa seperti makan di luar. Kita dapat rasakan seperti kita ni tetamu yang bertandang ke rumah jiran.


Dari mula sampai hinggalah habis makan, layanan yang diberikan sangat tip top. Setiap jenis menu yang kami pesan di explain dengan baik oleh tokey restoran. 


Walaupun makan untuk 5 orang, tapi lauk-lauk tak semua habis. Portion yang diberikan untuk setiap lauk memang banyak.




InsyaAllah next time kalau berkesempatan ke Melaka lagi, aku nak terjah Kocik Kitchen lagi. Nk try menu yang lain pulak. Aku bagi 9/10 untuk makanan dan 10/10 untuk layanan yang baik.



Nota kaki:
Rindukan kampung.Oh my Joho!!!

Tuesday, December 9, 2014

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Assalamualaikum...

Tak lengkap kalau datang ke Malaysia tapi tak kunjungi negeri Melaka. Walaupun negerinya kecik tapi warisan sejarahnya sangat besar. Permulaan sejarah dan asal usul kesultanan bermula di sini, namum malangnya Melaka tidak mempunyai sultan yang diiktiraf.

Dengan tagline Melaka Bandaraya Bersejarah, kita akan dapat rasai sendiri nilai sejarah apabila terlihatkan bangunan-bangunan lama yang sangat indah binaannya. Peninggalan penjajah untuk tatapan masa depan anak-anak Malaysia.

Begitulah intro untuk entry aku kali ni. Macam karangan SPM. 

Kawan dari Indonesia nak sangat ke Melaka. Sebagai rakyat Mesia yang mengalu2kan kehadiran pelancong, aku bawaklah ke sana. 

Teruja pulak dorang. Eh bukan setakat dorang yang teruja, tapi aku yang local people ni pun terlebih-lebih terujanya. Tapi aku dapat cover-cover skit level keterujaan tu.

Meh le layan gambar. Gambar sekitar Stadthuys:






Bawah ni pulak sekitar A'Famosa :









setiap weekend malam akan ada show kat sini bermula jam 9.00 malam. aku tak berkesempatan tengok show sebab dah kena gerak balik KL petang hari.

Selain dari kawasan A'Famosa dan Dataran Pahlawan, kitorang gerak jugak ke Jonker Street. Jom layan gambar-gambar :












Sebelum-sebelum ni kalau pergi Jonker Walk ni waktu malam. Memang meriah. Bila pergi waktu siang, nampak lengang tapi tetap seronok dek melayan lot-lot kedai dan rekabentuk bangunan lama. 

Nota kaki:
Tak puas betul meronda kat Melaka.. why Melaka tu best sangat?? why???

Friday, December 5, 2014

BATU CAVES, SELANGOR

Assalamualaikum...


Salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong kalau datang ke Malaysia adalah Batu Caves. Keunikan yang ada di sini ialah patung besar bersalut emas dan juga ketinggian tangga menuju ke kuil yang terletak di dalam gua. Terdapat 272 anak tangga yang perlu didaki untuk naik ke atas.

Kalau bukan sebab bawak kawan yang datang dari Indonesia, memang aku tak sempat nak jejak kaki kat sini walaupun Batu Caves ni antara tempat yang memang aku nak pergi. Bila lagi nak kunjung tempat-tempat menarik di negara sendiri kan? So, inilah peluang yang ada.


















Aku cuma mampu berlegar-legar kat bawah je sebab tak larat nak mendaki. Tunggu stamina dah power balik, confirm selamba je aku berlari dari bawah ke atas, turun balik, naik balik sampai muntah hijau.


Tambahan lagi kan aku bawak orang, so jangan mengada-ngada nak buat trip ni macam aku yang punya.


Bayaran parking RM2.00 untuk per entry. Parking pun banyak. Tak payah risau.


Kalau nak ke sana, boleh naik transport sendiri ataupun public transport. Caranya :-


KTM Komuter

Menaiki KTM Komuter dari KL Sentral dan turun di Batu Caves.

Monorail Dan Bas
Dari KL Sentral, turun di Stesen Titiwangsa, kemudian ambil bas untuk ke Batu Caves.



Nota kaki:
Memandang langit dari bawah, takut runtuh menghempap aku..terang langit beralas cahaya..senyum siang bersama mentari