Wednesday, April 15, 2015

BALIK KAMPUNG - MENGEMAS RUMAH

Assalamualaikum...

12 April 2015

Tengok tajuk je mesti ramai makcik-makcik nak jadikan aku menantu. Hahah berangan..

Akak aku mintak tolong kemaskan rumah dia. Ceritanya, akak aku dah beli rumah di Pasir Gudang tapi rumah tu kosong. Memang tak nak disewakan sebab tak percaya dengan penyewa-penyewa yang suka merosakkan harta benda orang. Eh..tak semua, tapi segelintir sahaja.

Jadi, bila dah 3 bulan ditinggalkan, mesti lah dah berhabuk dan lalang dah naik di bahagian depan rumah.

Rumah ni dia beli dengan harga RM80,000.00. Rumah teres 2 tingkat berkeluasan 800-900 sf.

Menjalar-jalar rumput tu. Hidup dengan senang hatinya dia.

Selepas ditebas. Lagi sebulan mesti tumbuh tinggi balik. Mak aku suruh simenkan je terus ruang garaj ni. Masih belum berkesempatan. 



Masih belum ada perabot sebab takde sape yang nak duduk.

Macam ni lah rutinnya kitorang kalau balik kampung. Kena singgah ke rumah akak aku, then check peti surat, tengok ada surat-surat penting ke tak.

Rumah sebelah kanan pun takde orang. Owner akan singgah seminggu sekali untuk jenguk rumah. Jiran sebelah kiri pulak jenis tak menegur orang. Jenuh lah aku senyum2 nak menegur tapi di buat tak endah je. Sudahnya, aku buat tak layan kalau dia keluar masuk rumah waktu aku tebas-tebas rumput.

Satu rumah aku sapu dan mop. Kemudian, terus pasang langsir baru. Tempah langsir kat Nilai. Keh3.


Tingkat atas ada 3 bilik tidur dan satu bilik air.

Meniti tangga ke atas. Naik tangga terus nampak bilik air.

Master bedroom.

2nd bedroom. Bilik ke 3 aku tak snap pict sebab kecik je.

Masa aku kemas-kemas rumah ni, mak dengan akak aku pergi wet market untuk beli barang masak. Jadi, aku sendirian je mengenang nasib macam Cinderella versi lelaki yang kena duduk rumah dan mengemas. Huuhu..

Nota kaki:
Jiran kata "bayar bulan2 tapi tak duduk".. Kepochi nak mampus jiran macam tu.

4 comments:

  1. cakap je dekat jiran tu, takpe...janji ada rumah sendiri dari menyewa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheh..sya snyum je..jiran tu kalau bercakap mmg beriya mcm dia je btul.

      Delete
  2. rajinnnn wooo!gud job!hehhee... elehh,jiran tu jeles tu..kikikiki.Dia tak taw...tu semua investment masa depan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan? setiap orang tu kan ada future planning dia sendiri..

      Delete