Tuesday, January 27, 2015

CHAWAN, BANGSAR

Assalamualaikum...

Lately asyik cite pasal makan je kan? Walaupun tengah berdiet, tapi makan tetap makan. Jangan sia2kan kurniaan rezeki yang ada.

Ahad lepas oleh sebab kebosanan yang di tahap tinggi, aku merayap ke Bangsar dan singgah ke Bangsar Village. Sebelum meronda dalam mall tu, member ajak ke Kafe Chawan.




Alamatnya :

69, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru
Kuala Lumpur

Yang tak bestnya aku tak snap picture makanan sebab kat kafe tu ramai orang. Pastu seat kitorang rapat dengan seat sebelah. Aku kan pemalu orangnya, cuma sempat tangkap gambar buku menu je. Boleh lah kan dari takde langsung.

Aku makan rojak mee ayam tambah paru sambal, pastu order cucur udang. Member aku pulak order roti bom. Air aku barli panas dan member aku teh tarik. 

Rojak mee ayam tu sedap. Ada rasa manis2nya. Licin aku makan. Roti bom pulak member cakap "boleh lah" rasa dia. Cucur udangnya memang tak memenuhi rasa aku dan member aku sebab rasa dia kosong.






Nota kaki:
Kafe santai..best je utk lepak2 

Thursday, January 22, 2015

PINDAHMILIK HAK STRATA

Assalamualaikum...

Aku ingatkan bila dah settle proses peguam dan lain2 untuk pembelian rumah 2 tahun lepas, semuanya akan settle dan aku boleh duduk dengan aman.. Meleset sangkaan aku. Rupa2nya bagi pemilik rumah bertingkat2 (apartment,kondo,servis apartment, pangsapuri etc), kau jangan lupa pasal pindahmilik hak strata.

Gigih aku menggoogle apa itu pindahmilik hak strata. 


Secara kasarnya, rumah bertingkat-tingkat ni geran nya adalah Master Tittle atau geran besar. Ia belum dipecah2kan mengikut lot-lot setiap rumah. Jadi, untuk menjadikan setiap lot rumah tu jadi hak milik pembeli, maka perlu dibuat pindahmilik hak strata. Ni yang aku paham hasil bacaan. Kalau silap, maafkan aku ye.


Bulan Disember 2014 lepas, dapat sepucuk surat cinta dari pemaju maklumkan pasal perkara ni. Mula2 tu macam malas nak ambik tau, tapi bila mintak nasihat dan hasil bacaan, benda ni tak boleh nak dilengah-lengahkan.


Oleh sebab tak nak bertangguh, so aku kol peguam yang dah dilantik oleh pemaju dan tanya apa2 yang patut.


Peguam mintak aku scan dan emelkan pada dia dokumen :


1. Salinan S&P page 1 dan page yang ada tandatangan pemaju, pembeli dan peguam yang uruskan S&P

2. Salinan Kad Pengenalan
3. Dokumen lampiran persetujuan yang dah diberi sekali di dalam surat pemaju

Perkara utama yang aku tanya adalah kos yang perlu aku bayar kepada peguam untuk uruskan proses ni. Peguam maklumkan dorang akan buat perkiraan dahulu, kemudian akan beri bil untuk buat bayaran. Peguam akan datang ke apartment tu untuk urusan tandatangan.


Aku risau pasal kos bayaran sebenarnya. Duit simpanan dah banyak habis untuk rumah dari mula bayar duit booking,  kos peguam, bayaran-bayaran lain, kelengkapan rumah, sampailah kos pindah masuk rumah. Bila kira-kira semua, banyak jugak tu.


10 Januari 2015 lepas, aku dah tandatangan dokumen untuk proses strata ni dan bila dapat bil, kos keseluruhan adalah RM1,962.00. Woooooo juling jugak mata aku menengok bil tu. Bagi aku, jumlah tu agak lah besar. Boleh beli tiket pergi Jepun..Hahha





Nak tak nak kena lah korek lagi duit simpanan. Tu lah pentingnya duit simpanan ye.. Nak beli rumah tu, kena ada simpanan. Alhamdulillah!!! Nasib baik aku beringat untuk menyimpan.

Kemudian, yang tak bestnya peguam cakap aku kena call peguam yang aku berurusan masa nak beli rumah (peguam yang uruskan S&P). Kiranya ada 2 peguam dalam kes ni. Kenapa aku perlu call peguam S&P?? Untuk maklumkan yang dah buat pindahmilik strata. Mungkin ada proses2 lain yang perlu dilaksanakan yang aku tak tahu. Dan kau tau apa lagi peguam tu bagitau??? Dia kata akan ada caj yang dikenakan oleh peguam S&P pada pembeli nanti..


Ok, terbeliak jap mata aku..


* tujuan entry ni just nak sharing dengan sesiapa yang nak tau serba sedikit tentang kos strata ni. Mungkin tak sama bagi setiap pembeli tapi at least boleh la jadikan guidance.

Rujukan :

khairunnisahanzahara.blogspot.com dan abangensem.com

Nota kaki:

Korek jugak mana2 duit tabungan, asalkan bukan duit untuk pergi holiday..


TIADA LAGI NOMBOR CELCOM

Assalamualaikum...

Setelah membuat pertimbangan, akhirnya aku terminate nombor Celcom aku. So sekarang ni cuma pakai nombor Maxis saje lah. Tak perlu nak serabut tiap bulan bayar bil. Guna prepaid je mudahkan aku. 

Actually geram sikit kat Celcom tu sebab aku dicaj internet sedangkan aku tak pakai internet guna Celcom tu. Katanya silap pada setting handphone. Bila pakai phone yang dua sim memang macam-macam halnya. Bil aku melambung2 tingginya. Membazir bayar pada benda yang kita sendiri tak guna.


Kalau nak terminate, kena pergi Celcom Centre je. Kalau tempat lain dia tak boleh buat. Mula2 aku ke Blue Cube Alamanda untuk settlekan bil. Then aku tanya terus kat mana boleh buat proses tamatkan talian. Staff kat situ cadangkan pergi Kajang or KLIA. KLIA lah paling dekat dengan aku sebab aku duduk Salak Tinggi.


Beberapa hari sebelum terminate tu, aku google jugak kat blog2 tengok experince orang-orang lain. Katanya ada tempat yang banyak songeh dan tanya macam2.


Aku redha je lah. Siap buat rancangan konon kalau staff Celcom tanya, aku nak jawab handphone masuk lubang jamban. Kenapa lah boleh timbul idea macam tu. Aku sendiri tak paham dengan daya imaginasi dan pemikiran aku. Keh3...


Bila aku ke Celcom Centre KLIA tu, rupanya kaunter tengah renovate. So, seciput je lah kaunter yang ada.


Hhaha kan kat otak dah set nak bagitau handphone masuk jamban kan?? Bila aku bagitau nak terminate number, staff tanya reason...


Yang keluar kat mulut aku adalah ... "saya pakai 2 number, so nak terminate 1"


Kau dah duk menghafal beriya, tetiba lain pulak alasan yang kau bagi??


Tapi aku rasa jawapan yang aku bagi tu lagi reasonable dan jelas la kan instead alasan hp masuk lubang jamban.. Kompen akak tu akan menahan gelak kalau bagi alasan tu.


Staff /  Akak tu terus matikan nombor aku dalam sistem komputer dan mintak aku check bil akhir bulan ni bagi tempoh penggunaan sehingga tarikh hari terminate. Tapi kalau nombor dah takde, macam mana aku nak check?? Aku tak terpikir pun benda tu, tapi rasa2 nya aku kena ambik inisiatif pergi ke mana2 Celcom untuk check bil akhir.


Kesimpulannya, nak terminate number ni takdelah leceh sangat. Kau pergi je Celcom Centre KLIA tu. Dah le tak ramai orang, staff dia pun takde nak tanya lebih2..


Nota kaki:

Member aku kata kalau terminate number maknanya nak lari dari seseorang..Betul ke??


Wednesday, January 21, 2015

HI-TEA DI SECRET RECIPE, CYBERJAYA

Assalamualaikum...

Aku telah di "paw"!!!

 Sempena dapat bonus kerajaan, kawan aku mintak belanja SR. Katanya dia craving cake kat SR. So, dia ambik kesempatan la tuh. Mintak aku belanja..Keh2.. Eh, actually ok je sebab sebelum2 ni dia banyak je belanja aku kalau kitorang hang out dan sesi mengadu nasib. Orang swasta kan gaji besau, tu yang dia rajin sangat bayarkan makanan aku.

Jadinya sesi Hi-Tea kitorang adalah pada Sabtu lepas. Lepak-lepak kat SR Shaftbury Cyberjaya.

Yang best nya cuma kitorang dua ketul je yang ada dalam tu. Dah macam berdating pulak kan? Dalam masa duk makan2 tu ada jugak lah orang yang datang beli kek tapi take away je. Lantak lah, asalkan dapat lepak2 dan yang penting aku takde lah terperap kat rumah je.

Pastukan, ada less 50% untuk harga kek kalau kita beli coffee. Aku ni dah le sedaya upaya tak nak minum kafein, tapi terpaksa jugak minum semata-mata nak dapatkan less tu. Tapi valid untuk Hi-Tea je lah ye.



 chocolate banana cake dan red valvet cake.. berdosa weh makan kek bagi orang tengah diet

 minuman kitorang berserta dengan caesar salad..gagahkan diri taknak makan benda lain selain dari kek dan salad.

terkulat2 muka mengunyah salad..

Nota kaki:
Memang teringin nak makan kek, bila dah ada orang ajak, aku on je lah..sekali sekala boleh la


Wednesday, January 14, 2015

DIP N DIP, THE CURVE

Assalamualaikum...

Sape2 penggemar coklat boleh cuba makan kat Dip n Dip. Kaya dengan coklat dan harga nya pun boleh tahan (mahal). Menu-menu semua berasaskan coklat. So, paham2 lah ye.. Dessert je kesemuanya.

Aku try dekat The Curve, Damansara (ada kt tempat lain ke?)

Ini first time nak try, tak tau lagi sama ada ok atau tak..

Sebenarnya aku bukan lah penggila coklat pun. Kire nya kalau ada, aku makan..Kalau takde, takde masalah..takde sampai kena sawan babi, kuar buih kat mulut ke apa ke kan..

Lokasi nya adalah :

No. 1B-2, First Floor (link to e@Curve)
The Curve Mall, Damansara

Kalau nak datang, jangan lah datang hari cuti..memang kempunan lah kau nak merasa sebab orang queue panjang. Aku pergi hari Isnin, so boleh bersenang lenang masuk tanpa gangguan orang ramai.

 nampak tak betapa lengangnya tempat ni..tu lah kelebihan kalau datang time orang lain tengah sibuk membanting tulang bekerja di opis.. kita plak berjoli2 perabiskan duit

deko-dekonya merah..merah lambang cinta..kepala hotak kau..



memula tengok menu rasa macam nak terkam semua benda..nampak tu sedap..nampak ni sedap..nafsu syaitannirrojim sangat

 lupa lah apa nama minuman tu..yang penting base dia adalah coklat..yang dalam pinggan tu Tripple Chocolate Crepe.. aku gelarkannya lempeng disimbah coklat.. aku order gak Fettuccini Crepe tapi tak sempat nak ambik gambo sebab tekak dah memanggil untuk diisi..

 cokelat2 bercorak tu menempel2 di bibir bila aku minum..nasib baik takde misai macam Datuk K, kalau tak , kompem tersangkut2..



habis melantak, aku buat kiraan berapa bil yang perlu aku bayar..and totalnya adalah RM80.00 ++ (tak ingat total sebenar)..

Macam aku cakap, aku bukan penggemar coklat.. habis makan je kepala rasa pening2..terus terdiam..adakah tetiba aku kena kencing manis?? *drama 

Nota kaki:
Maybe tersalah pilih menu..sume benda kau nak yang coklat melimpah2 kan..gile!!!

SABA RESTAURANT, CYBER JAYA

Assalamualaikum...

Nak review pasal Saba Restaurant, tapi opcos ramai sangat dah tau pasal tempat makan yang maha best ni. Makanan Arab yang sangat popular di daerah Cyberjaya. Hilang pantang diet aku.

Terpaksa korbankan diri untuk makan nasi. Rugi sangat kalau tak merasa nasi dia yang panjang-panjang dan sedap kalau makan tanpa lauk.

Bawak member makan, dia pun kagum dan beriya sangat makannya. First time dia habis makan dulu dari aku. Hebat...

Kalau orang yang belum pernah datang, senang je nak cari tempat ni. Kau cari je Tune Hotel Cyberjaya, restoran ni berdekatan di kawasan tu. Tapi sekarang ni restoran tengah renovate ke apa ntah, so dia pindah ke lot sebelah tapi kat bangunan yang sama.


kaunter bayaran..kitorang sampai restoran baru bukak. Pelanggan masih belum ramai, boleh makan dengan selesa.

kat umah kita takde button ni lah.. nak main tekan2 boleh tak?

 grill chicken..masa order tu aku tak perasan yang ada word with rice.. kan konon2nya tak nak makan nasi..


mandhi chicken..pehamu menawan seleraku

Nak dijadikan cerita, aku cuma layan nasi Arab kat restoran ni je sejak dari dulu lagi. Memang tak pernah try kat tempat lain. Jadi takleh nak buat perbandinganlah sama ada superb dari restoran lain atau tak..

Aku makan tinggal tulang aje..okbai!!!

Nota kaki:
Aku cuma temankan kawan saje..hhehhe

Thursday, January 8, 2015

R&F TANJUNG PUTERI, JOHOR BAHRU

Assalamualaikum...

Bila dah balik kampung, memang ambik kesempatan berjalan je lah tapi tu pun tengok keadaan. Bila abang aku ajak baru lah aku on sebab dia je yang tau jalan area JB tu. Aku ni setakat Pasir Gudang je lah aku terror. Eh tapi pernah tersesat jugak. Macam mana tu??

Oleh sebab masa balik kampung tu sedara mara dari Batu Pahat pun follow sekali ke Pasir Gudang, jadi abang aku dengan baik atinya offer nak bawak jenjalan. Hakikat sebenarnya aku yang drive, dia cuma jadi penunjuk arah je. Habang ni kan buta jalan JB.

Masa on the way ke JB tu, ternampak signboard Senibong dan dengan pantasnya mulut aku cakap..

"Senibong tu kat mana? Tempat tu glemer dengan seafood kan?"

Dan dengan pantasnya jugak abang aku suruh belok kiri dan jalan menuju ke Senibong. Kitorang singgah sebab nak tinjau kawasan je. Takde maknanya nak gi makan pulak sebab aku awal2 lagi dah makan kat rumah.

SENIBONG



yang beratap-atap tulah restoran-restorannya



STULANG

Lepas ke Senibong kitorang gerak ke Stulang. Bila aku tanya abang aku sebab apa nak ke Stulang, jawapan dia sebab nak tunjukkan kapal laut Sultan Johor kat sepupu aku. Motip sangat kan? 

Kat Stulang ni nampak pemandangan laut dan banyak kedai makan sebenarnya. Aku pun tak pandai pasal tempat-tempat kat JB ni lah. Yang aku tau bangunan dia tinggi-tinggi dan banyak sangat bangunan. 

tu ha kapal Sultan Johor. Siap ada askar jaga. Ambik gambar dari jauh aje lah.


anak-anak jalanan tengah kebulor.. yang aku plak duk memikior kenapa abang aku bawak aku ke sini..


abang aku cakap KFC yang ni milik Sultan Johor.. kalau abang aku tipu, maknanya aku tipu jugak lah..

R&F TANJUNG PUTERI

Last tempat yang kitorang singgah adalah....

Tengok bawah..


Actually tempat ni selalu nampak member-member post kat FB, tapi aku duk terpikir2 jugak kat area mana tempat ni kan.. Rupanya kat Tanjung Puteri. Dari kawasan ni nampak tambak Johor dan kawasan ni dalam proses pembinaan kondominium mewah.

Mampu tak kita nak beli?

Kalau aku memang tak mampu lah..Kerja kerajaan je kut.









 ni dugung tengah bersantai tepi laut

yang ni cicak tengah berlepak2.senang hidup ye?? keh3




tapak ni merupakan kawasan kastam dan imigresen lama laluan antara JB ke Singapore. Nampak tak Tambak Johor tu?? Kenderaan berderet2 nak masuk Singapore. Dari sini kita dah boleh nampak negara jiran.. Membangunnya negara dorang..

Kitorang berlegar-legar mencari pasal kat kawasan pantai je. Kalau nak ikutkan kat bahagian atas ada rumah contoh dan taman-taman yang menarik. Aku bagitau ni sebab aku baca blog orang lain. Rugi lah aku tak naik bahagian atas, tapi takpe next time kalau balik Johor lagi aku nak singgah sini lagi.

Nota kaki:
Kenapa ntah susah sangat aku nak hafal jalan JB, kalau KL tu senang je ingatnya.

Tuesday, January 6, 2015

BOAT NOODLE, PUBLIKA

Assalamualaikum...

New year aritu takde benda nak dibuat, jadinya Oii ngajak aku pegi Publika. Saje je nak berjalan katanya sebab dia tak pernah jejak kaki ke sana. Aku ni bukan pandai sangat jalan ke sana tapi sebelum ni pernah jugak pergi dan aku cuma ingat landmark Istana Negara Jalan Duta dengan Mahkamah Jalan Duta.


Dengan rasa yakin tak yakin, aku drive je dan Alhamdulillah jumpa jugak Publika tanpa sesat. Well done Fendi!! Takyah nak guna Waze bagai, diri sendiri dah boleh jadi Waze.




Untuk mengisi perut, kitorang singgah Boat Noodle. Sebenornya memang dah selalu dengar nama restoran ni tapi tak pernah nak mencuba. Itu pun, on that day secara tak sengaja terserempak dengan restoran ni. Jadi, kitorang singgah jugak.

Jangan risau pasal status halal sebab ada sijil halal yang dipamerkan.


Kalau nak cuba makan di Publika, ni lokasi restorannya :


Publika Block C5, Level G3 Lot 30a.


Perkara pertama yang aku tanya Oii adalah "kau tau order tak? aku tak pernah makan kat sini"

Villagepeople sangat kan aku ni..


Kalau kau sama spesis dengan aku, jangan risau sebab menu dia tak banyak pun. Tak payah buat2 pening kepala tak tau nak pilih menu yang mana satu. Kau nak order semua menu pun boleh.



yang ni aku cilok dari FB Boat Noodle. Ni je lah menu yang ada. Nampak tak yang N01, N02, N03 dan N04? Yang tu beza dia beef dengan chicken dan jenis sause dia. Aku cadangkan setiap sorang ambik je 4 jenis tu.


yang ni sauce untuk noodle. Aku memula tak paham sangat tapi oleh sebab buat-buat macam paham, so aku main pilih je.

Nak dijadikan cerita, masa masuk dalam restoran tu aku nampak setiap meja penuh dengan mangkuk. Mangkuk yang ditingkat2kan. Macam orang makan shushi tu.






Bila turn kitorang order, kitorang orderlah setiap sorang satu mangkuk je.

Haaaa... rupa2nya portion untuk setiap mangkuk noodle tu sikit je. Bak kata Oii, "2 kali sedut je dah habis mee ni"


Kalau aku plak, sekali sedut je dah habis.. Tangki besar kut.


Nasib baik lah kitorang order menu yang lain2, so takde lah rasa ralat sangat kan.



tak cukup pun nak makan tapi buat-buat macam cukup lah..


picture first before u eat!!!


kau rasa kau kenyang tak?? hahha

Lepas ni kalau aku ke Boat Noodle lagi, aku dah tau camne nak ordernya.. Biar penuh 1 table..Keh3.. Nak cite pasal makanan tu bukan kepakaran aku. Kau cuba je lah nanti ye tapi untuk makanan aku bagi 9/10.. Best!!!



OOTD..perasan..

Nota kaki:

Fruit salad dia pedas menyengat sampai gatal2 kepala aku makan