Monday, June 29, 2015

KOIR SEMPENA PERHIMPUNAN

Assalamualaikum...

Pagi tadi abam buat show dengan kawan-kawan kat auditorium. Nerbes abam berdiri atas stage tu,dah lama rasanya tak perform. Statement perasan macam retis.

Alah, dulu masa kat opis lama, abam selalu je perform masa dinner dan jugak masa jamuan hari raya. Abam tak nak, tapi dipaksa oleh mereka yang sukakan suara abam. *matilah puji suara sendiri.

Rasanya persembahan koir pagi tadi sukses juga walaupun tidak perfect. Kitorang takde cikgu yang mengajar vokal, haruslah pitch lari ke laut. Pagi tadipun masa nyanyi lagu Negaraku, pitch abam dah lari dari landasan sikit. Kena lah paham. Bulan Ramadhan...tekak kering..Hanya mampu telan air liur sendiri saje.

Sebenarnya persembahan tu sempena perhimpunan bulanan dan pejabat abam jadi hos untuk bulan Jun ni. 

Ni tahun kedua abam join koir. Adalah jugak sikit sumbangan pada jabatan walaupun kecik je sumbangan tu.

 Wanita

 Lelaki.

 Bergaya sungguh mereka melangkah. Muka aku jugak yang takde.

Di atas stage. Nerbes berganda-ganda.

Balik je opis, abam bukak emel dan terima satu jemputan buka puasa dari satu travel agent. Tapi abam terpaksa tolak sebab dia jemput seorang bagi setiap jabatan/kementerian. Baru lah pasang niat nak mengajak member, dah penganjur kata seorang sahaja, terpaksa cancel.

Apa jadah nak pergi sorang-sorang kan? Nak melantak banyak pun jadi malu sebab takde geng. Hahhah..

Nampak tak?? Tak bersyukur kalau dah jadi manusia tu. Untong lah orang dah jemput.

Nota kaki:
Malu tengok gambar sendiri, apsal muka tak nampak kurus pun?? Kecewa lah..

Tuesday, June 23, 2015

DAH BOOK TIKET KE?

Assalamualaikum...

Air Asia buat promosi, ada yang dah book tiket ke?

Zaman dulu-dulu, memang abam gila kalau Air Asia bagi harga tambang rendah ni. Separuh sawan dibuatnya. Sanggup jugak set alarm jam bangun pukul 2.00 -  3.00 pagi sebab nak dapatkan harga murah.

Zaman sekarang ni, tidak lah abam nak buat kerja gila tu. Waktu tidur itu sangat berharga ok. Tambahan lagi, abam dah tak sanggup nak tengok promosi sebab wang simpanan abam dah makin merata dengan erti kata lain dah pokai sikit. Ditambah lagi abam dah takde geng nak bercuti-cuti, jadi dipendamkan sahaja keghairahan itu.

Tapi................

Abam telah membuat tindakan bodoh pulak semalam. Member sekolah abam whatsapp pulak. Dia ajak pergi ke satu negara yang memang abam nak pergi lagi. Hahhaha..

Dengan tak semena-mena, abam bagi details nama dan lain-lain pada dia dan dia dah berjaya bookkan tiket untuk kitorang.

Balik rumah terus abam pengsan sebab memikirkan mana nak cari duit pergi bercuti.

Harga tiket pergi balik RM466.00.

Sape yang tak juling mata bila tengok harga macam tu kan??

Abam bagi hint lah ke mana abam nak pergi tahun depan..

Tengok gambar kat bawah :-


 Kotanya yang pesat membangun

Hasil seni bangunan.


Nota kaki:
Ok, start menabung.

Monday, June 22, 2015

WISHLIST : LACE UP WORK BOOT BY ZARA

Assalamualaikum...

Berkenan sangat kat boot dari Zara ni. Harganya tak lebih dari RM300.00. 

Lama dah berangan nak sambar boot sebab seumur hidup memang tak pernah ada dalam koleksi.

Hari tu tengok-tengok kat butik Zara KLCC, tak de pulak kat rak.

Sama ada dah habis stock atau memang dah tak jual.

Tunggu tabung ayam penuh, nanti boleh meronda cari kat outlet lain pulak. Hehhehe..


Nota kaki:
Suka sangat tengok koleksi kasut baharu,tapi bila nak beli mesti pikir dua tiga kali. Bukan apa, confirm pakai sekali je, lepas tu simpan dalam almari kasut. Membazir ok!!!!!

SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum...

Tengok orang post ucapan berkaitan dengan hari bapa, terasa sayu lah pulak.

Abah dah pergi lama dah.. Dah 22 tahun dia tinggalkan kitorang sefamili.


Dia tetap hero dalam hidup aku.


Membanting tulang nak besarkan kami 8 beradik. Siang malam dia bekerja.


Di kesempatan ini, nak ucapkan "Happy Father's Day" kepada mereka yang bergelar bapa.




Nota kaki:
Bila turn aku?? Okbai.. tak tau jawapannya.

Friday, June 19, 2015

RAMADHAN KAREEM

Assalamualaikum...


Selamat berpuasa dan selamat melipatgandakan amalan di bulan Ramadhan.

Macam mana permulaan puasa? Harap semuanya berjalan lancar.

Bagi sang bujang macam aku, sambutan puasa biasa-biasa saje. Tahun ni azam Ramadhan macam tahun lepas jugak. Kalau boleh tak nak beli juadah kat bazar. Nak memasak sendiri dan cuba macam-macam resepi.

Bagi individu lain, terpulang kepada mereka. Kalau nak membeli kat luar, tiada masalah tapi make sure jangan sampai membazir. Rasa sayang kalau tengok banyak makanan berlebihan. Ada di kalangan umat Islam di negara lain yang kekurangan makanan.

Bukankah salah satu tujuan berpuasa adalah untuk melupakan sebentar soal makan minum dan menumpukan kepada amal ibadah?

Bagi para peniaga pula, berniagalah dengan ikhlas. Sediakan makanan yang bersih dan memuaskan hati para pembeli. Aku yakin, di bulan Ramadhan ni, rezeki para peniaga berganda-ganda.

Semalam aku masak sup ayam untuk makanan berbuka. Masak ala kadar je, asalkan kenyang sudah. Terasa lebih nikmat kalau makan ala kadar. Memudahkan kalau nak solat Maghrib nanti. 

Hari sebelum tu aku cuba buat brownies. Tengok rupa macam tak menjadi tapi rasanya tu ada lah rasa brownies. Mungkin untuk next percubaan boleh sukses dari segi rupa bentuknya. Oleh sebab ada baki, semalam pun berbuka dengan brownies.

Menu untuk hari ni masih belum ada keputusan final. Mungkin nak masak bihun goreng sebab nak makan yang simple-simple.

Semoga amalan kita di bulan ini diredhai oleh Allah SWT.

Sekian.

Gigih bawak brownies tepi tingkap sebab nak dapatkan pencahayaan semulajadi. Hasilnya?? Macam gitu jugak.

Nota kaki:
Agak-agak bulan puasa boleh turunkan berat tak?

Monday, June 15, 2015

JALAN - JALAN KLCC

Assalamualaikum...

Time-time gaji dah tinggal seciput dua ciput ni rasa malas je nak melangkah keluar rumah time hujung minggu. Rasanya mau baring atas katil dan tunggu hari gaji. Eh..melampau sangat kalau macam tu kan?

Imaginasi je macam tu. Tapi sekarang ni aku macam lebih suka lepak rumah, tengok movie kat laptop, layan lagu-lagu dan tidur. Tu aktiviti hujung minggu aku. Kalau ada yang mengajak keluar dan aku rasa betul-betul nak keluar, barulah aku akan keluar. 

Hujung minggu lepas, aku takde niat nak berjalan pun tapi bila dah member beriya mengajak bertalu-talu mintak teman ke KLCC, maka rapuh terus hati. Demi sebuah persahabatan., Gituh falsafahnya. Mengalah dan terus siap-siap. 

Selepas Asar, terus berdesup ke Tasik Permaisuri. Park kereta kat situ dan bertukar kereta pulak. Naik Mr. City Encik Oey. 

Haluan terus ke KLCC.

Masuk ke Butik Coach. 

* Menangis depan cermin butik je bila member ajak masuk.

Rupanya sang member ni dah aim lama beg tu.

Bisik-bisik jugak le aku tanya dia.. "berapa harga beg ni??"

"RM1500.00"  jawab sang member.

Pengsan 10 kali aku kat butik tu bila dengar jawapan dia.




Inilah rupa beg yang dibeli.

Aku terasa sangat kerdil bila duduk dalam butik tu lelama. Tempat shopping aku cuma lah down town sahaja. 

* Lap air mata guna hujung baju.

Tapi bagi aku, kalau aku bergaji besar pun mungkin berkeinginan nak sambar sebiji dua beg yang berjenama. Reward untuk diri sendiri orang kata kan. Tengok lah one day nanti. Tunggu tabung ayam penuh. Hahaha..


Mampu snap picture saje. Nampak tak gi KLCC pakai selipar jamban je. Ada kisahnya tu.

Dah datang KLCC, tak kan nak lepak sekejap je kan.

Saje mencukupkan syarat, kitorang pun pergi kat air pancur luar KLCC tu.

Macam biasa la tengok air pancur berirama.




Tiba-tiba keadaan jadi haru biru bila ada dua kumpulan budak remaja bergaduh siap berdarah-darah.

Dah la ramai pelancong-pelancong luar, budak-budak Malaysia buat perangai pulak.

Teruk la dik perangai korang. Malu abang sebagai warganegara Malaysia.

Ini ke budaya yang kita tunjukkan pada orang luar?


Bosan la jugak lepak kat luar ni. Saje ambik-ambik gambar buat kenang-kenangan.





Ok, nak cerita pasal selipar jepun tu. Sebenarnya, dari rumah ke KLCC aku pakai kasut. Bila keluar je dari kereta, aku rasa tapak kasut aku dah lain macam keadaannya. Bila mula berjalan, eh tapak kasut boleh pulak tertanggal.

Nasib baik lah Oey ada selipar spare dalam kereta. Segera aku tukar selipar. 

Buat tebal muka je pakai selipar tu sebab selipar tu bukan saiz aku. Saiz kecik sikit.

Nota kaki:
Nasib baik lah ada selipar spare dalam kereta. Kalau tidak, memang kaki ayam je lah.

Wednesday, June 10, 2015

BILA KEK TAK MENJADI

Assalamualaikum..

Adatlah masa mula-mula nak belajar buat kek, mesti akan jadi kes kek bantat kan?

Kalau kek dah tak menjadi tu, jangan buang..

Tak baik membazir..

Caranya adalah.....

Potong kek tu kecik-kecik dan bakar semula dalam oven.

Nanti kek tu akan rangup-rangup sikit. Ala-ala biskut la kan.

Sedap..cubalah..




Nota kaki:
Tapi kalau boleh jangan bagi kek tu membantat, rugi je bahan-bahan.

Monday, June 8, 2015

JALAN JALAN | JAPANESE VILLAGE, BERJAYA HILLS

Assalamualaikum...

Masuk cerita pasal Japanese Village pulak. Masuk ke sini tak dikenakan bayaran sebab dah include tiket masuk tadi.

Ni gambar-gambar masa terlebih rajin nak berjalan panjat bukit ke Japanese Village tu.


Nampak pokok Rhu, berenti jap.

Suasana hijau..Sangat mendamaikan..Tapi kaki dah lenguh sebab menapak jauh.



Papantanda.

 Gerbang masuk ke Advanture Park. Kalau nak cuba aktiviti kat sini dikenakan bayaran.

Kitorang berjalan sampai ke sini je. Kemudian patah balik ke kawasan menunggu shuttle bus.


Bus stand.

Sempat snap sekeping gambar pandangan dari arah bus stand.

Orang dah ramai beratur kat bus stand yang disediakan. Aku tunggu dalam 20 minit, shuttle bus pun sampai. 

Aku bukan nak tunjuk amoi depan tu tapi nak bagitau yang aku duduk depan sebelah driver.

Dalam 10 - 15 minit jugak lah nak sampai ke Japanese Village tu. Turun je dari shuttle bus tu, terus kena sound dengan member "kau nak menapak naik atas kan tadi? Kau memang gila.."!!! Membebel aje keje dia..

Nak ke Japanese Village tu kena naik tangga. Bila dah naik tangga, kena menapak naik bukit pulak. Nampak tak betapa kejamnya pihak pengurusan ni. Huhuhu.. Kejang kaki aku mendaki bukit.

JAPANESE VILLAGE.

 Welcome Sign Board.

Left or Right? U choose.

Permulaannya, aku ke bahagian kiri dahulu sebab nak tengok rumah Jepun kan.

Persekitarannya memang menarik. Ada taman dan mini air terjun. Bunyi air terjun tu pun dah mengujakan.









Kat dalam ni ada Spa. Nama dia Tatami Spa tapi masa kitorang sampai, tak bukak rasanya.  


Bergambor depan Spa je. Nampak tak batu-batu tu. Untuk urut-urut tapak kaki tu. Bukak kasut, jalan gedik-gedik skit.


Kat sini boleh sewa Kimono dengan bayaran RM20.00 dan boleh bergambar dalam rumah Jepun ni.

Oleh sebab tak boleh masuk dalam rumah, jadi kita bergambar kat luar rumah je lah.



Rumah Jepun agaknya ni.

Pose kepala teleng.


BOTANICAL GARDEN.

Selesai jelajah ke negara Jepun, gerak ke Botanical Garden pulak. Walaupun kat Putrajaya ada Taman Botani tapi tak pernah nak jejak pun.

Kat Botanical Garden ni memang kawasan bunga-bunga dan pokok-pokok. Sesiapa yang memang pencinta bunga-bungaan boleh lah lepak sepanjang hari kat sini. Hahha..














Nota kaki:
Plan next percutian please!!!