Wednesday, September 30, 2015

BALING BELAKANG | YOGJAKARTA INDONESIA

Assalamualaikum,

Hari ini dah masuk 30 September 2015. Ya Allah, cepat betul pergerakan waktu. Bila ditoleh ke belakang dan melibat kembali perjalanan hidup untuk tahun 2015, entah apa pencapaian terbesar yang pernah aku capai.

Hurmm..seolah-olah macam tiada.

Kerap kali aku ingatkan diri aku untuk buat sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri supaya aku tak menyesal di kemudian hari.

Kadang-kadang terfikir juga, apakah yang telah aku isi dengan waktu-waktu terluang aku? 

Dalam sibuk bermuhasabah diri, tiba-tiba berkeingingan untuk membuat sesi "BALING BELAKANG" dan aku memilih percutian ke Yogjakarta.

Percutian aku ke sana adalah pada bulan April 2011 dan aku terbang bersendirian ke sana dan di sana kawan dari Indonesia dah tunggu untuk bawa aku explore daerah Yogja.

CANDI BOROBUDUR

Merupakan candi Buddha yang terbesar di dunia dan mendapat pengiktirafan daripada UNESCO World Heritage. 

Kalau nak tahu pasal candi ini, boleh google sendiri. Aku tak pandai sejarah untuk aku ceritakan di sini.

Relief yang terpahat di dinding candi terbahagi menjadi 4 kisah utama iaitu Karmawibangga, Lalita Wistara, Jataka dan Awadana, serta Gandawyuda.

Seharusnya pengunjung perlu masuk melalui pintu timur dan berjalan mengikut arah bergerakan jarum jam bagi menyelusuri kisah mengenai candi ini.

Kiri : Kaki aku. Wajib pakai sarung || Kanan : Itu adalah stupa.

Waktu paling cantik kalau nak datang adalah ketika waktu pagi dan waktu sunset.

CANDI PRAMBANAN

Candi Prambanan terletak di Jalan Raya Jogjga-Solo, Sleman Yogjakarta. Candi ini adalah candi Hindu sejak dari abad ke-10.

Rekabentuk candi ini menjulang ke atas dengan ketinggian 47 meter dan mempunyai tiga candi utama iaitu Candi Wisnu, Brahma, dan Siwa.

Masa aku datang ke sini, terdapat pemuliharaan sedang dilaksanakan, jadi aku tak dapat nak jelajah lebih-lebih sangat. Secara peribadi, candi Prambanan memang cantik dan pencinta-pencinta foto pasti suka untuk mengabadikan kenangan  di sini.

 Bagi aku, candi Prambanan lebih indah kalau nak dibandingkan dengan Borobudur.

Tengok boleh, pegang pun boleh tapi jangan pula termimpi-mimpi dalam tidur.

Di bahagian luar ada taman yang luas.

ISTANA RATU BOKO

Istana Ratu Boko terletak berhampiran dengan Candi Prambanan. Dari Candi Prambanan, aku naik angkutan (van yang disediakan) untuk ke Istana Ratu Boko.

Seriously, kawasan Istana Ratu Boko seperti sebuah taman yang luas dan mempunyai kawasan rumput yang menghijau.

Mengikut sejarahnya, istana ini dijadikan sebagai tempat untuk spiritual.



GUNUNG MERAPI

Aku sangat suka dengan gambar Gunung Merapi ni. Ia seolah-olah memanggil aku untuk ke sana lagi untuk kali yang ke tiga.

Untuk lebih info mengenai kota Yogjakarta, boleh lawati :   YOGJAKARTA

Nota kaki:
Berangan untuk buat trip Jakarta - Bandung - Yogjakarta. Siapa nak join sekali?

Friday, September 25, 2015

SAMAN ATAU TIDAK?

Assalamualaikum,

24 September 2015 - Salam Aidil Adha untuk seluruh umat Islam di dunia. Kita digemparkan lagi dengan berita rempuhan jemaah haji di Mina. Besar sungguh dugaan yang Allah berikan kepada para tetamu NYA. Sebelum ni berlaku kejadian runtuhan kren dan juga kebakaran hotel yang diinap oleh jemaah Indonesia.

Semalam juga 24 September 2015 merupakah tahun ke 22 arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. InsyaAllah Allah tempatkan arwah di kalangan orang beriman. Aminn & Al-Fatihah.

Raya Haji tahun ni aku tak balik kampung, jadi nak kata beraya tu, memang tidak lah kan..

Pagi semalam tunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Besi. Memula nak solat di masjid Salak Tinggi je tapi bila dah kawan ajak solat kat situ, aku join je lah.

Selesai solat, waktu nak turun tangga keluar tu orang memang sangat ramai dan bersesak, kemudian terdengar satu perbualan dengan slang omputih sangat..

" Daddy..daddy.. it's so dark here "

Aku sengih je sebab suara tu suara budak-budak. Budak kecik dah dikelilingi dengan orang dewasa, sure lah persekitaran dia jadi gelap.

"Hahhaha Amran..Amran.. where are u?? Daddy cannot see u.." gurau si bapa.

"I am here Daddy.. why so dark? ".. jawab dan soal si anak.

"So many people here " kata si ayah.

Terdetik plak nak toleh, bila toleh je rupanya orang Melayu.

Kagum seminit jap sebab slang dorang tu memang omputih habis. Agaknya berapa lama dah tak duduk Malaysia tu? 

* Mood jeles sebab kita cakap English slang Tempe.

KL FESTIVAL CITY MALL [KAISON]

Oleh sebab hari raya dah macam tak raya je bagi aku kan, so aku dengan member pun gerak ke KL. Memula pergi KL Festival City Mall. Saje nak pergi mall yang tak pernah nak pergi. Lokasinya di Danau Kota. 

Tujuan asal nak pergi Kaison. Hahhaha..

Rambang mata tengok lukisan untuk hiasan dinding. Kalau nak compare masa aku pergi Kaison yang di Paradigm Mall tu, kat sini stok dia banyak.

 Pergi mall pakai baju melayu.

 Aku suka lukisan yang ringkas macam ni.



Macam biasa, kalau dah depan mata terus jadi tamak kemudian terus tak reti nak buat keputusan membeli.

Mula la tengok yang tu cantik, tengok yang ni cantik. Last-last aku tak beli sebab tak tahu nak beli yang mana satu.

Dah datang jauh-jauh tak kan tak beli something kan? Baru teringat nak beli frame gambar. Kata nak menghias rumah sikit-sikit, so kena la beli barang sikit-sikit kan? Ternampak pulak box untuk letak barang-barang. Beli lain kali je lah ye. Jimat cermat sikit. Gaji lambat lagi. Hhehehe..


Sempat beli 3 je sebab baje cukup untuk 3. Lain masa nak beli lagi 3. Harga yang frame hitam RM7.90 (kalau tak silap) dan yang putih RM6.90 (kalau tak silap).

Bagi aku KL Festival City Mall ni tak adalah menarik mana. Jalan-jalan sekejap beli cadar kemudian terus keluar.

LEVAIN BOULANGERIE PATISSERIE

On the way balik tu singgah Levain Boulangerie Patisserie, Jalan Delima Kuala Lumpur. Lama dah tak singgah lepak kat sini.

Kalau hari biasa, sangat ramai orang. Tempat dia nice. Penggemar pastry dan kek mesti suka tempat ni.

Parkir RM3.00, padahal park tepi jalan je. Ni lah KL, semuanya kena sediakan duit.





 Makan berdua. Kitorang share je tapi aku lah yang makan paling banyak.

Terpaksa pakai songkok sebab tak bawak gel rambut. Kalau bukak songkok, rambut gerbang macam singa.

TERIMA KASIH ENCIK POLIS

Siap melantak, member ajak ke Times Square. Oleh sebab memang tak ada aktiviti lain, so aku on je lah. Nak dijadikan cerita, masa kat traffic light aku memang tak perasan lampu tengah merah. Dengan selamba je aku belok kiri dan terus kena tahan dengan polis. Ok demmmm... Boleh pulak polis trafik tunggu tepi jalan tu.

" Awak tau apa salah awak? " - polis

Aku senyum menahan debar..

" Apa ye salah saya? ".. menjawab pulak aku.

"Awak langgar lampur merah. Mintak lesen." - polis

Aku dah derau darah dan terbayangkan melayang duit nak bayar saman. RM300.00 tu saman.

"Saya bagi pilihan.. Nak saya saman awak ke tak? "... - polis

"Hurmmm terpulang pada encik. Tapi rasanya bagi peluang kat saya.. Tak perlu saman .."

"Tu lah..saya tanya ni..Nak saman ke tak??" - polis.

"Tak perlu saman.."

"Ok..saya lepaskan awak.. Lain kali jangan langgar lampu merah.." - polis..

Alhamdulillah... terima kasih Allah.. terima kasih polis.

Dalam kereta terus terdiam.. Rasa malu pun ada.. Rasa bodoh pun ada.. Lantak lah, lepas ni tak jumpa lagi dengan polis tu.

Salam Aidil Adha Encik Polis.

Taubat Nasuha.. Be alert dengan traffic light.. Tak nak langgar lampu merah lagi..

Tobat Tobat Tobat.. Sayang duit..

Memang kenangan raya haji yang paling berMAKNA untuk aku.

Nota kaki:
Salah kecik je, saman mahal nak mampus.

DAPUR BUJANG | CONGO BARS

Assalamualaikum,

Dah banyak kali buat Congor Bars ni tapi untuk kali ni barulah berpuas hati dengan rasanya. Kira dah boleh lawan dengan member aku yang tokey cake tu (Anyss). Resepi ni pun memang Anyss yang bagi.

Bahan-bahan :

250g butter 
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 setengah cawan tepung naik sendiri
1 setengah cawan soft brown sugar
2 cawan coklat cips
Almond flakes

*
Kalau nak rasa yang sedap, kena pakai butter yang mahal sikit macam Anchor atau Westgold. Nak pakai Buttercup pun boleh tapi nanti rasa dia rasa Buttercup lah. Maksudnya di sini akan ada rasa perbezaan pada rasa tu. Butter perlu berada pada suhu bilik.

*
Kalau nak kan tekstur yang keras sedikit, boleh gunakan 3 cawan tepung naik sendiri.

Konon-konon nak nampak berseni tapi hasilnya bersepah. Lantaklah..HP pun cap ayam serama je.

Cara-cara membuat :

1. Dengan menggunakan senduk atau spatula, satukan butter dan esen vanilla di dalam satu bekas. Kemudian masukkan soft brown sugar dan gaul sebati sampai warnanya cantik.

2.  Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.

3. Masukkan pula tepung dan gaul menggunakan kaedah kaup balik. Pastikan semua tepung larut dan tiada yang tertinggal.

4.  Masukkan coklat cips dan almond flakes. Make sure tinggalkan kedua2 bahan tu sedikit untuk ditaburkan di atas adunan.

5. Ratakan di dalam loyang. Ikut suka nak tebal atau nipis dan bergantung kepada size loyang. Aku punya oven kecik, so guna loyang kecik. Untuk adunan ni, aku bahagikan dua.

6. Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200 darjah celcius selama 10 minit. Ini pun bergantung kepada jenis dan saiz oven.

7.  Taburkan coklat cips dan almond flakes atas adunan yang nak dibakar.

8. Turunkan suhu oven kepada 180 darjah celcius dan bakar dalam 25 - 30 minit.

 Tengok ikut arah putaran jam.

 Dah siap. Bau dia semerbak tapi visual tak cantik langsung. Tak menggiurkan. Aku rasa macam dah tabur coklat cip dengan almond tu banyak-banyak tapi hasilnya??

Rasa dia sedap. Bukan aku nak memuji masakan sendiri tapi kalau korang buat sendiri pun memang sedap rasanya. Manis bak hang, tahap kerat kaki punya manis.

Nota kaki:
Setiap pagi breakfast dengan Congo Bars je.

Wednesday, September 23, 2015

JALAN JALAN | CAMERON HIGHLAND : BHARAT TEA PLANTATION

Assalamualaikum,

BHARAT TEA PLANTATION

Jangan ditanya Bharat Tea Plantation ni kat mana. Aku pun tak paham sangat lokasi-lokasi Tanah Rata tu kat mana, Brinchang tu kat mana. Hahhaha..maklumlah, baru kali kedua ke datang sini.

Selepas puas mencuci mata kat Lavender Garden tu, aku bawak famili ke Bharat Tea Plantation. Saje nak menghijaukan pandangan mata.

Gigihlah follow GPS untuk ke sini. Untuk makluman, WAZE aku dah uninstall dari HP sebab WAZE banyak bawa kesesatan jalan pada aku.

Kitorang singgah sini sebab nak tengok ladang teh. Biasanya tengok orang post kat FB je, jadi nak juga aku merasa pegang-pegang daun teh kan.








Kakak moks dah penat berjalan. Tengah duduk membelek gambar dalam HP pulak

 Teh Tarik & Lemon Tea. Order air sekadar buat syarat. Tujuan utama sebab nak tengok view.

Masa tengah duduk-duduk melepak, ada segerombolan budak-budak sekolah sampai. Nampak dorang turun ke ladang teh. Teruja sangat dorang.

Macam semut kalau tengok dari atas.

Akhirnya our turn untuk turun ke bawah dan merasai sendiri berada di tengah-tengah ladang teh :-


 Semangatnya mak aku ni. Jaga-jaga mak, mak tu sakit kaki.


 Tengok boleh, petik jangan.


Pekerja ladang teh.. Girls!! what are u doing there?? Turun sini..

 Tolong jaga kebersihan ladang.


Ni tandanya saya check in & saya check out.

Hari pun dah nak petang. Kaki pun dah sakit sebab kena mendaki tangga semula untuk naik ke atas. Masanya untuk kita pulang. Plan seterusnya nak ke MARDI tapi dah terlepas laluannya. Mak kata balik je lah sebab takut sampai rumah malam sangat.

Baliknya tu kitorang ikut laluan Tapah. Laluannya agak scary tapi bagi aku macam takde masalah je nak drive laluan macam tu sebab aku pernah drive sendirian naik Kundasang dan pernah juga drive naik dan turun Genting Highland.

Next time kalau nak datang lagi, aku nak stay satu malam dan nak ikut laluan Tapah sebab boleh tengok air terjun!!!!

Ok tamat sudah percutian di Cameron Highland. Next trip plisss!!!!

Nota kaki:
On the way turun tu boleh pulak kakak aku muntah.. Aiyakkk!!!




BIJAK MEMBELI SEBAGAI PENGGUNA

Assalamualaikum,

Baru tersedar hari ni dah masuk 23 September 2015. Esok jatuh hari raya AidilAdha dan nampaknya sepertimana tahun-tahun sebelum ni, aku cuma beraya kat Salak Tinggi sahaja. Tak mengapa lah, dah biasa dengan situasi macam ni.

21 September  lepas, cukup 9 tahun aku berkhidmat dalam sektor awam dengan jawatan dan gred yang sama. InsyaAllah kalau diberikan rezeki oleh Allah SWT, boleh la merasa bertukar gred tapi bila masanya tu? Aku pun tak tahu. Segalanya menjadi rahsia Allah.

Last week kan, bila bukak peti ais tengok barang-barang masak dah habis. Barang-barang mandian pun dah tinggal saki baki je. Sabun mandi dah tak ada stok. Syampu rambut dah kontang. Pandai sunggu mereka habis secara berjemaah. Mendera poket untuk mengeluarkan duit membeli belah.

Terus aku menerjah ke Tesco Nilai. Actually aku ni bukanlah seorang pengguna yang bijak.

Kenapa aku taip macam tu? Sebab jenis aku ni kalau membeli memang susah sangat nak membandingkan harga barangan antara satu pasaraya dengan satu pasaraya yang lain.

Jadinya, untuk kali ni terdetik pula nak buat perbandingan harga. 

Barangan yang aku beli seperti di bawah :-



Selepas membeli dan membelah, aku dapati :-

TESCO MAHAL BERBANDING GIANT DAN SPEED MART 99

Aku terpaksa membeli susu Anlene perisa coklat tu sebab sekarang ni dah kategori uncle-uncle uolls. Lately gusi kerap berdarah dan gigi macam tak kuat je. Scary tak? Terus ter"imagine" gigi aku luruh dengan sendirinya. Atas kesedaran tu lah, sekarang ni nak amalkan minum susu semula. Beli kat Tesco harganya dalam RM24++. Bila tengok kat Speed Mart99, harganya cuma RM20.80. Kau rasa? Beza RM4.00. Banyak tu.

Salad yang dalam bekas tu plak harga kat Tesco RM6.00 tapi di Giant cuma RM4.90. Mungkin lah brand berlainan, tapi jenis saladnya tetap sama kan? Rugi lagi kat situ.

Butter Westgold tu aku tak buat survey harga lagi tapi kalau Buttercup, di Tesco pun agak mahal kalau nak compare di kedai runcit.

Dah lepas membeli baru nak bandingkan harga kan? Bijak ke bongok rasanya aku ni?

KENA RAJIN MENCUBA

Aku beli jugak sos thousand island jenama Tesco. Harga agak murah kalau nak bandingkan dengan jenama terkemuka lain. Beza dalam RM2.00 jugak. Tapi..... rasa dia lebih kurang je. Sedap pun sedap. Tak salah kan kita membeli barangan yang tak berjenama??

Selain tu aku beli bateri saiz kecik jenama Philips tu untuk remote kipas kat ruang tamu, Empat biji harganya RM4.90 padahal guna untuk remote je kan? Teringat kata-kata seorang member masa pergi beli bateri remote Astro beberapa tahun lepas..

"beli bateri brand Philips tu untuk apa?"

"untuk remote Astro" jawab aku.

"haaa?? beli bateri mahal-mahal untuk letak kat remote je? Beli yang murah pun dah memadai lah. Untuk remote je..bukan nak pakai untuk radio ke apa ke"...

Hahhahah..entah la ye. Dah itu je yang aku nampak. Sambar je lah. Satu kerugian di situ.

KENAPA BARANG SEMAKIN MAHAL?

Aku yang tak ambil tahu ke dengan harga pasaran semasa? Beli gel rambut sampai RM9.00 harga dia. Zaman sekolah dulu kenapa murah sangat?? Eh sebelum-sebelum ni aku beli gel kenapa harga macam tak mahal je? Pakai minyak kelapa lumur kat rambut je lah senang kan?

BELI BARANG BEBERAPA KETUL DAH CECAH RATUS

Beli barang cuma beberapa ketul je tapi bila bayar dah cecah ratus. Agaknya kalau yang berkeluarga beli barang sampai penuh troli tu, berapa ratus dia orang perlu habiskan?? 

BELI BARANG YANG PERLU SAHAJA

Keperluan atau kehendak?? Kena selalu ingatkan diri kita pasal dua perkara ni. Kalau ikutkan kehendak, satu pasaraya kita nak borong. Kalau fikirkan keperluan, rasanya banyak benda juga yang menjadi keperluan kita zaman sekarang ni kan?

Ok, aku dah kompius di situ.

HABISKAN DAHULU BARANG DI RUMAH (BAHAN BASAH UNTUK MASAK)

Salah satu tabiat buruk aku bila membeli barang adalah aku tak tahu barang tu masih ada lagi kat rumah atau tak?

Contohnya : bila aku nampak sardin, terus aku sambar padahal kat rumah masih ada sardin yang belum dimasak.

Contoh kedua : dalam peti ais masih banyak sayur yang belum aku masak tapi bila pergi kedai, aku beli sayur yang lain. Kan membazir kat situ. Baiklah masak dan habiskan dulu apa yang ada sebelum membeli yang baharu.

BELI SECARA BANYAK 

Kalau ada bajet, baik kiranya beli barang-barang mandian secara banyak.

Contoh : berus gigi dan sabun mandi.

Bila beli banyak, jadikan ia stok. So, untuk bulan-bulan akan datang dah tak perlu fikir nak beli lagi sehinggalah stok habis. Lagipun kat pasaraya memang dah dijual sekali banyak kan?

Nota kaki:
Selalu ingatkan diri supaya berjimat tapi selalu juga terlupa nak beringat.



JALAN JALAN | CAMERON HIGHLAND : LAVENDER GARDEN

Assalamualaikum,

Seronoknya dapat bercuti lama sempena Hari Malaysia. Aku ambil cuti 14 & 15 September sebab mak dan kakak aku datang dari Johor. Terpaksa lah dorang naik bas sebab abang ipar tak cuti.

Sempat 5 hari melepas rindu pada mak. Sepanjang mak ada kat rumah, dapat lah bawa mak ke Nilai (tempat wajib pergi kalau dia datang sini), Kenanga Wholesale Centre (KWC) dan jugak Cameron Highland.

Actually Cameron Highland tu macam tak plan pun. Akak aku request nak pergi Cholmar Bukit Tinggi tapi oleh sebab tempat tu macam tak mesra sangat untuk mak-mak, so tukar plan ke Cameron Highland.

Ini pengalaman pertama aku drive sendiri ke Cameron Highland dan kali ke dua ke sana. Pertama kali pergi dulu pun sebab berkursus dan naik kereta jabatan. Selepas tu macam tak terfikir pun nak ke sana sehinggalah perjalanan yang kali ini.

Waktu pergi, aku lalu Simpang Pulai sebab ikut kata orang laluan ni lebih selesa dan jalan lebih cantik tapi masa yang diambil agak lama juga. Bayangkan aku gerak dari Salak Tinggi pukul 8.30 pagi, sampai ke Cameron Highland pukul 2.00 petang. Tambahan lagi percutian ini kitorang balik hari sahaja.

Rasa macam fed-up habis nak drive dengan laluan bengkang bengkok tu. Bila dah sampai tu barulah rasa lega dan bersemangat nak berjalan.

LAVENDER GARDEN

Aku dah listkan tempat-tempat yang nak dikunjungi tapi cuma sempat singgah dua tempat sahaja.

Tempat pertama pergi adalah Lavender Garden. Bayaran masuk untuk dewasa RM6.00 dan kanak-kanak RM4.00. 

Tak rugi datang ke sini sebab bunga lavender dan lain-lain bunga tengah cantik. Ceria je mata tengok warna warni.

Dalam garden ni ada gerai-gerai souvenior. Bagi sesiapa yang memang suka membeli belah barang-barang cenderahati, boleh dapatkan di sini.

Mak lah yang paling seronok sebab dia nampak baju budak-budak. Mak belikan untuk cucu dia. Sebagai kenang-kenangan katanya. Untuk anak mak takde ke? hehhehe..


 Parking depan ni je. Kitorang datang weekday, so orang tak ramai.

 Laluan masuk. Snap gambar time dah masuk dalam.

Di bahagian bawah cuma ada garden dan kedai-kedai sahaja.






Emak dan kakak-kakak saya.








 Laluan nak ke bahagian atas. Disajikan dengan pokok-pokok bunga yang sedang mengembang.



Sepanjang laluan ada pokok-pokok berjuntai macam ni.

Sempat bergambar sekeping.

Apa yang ada di bahagian atas?

Kat atas ni ada point view. Kalau nak tengok pemandangan dari aras tinggi, boleh naik di sini.

Pun ada cafe yang boleh lepak-lepak. Tak berkesempatan aku nak melepak kat atas ni sebab masa agak terhad. Yelah, nama pun bercuti balik hari kan?



Kalau kau minat bunga, boleh petik sendiri dengan kadar tertentu yang dah ditetapkan. Selain dari bunga-bungaan, kau juga boleh petik strawberry sendiri tapi hanya dibuka pada Sabtu & Ahad sahaja. Hari biasa tidak dibuka.

Kitorang tak ada lah beriya sangat nak petik-petik strawberry ni, jadi tak ada rasa terkilan langsung sebab dia ada jual strawberry yang dah siap dibungkus.













Merah strawberry dia. Buat topping atas Pavlova confirm menarik.

 Mereka bertiga.

Aku tetap nak sorang-sorang.

Nota kaki:
Next Famili Trip adalah Padang Besar, Perlis.