Wednesday, November 25, 2015

HAL AKU | HERBA RESDUNG TOK AKI

Assalamualaikum...

Ada masalah resdung?

Kerap bersin pagi hari?

Hidung selalu gatal bila makan seafood atau belacan?

Hhahha dah macam menjual barang pulak kan. Jangan salah paham uolls. Entry ni bukan nak menjual. Cuma nak sharing is caring je.

Aku ada beli produk Herba Resdung Tok Aki. Sape Tok Aki tu?

Yang pasti dia bukan atok aku. Aku pun tak kenal siapa dia.

Sebelum ni produk ni pernah popular di wall FB antara produk berkesan untuk mengurangkan resdung.

Aku ada resdung ke?

Jawapan aku " entahlah.."..

Aku memang kerap selsema tapi tidaklah sampai kerap bersin setiap pagi.

Aku tidaklah alah pada makanan laut, kecuali kalau makan ketam, lidah aku akan gatal merenyam.

Jerawat? opcos lah aku berjerawat. Aku pernah dapatkan rawatan dari doktor pakar sepertimana yang pernah aku ceritakan dalam blog ni dulu. Ada aku tanyakan pada doktor pakar sama ada aku ni ada resdung ke? Tapi doktor kata berkemungkinan tidak sebab jerawat yang aku alami ni kecil-kecil dan banyak. Bukan jenis jerawat batu. Doktor kata mungkin masalah pada darah aku.

Namun paling ketara adalah aku akan selsema bila kena habuk. Adakah itu salah satu tanda-tanda resdung?? Mungkin juga.

Banyak sangat mungkinnya ni.

Ada ketikanya aku rasa sistem pernafasan aku berbau. Hurmmm..kalau dah tahap berbau tu, aku agak rungsing jugak.

Kita hari-hari berdepan dengan orang. Selain dari keselesaan diri, kena beri keselesaan pada orang juga.

Sebagai salah satu langkah penyelesaian, aku orderlah herba resdung ni dari salah seorang pengedar di Bandar Baru Salak Tinggi. Harga yang aku dapat RM50.00 sebab aku datang ambil sendiri.

Aku dah pakai beberapa kali dan memang akan mengeluarkan lendir dari hidung dan tekak.

Benda ni bergantung kepada tahap keseriusan resdung individu tu sendiri. Bila aku google2 testimoni, ada yang kata keluar lendir yang banyak, ada jugak yang sikit saja.

Lupa nak bagitau cara penggunaannya. Ambil sedikit serbuk herba tu, letakkan di dalam hidung. Tundukkan kepala dalam 10 minit, tunggu sampai lendir keluar. Urut-urut sikit hidung tu bagi memudahkan lagi lendir keluar. Bila dah selesai, cuci bersih.

Kekerapan penggunaan : buat selama 7 hari berselang-selang hari. Buat pagi dan malam. Selepas 7 hari/kali, boleh guna mengikut keperluan.

Kesan dari penggunaan produk ini :

Kurang sikit selsema tapi masih juga hidung ni berhingus dan tekak berkahak.. Keh3.






 “Dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkanku.” [QS Asy Syu’ara: 80]

Terima kasih.

Thursday, November 19, 2015

HAL AKU | KEMPEN MENABUNG SETIAP HARI

Assalamualaikum...

Kempen menabung "Sehari RM1.00 @ RM2.00".

Terpengaruh dengan gaya menabung seorang kawan ni. 

Tengok kat FB, dia start menabung dengan konsep sehari kena masukkan RM5.00 dalam tabung. Cukup setahun, dia dapat beli tiket flight ke Hong Kong dengan husbank dia.

Benda baik, tak salah kalau nak follow kan? Mungkin di antara kita memang ada simpanan setiap bulan. Masukkan sikit dalam ASB, sikit dalam Tabung Haji atau mana-mana bank simpanan yang lain. Simpanan-simpanan ni kebiasaannya untuk jangka masa panjang atau untuk hari tua kita nanti.

Kalau menabung sehari RM1.00 @ RM2.00 ni kebiasaannya untuk kegunaan setahun yang akan datang.

Kita ambil lah sehari RM1.00, kalau setahun dah dapat kumpul RM365.00. Kalau sehari RM2.00 pula, dah boleh simpan RM730.00. Banyak juga tu.

Aku berharap sangat supaya aku dapat kekalkan momentun menabung ni sebab dah ada plan untuk tahun depan.

Aku niat, kalau cukup setahun nanti, aku nak book tiket untuk aku, mak aku dengan kakak aku ke Kota Kinabalu Sabah.

Kira macam aku sponsor tiket flight la kan. Nak beli tiket tu kena waktu Air Asia buat promosi, kalau tak memang tak cukup la jawabnya.

Jadi, setahun akan datang aku akan update sama ada misi aku berjaya atau tidak.

Kalau tak berjaya nak belikan tiket ke KK, mungkin duit tu boleh aku gunakan untuk benda lain yang bermanfaat. InsyaAllah..

Ok, tak sabar nak tunggu setahun akan datang.. hahha itu pun kalau panjang umur...

Tengok la tabung aku ni. Bongkar-bongkar kabinet dapur, nampak pula bekas biskut raya ni. Terus jadikan tabung.









Cara untuk elakkan dari lupa nak masukkan duit setiap hari adalah dengan meletakkan tabung tu di tempat yang memang setiap hari kita pandang.

Kalau aku, aku letak dalam almari dekat dengan tempat letak underwear.

Kenapa aku letak situ?

Sebab tiap hari aku pakai underwear.

Okbai..hahahhahha...


"duit boleh buat kita punya ramai kawan dan dengan duit juga kita boleh hilang kawan"

Terima kasih semua.

Wednesday, November 18, 2015

TERIMA KASIH ANONYMOUS

Assalamualaikum...

Selamat hari Rabu. Lagi dua minggu nak berakhirnya bulan November 2015. Masuk pula nanti bulan Disember 2015 dan akhirnya tahun 2015 melabuhkan tirai.

Pagi ni buka blog, nampak di bahagian komen. Ada anonymous komen pasal percutian aku ke Pulau Pangkor yang entah tahun bila punya percutian tu. Agak kurang senang dengan komen macam tu, aku tak approve dan terus delete.

Aku tak tahu siapa dia dan tak nak ambil tahu siapa dia. Maaf lah pada anonymous tu kalau dia baca entry ni.

Dia tegur cara pemakaian member aku. Free hair dan sleeveless. Yes, member aku tu melayu. Pure melayu.

Cerita entah tahun bila tu dia baru nak komen dan menegur dengan agak kasar.

Aku tahu hukum hakam dalam agama. Membuka aurat itu memang hukumnya haram bagi lelaki mahupun wanita.

Nasib baiklah semua komen-komen aku tapis dahulu. Banyak juga komen-komen kurang ajar yang aku terima dalam entry aku sebelum-sebelum ini oleh anonymous. Kenapa tak letak muka, nama dan diri sendiri??

Kalau betul nak menegur, tunjukkan diri anda. Bukan bersembunyi disebalik anonymous. Aku paling tak berkenan.

Menegur biar berhemah. Cakap atau taip elok-elok supaya apa yang hendak disampaikan tu meresap ke hati dan memberi keinsafan. Bukan kata-kata tu meresap ke hati dan terus buat hati panas.

Semua orang tak sempurna. 

Ustaz pun bertelagah sesama ustaz. 

Wanita bertudung labuh pun ada yang bermulut puaka.

Wanita berpurdah pun ada yang bermata liar.

One more thing, kawan aku tu dia tak tinggal solat, tak pernah aku dengar dia keluarkan kata-kata carut dari mulut dia, dia tak pernah marah, soft spoken, sangat taat pada mak dia, dan sangat membantu kawan-kawan.

Kita doakan je lah supaya satu hari nanti dia akan menutup aurat dengan sempurna.

Mungkin Allah dah tetapkan dia sebagai ahli syurga dan kita???

Hurmmm....hanya Allah sahaja yang mengetahui.


"Speak only when your words are more beautiful than then silence you make"

Terima kasih.

Tuesday, November 17, 2015

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | TENGOK KAPAL DI KLIA 2

Assalamualaikum...

Sabtu lepas member ajak lepak tengok kapal kat KLIA 2. Entah apa mimpi dia, tetiba ajak, padahal sebelum ni dia tak tunjukkan minat sebab takut tengok kapal nak mendarat.

Alhamdulillah, cuaca petang sangat cerah. Dalam pukul 6.00 petang jugak kitorang gerak ke KLIA 2. Sedang elok lah matahari tak berapa nak terik.



 Dari jauh nampak lampu




Melajukan degupan jantung bilamana kapal berada atas kepala.

 Terbanglah setinggi mana, ke landasan juga kau kembali.
Gambar acah-acah pose tetap terselit sementara tunggu kapal menghampiri landasan.

Bila aku post gambar kapal kat FB, ada kawan-kawan pernah tanya kenapa aku suka lepak tengok kapal terbang?

Jawapan aku?

Aku rasa tenang bila tengok kapal berlepas dan mendarat. 

Buatkan aku teruja nak pergi bercuti dan bila aku tengok kapal, terimbas balik pengalaman aku pertama kali naik flight. 

Sudah lah kali pertama naik flight, pergi sorang-sorang pulak tu. Destinasi aku waktu itu adalah ke Kuching, Sarawak.

Kenangan semuanya tu.

Puas tengok kapal naik turun, dekat Maghrib juga kitorang gerak balik. Kebetulan waktu lalu Masjid KLIA, sedang elok azan Maghrib berkumandang.

Singgah sebentar tunaikan kewajiban sebagai hambaNYA.

My first experience solat di Masjid KLIA. Subhanallah..cantik seni reka dalaman masjid ni. Mari menuju kepada Yang Satu.

"Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat apa yang anda mampu"
- Randy Paunch

ISI MASA | SUDUT PANDANG MUHYIDDIN YASSIN

Assalamualaikum...

Sudut Pandang Muhyiddin Yassin dicetak pada tahun 2012 yang mana pada ketika itu beliau masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

Buku ini merupakan cenderahati yang aku terima semasa Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pelajaran Malaysia. Masa dapat, aku tak rasa berminat untuk mendalami apa yang ditulis di dalam naskhah ini.

Cuma kebelakangan ini, aku perhatikan banyak buku yang belum aku sentuh dan masih elok tersusun di atas rak buku.

Aku ambil masa seminggu untuk habiskan bacaan. Tidak sia-sia menghabiskan tempoh seminggu menghadap buku ini.

Buku ini adalah wawancara bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan dasar-dasar baharu yang beliau laksanakan sejak memegang jawatan Menteri Pelajaran.

PPSMI, had pengambilan subjek SPM kepada 10 matapelajaran, kontroversi novel Interlok, Sejarah dijadikan subjek wajib lulus, sejauh mana memartabatkan profesion perguruan, pendidikan vokasional dan teknik serta beberapa isu lain beliau kupas dan berikan penerangan.

Terdapat beberapa dasar baharu yang dilaksanakan yang kurang berjaya seperti PPSMI dan digantikan dengan Memartabatkan Bahasa Melayu Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan oleh pelajar-pelajar.

Aku galakkan cikgu-cikgu untuk baca buku wawancara ni sebab isu-isu yang dikupas sangat dekat dengan mereka.




"Leader becomes great, not because of their power but because of their ability to empower others"
 - John Maxwell

Terima kasih.

Monday, November 16, 2015

ISI MASA | THE MAGIC OF THINKING BIG

Assalamualaikum...

The Magic Of Thinking Big dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan tajuk Berfikir & Berjiwa Besar.

Buku ni adalah hadiah atas penerimaan Anugerah Penjawat Awam Cemerlang Bulan Jun 2014.

Dapat tahun 2014, akhir 2015 baru dapat selesaikan baca buku ni.

Buku motivasi juga. Bagi mereka yang sering gagal dalam bisnes ke, pekerjaan ke, rumahtangga ke atau lain-lain, korang kena baca buku ni.

Aku tak nafikan, time baca buku ni dah tiba pada beberapa part tu, memang terus rasa termotivasi dengan beberapa cadangan dan cerita dari penulis.

Penulis suka beri contoh dengan kisah-kisah benar yang terjadi. Dari situ, kita rasa lebih yakin untuk membaca dan mengambil cadangan-cadangan yang diberikan.



"Open your mind before u open your mouth"

Terima kasih semua.

Wednesday, November 11, 2015

ISI MASA | KOMPLIKASI JIWA MUSLIM

Assalamualaikum...

Komplikasi Jiwa Muslim tulisan Dr. HM Tuah Iskandar. Buku ini mengumpulkan pertanyaan-pertanyaan pembaca setia beliau mengenai permasalah yang timbul dalam kehidupan, perkahwinan dan juga pekerjaan serta lain-lain hal.

Dr. HM Tuah menjawab dengan mengaitkan agama dan motivasi. Macam biasa, tulisan dan jawapan beliau sangat santai.

Berbaloi beli buku ni walaupun buku ni aku beli setahun yang lepas. Satu kejayaan sebab berjaya untuk habiskan bacaan.

Well done Fendi!!!!



"dengan membaca, kita mampu mengelilingi dunia"

Terima kasih semua.


Monday, November 9, 2015

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | KONSERT SATU SUARA VOL. 2 ISTANA BUDAYA

Assalamualaikum...

Tertunai sudah impian nak tengok konsert DCT. Lama dah pasang impian walaupun sebenarnya masa kerja kat PICC, kerap juga tengok show dia waktu event dinner dll.

Yang tengok curi-curi tu kira lain lah kan sebab free. Yang ni keluarkan duit sendiri semata-mata nak tengok dia selama 2 jam.

Konsert Satu Suara Vol. 2 DCT ni menampilkan juga dua penghibur lagenda dari Singapura dan Indonesia. Dato' Ramli Sarip dan Ibu Hetty Koes Endang. Konsert ini menggantikan teater muzikal DCT yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya selama seminggu. Difahamkan, oleh sebab sukar mendapat tajaan, jadi teater muzikal itu ditukar dengan konsert ini. Teater muzikal tu tetap juga akan diadakan pada tahun akan datang. Insya Allah..

DCT pernah buat Konsert Satu Suara bersama Aizat dan Faizal Tahir sebelum ini. Ini dikatakan sebagai kesinambungan daripada konsert yang pertama.

Konsert berjalan selama dua malam berturut-turut, pada 07 dan 08 November 2015 di Panggung Sari Istana Budaya.

LEWAT KELUAR RUMAH

Risau betul aku kalau tak sempat sampai ke IB. Jam 7.00 malam masih stuck kat Sungai Besi sebab ada eksiden. Aku dari Salak Tinggi, singgah ke Putrajaya sebab nak ambik member. Konon nak terus keluar lalu Hi-Way MEX, tapi jammed pulak jalan menghala ke Presint 9 tu sebab ada Formula E. Jadi, terpaksa lah lalu Sungai Besi.

Dari Sungai Besi terus masuk ke Cheras sebab ambik sorang lagi member kat Cheras. Time tu dah pukul 7.20 malam dah. Aku dah debar-debar takut lewat sampai sebab aku belum ambil tiket lagi. Penyelesaiannya, on kan Waze dan Alhamdulillah dapat sampai ke IB sebelum 8.30 malam,

Cari parkir pun Alhamdulillah senang walaupun kena park di luar.

Settlekan urusan tiket di kaunter. Nasib baik sekali lagi sebab kat kaunter clear. Orang tak ramai.

3 tiket untuk 3 orang

Pandangan dari Upper Circle. Hujung sana tu kelompok Siti Zoners. Waktu ni masih belum penuh. Gigih aku jalan laju-laju sebab ingatkan dah terlambat. Basah ketiak.


Kalau ikut jadual, konsert start pukul 8.30 malam tapi persembahan sebenar mula lewat sedikit. Lewat pun lewat lah, janji dapat berhibur malam hari.

PUAS HATI

Persembahan selama 2 jam dengan 22 lagu secara keseluruhan. Bak kata DCT, bulan April lepas dia baru saja buat konsert unplugged di tempat yang sama. Jadi, untuk konsert kali ini dia kena pilih lagu yang dia tak bawa masa konsert unplugged tu. Antara lagu yang dia nyanyikan solo adalah Sendiri, Bicara Manis Menghiris Kalbu dan Kesilapanku Keegoanmu. Nampak tak aku hafal tajuk lagu dia? Hhaha sebenarnya aku google je nama lagu yang dia bawak tu.

Sebenarnya aku rasa kebanyakan penonton tertunggu-tunggu kemunculan Ibu Hetty Koes Endang.

Bila dia keluar je, bergema hall orang bersorak. Tu baru dia keluar. Time dia start buka mulut nyanyi, lagi lah bergema-gema dengan suara penonton.

Bak kata Ibu Hetty, beliau sudah seusia dengan Malaysia. Usia tak menghalang seseorang penyanyi itu bergelar penghibur. Hebat gila kut suara dia. Masih lantang dan bertenaga.

Tu belum masuk lagi cara dia entertain penonton. Dengan gaya bersahaja, lawak jenaka dia memang mencuit hati. Ibu Hetty ada sampaikan lagu dia secara solo. Salah satunya adalah lagu Kasih yang dibawa dengan rentak bassanova.

Kemudian, DCT dan Ibu Hetty ada berduet bersama. DCT kata kalau Ibu Hetty lontarkan vokal, memang dia akan terpelanting ke dinding, bangun balik dan terpelanting balik. Hahha yang tu memang lawak.

Terpegun.. memang terpegun. Itulah namanya penghibur.

Masa part Dato' Ramli Sarip pun tidak kurang powernya. Dato' Ramli kata dia golongan purba, tak sangka pula dijemput oleh DCT untuk bekerjasama dalam satu konsert.

Waktu Dato' Ramli menyanyi, peminat-peminat dia memang dah tak senang duduk. Papa Rock menyanyi penuh dengan penjiwaan. Tak disangkal lagi.

DCT dan Dato' Ramli berduet lagu "sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa...bla bla bla". Apa eak tajuk dia??? DCT kata lagu ni dia kerap nyanyikan masa kat kampung dulu masa majlis-majlis kenduri kawin. Ada lagi dua lagu yang dorang berduet. Salah satunya lagu Teratai. Satu lagi, lagu rock n roll omputih. Apa ntah tajuk dia tapi syiok betul melayan performance dorang.

Banyak lagi lagu yang dorang bertiga persembahkan. Memang puas hati dengan Konsert Satu Suara Vol. 2. Gandingan mantopppp tiga suara.

Senjata mereka malam itu hanyalah vokal yang mantap, kerjasama yang padu, telatah menghiburkan, jenaka mencuit hati. Perisai mereka adalah KAMI iaitu penonton dan penyokong-penyokong tiga orang lagenda dari tiga buah negara.

Konsert berakhir dalam jam 11.00 lebih. Rata-rata penonton keluar dengan senyuman tanda puas hati termasuk aku. 

Selesai konsert. Lepak-lepak kat lobi jap.

Dengan Yus dan Oii. Oii tengok konsert macam tengok wayang. Muka takde perasaan. Yus pulak on off. Kejap teruja, kejap lagi dia senyap. Aku pulak syok sendiri.

Abadikan kenangan dengan backdrop. Nak jumpa dengan orang yang sebenar memang takde peluang.

PEKENA SUP DI JALAN DORAISAMY

Dari dalam IB lagi perut dah berkeroncong. Tekak pun dah kering je sebab galak sangat menyanyi, bersorak jerit-jerit bagai. Hambik kau..Padan muka..

Kitorang singgah Jalan Doraisamy sebab nak makan sup. Paling tak menahan tu nak cari parkir susah, bila dapat pulak parkir, kena bayar RM20.00. Terkedu la sekejap. Nak buat macam mana, nama pun KL.

Bagi yang tak tau, kat Jalan Doraisamy ni dulunya banyak deretan kelab dan pub. Sekarang ni cuma ada beberapa ketul kelab je yang dibuka. Aku tengok kat Jalan Doraisamy ni macam tak happening sangat kelab dia kalau nak compared dengan Jalan Changkat.

Abaikan pasal kelab dan pub tu semua. Masa kitorang sampai, orang tak ramai kat gerai sup ni. Meja pun banyak kosong.

Macam biasa, aku order sup daging. Sup dia tak adalah meletop sangat. Rasa biasa-biasa je tapi ok jugak lah kalau sesekali lepak malam minggu.

Sup daging..otak-otak..

Nasi lemak. Sambal sedap. Oii kata kurang sikit rasa dia, tapi aku rasa sedap je.

Otak-otak satu bakul = RM4.00

Kenyang tak??? Mesti lah kenyang kan.

"kita memberi bukan kerana kita kaya, tapi kerana kita tahu betapa peritnya waktu tidak punya apa-apa"

Terima kasih semua.