Thursday, December 31, 2015

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | SUNWAY LAGOON

Assalamualaikum...

Cerita ini adalah pada 20 Disember 2015


Kawan aku dapat dua tiket free ke Sunway Lagoon. Jadi dia ajak aku ikut dia. Benda free kan, jangan ditolak. Tu namanya rezeki. Kalau beli sendiri, harga untuk dewasa RM108.00 dan kanak-kanak RM81.00. Kedua-dua harga ini adalah bagi pembelian secara online. Berkira-kira jugak kalau nak suruh aku beli tiket sendiri. Lagipun aku bukan peminat tegar taman tema. 


Tiket valid sampai Mei 2016 tapi kami gunakan awal sebab takut tak berkesempatan nak guna nanti. Sunway Lagoon buka jam 9.30 pagi, jadi terpulang kepada pengunjung nak datang pukul berapa. Kalau boleh, datang lah awal sebab nak beratur tu kebiasaannya panjang. Maklumlah, kebanyakan pengunjung yang datang ni dari luar negara.


Dalam kes aku pula, janji nak gerak awal tapi ada hamba Allah tu pukul 9.00 pagi baru dia bangun tidur. Sabar saja lah. Aku punya semangat lepas Subuh terus bersiap-siap. Bukan apa, kalau kita dah berjanji kena tepati. Jangan bazirkan masa orang lain dengan biarkan orang menunggu kita.


Kami park kereta di kawasan parkir di bahagian luar dengan caj RM3.00 (weekend) sekali masuk. Kalau nak park dalam bangunan Sunway pun boleh, cajnya aku tak pasti.




Kalau park di luar, dapat bergambar di pintu gerbang macam ni. Acah-acah pose saje ni.

Kami juga gunakan perkhidmatan loker di dalam bahagian taman tema sebab mudah nak tukar pakaian mandi. Toilet pun dekat dengan loker.

Ini merupakan kali ke dua aku ke Sunway Lagoon. Kunjungan pertama ada aku ceritakan dalam blog ni dulu. Bila kali ke dua datang ke sini, aku sudah tau apa yang wajib main dan apa yang kalau taknak main pun takpe. Hehhehe..



Makanan
Makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk ke kawasan taman tema. Segala beg akan dicheck oleh petugas semasa hendak melepasi pintu masuk.

Makanan di dalam taman tema tu harganya mahal. Kami cuma makan Burger King.

Pakaian
Pakaian yang dibenarkan adalah pakaian sukan, swimming suit dan segala jenis pakaian mandi yang tight. Paling mudah pakai sahaja seluar pendek/panjang dan baju t-shirt.

Loker
Di bahagian luar pintu masuk, caj satu loker adalah RM5.00
Di bahagian dalam taman tema, caj satu loker adalah RM22.00.

Handphone
Boleh dibawa masuk tapi seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan permainan di dalam Sunway Lagoon melibatkan air dan basah. Cover plastik kalis air ada dijual dengan harga RM30.00++. 

Cermin mata dan selipar
Segala permainan yang melibatkan air dan ride tidak dibenarkan memakai cermin mata dan selipar (kecuali beberapa permainan yang agak selamat untuk cermin mata). Bagi yang rabun macam aku, kurang syiok sebab penglihatan kabur. Jadi, pakailah contact lens.


Oleh sebab tujuan kami nak enjoy habis-habisan, jadi kami tinggalkan handphone dalam loker. Tiadalah gambar-gambar kami. Bosan kan?? Memang bosan. Tak dapat nak abadikan gambar banyak-banyak.


Datang dengan baju macam ni.

Dalam taman tema pakai baju ini. Pegi gym pakai baju ni, pegi Sunway Lagoon pun baju ni? Bosanlah hidup kau Fendi. Pose dengan muka macam tu, hahaha rasa macam nak penampar je muka sendiri.


PETA SUNWAY LAGOON


Aku attachkan peta park untuk rujukan di masa akan datang. Kami cover semua area tapi tak main semua permainan. Bukan semua permainan tu menarik.

Untuk makluman, taman tema Sunway Lagoon di bahagikan kepada lima attractions iaitu Water Park, Amusement Park, Wild Life Park, Extreme Park dan Scream Park. Bagi yang bawa anak kecil, adalah lebih sesuai bawa anak-anak bermain di bahagian water park sebab lebih selamat. Lagipun, anak-anak lebih suka berendam dalam air manakala kita sebagai orang dewasa ni lebih suka aktiviti mencabar dan lasak. 

Eh....

Bergantung pada jenis orang juga. Bukan semua yang suka aktiviti basah-basah dan lasak-lasak ni. 

Di bawah ni aku listkan permainan yang kami try. Aku cadangkan, kalau di Water Park tu, segala jenis permainan pengunjung kena cuba walaupun kena beratur panjang. Dah namapun taman tema, orang mesti ramai punya. Kalau taknak ramai orang, sila duduk rumah.  *Tiba-tiba emo pulak. Keh keh keh...


Attractions


Catatan
Water Park
Africans Phytons -  Best

Congo Challenge - Best

Surf Beach - Best juga sebab ada ombak

Amusement Park
Pirate’s Revenge - Gayat & mencabar

Colorado Splash - Best tapi tak mencabar

Grand Canyon River Rapids - Macam bersiar-siar naik cruise

Wagon Wheels - Untuk berdating boleh lah.

Apache Pots - Pening kepala sebab pusing-pusing

Suspension Bridge - Bagi yang gayat tak payah naik

Lost City Of Gold Scream Coaster - Best sangat

Wild Life Park
Tak Pergi
Extreme Park
Tak Pergi
Scream Park
Tak Pergi

Untuk gambaran lebih jelas, aku attachkan gambar yang aku ambil dari google. Kalau beriya menaip tapi tiada gambar pun tak berapa nak best kan?

Vuvuzela || Beratur panjang, kami skip sebab tak sanggup nak tunggu.

Colorado Splash || Kena naik tangga tinggi untuk ke point permulaan.

Grand Canyon River Rapids || Kalau di USS Singapore lagi menarik.

 Pirate’s Revenge || Paling mencabar.

Congo Challenge || Kena hati-hati..Takut seluar tercicir sebab kena menggelongsor.

African Phytons || First game yang kami main.

 Surf Beach || Kami berlari turun bawah sebab nak join main ombak.

Bridge || Kalau ke Sunway Lagoon, wajib bergambar di sini.

Sepanjang dalam taman tema aku sakat member aku. Nak tau sebab apa?

Dia yang paling teruja masa mula-mula kami masuk dan dia dah cakap yang dia nak main semua game. Tapi bila start satu game, dia mula sumpah seranah. Ha ha ha..padahal main game gelongsor-gelongsor je. Dia kata dia takut. Come on lah bro!!!

Masa di Pirate's Revenge memang dengar suara dia je menjerit. Siap mengucap panjang keluar dari mulut dia. Bila turun sahaja terus dia marah aku. What the hell... sebelum naik kau bukan main tunjuk sikap berani. Hambik kau!!!!

Di Congo Challenge pula dia buat hal. Dah sampai atas tu, dia cakap pada petugas yang dia nak turun dan taknak main game tu. Memanglah petugas tu tak benarkan. Memang nampak muka dia cuak. Aku buat-buat tak kenal je, keh keh keh tak mengaku kawan terus time kat atas tu. Tapi akhirnya, dia menggelungsur juga ke bawah. Good Job my friend!!! Anak jantan kena berani bro...

Aku pun tidaklah berani mana, cuma control je time main semua game tu. Hehehe..

Dalam taman tema ada disediakan surau. Mudah nak mencari surau, jadi jangan risau. Bagi kaum lelaki, kain pelekat pun ada disediakan di dalam surau. Nak enjoy tu boleh, kewajiban jangan kita lupa ye.

Kami keluar dari Sunway Lagoon dalam jam 3.30 petang. Itupun bila kami rasa dah letih. Sedar tak sedar dah petang rupanya. Secara keseluruhannya, aktiviti di Sunway Lagoon boleh dilayan. Tahun depan kalau dapat tiket free, boleh datang lagi.

"Time Is A Companion That Goes With Us On A Journey. It Reminds Us To Cherish Each Moment, Because It Will Never Come Again"

Terima kasih.

Monday, December 21, 2015

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | LAMAN SENI 7, SHAH ALAM SELANGOR

Assalamualaikum...

Ini adalah cerita pada 12 Disember 2015 (Sabtu)

Lama sudah tak menjejakkan kaki ke Shah Alam. Kalau sebelum ni, ulang alik setiap hari Ahad dari Sepang-Shah Alam masa sambung degree secara PJJ. Tapi malangnya, pengajian tergantung sebab tak boleh nak bawak. Rugi sangat-sangat. Benda dah lepas, tak payah nak disesalkan.


Bila sorang kawan lama ajak jumpa di Shah Alam, aku on kan je walaupun pada asalnya malas nak keluar. Member lama ni kerja kat Balai Polis di Perak, dia datang Shah Alam sebab follow husband yang ada meeting. Husband dia pun dah kenal aku dengan Oii lama dah, so dia bagi green light kat kitorang untuk lepak-lepak.
 
Aku pun tak tahu apa yang bestnya di Shah Alam, kebetulan memang nak ke Seksyen 7 sebab nak cari makan, singgah terus ke Laman Seni 7, Seksyen 7, Shah Alam. Nak cari tempat ni senang je, berdekatan dengan pintu UiTM. Di kawasan Jakel, Sugarcraft, Pearl Haya, Fareeda dll tu. Memang kawasan butik muslimah semua.

Lokasi yang paling tepat untuk set GPS ialah di Jalan Plumbum Q 7\Q,Seksyen 7, Shah Alam.

Laman Seni ni terletak di lorong belakang deretan kedai-kedai. Kalau sebelum ni kita beranggapan lorong belakang kedai adalah satu kawasan yang kotor dan dipandang sepi, tapi kali ni Majlis Perbandaran mengambil satu inisiatif untuk menarik taraf lorong-lorong belakang sebagai satu kawasan yang berseni dan tidak menakutkan untuk kita lalu.

Apa yang ada di Laman Seni ni?

Di sini terdapatnya street art di dinding-dinding belakang kedai. Kalau datang sini, boleh abadikan gambar dengan macam-macam gaya sebab di sebalik lukisan, ada cerita yang ingin disampaikan.

Street art di mana-mana pun dah ada. Yang paling popular semestinya di Penang dan Ipoh.
  
Nak bergambar kat Street Art Penang tu, tak tahulah bila berkesempatan nak pergi. Jadi, kita layan yang dekat-dekat ni je lah dulu. Kalau ada kesempatan, boleh pergi yang kat Penang dan Ipoh. InsyaAllah.

Time datang ni, hp aku bateri dah nazak. Jadinya, tumpang bergambar kat hp Oii. Pakai i-phone tapi kualiti gambar macam bukan i-phone je. * matila nak kena maki berbakul-bakul dengan pengguna i-phone tegar.

Kalau rajin, korang boleh bergambar pada satu-satu lukisan yang ada. Macam kes aku ni, aku tak berapa nak rajin. Jadi, ambik gambar kat mana-mana lukisan yang aku berkenan sahaja. Next time, kalau datang ke sini lagi aku nak snap kat semua gambar. Bukan selalu datang sini kan?


Ni kes mengumpat kut.. ke tengah syok mengata..  dah jadi habit manusia, suka mengata, mengumpat, mengutuk orang.. tak semena-mena, aku pun jadi kepochi nak tau apa yang dorang tengah umpatkan.

Al-Fatihah untuk tiga orang seniman tanah air yang sangat menghiburkan. Tak pernah jemu untuk tonton filem-filem lakonan mereka. Filem-filem dulu penuh dengan jiwa.

Penjara Pudu dah kena roboh, tu yang kena pindah ke penjara baharu. Kita gelakkan dia.. Sape suruh buat jahat, kan dah kena tangkap.




Campak-campak eskrem ke dinding. Melting katanya.


Lama Seni.. Tulisan disebalik tulisan.

Hehehhe tak tahan nak  membuang ke??


Gigih kakak tudung Fareeda tahan kaki adik tu.

Terima kasih.