Saturday, June 27, 2009

JAMUAN KECIL-KECILAN PICC - 26 JUN 2009

26 Jun 2009 - hari Jumaat bersamaan dengan 3 Rejab 1430 H, satu Jamuan Kecil-kecilan PICC telah diadakan secara "suprise" nya sampaikan kebanyakan orang tak tahu sape sebenarnya yang menganjurkan jamuan ini, sape yang sponsor untuk makan minum dan untuk apa jamuan ini diadakan... apa yang kitorang ( warga PICC ) tahu, ada nya memo yang diletakkan di tempat punch card yang menjemput kitorang semua datang jamuan ni.

So, pagi tu mmg sengaja le xbreakfast sbb nak makan free..ehehehhe
janji kata jamuan nak start jam 9.00 pagi tapi nampaknya majlis terbabas sket sebab biasa le warga PICC ni mmg ada msalah dari segi ketepatan masa. So, bile da ramai yang berkumpul di ruang legar pentadbiran, majlis pun dimulakan. Jamuan yang kecil itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada MC Jamuan iaitu PKK PICC - Encik Sofandi yang rasenya jadi bidan terjun untuk jadi MC. Bacaan doa kemudiannya dilafazkan oleh Jihadi, manakala kami yang Muslim mengaminkan doa agar jamuan dan kehidupan kami diberkati oleh Allah SWT.


-- En. Sofandi sedang memulakan majlis dengan kata-kata aluan --


-- Al-Ustaz Jihadi sedang membaca doa manakala yang lain menadah tangan memohon keberkatan.. tapi pelik tengok Pyan, xkan da selesai aminkan doa kut --


MC kemudiannya menjemput TSUB 'C' PK iaitu Encik V.Valluvan untuk memberikan kata2 ucapan dan menyampaikan amanat serta memecahkan rahsia disebalik jamuan yang dianjurkan. Maka, tahulah semua yang majlis ini diadakan bagi meraikan kepulangan En.Vallu ke PICC setelah sebulan berkursus di INTAN Bukit Kiara. Selain daripada itu, jamuan ini juga adalah sebagai tanda menghargai dua ( 2 ) orang bekas pelajar praktikal yang telah tamat latihan iaitu Shikin Ramli dan Farahana Zakaria daripada Politeknik Sabak Bernam serta mengalu-alukan kedatangan dua ( 2 ) orang lagi pelajar praktikal iaitu Fadhli dan Mazturina daripada UiTM Pulau Pinang.


--  Encik Vallu sedang memberikan sepatah dua kata --

Begitu juga dengan kakitangan dan pegawai PICC yang menyambut sambutan hari lahir pada bulan Jun, maka jamuan ini juga sebahagian bagi meraikan mereka. Pegawai dan kakitangan yang menyambut ulangtahun kelahiran ialah Cik Nuurul Akmal, Encik Asrul Shah, Cik Ainol Barieah, serta Encik Jihadi. 


-- Pegawai & Kakitangan PICC yang diraikan --

Oleh sebab jamuan ini jamuan semua dalam satu, maka bagi kakitangan PICC yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2009 pun diraikan iaitu Nurleeana & Sofian, Shatina & Fauzan, Fikri , dan Noor. Kira nya mmg sah le jamuan ini jamuan ALL IN ONE. Mentang-mentanglah PM buat konsep 1Malaysia, sume nye benda dijadikan satu tapi apa2 pun mmg idea yang bagus sebab menjimatkan kos.. Tak semestinya kalau nak meraikan sesuatu, kita kena buat pembaziran kan? Dengan cara ini, amalan berjimat cermat dapat dilihat.


-- Kek yang nampak menarik dan meliurkan --

Makanan telah disediakan oleh Hjh. Maznah Katering iaitu Bihun Goreng beserta Cili Potong, Kuih-Muih, Buah-buahan ( ada anggur..best woo..aku ngan Pian jek yang habiskan ), kemudian ada lah sebiji kek yang nampak menarik ( nampak je menarik... )

Terima kasih daun keladi kepada pihak yang menganjurkan jamuan seperti ini. Terima kasih juga kepada individu yang sponsor dari segi kos untuk jamuan ini. Kalau boleh, tiap bulan buat lah jamuan seperti ini untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja di PICC.


No comments:

Post a Comment