Saturday, July 25, 2009

KUCHING SARAWAK

Akhirnya aku dah selamat pergi dan selamat kembali dari percutian di Kuching, Sarawak pada 17 Julai 2009 sehingga 20 Julai 2009. Walaupun berlima, tapi percutian tetap meriah dan tidak menyesakkan fikiran ( ada hikmah ).

* Jun = akak aku *

* Fendi = aku lah tu *

* Oey *

* Zaida *

= gambar Kak Nani ( akak Zaida ) xdapat nak dimasukkan sebab xde pic dia =

Kitorang datang bermusafir dari LCCT menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 3.25 petang. Tempat berkumpul kat PICC, dengan jasa baik En. Arof , kitorang mintak dia hantar ke LCCT & ambik semula pada 20 Julai ( waktu balik ). Kali ni, aku xnak peristiwa lama berulang kembali, so aku da plan baik2 punye. Kitorang sampai kat LCCT tepat pada waktu ( actually awal ), sampai2 jek kaunter check in da buka, so kitorang berbaris la untuk check in. Sambil berbaris tu, sempat lagi le aku jengah2 orang2 lain. Tak ramai gak le yang pakai mask ( langkah berjaga2 untuk SELSEMA BABI ). Kitorang tetap selamber jek, tawakal pada ALLAH jek la. Masing2 tak sedar diri, tak de inisiatif nak mengelak dari dijangkiti..ehehheheehhe

Pas check in, Zaida mengadu lapar, so kitorang singgah lepak kat McDonald, LCCT tu. Tu le tmpt tumpuan orang ramai sementera nak tunggu waktu boarding..walaupun da lunch kat Presint 9 , tapi aku order gak le McChicken ngn air Milo.iyer la, tak kan le nak duk kosong jek kan. Sambil borak2, sambil makan, sambil mengumpat, sambil plan trip kat sane, sambil mata meliar..sume nye sambil2 lah.

Lepak punye lepak, jam da kul 2.30 petang..Aku rase da masa da untuk boarding. Memang tepat pada masanya pun. Sume berjalan lancar sampai la masa kitorang naik flight.. Dengan yakin nya, aku cakap le kat member2 sume yang Air Asia amalkan "free seat". Bile naik je atas kapal terbang tu, ngn wat bodo nye kitorang duduk sebarangan. Rupanya, kena duduk ikut nombor yang dah ditetapkan.. alamak..malunya aku..tapi takpe la, kitorang wat xtau jek la sebab kitorang ramai.. lalallalala ( nak cover malu ni ). aku dapat duk sorang2..tu le yang aku nak..ehehehhe.dalam flight aku tido ... ZzzzZZZZzzzzzzz

Sampai airport Kuching pukul 5.10 petang. Rase cam terugi masa lak kan sebab sampai kat sana da petang tapi xpe la.. da xdapat flight awal, nak wat camne kan.huhuhu.. dari airport, naik taxi menuju ke Kuching Waterfront Lodge.. kena ambik 2 taxi sebab kitorang berlima..aku naik dengan Oey. Yang gugurls tu sume naik 1 kete tapi taxi kitorang yang jalan dulu.. Sampai hotel, aku check in, tgh2 check in, taxi lagik satu tu pun sampai.. Cukup lah jumlah 5orang..nak mudahkan cara, aku bayar terus untuk hotel ni, xpayahlah nak pening2 kan kepala kan nak bayar waktu check out nanti..mana le tau duit da habis ke, so xyah le nak susahkan diri lak kan..

Bilik hotel memang best giler.. Walaupun hotel bajet, tapi hotel dia selesa, bersih dan yang penting ada aircond yang sejukkkkkkk...

:: bilik ada tv, ada tepon, ada econ ::

:: katil yang selesa, empuk dan bersih ::

:: suasana bilik yang nyaman ::

:: konsep ala-ala klasikal & ala-ala rimba ::

:: pintu masuk utama.nampak biasa tapi kat dalam unik ::

Sewa bilik untuk yang twin single bed ( utk 2 org ) satu malam cuma RM 125.00 sahaja.
Sewa bilik untuk yang 1 Queen bed + 1 single bed ( utk 3 org ) cuma RM 135.00 sahaja satu malam.

Memang selesa sebab percutian pun memang percutian bajet, serba serbi bajet la..aku cadangkan kat sape2 yang memang ada plan nak ke Kuching, tapi xtau nak stay kat hotel mana, aku cadangkan lah korang stay kat Kuching Waterfront Lodge. Layanan mesra daripada pekerja, lagipun hotel ni memang strategik la. berdepan dengan Pondok Polis Waterfront, berdepan dengan Tourism Sarawak, berdepan dengan Waterfront dan berderetan dengan kedai-kedai souvenior..

Malam kitorang sampai tu, kitorang kenal2 tempat dulu. Kat sana kan kul 7.00 malam da gelap, xcam kat semenanjung ni, so kitorang ambik kesempatan berjalan2 la jap kat area Waterfront tu. Tak de tempat nak dihalakan kaki ni, so mana2 tempat yang rase menarik, kat situ le kitorang singgah..

# aku suka pemandangan dari sini #

# aku letak pic kucing gergasi ni je sebab comel #

akhirnya singgah le kat ntah ke mana-mana..ehehhehe..kat  atas tu pic tmpt2 yang kitorang lalu. then, nampak kompleks Tun Jugah, singgah la jap..kitorang mmg xnak shopping kalo kat shopping mall sbb kat Sarawak ni mmg mahal giler dari semenanjung..

No comments:

Post a Comment