Sunday, September 27, 2009

AIDILFITRI 2009 ~ MEMBUKA LEMBARAN BARU

"My sedara mara+mak+kak ngah aku yang debab"

"Nenek kesayangan + cucu yang nenek sayang"

"Beraya kat rumah pak cik di Skudai"


"Kereta JLG yang banyak berjasa"



ASSALAMUALAIKUM..

Pejam celik pejam celik rupa2nya dah seminggu dah kita beraya dan aku dah pun kembali ke Putrajaya untuk meneruskan kehidupan sprti biasa, sprtimana hari2 sebelum ini.

Tahun ni, sambutan Aidilfitri agak menyeronokkan walaupun tidak semeriah mana ( sama je tiap tahun ). Aku beraya di Pasir Gudang untuk raya pertama dan balik ke Batu Pahat pada raya ke dua. Itu pun sebab bawak mak aku balik beraya dengan makcik2 ngn pakcik2 aku ( adik beradik mak aku le tu ).. Tak lupa jugak beraya dengan nenek aku yang tinggal satu2 nya nenek aku..

24 September 2009 jugak tahun ke 16 arwah abah pergi meninggalkan kami sekeluarga dan tarikh tersebut jatuh pada raya ke 5. Nasib baik aku ingat tarikh tu dan semestinya aku sedekahnya bacaan ayat2 suci al-quran buat arwah abah agar roh nya tenteram dan ditempatkan di Syurga..Aminnn..

Nampaknya tahun ni, aku boleh berjalan jauh sikit sebab dah ada kereta lembu bawak aku jenjalan.. Merasa jugak le aku beraya ke Kluang ( umah Kazar ), pegi Bukit Soga BP, Tongkang Pechah, Skudai dll lah tempat lain yang leh aku pegi.. Malam raya siap leh pegi Danga Bay lak tu..Kebetulan terjumpa dengan Mawi wat show free..ahahhaha..Malam raya pertama lak jumpa lagi dia ngn family dia kat Jaya Jusco Tebrau.. Macam nak promote diri jek Mawi ngn Ekin tu..huhuhu..

Dan semestinya, raya tahun ni memberi satu sinaran untuk aku sbb datang sikit keinsafan untuk aku.. Selama ini aku rasa diri aku lemah..sendirian tanpa sokongan sesiapa tapi aku tak nampak yang aku ada keluarga yang besar yang selama ini menyokong aku dari belakang..dan yang pastinya, aku ada tempat mengadu yang semestinya selalu mendengar dan mengetahui iaitu ALLAH SWT.. InsyaAllah, bermulanya Ramadhan dan Syawal tahun ni, aku akan menjaga tingkahlaku, hawa nafsu dan perasaan hati yang kadangkala membuatkan aku tertekan..

Aku kembali ke Putrajaya dengan semangat baru dan aku harap, semangat ini aku berterusan untuk Syawal tahun mendatang..

No comments:

Post a Comment