Sunday, July 31, 2011

BERSAWANG GILER BLOG AKU

Assalamualaikum & Salam Ahad,

Sesekali belek-belek blog kengkawan, teringin juga lah nak aktifkan semula blog ni walaupun aku tau takde sape pun nak baca blog ni.. Aku jadikan blog ni sebagai tempat untuk meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku alami ( hanya untuk benda yang bukan terlalu privacy ).

Bila cuba-cuba buka semula blog ni, email & password pulak lupa.. cuba try test lagi, at last berjaya jugak la aku menerobos blog ni semula. Dah bersawang dah rupa nya blog aku ni. Last update pada tahun 2009. Terlalu busy la tu konon sampai tak berkesempatan nak menghapdep blog yang kununnya menjadi kesayangan aku ( blog ke FB yang jadi kesayangan? ).

InsyaAllah bermula hari ini, aku cuba masukkan sikit demi sikit apa-apa cerita yang terbaru dan harap-harapnya akan ada lah follower aku nanti.. Hahahahahah ( gelak sopan ).

Sepanjang setahun lebih tak mengupdate blog ni, sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan. Al-maklum lah, banyak tempat melancong da pergi da ni tapi cuma antara malas ngan rajin je nak masukkan dalam blog ni.

Esok ( 01 Ogos 2011 ) seluruh umat Islam di dunia akan menyambut bulan Ramadhan dan bersama-sama lah kita menunaikan salah satu rukun Islam ni. Semoga amal ibadah di bulan Ramadhan akan diberkati oleh Allah SWT. Bersama-sama kita cuba merubah diri kita ke arah yang lebih baik. Insya Allah..

Lupa nak mention kat sini, esok juga kawan baik aku, Oii a.k.a Md Nash a.k.a Mohd Nasrul bin Hassan akan menambahkan usia ke satu angka. " Happy Advance Birthday My Fwen "...

No comments:

Post a Comment