Tuesday, August 2, 2011

BERBUKA PUASA HARI PERTAMA

Assalamualaikum..Selamat Berpuasa Untuk Hari Ke Dua Ramadhan..

Semoga puasa kita semalam diterima Allah dan amalan-amalan sunat juga diterima oleh Allah dengan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda. Teringat-ingat lagi kata-kata ustaz semalam semasa kat surau.. Katanya " mungkin juga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang terakhir untuk kita. Adakah kita pasti tahun depan kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan?". Terasa sangat sayu apabila frasa ini bermain-main kat kotak fikiran aku.

InsyaAllah, sama-sama kita memohon dari NYA agar umur kita dipanjangkan dan sempat mengumpul pahala-pahala untuk bekalan di akhirat nanti. Enjoy-enjoy jugak, akhirat jangan lupa. Sentiasa lah juga ingat pada kematian kerana kematian itu pasti.

Sebenarnya untuk Ramadhan 1432 Hijrah ni aku dah plan baeekk punya untuk diri aku sendiri. Aku nak cuba memasak sendiri di rumah tanpa membeli di bazar Ramdhan. Ini juga salah satu langkah untuk aku berjimat cermat sempena nak raya ni. Selain dari itu, boleh la aku tajamkan lagi skill memasak yang sememangnya tumpul sejak dulu lagi.

Semalam aku masak Spagetti Vegetarian ala Kampung.. Sengaja aku bagi nama yang ntah apa-apa ni untuk sedapkan menu. Dah nama Spagetti, pastu leh lah dikampungkan. Hahahah pelik semacam kan? Bahan-bahan dia senang sangat. Cuma tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili hijau. Kemudian tumis bagi naik bau, letak garam sikit, masukkan lobak merah yang dah dipotong cantik ( aku potong halus-halus panjang ). Bila lobak da rasa empuk sikit, aku masukkan spagetti ( yang dah direbus ), gaul-gaul sikit then masukkan tomato dan cili merah yang aku dah potong-potong halus dan kecil-kecil. Tambahkan sedikit air supaya spagetti tak nampak kering kemudian perahkan limau untuk ada rasa masam-masam sikit. Siap dah menu pertama aku yang memang sempoi.

Menu aku kedua pulak " Ikan Rebus Bersama Kentang ". Aku tak tau apa nama ikan yang ada dalam fridge kat dapur tu. Aku nampak macam menarik, so aku pun rebus ikan tu. Hiris-hiriskan halia, bawang merah, cili hijau. Rebuskan ikan, kemudian campakkan semua bahan-bahan tadi. Lepas tu campak sikit garam dan juga beberapa keping asam keping. Masukkan juga kentang yang dah dipotong-potong. Tunggu lah sampai ikan masak.
Menu yang entah apa-apa, tapi bila da waktu berbuka, aku rasa macam sedap gila masakan aku. Maklum lah, perut tengah lapar.. Kalau waktu perut kenyang, memang menu tu aku tak pandang langsung kut. Hahahahahah...

Semalam berbuka dengan 2 menu ni ditambah dengan kurma dan buah betik. Aku cuma minum air kosong saja sebab waktu puasa, badan kita kekurangan air. Oleh itu, untuk menstabilkan semula kandungan air dalam badan, kena lah lebihkan minum air kosong waktu berbuka.

Pagi ni, aku bersahur dengan 2 keping roti bakar beserta sosej dan juga kacang bakar bersos cheese ( ye ke?seingat aku macam ye ). Ala-ala western la konon..

Kataku : Berharap berat akan turun mendadak macam waktu puasa tahun lepas..

No comments:

Post a Comment