Monday, August 1, 2011

MEMORI KOTA KINABALU SABAH

Pergi makan angin dah 2 minggu berlalu, tapi tetap jugak nak masukkan dalam blog. Sebenarnya, tahun 2011 ni, dah 5 tempat aku pegi. Bulan Mac aku ke Jakarta & Bandung, bulan April ke Jogyakarta, bulan Mei ke Lumut Perak dan Pulau Pinang, dan bulan Julai lepas lak aku ke Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam entri ni, aku nak share sikit-sikit tentang holiday aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya, aku dah book tiket tambang murah Air Asia dari tahun lepas lagi tapi tak ingat lak bulan berapa. Sekadar suka-suka meng'klik' & bertuah lak dapat harga murah, so aku pun book dengan niat nak pergi bercuti sendirian. Serius aku book untuk aku seorang sahaja.

Dalam bulan Mei 2011, BFF aku si Oii teringin lak nak join aku berholiday & dia book last minute. Aku terbang ke KK hari Selasa 19 Julai 2011 dan sepatutnya balik hari Khamis 21 Julai 2011. Oleh sebab si Oii punya flight hari Rabu 20 Julai 2011 & balik hari Jumaat 22 Julai 2011, aku pun fikir punya fikir dan berfikir, baik juga kalau aku tambahkan lagi percutian aku kat sana. So, dengan berat hatinya aku batalkan flight hari Khamis dan beli tiket baru untuk balik ke Kuala Lumpur.

Secara jujurnya, KK sebuah bandar yang terancang dari segi kedudukan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain seperti pam minyak, bank, hotel bajet, hotel berbintang dan jugak pusat membeli belah. Di dalam satu kawasan sahaja kita dah boleh dapat semua kemudahan ini dan yang bestnya, tempat-tempat yang popular macam Pasar Kraftangan ( jugak dikenali sebagai Pasar Philipine ) dan jugak Waterfront berdekatan dengan bandar. So, memang senang kalau nak melepak petang-petang sambil feeling-feeling tengok matahari terbenam. Tempat best kalau nak tengok matahari terbenam mesti lah kat Jesselton Point ( ke ada tempat lain yang aku tak tau? ).

Kalau sesiapa yang merancang untuk bercuti ke KK , aku cadangkan memandu sendiri sebab jalan di KK sangat-sangat senang. Lebih baik kalau bawak GPS sendiri, hahahaha senang perjalanan dan memudahkan pemanduan. Jalan di KK jugak agak lengang sebab waktu aku bercuti adalah waktu bekerja dan aku keluar pada waktu orang sedang bekerja. Cuma satu masalah di KK adalah berkenaan dengan parkir. Sangat-sangat payah nak mendapatkan parkir kerana ruang yang terhad dan berkemungkinan juga, kita terpaksa pusing dua tiga kali untuk mencari parkir. Tapi waktu malam, parkir memang kosong. Maklum lah, waktu siang orang ramai keluar so memang lah parkir penuh.

Berkaitan dengan hotel di sana, banyak hotel bajet ( bagi yang memang bercuti bajet ) dan ada gak hotel bintang. Cuma kena pandai cari dan make sure, book hotel awal-awal walaupun korang nak bercuti pada hari bekerja. Jangan ingat waktu bekerja hotel banyak kosong. Sangkaan tu sangat-sangat meleset sama sekali. Hotel-hotel yang aku cadangkan ialah Hotel Horizon ( waktu aku pegi hotel ni masih belum buka sepenuhnya ), Hotel 1 City ( gila best hotel ni, walaupun nampak cam cikai tapi ruangan dalam nampak kelas ), Rainforest Lodge ( dari luar nampak menarik sebab ada Live Band & restoran ), Hotel Le Meridien ( bagi yang duit berkepuk kepuk ), Hotel Tune ( agak jauh dari bandar - tak digalakkan ) dan Hotel Best Western ( juga dikenali sebagai Hotel Kinabalu Daya ). Hotel-hotel lain banyak, tapi bukan kerja aku nak senaraikan nama-nama hotel, aku cuma bagi cadangan je.

Shopping Mall yang popular kat sana sudah semestinya One Borneo tapi bagi kita-kita yang kat semenanjung ni, kita tak akan teruja dengan mall ni sebab di KL dah banyak Shopping Mall yang gile punya best. One Borneo ni aku samakan cam Mid Valley kalau dari segi rekabentuk dalaman ( pada pandangan mata aku ) tapi dari segi keluasan, rasa cam xlah luas mana pun sebab kaki tak rasa sakit pun berjalan. Aktiviti apa aku buat kat sini? Hahhaha aku tengok wayang cite Harry Potter pastu gi karaoke sorang-sorang ( buat tebiat ). Sementara nak habiskan hari pertama sendirian tu, aku buat lah kerja gila. Kalau sesiapa stay kat bandar KK, tambang teksi dari bandar ke One Borneo ni RM 25.00 sehala. Kalau nak naik bas pun boleh tapi aku tak tau pula macam mana cara nya.

Cuaca di KK sangat panas. Aku tak pasti sama ada cuaca memang macam ni atau pun waktu aku pegi tu memang musim panas ( ada musim-musim ke kat Malaysia ni? ). Aku redha aje la dengan cuaca kat sini, dah sah-sah aku memang gelap, so rasa gembira lah dapat menggelapkan lagi kulit ni. Sebenarnya niat aku nak cari makanan tradisi orang Sabah, tapi tak ada rezeki sebab sekali lagi aku tak tau nak cari kat mana.

KK juga memang popular dengan trademark ikan bakar yang fresh. Aku bekesempatan jugak makan ikan bakar kat area Waterfront. Kebetulan, kawan dari Sarawak ada kursus di INTAN Sabah dan dia jugak boleh ber"slanga" Sabah, so kitorang dapat la jugak harga yang sangat murah. Sebelum ni ada dengar-dengar cerita kata kalau peniaga tahu kita dari semenanjung, dorang akan tekan harga. Hurmmm..mungkin betul mungkin juga tidak. Ada beberapa tempat lagi yang femes dengan ikan bakar. Selain dari di Waterfront, tempat lain di Tanjung Aru dan juga Waterfront jalan menghala ke Likas ( Sorry, memang tak tau nama tempat, dah cuba nak menghafal tapi daya ingatan memang LEMB... ).

Bagi yang suka sangat dengan brooch dan butang-butang baju melayu dan mutiara-mutiara ala-ala mak datin, sila lah singgah ke Pasar Philipine. Kalau berjalan dengan wanita, of course akan ambil masa berjam-jam kat pasar ni. Sangat sempoi bagi kitorang yang bergelar lelaki, hahaha belek-belek kemudian terus beli. Memang tak ada masa nak meng"survey" satu-satu gerai. Sangat buang masa. Lepas ke Pasar Philipine, gerak le Pasar Besar Kota Kinabalu. Sesiapa yang suka kan belacan dan ikan masin, boleh lah sambar seekor dua kat sini. Aku cuma mampu tengok aje la sebab memang tak de keje la nak membawa balik ikan masin ke KL. Sape je yang nak makan nanti?

Destinasi lain yang boleh dijadikan pilihan untuk pergi ialah Kundasang dan singgah lah ke Ranau sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang sangat-sangat cantik. Waktu pergi naik atas tu, aku drive dan dalam waktu pagi tu kitorang meredah kabus. Sangat indah ciptaan Allah SWT. Kepada sesiapa yang suka kan kehijauan, korang boleh pergi ke Kundasang. Nikmati la jugak Gunung Kinabalu yang gah. Sempat ambik gambar Gunung Kinabalu yang cuma aku kenali melalui gambar sahaja sebelum ini. Apabila dah berada di depan mata, memang kagum. Selain daripada daya penarik ini, aku rasa Kundasang satu tempat yang biasa-biasa aje. Sama macam Cameron Highland tapi bila dah alang-alang sampai KK tu, harus lah lajakkan perjalanan ke Kundasang.

Dari lensa mata aku, aku senaraikan beberapa benda yang aku nampak :

* Toilet di Airport dan Shopping Mall kotor walaupun ada syarikat pencucian yang dipertanggungjawabkan.

* Keadaan peniaga-peniaga tali pinggan, handphone dan wallet di tepi-tepi jalan amat merimaskan.

* Parkir yang sesak dan agak payah untuk mencari yang kosong.

* Tukang bagi kertas parkir beperwatakan macam tukang kebun. Mula-mula nampak aku ingatkan tukang kebun tapi pelik juga bila tetiba bawak pen dan kertas.

* Pondok bayar parkir sangat lah daif. Tak nampak macam tempat bayar parkir.

* Ramai gila pelancong dari luar negara. Mat saleh & minah saleh.

* Laut yang cantik dan sangat tenang duduk di tepi laut melihat matahari terbenam.

* Ada kedai Nasi Ayam Penyet kat Likas yang best. Konsep kedai makan macam di Yogjakarta. Mula-mula ingatkan Wani ( kawan aku cikgu kat Tuaran..orang semenanjung yang tercampak kat sana ) nak bawak kitorang makan kenduri kat rumah orang. Rupanya kedai makan tu di dalam rumah.

Gambar-gambar akan dimasukkan di lain entri.

Kataku : Tengah plan nak ke luar negara lagi lepas raya..ke mana tu? Rahsia....

No comments:

Post a Comment