Saturday, October 22, 2011

REAL STEEL

Real Steel best...
Memang best..dan sesungguhnya best..
Jalan cerita yang teratur, tidak berat, tidak membebankan otak untuk berfikir..

Tengok movie ni kat Alamanda dengan Zue..Wayang penuh ok, sampai stuck masa nak keluar..Inilah penangan Real Steel lakonan Hugh Jackman yang ada karisma dalam lakonan..Tapi serius aku masih nampak lagi Wolverine dalam diri dia. Mungkin sebab dia da sinonim dengan watak tu kan? Lupakan yang tu, ni cerita lain dan dia mampu sampaikan watak dia dengan baik.

Kat bawah ni ada ulasan dan sinopsis movie ni dan sinopsis ni bukan hasil tulisan aku ye..Aku tak pandai nak mesinopsiskan movie, nanti lain jadinya..

Filem ini secara keseluruhannya menceritakan pertalian antara seorang bapa dan anak. Charlie lakonan Hugh Jackman, adalah seorang yang peninju berpengalaman tetapi mempunyai sifat ego yang tinggi. Keegoan Charlie tercabar apabila dia dipertanggungjawabkan menjaga anaknya, Max selepas bekas kekasihnya meninggal dunia dan Max diserahkan kepada Charlie.

Max, lakonan Dakota Goyo, berusia 11 tahun merupakan seorang budak yang mahir dalam teknologi namun tidak matang dalam membuat keputusan. Di sini kedua beranak ini terpaksa hidup bersama dan ini menimbulkan ketidakserasian kerana kedua-duanya tidak selesa antara satu sama lain. Di sinilah berlakunya perkembangan watak dan lakonan Dakota Goyo sangat bagus untuk menghidupkan jiwa kanak-kanak Max.

Dari trailernya, dilihat seolah-olah Real Steel akan memfokuskan pada aksi tinju robot semata-mata namun tidak. Banyak perkara yang tersirat dalam filem ini menjadikannya begitu istimewa untuk ditonton. Cuma jalan ceritanya sudah boleh diagak menjadikan filem ini agak klise, (watak hero lemah dan kalah dulu, kemudian akan berkembang dan menjadi hebat lalu menang di penghujung filem).

Menyentuh tentang penggunaan CGI, dengan bajetnya mencecah $110 juta (RM346 juta), agak mengarut kalau dikatakan kesan khasnya tidak mengkagumkan. Dunia tinju underground yang dianjurkan dan dihadiri ketua-ketua kongsi gelap, gangster dan segala jenis umat manusia kegelapan dipaparkan dengan menarik dan mimik muka robot juga tidak keterlaluan, Malah, kita boleh mengenali yang robot ini adalah jahat dan kuat manakala robot ini pula pula lemah dan perlukan bimbingan.

Secara keseluruhan, filem ini sangat bagus untuk tontonan sekeluarga kerana selain aksi dan kekeluargaan, babak humor dan komedi juga dipaparkan dengan kena pada tempatnya menjadikan filem ini penuh pengisian dan adunan pelbagai elemen yang menarik.

Sinopsis :

Mengisahkan pada masa depan di mana sukan tinju diambil alih oleh robot sebagai peninju menggantikan manusia. Charlie Kenton seorang bekas peninju cuba mendapatkan wang dengan sukan tersebut untuk membayar hutangnya kepada lintah darat. Pada masa yang sama, Charlie mendapat perkhabaran yang bekas kekasinya telah mati dan dia perlu ke mahkamah untuk menyelesaikan kes penjagaan anak lelakinya, Max yang tidak ditemui atau diketahui oleh Charlie sendiri.

Charlie terpaksa menjaga Max buat seketika kerana dia ditawarkan wang tunai $100,000 dan dengan wang itu dia membeli robot baru. Namun kerana sifat ego dan kebodohan Charlie sendiri, robot barunya rosak dan tidak mampu dibaiki. Ketika mencari bahan buangan robot di tempat buangan sampah, Charlie dan Max menemui Atom, sejenis robot buangan.

Di sinilah bermulanya konflik antara Max dan Charlie, Max mahukan Atom menjadi robot peninju yang hebat tetapi Charlie tidak bersetuju dengannya. Mampukah Charlie menerima idea anaknya yang masih mentah dalam dunia tinju? Bagaimana mereka dapat menjernihkan hubungan bapa-anak yang sememangnya kusut dari awal? 




Kataku : Sukakan movie yang membawa mesej yang bagus untuk penonton

5 comments:

  1. bg berapa bintang citer nih ^.^
    mcm best nk tgk gak lh...

    ReplyDelete
  2. rugi tak tgk citer ni..sgt best..5 starts je fendi: bkn 10? hehehe
    -zue-

    ReplyDelete
  3. hahahha..cmne nk bg 10 stars, balik umh trus lupe cite dia cmne..ahahha

    ReplyDelete
  4. huhuhu...sabar je la...takkan lupe terus citer dia? tahap kronik keterlupaan(ade ke word ni) fendi ni...hehehe
    -zue-

    ReplyDelete