Wednesday, November 2, 2011

DAH 2 NOVEMBER KE?

Ok, sangat gile bila aku baru sedar yang hari ini dah 2 November 2011. Perghhh.. masa.. kalau bergerak tak pernahnya nak perlahan kan? Sekejap je tahun 2011 ni dah nak melabuhkan tirai. Pejam celik, celik pejam (jangan pulak tak celik-celik), nanti melangkah pulak ke angka 2012.

Eh, bukan baru semalam ke aku habis SPM?
Ooo..bukan ea?

Sebenarnya tak sabar nak menuju tahun hadapan. Bukan sebab nak menginjak ke umur 2+ tapi sebab jadual tahun depan yang agak terisi. Bulan Januari, InsyaAllah akan bercuti ke Langkawi. Lama gile tak jejak kaki ke Langkawi ni. Last pergi masa tahun 2005. Cuba kira, berapa tahun tak  sentuh-sentuh Makam Mahsuri tu? Kira sendiri ok, aku malas nak kirakan..

Bulan Februari masa untuk berehat..Mungkin balik kampung sempena Tahun Baru Cina. Bulan Mac pula, InsyaAllah kakak akan langsungkan majlis pernikahan kat Johor. Bulan April? Abang aku jadi Raja Sehari..Jauh tu jodoh dia..Majlis mungkin diadakan kat Kota Kinabalu. Sedang berkira-kira bajet nak terbang ke sana. Kos lagi..

Mei pulak, sempena bulan kelahiran aku, InsyaAllah akan terbang ke Borneo untuk bercuti dan menghabiskan masa untuk diri sendiri.. Walaupun dah banyak kali terbang ke sana, tapi hati ni tetap tak rasa jemu. Sengaja nak rehatkan diri dengan pemandangan semulajadi yang cantik kat sana. Bulan Jun pula masa untuk berehat dan cari duit sebab bulan Julai dah start nak berpuasa.. Aduh ada pulak kawan yang mengajak holiday ke Sabah bulan Julai.. Tengah berpikir-pikir lagi sama ada nak tumpang sekaki payung atau pun tak. Ikut hati, memang lah nak sangat-sangat kan, tapi kalau ikutkan poket, hahhahaha lu pikirlah sendiri.

Tahun depan jugak rasanya nak buat pembaharuan dalam hidup. Mungkin tak akan berhari raya di Malaysia dan tidak bersama keluarga. Kat mana destinasi nak dituju? Erkkkk akan diberitahu kemudian, kalau plan menjadi.

Semua tu sebenarnya perancangan sahaja tapi untuk 2 tempat holiday - Langkawi dan Sarawak, tu memang dah beli tiket awal-awal..Tahun 2012 memang tahun bankrup..

Kataku : Berjimat Cermat Amalan Mulia

1 comment: