Tuesday, November 22, 2011

ORANG INDO PUN BAGUS JUGAK

Rey Borneo dari Samarinda, Indonesia



Redy dari Yogyakarta


Pagi tadi bila bukak je FB, berderetlah kat wall kawan-kawan sibuk post tentang kemenangan Harimau Muda merangkul pingat emas dalam sukan bola sepak.

Bila belek dan belek, terpandang status yang dibuat oleh 2 orang kawan dari Indonesia. Ternyata bukan semua warga Indonesia tu benci sangat kat negara kita dan bukan semua jugak yang suka dengan provokasi dan hinaan yang dibuat oleh orang-orang Indonesia terhadap pasukan negara.

Kebiasaannya mereka yang berpendidikan rendah atau langsung tak terpelajar sahaja yang suka buat benda bodoh dan benda yang boleh memalukan negara. Aku yakin yang 2 orang kawan aku nih terdiri dari golongan yang berpendidikan tinggi dan tahu apa yang baik dan buruk serta apa yang positif dan apa yang negatif, yang perlu dan tidak perlu untuk dilakukan demi menjaga keamanan kedua-dua buah negara.

Tersenyum jugak bila baca status FB dorang ni dan terasa bangga bilamana negara kita juga dipuji oleh mereka. Namun, post dorang tu pun sebenarnya sedikit memberi perasaan tidak puas hati kepada kawan-kawan senegara yang lain.

Kita sebagai rakyat Malaysia tak akan buat benda bodoh  sebab aku yakin yang kita ni dah terdidik menjadi warga yang berbudi bahasa dan tahu menghormati negara-negara lain. 

Kataku : Senyum je lah hari ni walaupun.............................

1 comment: