Friday, November 4, 2011

SELAMAT UNTUK DUA ORANG KEPOH

Entry ini khas untuk budak paling kepoh iaitu MIMI & Ida yang dah habis praktikal kat ofis aku nih. Selamat maju jaya untuk mereka berdua. Semoga cepat dapat kerja, pastu jangan lupa belanja kami orang karaoke kat tempat mahal-mahal sikit ye.

Semalam buat majlis sikit dan serba ringkas sebagai tanda terima kasih dan penghargaan untuk mereka berdua.. Ha, ada sesi menitiskan air mata oleh mereka berdua yang kepoh ini. Praktikal dalam tempoh 6 bulan tu memang tempoh yang lama. Kalau baby tu dah pandai gelak-gelak guling-guling dah kut. Mesti diorang ni akan merindukan kitorang kat sini..


" Masing-masing dah lapar..Lambat sangat Ida & Mimi ni nak bagi kata penghargaan "


" Ni sebenarnya siapa yang habis praktikal ni? Lelaki baju biru tu yang over "


" Warga Unit Penyelarasan Majlis..Kami cuma menumpang sebab selalu curahkan tenaga untuk unit ni "


" Dorang mesti akan merindukan aku yang plastik ni"


" Senangnya dalam hati, kalau beristeri dua..lalalalalalalala "


" Kesian nasib pokok ni, jadi tempat untuk basuh tangan sebelum makan "

Kataku : Kalau praktikal kat sini, dapat layanan yang hi-class..tu bagi mereka yang pandai bawa diri la..kalau jenis menyombong, kitorang pun akan menyombong sama..

3 comments:

  1. time kasih abg jelita..hehhee..
    jgn rindu kepoh2 nie ye... ;)
    t set p karok ok...

    ReplyDelete
  2. kitorang rindu kat korang?? oh no no no ... korang yang akan rindu kat kitorang.. sekian terima kasih .. ish ish ish.. sroootttt... opss.. hingus mengalir.. hahah!!

    ReplyDelete
  3. Ok, kita tgk je nanti..jgn smpai ari selasa ni ada 2 org budak MSU datang PICC bwk beg besar nak keje kat PICC..hahahha

    ReplyDelete