Thursday, December 1, 2011

01 DISEMBER 2011

Jangan tak percaya yang hari ni dah masuk 01 Disember 2011. Tinggal 30 hari lagi untuk meninggalkan tahun 2011 dan mengucapkan Selamat Datang kepada tahun 2012.

Mood malas masih menebal di akhir-akhir tahun ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang mendung dan suram. Menggalakkan lagi kengantukan yang sangat melampau hasil dari kepenatan yang tak pernah surut. Ada ke sinar dan keajaiban 2012 untuk aku?

TANPA USAHA, MIMPI TAK AKAN MENJADI KENYATAAN

Eh, nak masuk tahun baru ni, kena pasang azam lah. Tak kira sama ada azam lama yang dibarukan ataupun azam baru yang memang baru. Hurmmm..ye la, sesetengah orangkan dah tercapai azam untuk tahun 2011, so tahun 2012 ni kena pasang azam yang baru. Bagi mereka yang masih belum tercapai azam untuk tahun 2011, sila ke kaunter pendaftaran untuk renew azam ye..


Sebenarnya nak pasang azam ni kena kuat semangat, sebab azam yang dah dipasak tu perlu diiringi dengan usaha dan juga disiplin yang tinggi.


Contohnya : Kalau azam 2012 katanya nak mendirikan rumahtangga, kena la ada disiplin untuk buat simpanan, kumpul duit untuk belanja kahwin dan persediaan untuk perbelanjaan keluarga. Kalau jenis hangat-hangat tahi ayam, rasanya memang akan selama-lamanya azam tu hanya tinggal azam.


Untuk tahun depan, aku berazam untuk kembali kepada hobi masa zaman sekolah dulu..
Nak kembali rajin membaca.. Sejak habis sekolah, rasanya aku dah tak jadikan buku sebagai teman hidup. Satu kesilapan yang amat besar bagi diri aku sebab meninggalkan hobi yang maha banyak manfaatnya untuk diri aku sendiri.


Azam-azam lain tu akan difikirkan kemudian sebab bagi diri aku, azam tu boleh dipasang setiap hari. Celik mata, apabila kita memulakan hari baru, azam baru akan sentiasa beriring dengan rutin harian.


 "2012 yang bakal datang"

"mari membaca untuk minda yang cerdas ( mcm kempen membaca untuk budak-budak )"


Kataku : Azam dan impian yang satu tu tak pernah pudar dalam hidup aku

2 comments:

  1. semoga azam yg dipasang kaan tercapai...:)

    ReplyDelete
  2. azam yg bagus.jadikan ia satu habit ye :)

    ReplyDelete