Wednesday, December 28, 2011

DINNER "BACK TO SCHOOL" 2011

Majlis dah berjalan dengan lancarnya.. Tema Back To School memang mengembalikan nostalgia zaman sekolah kepada seluruh warga PICC. Dengan sporting nya masing-masing datang dengan memakai baju sekolah. Sanggup beli semata-mata untuk menepati tema majlis. Tahniah untuk semua.

gi skola bwk hp..skola siap ada lif..pengawas perpustakaan, budak nakal & budak hi-school Kajang

 budak nerd datang sekolah..nak lintas zebra crossing

 aku macam nak cepuk-cepuk je budak ni..menang best costume..serius nampak mcam budak yg slalu kena buli kat sekolah

 yang ni budak jahat yang rabun..tengok la ada nasi lemak bgkus dengan tray atas meja..sangat mengembalikan nostalgia

apa dah jadi pada CC Ani dengan Pn. Zaiton ni.. nampak macam remaja terlebih usia..

Perjalanan majlis lancar, cuma ada masalah teknikal dari segi AV. Ha..yang tu semua dikendalikan oleh students Sekolah Teknik ( sebab melibatkan AV ).. Terdapat tayangan video mengenai aktiviti warga PICC sepanjang tahun 2011 dan juga tayangan video sekitar aktiviti pagi dan petang.

Tetamu VIP pada malam tadi adalah YBhg. Datuk SUB iaitu Datuk Wan Hamidah dan juga dua orang Timbalan Setiausaha Bahagian iaitu En. Kamis dan juga En. Shaman dari BIUPA. Majlis meriah..macam zaman sekolah. Cuma tak tahu lah tu zaman sekolah tadika atau sekolah rendah atau sekolah menengah.

Majlis bermula dengan ketibaan tetamu VIP..kemudian ada acara menaikkan bendera Malaysia disamping nyanyian lagu Negaraku tanpa iringan muzik. Sangat klasik..macam zaman sekolah pedalaman..Hhahaha sebenarnya ada masalah teknikal. Di saat-saat akhir, muzik tak mau keluar plak. Usai nyanyian lagu Negaraku, sesi membaca ikrar pulak diketuai oleh Shakirin yang konon-konon menjadi Ketua Pelajar Sek Sri PICC.

Pengetua Sekolah Sri PICC ( TSUB PICC ) memulakan ucapan diikuti oleh YBhg Datuk Wan Hamidah yang memuji aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kami. 

Tayangan video pencapaian PICC sepanjang tahun 2011 pula dimainkan sesudah selesai ucapan dan diikuti dengan bacaan doa makan oleh Izat. Bacaan doa makan sangat simple, macam zaman sekolah dulu.

Kami makan di dalam tray yang berisi nasi lemak bungkus dengan potongan buah-buahan kecik-kecik.. Sebijik macam zaman sekolah asrama.

 nasi lemak bungkus dengan tembikai hiris-hiris dalam tray biru

 buku aturcara inspirasi dari buku sekolah

siap bawak buku dengan kamus..kamus tu curi Rithauddin punya..buat props

Sepanjang majlis berlangsung jugak diselitkan beberapa permainan seperti Inilah Kisahku, Teka Kacang, Otak Siapa Berkarat dan Penilaian 360 Darjah. Penilaian 360 Darjah paling meriah sebab pelajar dipanggil ke depan dan perlu membacakan sifir mengikut undian. Pelajar-pelajar yang terpilih ialah Shafrina, Saiful dan juga Rithauddin. Syarat bacaan sifir ialah perlu mengikut lenggok Siti Sifir.. Best...

 segmen Penilaian 360 Darjah..mari membaca sifir

 giliran Saiful membaca sifir

 khusyuk betol menonton

 En. Din termenung tengok dorang baca sifir



kumpulan pelajar wanita yang comel-comel

Acara terakhir pulak ialah penyampaian hadiah bagi acara yang dijalankan pada sesi siang. Nampaknya KUMPULAN PUTEH yang dianggotai oleh aku dah menjuarai Explorace dan jugak Masterchef PICC buat julung-julung kalinya.. Bangga sekejap.. Teamwork itu penting disamping kreativiti dalam memasak. Tempat kedua pula ialah kumpulan MERAH, tempat ketiga pula kumpulan BIRU dan paling corot dalam kelas ialah kumpulan HITAM..Puas hati.

 juara keseluruhan..kumpulan PUTEH

ni lah muka-muka juara...

Anugerah Pelajar Fofulor Lelaki dan Wanita pun turut disediakan..Bagi kategori Wanita, Cik Salmiah dapat gelaran merampas daripada Puan Zaiton yang memegang takhta tahun lepas. Kategori lelaki pula disandang oleh En. Zainuddin yang mengambil gelaran daripada En. Vallu yang memenanginya tahun lepas. 

Best Costume Of The Night Lelaki jatuh kepada Rithauddin yang membawa gaya seorang budak nerd darjah satu manakala Wanita pula dimenangi oleh Puan Zaiton yang membawa gaya pelajar baik Form 3.

Majlis diakhiri dengan tarian Chicken Dance beramai-ramai..Tabik Spring kat semua sebab semua sangat SPORTING....

 pengawas perpustakaan kena buli dengan budak jahat


 backdrop untuk majlis makan malam..cantik kan?

 kerlasss...gi skolah pakai handbag

 kenapa mereka kecik-kecik? aku je yg besar?ooo aku skola menengah

 warga PICC yang sporting

 geng-geng kelas kemahiran hidup..bermain dengan kayu dan perabot

 hati-hati melintas jalan ye adik-adik comel semua

 macam-macam fesyen sekolah keluar

 saya dengan Fateen..dia jadi student dari Japan

 dengan Linda..dia jadi apa eak? tapi kitorang pasangan duet untuk karaoke

 pandu puteri yang tahap DIVA...pakai high heel dengan belt bling-bling..menangis Rosmah Mansor kalau tengok

 aku pun tak tau ni budak-budak sekolah rendah ke menengah

kami malu-malu..al-maklum la student skola kan..

* Tengah kumpulkan gambar dari kengakawan lain.. Nanti nak hupdate lagi dalam blog ini..

Kataku : Panas dari semalam sampai pagi ni..


3 comments: