Monday, December 26, 2011

FIREFLY YANG BUAT HAL

Aku yang tak tahu atau memang dah dibuat perubahan? Agak tergamam jugak bila syarikat penerbangan Firefly telefon aku dan maklumkan yang penerbangan ke Langkawi dari KLIA dah tak ada lagi. So, nak tak nak dia bagi pilihan untuk naik dari Subang.

Dia tau tak yang Subang tu jauh dari Putrajaya? Maksud aku, kalau pagi-pagi hari bekerja tu sesak dengan kenderaan. Terus patah semangat aku nak bercuti. Firefly buat spoiled kepada pelanggan-pelanggan dia.

Serik dan memang serik. Memang sumpah aku tak akan book penerbangan Firefly lagi untuk akan datang.

Sebelum ni aku book syarikat penerbangan ni sebab naik kat KLIA je kan. So, menjimatkan masa aku dan kawan-kawan. Kemudahan pun banyak. Tapi bila dah jadi macam ni, pening kepala nak arrange transport nak ke Subang pagi-pagi buta. Nasib baik lah dia bagi flight pukul 10.00 pagi.

Sabar aje lah Fendi ye. Mungkin ada hikmahnya..Moral Of The Story : Jangan naik Firefly lagi..Terima kasih..

hanya mampu tersenyum tengok logo ni

Kataku : Air Asia tetap di hati

2 comments:

  1. semoga hepi bercuti wp mood dh tak brapa nak hepi kan..hehe

    ReplyDelete
  2. time kasih..cuba kmbalikan mood brcuti utk thn dpn nih..

    ReplyDelete