Friday, December 9, 2011

PROGRAM BUBUR ASYURA 2011


Satu majlis Program Bubur Asyura 2011 telah berjaya dilaksanakan pagi tadi dan dianjurkan oleh Biro Agama & Kerohanian PICC.  Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi tadi mendapat penyertaan daripada semua kakitangan dan pegawai Seksyen PICC serta kakitangan daripada syarikat kontraktor PICC.

Program seperti ini sebenarnya bertujuan untuk meraikan 10 Muharram yang sudah lalu dan mengambil kesempatan untuk bergotong royong memasak dan menyediakan bubur Asyura yang sudah menjadi adat bagi masyarakat Islam di Malaysia. Hasil daripada bacaan, terdapat sejarah mengenai penyediaan bubur Asyura ini, namun kesahihan tentang sejarah tersebut masih lagi menjadi persoalan. Apa yang penting adalah tujuan penyediaan makanan ini iaitu mewujudkan satu komuniti yang saling bantu membantu dan bergotong royong dalam menjayakan sesuatu aktiviti juga sebagai salah satu cara umat Islam berkongsi rezeki yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Acara ini telah dirasmikan oleh Ketua Seksyen PICC iaitu Encik V. Valluvan Veloo dan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana memberikan kerjasama walaupun berlainan agama dan kepercayaan.



 














Kataku : Lepas ni program apa pulak eak?

2 comments:

  1. huhu..bestnya dpt mkn asyura...teringin nk rasa yg msh panas2 tu..dh lama JS tak mkn..

    terkenang zaman kt kg dulu2..hehe

    ReplyDelete
  2. best nya asyura.. lama dh xmkn..:)

    ReplyDelete