Monday, January 2, 2012

AKU YANG TERLAMBAT



terlambat untuk wish Selamat Tahun Baru 2012 dan sebenarnya aku langsung tak ambik tau tentang sambutan tahun baru untuk tahun ni..

malam 31 Disember 2011 jam 8.00 malam aku dah terdampar atas katil dek kepenatan dan kengantokan yang teramat sangat akibat aktiviti seminggu yang tak henti-henti ( mcm la aktiviti tu pnjat gunung Kinabalu kan? penat smpai tak hengat dunia ).. ditambah lagi dengan sedikit masalah dan ketidakkawalan emosi sepanjang minggu, so aku rasa otak aku pun penat..

bila dah terdampar atas katil tu maknanya mata pun layu dan aku terjaga pukul 6.00 pagi..huh terus aku cam bercakap dalam diri.. " kenapa aku rasa lain macam je ni?"
ooo rupanya aku da masuk ke tahun 2012..patut la rasa lain macam je..
( yang ni xde kaitan..sama je kut bile msuk tahun baru setiap tahun )

tahun baru yang biasa saja..tak ada yang menarik pun untuk pertambahan angka pada tahun..yang aku tahu, bila tahun bertambah, usia pun bertambah..hahhaha tahun 2012 menjadikan usia aku menjangkau 28 tahun..banyak dah tu..nak kurangkan memang tak boleh..tiada apa yang hendak dibanggakan pada usia, apa yang penting ialah hati kena sentiasa muda dan matang serta fikirkan jugak apakah sumbangan yang telah kita berikan untuk diri kita sendiri sebagai bekalan menjadi HAMBA ALLAH, juga sumbangan kita kepada KELUARGA terutamanya ibu dan ayah dan juga adik beradik yang lain..

hurmmm tahun baru orang bercakap pasal azam..bagi aku, azam tu xperlu untuk setiap tahun..kalau kita pasang azam setiap awal tahun, pasti di pertengahan tahun kita akan lupa dan terus terlupa..lebih baik kalau azam dipasang sebaik kita membuka mata setiap hari..itu pun kalau benar-benar kita berpegang pada azam yang ditanam.

aku cuma berdoa agar tahun 2012 akan menjadikan aku seorang manusia yang dapat berfikir dengan lebih matang, manusia yang sentiasa ingat kepada PENCIPTANYA, manusia yang disenangi oleh semua orang dan manusia yang BERILMU..

juga semoga tahun ini ALLAH turunkan rezekiNYA kepada aku..INSYAALLAH..


Kataku : Cinta tak selalunya indah..

2 comments:

  1. selamat tahun baru!!
    semoga tahun ini akan menjadi tahun yg lebih baik dari tahun2 sudah...:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih..sama la jugak untuk awak jugak

    ReplyDelete