Monday, January 16, 2012

LAGENDA LANGKAWI PART II

HARI KEDUA ( 14 Januari 2012 )


Dah masuk hari kedua percutian di pulau yang pernah disumpah selama 7 keturunan ni.


Aktiviti pertama yang nak dilakukan ialah Island Hopping. Kitorang dah tempah awal-awal dari Kak Asmah. Harga yang ditawarkan ialah RM 35.00 untuk seorang. Naik dari jeti berdekatan dengan Jetty Point Kuah.







jeti kat Kuah


Sebelum buat aktiviti, kitorang isi perut dulu. Breakfast kat kedai tepi jalan. Hurmmm agak terkejut sebab harga makan untuk sarapan pagi agak mahal. Mungkin dorang tahu yang kitorang ni orang luar, sebab tu harga yang dikenakan amat mencekik darah. Lepas makan terus menuju ke jeti untuk Island Hopping. Bot boleh naik 8 orang, kitorang berempat. Naik sekali dengan pelancong-pelancong dari Vietnam atau Thailand ( tak pasti negara mana ). Kesemuanya wanita. Ok, amat sesuai dengan kitorang yang kesemuanya lelaki. Pemandu bot tak dikira sebab dia tak termasuk dengan cerita ni. Tempat pertama yang dituju ialah Pulau Beras Basah. Kitorang diberi masa sejam untuk bersiar-siar kat pulau ni. Masa kitorang sampai, ada sekumpulan pelancong cina tengah mandi. Pantai penuh dengan batu karang. Ada sorang cina tu dah berdarah-darah kaki. Padan muka, dah tau banyak karang kenapa kau pegi mandi?.. Kat pulau ni monyet berkeliaran. Jadi berhati-hati kepada sesiapa yang ada bawak makanan. Alip niat nak ambik gambar monyet tapi monyet kat sini liar gila. Ada ke patut disergahnya Alip. Aku pun tak berani nak pandang muka monyet-monyet kat sini. Tak banyak gambar yang sempat ambik sebab bateri kamera flat. Time-time macam ni jugak bateri nak habis. So, terpaksa tumpang kamera Tab Alip.




































Pulau Beras Basah



Makin lama makin banyak bot yang datang. Pulau jadi meriah sebab orang dah ramai. Sayangnya, pulau ni banyak sampah. Sikap manusia jugak yang suka buang sampah merata-rata. Sempat cuci mata tengok minah saleh. Hahahaha..Kitorang cuma habiskan masa dalam setengah jam kat pulau ni. Tak ada apa yang menarik kat sini, terus tergerak ke tempat Eagle Feeding. Tak banyak burung helang yang keluar. Mungkin sebab tak ada daging yang dibawa tapi dapat jugak tengok jugak la helang-helang yang terbang dengan penuh kesombongan ( suka-suka je buat tuduhan ).

Tak lama kat kawasan ni, pemandu bot bawak kitorang ke Tasik Dayang Bunting. Sepanjang perjalanan menuju ke tasik, dapat tengok pemandangan bongkah-bongkah batu yang cantik-cantik. Mungkin terjadi sebab hempasan ombak.





Kat Jeti Tasik Dayang Bunting, bot-bot banyak nak turun dan ambik penumpang. Sedikit sesak tapi teratur. Rupanya kat sini pun banyak monyet. Dengan beraninya monyet-monyet ni meragut beg-beg yang berisi makanan. Nak menuju ke tasik tu kena naik bukit. Sebelum naik, kena tukar baju dulu. Kena caj RM 0.50 untuk masuk toilet. Katanya kat kawasan tasik dah tak ada tempat untuk tukar baju.





Nak naik ke atas tu kena mendaki anak-anak tangga. Perghhh memang mencabar stamina sungguh. Macam biasa, oleh sebab semangat tengah berkobar, so kitorang berjaya naik dengan jayanya sambil hidung kempas kempis tak cukup nafas. Kedalaman tasik 10 meter. Dalam macam 3 tingkat bangunan. Cuak jugak aku, tapi tak apa, boleh sewa life jacket bagi orang yang tak pandai berenang macam aku. Hhahha caj dikenakan RM 5.00 untuk satu jaket dan deposit RM 5.00 perlu disediakan jugak. Nanti bila dah selesai, duit deposit akan dipulangkan. Masa kitorang pergi, duit deposit tak diambil sebab cashier tu cakap dorang tak cukup duit. Padan muka korang.

Raja Pian tak nak mandi. So dia jaga beg yang ada sambil jadi jurugambar. Tempoh masa yang diberi cuma sejam. Hurmm tak sempat kecut dah kena naik semula. Aku tak mandi lama sebab aku macam tak confident dengan life jacket yang aku sewa. Tambahan lagi Alip dengan Arip agak kurang mahir berenang. Kalau apa-apa jadi, tak ada siapa nak selamatkan aku. Kiranya aku turun ke tasik sebab nak buat syarat je lah.







Selesai semua, kitorang balik semula ke pulau untuk aktiviti seterusnya.

Sampai ke pulau dalam pukul 1.00 petang. Terus gerak cari tempat makan kat tepi-tepi jalan menuju ke Cable Car. Makan tengahari kat satu kedai makan. Harga pun masih kategori boleh tahan. Selepas makan, naik ke Cable Car. Ada Duck Tour tapi harga untuk dewasa RM 38.00. Agak mahal dan tempat-tempat yang dibawa cuma di pulau-pulau. Puas dah kut pergi pulau, so tak berminat nak naik Duck Tour.








Tiket untuk Cable Car RM 15.00 untuk pemegang MyKad. Maksudnya untuk Warganegara Malaysia sahaja. Harga untuk orang luar RM 30.00 untuk dewasa. Jujur aku cakap yang aku takut nak naik Cable Car kat Langkawi ni. Kalau kat Genting Highland aku masih berani. Orang tak ramai, so tak ambik masa yang lama. Aku dah debar-debar. Cuak , berdebar, takut, nak nangis. Semua ada. Aku rasa macam tak selamat nak naik Cable Car ni. Walaupun nampak pemandangan cantik, tapi aku taubat tak nak naik lagi Cable Car ni untuk masa akan datang. Kitorang tak singgah kat perhentian pertama. Turun kat perhentian paling tinggi dan pergi ambil gambar kat jambatan yang menakutkan tu. Rasa kaki ni kaku. Angin agak kuat, jambatan rasa macam bergoyang.  Puas bergambar, aku dengan Alip balik semula kat tempat menunggu Cable Car. Mendaki lagi.. Kaki dah longlai.

















Masa turun, dah kurang rasa takut. Mungkin sebab nak cepat-cepat habis azab kut. Hahhahaha sempat ambik gambar dalam Cable Car dengan riak muka cuak.

Masa perjalanan balik, niat nak singgah Beras Terbakar tapi rasa macam tak ada apa yang menarik kat situ. Cuma ada deretan kedai-kedai yang menjual cenderahati dan kedai makan. Teruskan perjalanan menuju ke Makam Mahsuri. Bayaran masuk RM 5.00 seorang untuk warganegara Malaysia. Aku masuk untuk temankan Alip. Raja Pian dengan Arip tak masuk sebab dah banyak kali pergi kata dorang. Kat dalam tu sempat melawat makam dan juga rumah di Perkampungan Kedah. Juga singgah cuci muka kat Perigi Mahsuri. Mengikut mitos, air perigi tu boleh menyembuhkan penyakit kulit dan beri kesegaran bagi sesiapa yang minum. Hanya Allah yang tahu kesahihan cerita ni.













Habis pusing, kitorang pergi Idaman Suri pulak. Arip nak beli mangkuk yang mak dia pesan. Tengok-tengok harga coklat dengan comforter. Harga murah jugak tapi tak beli sebab malas nak bawak naik flight. Raja Pian beli alas tilam Queen Size dengan harga RM 56.00.

Singgah ke shopping mall Langkawi Parade yang sebelah Langkasuka Hotel sebab nak tengok coklat kat situ. Masa tahun 2005 aku pegi, kitorang stay kat hotel ni. Aku beli Cadburry Bar 2 packet. Setiap 1 packet tu ada 3 jenis coklat. Setiap satu harga RM 12.30. Beli jugak 1 bungkus Kit Kat 17g x 13 keping dengan harga RM 9.90 dan 1 bungkus Kit Kat Minis Bag dengan harga RM 9.30. Ni semua orang mintak belikan.

Tak puas membeli kat sini, gerak semula ke Coco Valley & Perniagaan Haji Ismail Group. Beli 4 packet Empico Choco dengan harga                      RM 24.20. Beli jugak Tango Almond. Satu packet ada 3 coklat. Aku ambik 2 packet dengan harga RM 20.00. Sempat sambar sebungkus Crispy Kris 825g dengan harga RM 19.90. Selesai membeli belah untuk coklat-coklat semua. Dah tak payah nak fikir-fikir lagi.

Balik apartment dan siap-siap untuk solat dan aktiviti malam. Malam kitorang keluar dan lepak-lepak kat Pantai Tengah tengok keindahan deretan bar dan café yang ada. Singgah untuk tengok live band kat Sunba.

Kataku : Duduk layan live band pun best gak.




2 comments:

  1. puas tengok gambar2....tempat2 tu memang yg selalu orang akan pergi kalau ke sini...

    ReplyDelete
  2. byk tmpt mnarik kt langkawi kan esp. pntai2 dia cantik

    ReplyDelete