Monday, February 13, 2012

ADA APA DENGAN MALAM?


Malam..gelap..sunyi..sejuk..

Kan satu suasana yang best tu kan? Tapi kenapa perlu takut dengan malam?
Mungkin sebab dari kecik dah dimomok-momokkan oleh orang tua yang malam tu menakutkan. Malam penuh dengan misteri..Bila malam tiba, kena duduk rumah, jangan keluar malam.

Tu kalau di kampung-kampung memang macam tu keadaannya. Jalan sunyi, lampu jalan pun tak banyak yang ada. Anjing berkeliaran untuk mencari makan sambil mulut tak henti menyalak dan menggonggong. Dulu ustazah pernah cakap, kalau anjing menyalak tak henti, maknanya dia nampak hantu..Tak pun anjing tu nampak jin. Kalau ayam pulak berkokok, maknanya ayam nampak malaikat.

Kalau di kawasan bandar, malam tu bermulanya suatu fiesta terutamanya malam minggu. Di KL ni, bermulanya kehidupan bila terbenamnya mentari. Waktu tu lah lampu neon terang menerangi bangunan, menerangi jalan. Restoran, kedai makan stall, kelab...semua terang benderang berwarna warni.
Orang bandar percaya ke pada benda-benda halus tu semua? Dorang tu takut ke pada malam? Hahhahah...jawapannya mestilah tidak.

Jam 11.00 malam..jam 12.00 malam.. itulah waktu untuk keluar rumah. Melepak kedai mamak, layankan bola sambil beronline wifi free. Modalnya cuma segelas dua teh tarik bersama sekeping roti kosong.

Bila malam jugak, bermula-lah bazar larut malam..Up-town Shah Alam..Bazar Karat JB..Downtown Cheras..Uptown Danau Kota..Hurmm dah jadi fenomena. Yang peliknya, orang bandar seisi keluarga keluar mencuci mata jam 3.00 pagi. Yang punya anak kecil pun join sekali..Sambil menolak stroller..Advance betul kan baby zaman sekarang. Kecik-kecik dah didedahkan supaya tak takut dengan malam..Pikir positif , bila besar jadi anak yang berani. Jangan takutkan gelap..Pikir negatif pulak, dah didedahkan suasana malam, confirm besar nanti jadi kutu embun. Lari sedikit dari topik asal.

Downtown Cheras yang tak pernah sunyi dari pengunjung

Zaman sekolah dulu, mak ayah tak bagi berjaga malam. Jam 10.00 malam wajib tidur. Esokkan nak bangun pagi supaya tak terlambat nak pergi sekolah. Naik form 5, dah berjinak-jinak untuk berjaga malam. Nak SPM, study kenalah lebih sikit. Dalam tempoh 11 bulan sebelum SPM, rasa masa sentiasa tak cukup. Korbankan waktu tidur untuk berjaga dan study. Sedikit sebanyak dah rasa malam tu adalah kawan yang menyenangkan. Bila masuk IPT, memang bohong kalau ada yang kata jam 9.00 malam atau 10.00 malam dah masuk tidur. Lebih-lebih lagi waktu tinggal di asrama, awal-awal pagi masih lagi ada yang berlari-lari. Seronok pulak rasa berjaga malam. Padahal bukan untuk study, saje suka-suka sebab dah jadi macam satu hobi dan habit. Tak rock arr kalau tido awal. Takut diejek kawan-kawan seasrama yang lain. Duduk lepak-lepak kat bilik member sambil rendam mee maggie. Maggie sebungkus dikongsi berdua dan kadang bertiga.

Bila dah bekerja, kena pulak shift malam..Huh malam tu terasa siang. Sama saje putaran masa sampai tak tahu mana malam dan mana siang. Kita dah mula sukakan malam daripada siang.

Malam dah tak menjadi sesuatu yang menggerunkan..Malam dah tak menjadi satu putaran masa yang mengerikan. Kita dah mula ternantikan malam.
Malam dijadikan inspirasi kerana adanya bulan.. P.Ramlee mengabadikan bulan dan diumpamakan sang kekasih..

“ engkau laksana bulan..tinggi di atas kayangan..hatiku dah kau tawan..hidupku tak keruan..”

Nak tengok bulan yang indah, kenalah tunggu malam. Duduk kat tingkap sambil melihat bulan mengambang penuh. Sanggup lagi tunggu malam. Tak takut pun pada malam kan?

M. Nasir pun menjadikan malam sebagai lagu dia..

“ Malam...bila rinduku bertambah dalam..”

Malam tu masa untuk mengenang nasib..Malam adalah masa untuk meluahkan rasa kecewa akibat putus cinta..akibat dikhianati oleh sang kekasih..malam sahaja yang mampu membuka telinganya untuk mendengar segala rintihan manusia..

Tapi..berapa ramai manusia termasuk aku yang sanggup untuk berjaga malam semata-mata untuk menyerahkan diri kepada ALLAH YANG ESA? Pasti faham apa yang cuba disampaikan.

Malam memerlukan siang dan siang memerlukan malam. Bosan-lah hidup jika hanya menempuh malam semata-mata dan resahlah jiwa kalau berulit dengan siang sahaja.

Jangan takutkan malam kerana malam penuh keindahan.. dan kerana itu, malam semalam mata ini agak degil untuk merasa ngantuk.

 hilang mengantuk drive malam sebab teruja dengan kereta ni

firework cantik bila waktu malam..kalau buat waktu siang? apa jadi?

Kataku : Hari ini hari Isnin..Hari pertama bekerja setelah cuti hujung minggu

No comments:

Post a Comment