Thursday, February 2, 2012

PUTRAJAYA KE USS PART I


Hari Pertama : 29 Januari 2012

Pagi Ahad, jam 7.00 pagi dah berada di PICC sebagai tempat berkumpul. Nampaknya Cik Sal dengan Faisal dah sampai awal. Aku sampai PICC dalam pukul 7.00 pagi. Puan Rina se-family terus bergerak sendiri. Raja Pian dengan wife dia pun dah gerak awal-awal pagi naik flight ke Johor Bahru.

Memulakan perjalanan dan masuk tol Kajang menuju ke Johor Bahru. Singgah sarapan pagi di R&R Seremban. Mengalas perut sebelum menyambung perjalanan jauh. Kat sini berjumpa dengan Pn. Rina se-family. Selepas makan, perjalanan diteruskan sehingga sampai ke bandar Johor Bahru.


Kitorang menginap di Hotel New York JB di Jalan Abdullah Tahir. Betul-betul di tengah bandar. Masa sampai dalam pukul 11.30 pagi dan masih belum masa untuk check in. Menurut kata receptionist, bilik belum sedia dan minta kitorang datang dalam jam 1 lebih. Meronda dulu di Plaza Pelangi. Aku tukar duit SGD kat sini. Tukar duit RM 300.00, bila dah convert ke SGD dapat lah dalam SGD 123.45 sebab currency 2.43. Beli seluar tido sebab terlupa nak bawak.

Dalam pukul 1 lebih, kitorang bergerak semula ke Hotel New York untuk check-in. Sementera Faisal berurusan kat kaunter reception, kitorang yang lain duduk-duduk sambil snap gambar. Raja Pian dengan wife dia sampai hotel dan lengkap sudah bilangan peserta bercuti.












Hotel New York ni hotel taraf 3 bintang ( kalau tak silap ). Bilik menarik sebab kemas dan punya pemandangan bandar JB. Ruang legar di luar agak sunyi sebab tertutup dan lebih kurang keadaan macam asrama.

Kitorang book 3 bilik. Satu bilik untuk Raja Pian & wife, satu bilik untuk Cik Sal & Puan Rina dan satu bilik dikongsi 3 orang.. Itulah bilik lelaki bujang dan seorang lelaki yang dah tak bujang. Aku sebilik dengan Faisal & husband Pn. Rina.












Perut dah bergelodak minta diisi. Aku sebagai orang Johor pun tak tahu tempat menarik untuk lunch. Al-maklumlah, duduk kat Pasir Gudang, jauh benor dengan Bandar JB tuh. Ambik keputusan untuk terus bergerak ke Johor Premium Outlet ( JPO ) kat area Senai dan cari makan kat Food Court yang ada.








Seperti yang dah sedia maklum kan, JPO ni merupakan satu pusat membeli-belah barangan berjenama antarabangsa macam Michael Kors, Armani, Guess, Coach, Charles & Keith. Dah dengar nama pun nama-nama besar, harga pun gila punya mahal. Aku cuma cuci mata sahaja sambil tengok-tengok apa yang terbaru.















Rasa-rasanya kalau orang-orang belah KL dan Selangor tu tak perlu-lah nak datang JPO semata-mata untuk bershopping sebab kat KL tu butik-butik dia lagi up-to-date kalau nak banding dengan outlet di JPO ni. Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku datang JPO ni. Lagipun barangan dan jenama kat sini tak sesuai untuk aku yang cuma ala kadar sahaja ni.

Lepas puas pusing JPO, terus bergerak ke Danga Bay. Raja Pian dan wife dia gerak awal balik hotel sebab dah tak ada apa yang nak dicari kat sini. Faisal janji dengan kawan dia sebab nak tunjukkan tempat makan best kat area JB ni.








Jenjalan kat Danga Bay cuma untuk mengambil angin petang.  Danga Bay pun dah tak nampak menarik sebab mungkin sebab dah terbiasa datang sini. Danga Bay ni menariknya bila ada karnival sahaja. Kitorang berjalan suku kawasan saja, kemudian bergerak ke Stulang untuk makan malam.

Makan malam hari pertama kat JB ni di Restoran Sayam. Makanan biasa-biasa je, sama juga macam kedai makan ala Thai yang lain. Mungkin kat JB ni, kawasan makan seafood tak banyak. So, kawasan Stulang ni juga yang agak popular tambahan lagi berdekatan dengan Hotel The Zon JB.





Habis makan dalam pukul 8.30 malam, terus balik hotel dan bersedia untuk AJL 26 sambil mimpi nak masuk Singapore esok hari.

Kataku : Berada di negeri sendiri buat aku tak rasa excited..hehe

1 comment: